~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Saturday, April 21, 2012

Debat Arab...

Alhamdulillah
hari ini hari lahir saya
genap sudah usia saya 20 tahun


pagi-pagi lagi saya terbangun
urus diri dan lain-lain
terus ke laptop, apa lagi kalau bukan online
nak jadikan cerita pada tarikh hari lahir saya ni.......(17April)--link
saya buka yahoo dan ada emel dari beberapa orang..salah satunya adalah dari orang yang 'biasa'.....tut!
dan saya terkejut satu lagi emel dari ustzah Mardiana. uztazah ini mengajar subjek bahasa Arab di sini(UIA).
buka-buka ..tahu tak ape?


tajuk bahas Arab: tinggal di asrama Universiti lebih baik.(dalam bahasa Arab)
tarikh: 18 April 2012
bla bla bla
 Ya Allah sehari je lg..
macamana saya nak prepare ni..




oppss..lupa, saya terpilih masuk ke bahas Arab mewakili kelas. ye ke terpilih?
ok fine.
terus mesej ke sahabat-sahabat yang turut 'terpilih' bagi membincangkan bagaimana kami nak hadapi dan buat persiapan dalam tempoh kurang dari 24 jam..decide-decide akhirnya kami pun plan buat discusion jam 4 petang di lirary.


saya  pernah masuk bahas semenjak dari tingkatan 2 lagi hingga tingkatan 6. mana pernah dalam masa satu hari je nak prepare. dan yang paling best cikgu banyak tolong.buatkan teks bahas, ajarkan gaya cakap, gaya tangan, mimik muka, dan tak kurang juga semua fakta cikgu-ckigu yang tolong carikan..kami ni cuma present kan je..masya allah, manja bebenor!


tibalah masa yang di tunggu-tunggu, kami tidak dapat meneruskan sesi perbahasan kerana ketidakhadiran ahli bahas yang cukup!-demikian maklum kak urusetia kepada kami.. mana si H ni? sedih tak terkata.
prepare punye la semangat. tibe dikecewakan sangat!


ok dah, cukup! tup tup si H pun datang la ke dewan perbahasan. tak lama pas tu kami diizinkan naik ke pentas untuk memulakan sesi perbahasan.


Ya Allah, cuak tak terkata..naik pentas tu macam nak tercabut lutut kami berdepan dengan semua pelajar asing di barisan pihak pembangkang.. YA Allah engkau berilah ketenangan kepada kami semua.


perbahasan yang tidak sehangat mana. cuma kalau  dipeegang baju sakinah mungkin boleh lembab, sebab kesejukan air cond dewan!


saat keputusan di umumkan.bahawa usul ditolak..
bermakna pihak pembangkang menang..kami kalah...beza markah hanya 3..
tak mengapa ..pengalaman yang sangat bermakna. berhadapan dengan pelajar asing dari Indonesia, Singapura, Bangladesh dan Afrika. 4 orang jejaka yang kacak, ye ke? boleh la..ada rupe la..em maklum la dia orang dah lama belajar Arab berbanding kami yang baru masuk ni..--ayat cover sebab kalah.
ok.fine!


malamnya saya telefon ibu minta nasihat sempena hari lahir yang ke 20
kata ibu: semoga terus istiqamah dengan perjuangan Islam dan menjadi anak yang solehah..amiin


kata ayah pula: petang td ayah ikut orang tanam orang meninggal dunia, ayah terasa tak lama lagi ayah pula..ingat kita akan ke situ tak lama lagi dan bila-bila masa..kata ayah, semakin bertambah umur, semakin hampir dengan kubur..ya allah tersentap hatiku, kubur memanggil-manggil,kata ayah lagi buat kebaikan dan kebajikan banyak-banyak..supaya masa nak mati kita rasa tak berat dengan dosa-dosa..


terima kasih ayah dan ibu yang berpesan dari talian jauh =)


p/s:
1. belajar untuk hadapi segala kemungkinan yang luar jangka! mana tahu dalam tempoh bebrapa jam kena prepare untuk bahas dalam bahasa ARAB!


2. jangan bergantung pada manusia, tetapi bergantunglah pada Allah. kalau nak tunggu lecturer yang tolong buatkan, sampai saya berjanggut pun saya tetap tak dapat siapkan teks bahas tu!


3. ilmu dalam perbahasan sebenarnya boleh dipelajari. bakat ini mampu diasah dengan mempraktikkannya sejak dari usia muda. penting tau ilmu nak debat ni..boleh tahu camana muka orang paner, cuak dan sporting dengan cara dia cakap. kita akan jadi orang yang lebih berkeyakian dan lebih bersemangat ketika bercakap. sebab dah di train dengan debat-bahas-debat-bahas-debat-bahas..................













Wednesday, April 18, 2012

exam+exam=exam2

exam+exam=exam2---> exam tambah exam sama dengan exam-exam
Ya musim exam yang tak henti-henti
dari hujung bulan 3 sampailah esok..itu di UIA, Gombak.

Belajar kerana exam= FAIL!
belajar kerana Allah= CEMERLANG!

setiap hari saya perhatikan manusia sibuk dengan alam dan dunia masing-masing..(pelajar-pelajar UIA)
terutama dalam kalangan mereka yang berjawatan dan bersatuan..
Bagaimana mereka mengurus masa?
Adakah mereka terasa terbeban?

Bila dikaji dan hasilnya adalah kerana: mereka punya hubungan yang baik dengan 3perkara?

1.Hubungan dengan Allah
2. Hubungan dengan manusia
3. Hubungan dengan alam
insya allah jika dikaji Sultan Muhd Al-Fateh(klik link) adalah contoh yang dapat kita lihat.
Yang mana beliau sangat menjaga hubungan dengan Allah, manusia sekelilingnya dan alam.

Saya pernah mendengar seorang sahabat yang sentiasa mendapat 4 flat dalam exam dan dalam masa yang sama dia telah memegang jawatan sebagai KETUA,ROIS, dan presiden itu dan ini..

Hebat bukan?
Hebat lagi Allah yang mencipta beliau..

Sebenarnya, kita punya kelebihan dan keistimewaan yang Allah bagi.
Bersyukurlah, kenali diri sendiri, dan majukanlah diri demi Islam tercinta..

p/s: doakan kejayaan saya dan sahabat-sahabat disini..terutama adik-adik yang bakal ke UIA.. sakinah amsyar dan sirin hannan..

..





Wednesday, April 4, 2012

mengata-ngata itu nista


Takutlah kita utk mengata-ngata kpd orang lain.


Barangkali dia sedang berzikir kpd Allah Taala atau berselawat ke atas Baginda Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam atau bertahajjud atau bersedekah atau sedang menangis bertaubat memohon ampun kpd Allah Taala. Atau barangkali dia adalah insan yg dipilih oleh Allah Taala sbg walinya dan dirindui oleh RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam.






Jika ini sangkaan baik kita kpd mereka, jadilah sbg daripada mereka. Ya Rabbi!! Janganlah Engkau tinggalkan kami walau sekelip mata atau tempoh yg lebih kurang dari itu!


p/s: usaha dan elak dari mengumpat atau mengeji orang lain..baiki diri dan ajaklah orang lain.


Sunday, April 1, 2012

positiflah!

hari ini Alhamdulillah Allah memberi saya peluang untuk menulis lagi..
sesungguhnya kita ini penyambung rantai-rantai dakwah perjuangan para Nabi dan para sahabat, kita bukan pemula!




hidup ini adalah ujian

Allah uji hati kita
Allah uji Iman kita
Allah uji dengan nikmat
Allah uji dengan musibah
Allah uji bila-bila


::UJIAN::

Jika kita lihat secara positif, maka pastilah kita akan bertindak dengan positif!
Sebaliknya, jika kita melihat ujian yang diberi itu dengaan negatif, maka kita akan tindak balas dengan negatif.


p/s: wahai mujahid/mujahidah yang setia pada AGAMANYA, hidup lah dengan positifkan minda dengan segala ujian dan tetaplah sabar dan edha atas segala ketentuan Allah. Perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis!

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...