SUMAIYYAH, gadis manis bangsa Palestin berusia lima belas tahun yang membesar sebagai anak yatim piyatu sejak berusia tujuh tahun lagi tersenyum dalam linangan air mata melihat mayat mujahid dan mujahidah bangsanya bergelimpangan dan berlatang-kalang.
Bau kasturi melegakan pernafasan.
Dia pasti kesemerbakan itu adalah bau titisan, aliran dan kubangan darah mujahid dan mujahidah yang menerima tuah syahid dan syahidah, antaranya termasuk mujahid dan mujahidah yang masih belum mumayyit serta mujahid dan mujihidah warga emas, gara-gara keganasan askar Yahudi yang tersenarai sebagai hamba ciptaan- Nya yang dikutuki dan dilaknati bersama-sama syaitan dan iblis oleh Alllah Maha Pencipta.
Sebagaimana syaitan dan iblis, Yahudi dan zionisme adalah seteru Allah dan seteru kepada makhluk-Nya yang beriman dan bertakwa, juga merupakan musuh kepada hamba-hamba-Nya yang ada nilai-nilai kemanusiaan.
Juga sebagaimana syaitan dan iblis, Yahudi dan zionisme menerima kutukan dan laknat Allah, buktinya ada terkandung dalam dalam al-Quran al-Majid, malah Allah melarang mengambil orang Yahudi sebagai teman kepercayaan.
Larangan itu terkandung dalam ayat seratus lapan belas hingga seratus dua puluh, Surah Ali-’Imran, rujukan mutlak yang akan sesat dan punah akidah jika dicurigai, diwalangi dan tidak diimani.
Juga boleh dirujuk melalui ayat dua puluh tiga hingga dua puluh lima surah yang sama atau pun ayat tujuh puluh lima hingga ayat tujuh puluh lapan serta ayat enam puluh satu hingga ayat enam puluh enam surah Al-Maaidah dan ayat tujuh puluh lapan hingga lapan puluh satu dalam surah yang serupa.
Bagi Sumaiyyah, bila Allah kutuk dan menceritakan tentang keburukan serta melarang orang Yahudi dijadikan teman kepercayaan, maka pada penilaian dan sukat-timbangnya sudah tidak ada sekelumit pun lagi nilai-nilai kemanusiaa pada orang Yahudi dengan zionismenya.
Justeru itu, bagi setiap manusia yang bukan seteru Allah dan yang tidak bersekongkol dengan syaitan dan iblis sama ada secara langsng atau tidak langsung tanpa mengira bangsa, warna kulit dan batas sempadan negara, semuanya kena menentang, mengutuk, membenci dan melaknati Yahudi yang bersekongkol dengan syaitan dan iblis, Yahudi yang berseteru dengan Allah dan para rasul-Nyal.
Bangsa Yahudi wajib ditentang dengan apa jua cara sehingga tiba saatnya mereka akan lari macam kucing lari berkeliaran takutkan tikus, bersembunyi di celah-celah batu dan pokok dengan batu dan pokok akan memberitahu tempat persembunyian mereka kepada para mujahid dan mujahidah untuk dibinasakan dengan penuh kecelakaan.
Paling tidak pun kena ditentang dengan rasa benci yang teramat sangat, terutama oleh orang sepertinya, seorang wanita yang terpaksa membesar tanpa ibu dan bapa ketika dia belum mumayyit lagi, ketika dia memerlukan kasih sayang dan belaian ibu dan ayah bagi mewarna dan mencorakan hidupnya.
Ibu, bapa, abang-abang dan kakak-kakaknya terkorban apabila kediamannya di Gazar lebur dibom oleh askar Yahudi, alasan yang diberikan kerana kediamannya disyaki menjadi tempat perlindungan mujahid dan mujahidah yang menentang keganasan dan kerakusan Yahudi dengan zionismenya.
Secara tersiratnya, tidak akan ada bangsa Palestin yang bukan mujahid dan mujahidah kerana berjihad demi agama, bangsa dan tanahair adalah wajib bagi umat Islam berpasak-paksikan cara dan keupayaan yang ada.
Kewajipab berjihad antaranya boleh dirujuk melalui ayat seratus lapan puluh sembilan hingga ayat seratus sembilan puluh lima Surah al-Baqarah dalam al-Quran nul-Karim.
Juga boleh dirujuk melalui ayat dua ratus enam belas hingga ayat dua ratus lapan belas dalam surah yang sama, surah Al-Baqarah yang mengandungi dua ratus lapan pulun enam ayat dan merupakan surat yang terpanjang dalam al-Quran yang mengandungi seratus empat belas surah, tiga puluh juzuk, enam ribu dua ratus tiga puluh enam ayat dan kira-kira satu perpuluhan dua juta huruf.
Menanam dan membentuk jiwa berkorban dan berjihad adalah dituntut dan hal ini boleh dirujuk melalui ayat seratus lima puluh enam hingga ayat seratus lima puluh lapan dalam surah Ali-’Imran.
Tidak ada siapa pun yang berhak menafikan bahawa setiap bangsa Palestin bukan mujahid dan mujahidah kerana mereka sedang berdepan dengan seteru Allah dan para rasul-Nya. Menentang Yahudi dengan zionismenya adalah wajib.
Lari atau mengelak dari berjihad, setidak-tidaknya kena kutuk dan kena benci Yahudi serta zionismenya, bermakna bangsa Palestin lari dari tuntutan kewajipan berjihad.
Sesungguhnya lari dari perang melawan musuh adalah dilarang bagi orang Islam.
Ini boleh dirujuk melalui ayat lima belas hingga ayat sembilan belas Sural Al-Anfaal dan melalui ayat empat puluh lima hingga ayat empat puluh tujuh dalam surah yang sama.
Hanya mereka yang munafik tidak akan berperang sebagaimana penjelasan Allah melalui ayat empat puluh empat hingga lima puluh tujuh dalam Surat At-Taubah.
Bagi Sumaiyyah hanya bangsa Palestin dan umat Islam yang membelakangi al-Quran, membelakangi Allah dan Rasul-Nya sahaja tidak akan memperakukan bahawa setiap bangsa Palestin yang telah mati sepanjang tempoh pencerobohan dan penaklukan Yahudi, yang masih hidup dan yang bakal lahir sebagai bukan mujahid dan mujahidah.
Dia sendiri sedang menggalas semangat mujahidah dan tumpang merasa bertuah melihat kesyahidan dan kesyahidahan bangsanya yang bergelimpangan dengan bumi Gazarnya dirasakan harum semerbak bak kasturi dengan bau darah mujahid dan mujahidah.
Dia berharap dia pun akan menerima tuah syahidah, akan turut tersenarai sebagai syahidah.
Dia membesar di khemah pelarian dengan majoriti penghuninya adalah para mujahidah serta kanak-kanak yang masih belum mumayyit manakala para mujahidnya pula berada di barisan depan medan juang.
Para mujahid dan mujahidah yang mencecah usia remaja ikut sama ke medan juang.
Ada yang memilih menjadi pengebom berani mati yang cuba dikelirukan oleh zionisme dan kalangan yang bersekongkol dengannya yang menstatuskan pengebom berani mati di kalangan para mujahid dan mujahidah sebagai tindakan bunuh diri.
Walhal apa lagi senjata dan taktik perang yang boleh menjadikan musuh ketakutan dan tidak dapat tidur lena yang bangsa Palestin dapat lakukan selain tindakan nekad sebagai pengebom berani mati.
Ini adalah kerana mereka telah, sedang dan akan terus dipersulit, disekat dan dinafikan hak untuk memiliki kelengkapan perang yang seimbang dengan musuh yang ganas dan rakus.
“Jangan menangis ayuhai anakku! Air mata tidak akan mampu menepis peluru dan ledakan bom penakluk yang ganas dan rakus. Musuh kita, musuh manusia beriman, seteru Allah dan para rasul-Nya tidak akan merasa kesian belas, apatah lagi bersimpati melihat tangisan kita. Menangis, merintih, lemah semangat dan hilang daya juang adalah suatu kemenangan buat mereka, menjadikan mereka akan dapat tidur dengan lena berselimutkan keseronokkan, kebanggaan dan keangkuhan” pujukan seorang mujahidah yang hampir sebahaya dengan gemulah ibunya di khemah pelarian tempat penempatannya masih terngiang-ngiang di telinganya walaupun pujukan itu di dengarinya kira-kira lapan tahun yang lampau, ketika hari pertama dia ditempatkan di khemah pelarian berkenaan.
“Saya tinggal sebatang kara”
“Tidak anakku!’
“Ibu saya sudah mati”
“Betul”
“Ayah saya pun dah mati”
“Saya tau”
“Abang-abang dan kakak-kakak saya juga sudah mati. Saya tak ada siapa-siapa lagi”
“Anakku bukan tinggal sebatang kara. Anakku bukannya tidak ada siapa-siapa lagi”
“Tanpa ibu, tanpa ayah, tanpa abang-abang dan tanpa kakak-kakak, siapa lagi yang saya ada?”
“Anakku ada Allah, anakku ada bangsa Palestin”
“Kenapa Allah tidak menolong bangsa Palestin?. Kita teraniaya dan dihina. Kenapa Yahudi yang dimenangkan?”
“Sebagai orang Palestin, sebagai orang Islam, anakku kena nilai apa yang berlaku kepada bangsa kita berteraskan iman dan takwa. Anakku kena yakin bahawa Allah Maha Adil”
“Maha Adil?”
“Ya. Maha Adil lagi Saksama”
“Saya keliru”
“Anakku panggil saja saya dengan panggilan Ummi”
“Insyaallah!”
“Ummi kehilangan suami dan sepuluh anak lelaki”
“Kehilangan?”
“Suami dan anak-anak Ummi terkorban bila kediaman kami di bom”
“Masyaallah!”
“Innalillah”
“Wainna-ilaihi-rroji-un”
“Ummi ketika itu ke pasar membeli keperluan dapur. Ummi menangis melihat mayat suami dan anak-anak bergelimpiangan bukan kerana meratapi kematian mereka, tetapi Ummi menangis kerana Ummi tidak terpilih menyertai mereka untuk terus ke syurga tanpa hisab. Ummi takut Ummi telah melakukan dosa besar sehingga Ummi tidak layak mati sebagai syahidah”
“Bukankah semua orang berjuang untuk hidup?”
“Untuk mereka yang bukan Islam memang betul mereka berjuang untuk hidup”
“Bagi orang Islam?”
“Orang Islam yang beriman dan bertakwa akan berjuang melawan musuh Islam, musuh Allah dan Rasul-Nya untuk mati”
“Pelik”
“Bukan pelik anakku. Itulah realitinya. Khalid ibnu Al-Walid menangis kerana dia tidak syahid di medan perang walaupun pada badannya tidak ada tempat yang tidak pernah terkena tetakan dan tusukan senjata musuh. Dia impikan syahid”
“Ummi mahu jadi seperti Khalid?”
“Ummi seorang perempuan. Ummi tidak mampu berjuang seperti Khalid. Ummi tidak segagah dan sehebat Khalid. Ummi mahu jadi macam Sumaiyyah”
“Macam saya?”
“Anakku nama Sumaiyyah?”
“Hah ah”
“Subhanallah! Ibu dan ayah anakku memilih nama yang cukup mulia”
“Maksud Ummi?”
“Sumaiyyah adalah lambang kemuliaan”
“Saya tak faham”
“Sumaiyyah adalah wanita pertama dalam Islam yang mati sebagai syahidah, malah ada riwayat mengatakan dialah umat Islam pertama yang menikmati kelazatan syahid. Suami dan kesemua anak lelaki-lelaki yang diharapkan mati syahid juga turut syahid, doanya dimakbulkan Allah”
“Apa istimewanya mati atas nama syahid dan syahidah?”
“Kematian yang cukup mulia dan tinggi nilainya di sisi Allah dan Rasul-Nya”
“Maksud Ummi?”
“Para syahid dan syahidah akan masuk syurga tanpa hisab, malah akan berpeluang memberi syafaat kepada empat puluh keluarga terdekat untuk sama-sama masuk syurga. Suatu penghormatan yang sangat tinggi dan sangat mulia lagi suci”
Sumaiyyah berhenti menangis. Dia mula merasa bangga dengan namanya dan dia mula berminat untuk mengenali siapa itu Sumaiyyah.
“Ibu, ayah, abang-abang dan kakak-kakak anakku mati atas nama syahid dan syahidah, kematian yang patut dibanggai dan disyukuri, bukannya untuk ditangisi dan diratapi. Mereka adalah antara hamba-hamba-Nya yang bernasib baik kerana terpilih sebagai syahid dan syahidah”.
Ummi yang bertugas sebagai guru di penempatan pelarian banyak mendidiknya menjadi bangsa Palestin yang bangga kerana saban hari ada saudara sebangsa dan seagama gugur, yang mati terpilih sebagai syahid dan syahidah yang akan masuk syurga tanpa hisab.
Tidak ramai umat Islam di negara-negara lain, yang berbangsa bukan bangsa Palestin yang berpeluang mati terpilih sebagai syahid dan syahidah.
Bangsa Yahudi dengan zionismenya secara tidak langsung berteraskan kerakusannya melakukan kekejamaan secara tidak langsung telah membuka peluang dan member tuah tuah kepada bangsa Palestin ke syurga tanpa hisab.
Orang Yahudi dengan zioniosmenya pula akan dihumban ke neraka bersama syaitan dan iblis laknatullah. Mereka akan ketawa, gah dan bangga kerana menang berperang dengan bangsa Palestin sedangkan kemenangan itu hanya sementara. Mereka akan menangisi kekalahan abadi di akhirat nanti.
Sumaiyyah juga sudah jadi macam Ummi, setiap mayat bangsanya yang bergelimpangan kerana kekejaman Yahudi dilihat sebagai suatu kemuliaan, dia juga akan menghitung dosa-dosa yang telah dilakukan sehinggakan dia tidak terpilih menjadi antara syahidah dalam serangan ganas askar Yahudi ke atas kedudukan bangsa Palestin.
Darah yang mengalir dari tubuh bangsanya yang syahid dan syahidah pada hiduannya tidak ada bau hanyir langsung, sebaliknya setiap titik darah dirasakan harum semerbak seperti kasturi. Dia juga mahukan darahnya akan semerbak kasturi, bukannya hanyir dan memualkan.
Mudah-mudahan dia adalah antara bangsa Palestin yang akan tersenarai sebagai syahidah, sesuai dengan namanya yang menyerupai nama wanita pertama dalam Islam yang syahidah kerana dikejami dan diganasi dengan rakus semata-mata kerana tegar mempertahankan keislaman, keimanan dan ketakwaannya.
Syahidah itu aSumaiyyah yang namanya serupa dengan namanya.
Demi bangsa dan tanahairnya, demi memastikan peluang untuk memastikan bangsanya terus berpeluang menikmati mati mulia sebagai syahid dan syahidah, pada usia lima belas tahun sekarang dia telah cukup bersedia untuk dikahwini oleh mana-mana lelaki beriman dan bertakwa supaya dia dapat melahirkan anak seramai mungkin.
Anak-anaknya itu pula akan diwakafkan untuk perjuangan mempertahankan maruah agama, bangsa dan Negara, akan dipastikan menjadi bangsa yang akan berjuang melawan keganasan Yahudi, sekali gus akan berpeluang mati sebagai syahid dan syahidah.
“Kalau Ummi masih mampu melahirkan anak, Ummi akan berkahwin walaupun sebagai isteri keempat kepada mana-mana lelaki dan Ummi akan lahirkan seramai mungkin anak untuk menjadi mujahid dan mujahidah yang akan mati syahid dan syahidah” tiga hari selepas Ummi melafazkan kata-kata itu, dia terkorban terkena serpihan bom yang kata pihak Yahudi kononnya tersasar ke khemah penempatan pelarian dan tidak disengajakan.
Ummi yang telah berjaya membentuknya menjadi bangsa Palestin yang tidak merasa menyesal kerana menjadi bangsa Palestin yang entah bila akan babas-bebas dari menjadi sasaran kekejaman dan keganasan Yahudi, akan mencapai impian untuk mati sebagai syahidah.
Tugas mengajar anak-anak yatim di khemah pelarian membaca dan menulis kini antaranya terpikul atas bahunya, malah tugas meniupkan semangat juang, semangat supaya merasa bangsa Palestin bertuah berpeluang mati syahid dan syahidah juga diteruskan sebagai kesinambungan kepada kerja-kerja juang Ummi.
Yang akil baligh dan mampu melahirkan bangsa Palestin supaya tidak pupus, supaya bangsa Palestin akan dapat terus melawan keganasan bangsa Yahudi, disarankan cepat-cepat kahwin tanpa memilih pasangan asalkan sang suami beriman dan bertakwa.
“Berkahwinlah, lahirkanlah seramai mungkin bangsa Palestin, jadikan rahim kita wanita Palestin ni sebagai kilang pengeluar mujahid dan mujahidah untuk nantinya anak-anak bangsa Palestin yang dilahirkan akan menjadi mujahid dan mujahidah yang dapat diwakafkan untuk perjuangan menebus maruah agama, bangsa dan agama, sekali gus berpeluang pula mati sebagai syahid dan syahidah untuk ke syurga tanpa hisab” serunya yang akan berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada lelaki yang hampir sebaya dengan usia gemulah bapanya.
Tidak ada apa yang lebih diharapkan dari perkahwinan itu selain dari dia mahu segera mengandung dan melahirkan mujahid dan mujahidah seramai yang mungkin untuk diwakafkan kepada perjuangan demi maruah agama, bangsa dan Negara tercinta.
Kalau pun dia tidak ditakdirkan mati sebagai syahidah, biarlah dia akan mendapat syafaat dari anak-anak yang dilahirkan untuk nantinya akan syahid dan syahidah agar mempermudahkannya ke syurga.
Dia mahu anak-anak yang dilahirkannya akan tersenarai sebagai hamba-hamba- Nya yang mendapat penghormatan dan mendapat darjat tinggi sebagai syahid dan syahidah.
Itu yang menjadi doa dan ratib utamanya!
1 comment:
WWW0619
michael kors outlet
ray ban sunglasses
reebok trainers
ugg outlet
balmain jeans
dolce and gabbana
longchamp solde
cheap jordans
coach outlet
pandora charms
Post a Comment