~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Wednesday, June 3, 2009

CERPEN10-SECERAH CAHAYA

‘Astaghfirullahalazim!!’ istighfarnya berulang kali.

Suara itu sungguh jelas, cukup kuat untuk membangunkannya dari tidur yang kurang lena. Dikesati peluh di dahi. Panas suam-suam. Malam itu malam yang panas, sepanas waktu siang yang dipancarkan dengan terik matahari. Kepanasan itu mengigit tubuhnya dengan suara-suara bisikan yang acapkali bertandang di telinga. Membangunkannya tika lena, menyentaknya tika jaga. Dia bingkas bangun. Segelas air dituang dan dihirup. Dengan pantas memori setahun yang lampau berombak kembali ke minda. Mata berkilas ke sekeping kertas kecil terselit di bawah tafsir al-Quran di meja. Sekeping tiket yang menjadi passport kemasukan ke sebuah majlis makan malam. Entah mengapa, acara tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan pelajar Malaysia di Turki itu, bagai tidak menarik perhatiannya. Bukan sahaja kurang berminat, malah terbit perasaan bercampur baur yang menyesakkan dadanya. Antara ketakutan ,kerisauan dan ketidak pastian beradun bersama nafasnya di saat itu. “Dani..oi Mat Dani!Meh sini jap!’

‘Apa dia Yop?’

‘Kalau ko join kitorang arrange bahagian performance mase dinner nanti ok tak?’

‘Errr… aku mana tahu Yop. Haiyaa… takde orang lain ker?’ Dia mengelak.

Ayub menjawab dengan nada yakin. ‘Alaa…, kerja simple je. Kau pilih orang untuk perform, lepas itu, kau bagi briefing sikit. Kau tengok-tengok macam tu je. Pastikan semua orang ikut jadual latihan. Kacang jekan?’

Dia termangu sejenak, berfikir.

“Hurmm, kalau camtu, aku layan jela. Kau punya pasal!’ Ayub kegembiraan di saat dia menyatakan persetujuan itu. Dia terasa bebanan di otak Ayub sebagai pengarah majlis makan tahunan itu berkurangan.

“Kenapa kau ambil tugasan tu??!!”

Persoalan itu menghujam fikirannya yang kematu.

Ahhh!!! Mahu sahaja dia berteriak ke luar angkasa bagi meleraikan keserabutan di fikirannya.

Pergi kau! Pergi!!!!!! Nyah!!!!

Kini, disebabkan peranan yang dia anggap mudah itu, bermulalah episod-episod baru dalam majlis keramaian dan persembahan di dalam masyarakat pelajar Malaysia di Turkey itu. Memang benar, tugasan sebagai ajk persembahan memang mudah. Kerjanya cuma memilih para performer yang minat untuk membuat persembahan. Ada yang menawarkan diri untuk mengambil pos penyajak, pelakon, nyanyian,kugiran malahan tarian!

Namun yang menggusarkan hatinya adalah apabila dia terpaksa membuat keputusan di dalam pemilihan penari-penari yang akan beraksi di atas pentas yang bakal dihadiri oleh para diplomat dan juga warga asal Turkey itu. Tidak ketinggalan seluruh pelajar Malaysia di negara sekular Turkey yang dijemput ke majlis keramaian tahunan itu. Majlis yang diadakan secara besar-besaran sambil mengutip derma itu perlu dilakukan dengan cara paling baik, kerana melambangkan betapa berprestijnya masyarakat Malaysia di depan mata dunia! Bangganya dia menjadi orang penting di dalam majlis yang mampu memartabatkan maruah bangsa dan negaranya! Padanya, dia hanya mahu membuat pilihan yang tepat. Mahu menonjolkan yang terbaik tentang Malaysia yang berbilang kaum dan budaya. Termasuklah di dalam aspek tarian. Tarian Melayu, Cina dan India sangat banyak ciri kesenian dan keindahan budaya yang tidak terdapat di dalam masyarakat Turkey di sini. Tentu perbezaan ini akan menarik minat mereka tentang Malaysia dan memperkayakan pengetahuan mereka tentang sebuah negara kecil yang pesat membangun. Dia mahu para penonton itu kagum melihat budaya Malaysia, kagum melihat keindahan seni Malaysia. Tentu mereka merasakan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang moden, yang mengikut peredaran zaman. Apa salahnya jika dia mahu menunjukkan pada mereka akan tarian orang Malaysia juga?

“Danial, awak rasa tindakan awak itu betul ke?’ Humaira, seorang wanita yang wara’ menegurku dengan baik. Dia merupakan seorang wanita muslimah Turkey yang terselamat dari barah sekularisme Turkey. Walaupun hijab diharamkan di Turkey, tapi dia tetap tegar dengan busana muslimahnya. Ditegurnya aku di saat dia melihat warga performer berlatih di dewan makan di pusat penginapan mereka. Begitu terkejut dia melihat rakan-rakan Melayunya yang kesemuanya Muslim sibuk berdandan dan melakukan tarian yang mengejutkan aksinya. Muzik yang dipasang ketika itu juga janggal pada telinganya.

‘Apa maksud awak Humaira?’ tanyaku penuh hormat.

Dengan wanita sesolehah itu, tidak mampu dia bertentang mata dengannya mahupun meninggikan suara. Di sebelah Humaira ada beberapa rakannya yang menemani perbualan mereka itu. Tidak mahu antara mereka berdua, warga asing ketiga yakni syaitan yang menemani.

‘ Saya nampak tujuan Danial yang mahu mempamerkan sosio-budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Tujuan yang tidak salah pada saya, walaupun pada saya, ada cara lain yang boleh dibuat untuk menunjukkan kebudayaan masyarakat Malaysia selain daripada membuat persembahan ini. Namun saya tahu, Danial hanya mengikut arahan, namun tidakkah boleh jika diubah supaya rakan-rakan muslimah kita tetap terpelihara daripada tontotan umum kaum Adam?’
‘Tapi ini bukan program Islamik, Humaira. Ini program internasional melibatkan semua kaum. Bukan sahaja wanita muslimah yang akan membuat persembahan, tapi warga Cina dan India juga.’

‘Saya faham itu. Saya tahu yang menontonnya juga adalah lelaki muslim. Tentu sahaja kamu berhujah, jika kaum wanita bukan Islam boleh menari, kenapa tidak orang Islam sendiri bukan?’

Dia masih tunduk memandang lantai. Dia memang segan dengan Humaira kerana kewarakan dan juga susunan bicaranya yang teratur. Jika yang bercakap dengannya sekarang ini adalah pelajar Melayu, mesti boleh dipatah-patahkan hujahnya dan tentu sahaja dia akan menang. Tetapi dengan Humaira, dengan bahasa Turkeynya yang tunggang langgang, masakan mampu dia melawan muslimah seikhlas itu?

‘Saya tahu kamu hanya menurut arahan, tapi kamu boleh bawa perubahan itu. Tidakkah kamu sedar jika tahun ini tarian itu dipersembahkan oleh wanita muslimah yang kamu masih boleh pelihara maruhanya, kemungkinan pada tahun-tahun mendatang, acara yang sama akan berulang. Malah akan lebih dahsyat lagi!’

Dia masih diam . Mahu mengumpulkan kekuatan untuk berbicara.

‘Apa yang dapat saya lakukan Humaira? Jika tiadanya mereka, takkan adanya tarian zapin Melayu yang telah pun diletakkan dalam tentatif program .Tiada adanya tarian mak yong. Tidak akan adanya silat. Maka bagaimana mampu majlis itu berlangsung dengan baik sedangkan itu perlu ditonjolkan dalam setiap persembahan Malaysia?’

Sambil menarik nafas dia menyambung.

‘ Apa yang mampu saya lakukan?Mereka sendiri rasa seronok untuk mempersembahkan tarian-tarian itu!’

‘ MasyaAllah! La haula wala quwwata illa billah! Sepatutnya kamu lebih sedar dan peka akan isu ini. Kamukan orang Islam! Kamu berasal dari Malaysia seharusnya kamu lebih tahu tentang Islam dariku. Saya banyak belajar dari buku berbanding kamu tapi saya tahu perbuatan membiarkan wanita muslimah kita menonjolkan diri mereka menerusi tarian yang diperhatikan oleh kaum Adam yang tentunya seronok memerhatikan lenggoknya tubuh wanita menari di hadapan mereka adalah haram. Tidakkah kamu suka juga memerhatikan mereka menari?’

Dia masih tunduk malu. Mahu dia katakan tidak. Tapi fitrah lelakinya tidak dapat menafikan betapa seronoknya dia melihat perempuan-perempuan yang cantik menari di hadapannya.

‘Danial, demi Allah. Tanyalah iman di dadamu! Adakah mahu engkau membiarkan wanita muslimah itu dihinakan di hadapan lelaki yang tiada imannya? Bagaimana kamu dapat memelihara pandangan lelaki daripada melihat wanita jika mereka ditonjolkan di hadapan mereka? Tidakkah kamu baca firmanNya ‘ Katakanlah kepada lelaki yang beriman , tundukkanlah pandangan mereka dan peliharalah kemaluan mereka.’ Katakanlah kepada perempuan yang beriman, tundukkkanlah pandangan mereka , pelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa terlihat pada dirinya. Hendaklah mereka pun menutupkan kain tudung melabuhi dadanya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka, ayah mereka, mertua laki-laki mereka, anak-anak kandung mereka, anak-anak tiri mereka, saudara laki-laki mereka, anak saudara mereka (dari saudara laki-laki mereka), saudara perempuan mereka, anak saudara mereka (dari saudara perempuan mereka), wanita-wanita Islam, budak-budak yang mereka miliki, pelayan laki-laki yang tidak lagi memiliki hasrat seksual atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita?’( An-Nur:30-31)

No comments:

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...