~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Wednesday, June 3, 2009

CERPEN15-HUBBUNA

Aku menolak kerusi roda perlahan-lahan menuju ke bilik.Semenjak 2 tahun yang lalu,inilah “kaki”ku.Ke mana-mana dengan “kaki” baru.
“Nak ke mana tu,Wi?”Tanya emak lembut.Suara lembut emaklah yang selalu menewaskan aku.Dialah yang banyak menyabarkan aku setiap kali aku mengeluh dengan keadaan ini.Aku menoleh lalu menguntum senyum.
“Nak masuk bilik.”jawabku.Langsir yang menghiasi pintu bilikku itu kuselak.
“Tak nak jumpa kawan lama mak ni?Kesian dia.Wi pun asyik berkurung saja.Bawa-bawalah berbual.”pujuk emak lembut.Semenjak mendapat panggilan telefon dari temannnya itu,emak ligat mengemas rumah.
“Ayah kan ada.Lagipun,Wi dah selalu sangat berbual.”Kali ini aku sengaja memberi jawapan yang mungkin memerangkap emak.
“Bila Wi berbual?Mak tak pernah nampak pun.”Wajah emak berubah.Keningnya berkerut.Wajah itu sudah kelihatan tuanya.Apa tidaknya,usia emak sudah mencecah hampir 50 tahun.
“Macam mana mak nak nampak Wi berbual kalau Wi berbual kat tempat kerja.”Aku ketawa kecil.Emak memuncungkan mulutnya.Dia sengaja memasamkan mukanya.Mmmm,nampaknya terpaksalah aku mengalah.
“Wi bukan apa,mak.Wi takde mood nak borak dengan sesiapapun.Lagipun,leceh Wi nak bergerak kat ruang tamu tu.Nanti karang,entah kaki sapa yang kena lenyek dengan “kaki” Wi ni.”Aku cuba bergurau untuk mengembalikan keceriaan di wajah emak.
“Cakap sajalah kamu tu malas nak buat air,Wi.”Emak menjawab.Seraya dengan itu,satu cubitan kecil hinggap dipipiku.Aku cuba untuk menepis tapi sia-sia saja.Bak kata orang Indonesia,percuma.
“Mak macam tau-tau je.Wi masuk dululah ya.Nak solat Zohor.”Emak sekadar mengangguk.Aku segera masuk ke bilik.Aku tak mahu menjadi hambaNYA yang alpa akan suruhanNYA.Biar sakit bagaimana sekalipun,solat perlu diutamakan.Firman Allah S.W.T dalam surah At-Taubah(ayat 71):
” Dan orang-orang yang beriman,lelaki dan perempuan,sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.Mereka menyuruh mengerjakan yang ma’ruf,mencegah dari yang mungkar,mendirikan sembahyang,menunaikan zakat,dan mereka taatkepada Allah dan RasulNYA.Mereka itu akan diberi rahmatoleh Allah;sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Usai solat,aku terus memuji-muji kebesaran Ilahi sehinggalah aku terdengar suara orang memberi salam.Barangkali,kawan lama emak sudah sampai.Aku perlu juga menunjukkan muka.Kawan emak adalah tetamuku.Memuliakan tetamu juga merupakan satu perkara yang baik.Sebaik saja aku keluar,semua mata terarah padaku.Aku sedaya upaya menolak kerusi roda supaya segera sampai.Namun,entah dari mana,ada sepasang tangan yang menghulurkan bantuan dari belakang.
“Terima kasih.”ucapku lalu memandang kearah insan yang telah membantu tadi.Ternyata,seorang gadis muda yang aku anggarkan dalam lingkungan 15-16 tahun tersenyum manis.Ake bersalam-salam dengan teman emak.Dia hadir bersama suaminya juga dua anak gadisnya termasuk gadis tadi yang namanya entah siapa.Aku terpaksa memulakan perbualan dengannya memandangkan sedari tadi pandangannya asyik tertumpu kepadaku.
“Siapa nama,dik?”soalku memulakan perbualan.Orangnya manis,berkulit sawo matang dan ada tahi lalat di bawah bibir sekaligus menyerikan wajahnya.
“Aisya.Kakak?”soalnya pula.Ini yang aku malas nak tanya ni.Mesti nanti meleret-leret budak ni tanya aku.Astaghfirullah,tak baik betul aku ni.Orang berbudi kita berbahasa.
“Widad.Panggil Kak Wi saja.”Ishh…cepat betul mulut aku menjawab.Biasanya,tak seramah ini.Tak apalah,aku pun bukan ada kerja sangat nak buat.Layan saja si Aisya ni.Untung-untung,ada juga kawan berbual.
“Mana bilik Kak Wi?Saya bukan apa,naik mengantuk kalau dengar orang tua bercakap.Boleh saya tengok bilik Kak Wi?”katanya dengan nada yang separuh berbisik.Takutlah tu….
Aku tersengih.Aku pun sebenarnya bosan juga.Aku menarik tangannya lalu mengunjukkan ibu jariku ke arah bilik.Aisya nampak senang hati.Ibunya,Makcik Salmah sekadar memerhati.

“Wah,cantiknya bilik Kak Wi.Kak Wi kerja apa,ya?”Aisya kelihatan kagum dengan suasana bilik aku.Rata-rata yang pernah melangkah masuk ke bilik ini selalunya menyatakan kekaguman mereka.Aku mengecat bilik dengan warna pelangi pada satu bahagian dinding.Yang lain,warna krim.Ada katil bujang dengan cadar kartun Pooh berwarna hijau muda pucuk pisang,lampu tidur,almari dan juga rak buku.Sebuah meja juga aku hiaskan dalam bilik bagi memudahkan untuk aku membuat kerja.
“Kak Wi ni tutor kat USM.”Jawabku mudah.Mata Aisya terbeliak.
“Hebatnya,Kak Wi.Dahlah cantik,pandai pulak tu.”Aku tersenyum.Dah lama orang tak puji aku cantik.Dulu,dia saja yang selalu memuji aku.Arghh,jangan dikenang kenangan yang lalu.Tapi,apa boleh buat.Yang indah itulah kita selalu teringat.Kalaulah waktu boleh diputar,aku juga mahu kebahagiaan itu sentiasa menjadi milikku.
“Mana ada.Biasa saja.Aisya pun apa kurangnya.Sekarang,sekolah tingkatan berapa?”.Giliranku pula bertanyakan soalan.Terasa macam formal.Maklumlah,baru kenal.Aisya memandangku.
“Tingkatan 4.Sha ambil aliran sains.Nak jadi doktor.Nak selamatkan orang.”jawabnya petah.Ternyata,dia sudah punya impiannya sendiri.Aku tersenyum.Aku dulu pun dari aliran sains.
“Kak Wi dah ada boyfriend ya?”.Soalan Aisha benar-benar membuatkan aku tersentak.Sedikit terkejut.Ah,ini bukan salah dia.Dia tak tahu apa-apa.Tangannya memegang sebuah frame yang memaparkan gambarku dengan dia.Mungkin kalau mak dan ayah,tentu mereka lebih berhati-hati agar aku tidak terasa.Aku menghela nafas panjang.
“Tunang akak.”Balasku ringkas.Aku berharap Aisha tidak akan bertanyakan soalan lagi.Tapi,mustahil.Usia seperti Aisha biasanya memerlukan jawapan bagi setiap pertanyaan.
“Handsome.Sesuai dengan Kak Wi.Dia kat mana sekarang ni?”.Kembang betul hati aku mendengar pujian Aisha.Tidakkah dia tahu bahawa insan yang sesuai itu tak ditakdirkan untuk aku?Allahu Akbar…….
“Dia di sana.Alam yang jauh.Alam yang kita sendiri akan pergi sebaik saja sampai seruanNYA.”Kali ini,air mata yang aku cuba tahan berlinang.Aku mula teresak-esak.Aisha memeluk aku.Pertama kali aku merasakan dakapan seorang adik.
“Maaf,kak.Aisha tak tahu.Maaf ya kak.”Lirih Aisha
“Menangislah,kak.Mungkin akak akan rasa lega nanti.”Esakanku bertambah kuat.Aku seolah-olah lupa dan terus tenggelam dalam kenangan yang lalu.
“Dia dah takda Aisha.Dia dah tinggalkan akak.Dia dah tinggalkan akak.Dia janji takkan sesekali tinggalkan.Aaaargghhh…”Aku menjerit sekuat hati.Pelukan Aisha bertambah kemas dan erat.Dia bagaikan turut merasai kelukaan hatiku.
“Kenapa,Aisha?Kamu dah buat apa dengan Widad ni?”Jerit Makcik Salmah.Mungkin jeritanku terlalu kuat sehingga kedengaran di runag tamu.Ayah dengan emak memapah aku yang sudah lemah ke katil.Kenangan silam itu menyebabkan aku tak bermaya.Semangat yang ada ini belum cukup kuat untuk aku tempuh liku-liku kehidupan yang mendatang.Aku terus terlena.
“Maaf,makcik.Aisha cuba nak tenangkan Kak Wi.”Suara Aisha seperti tidak kedengaran.Makcik Salmah menjegilkan matanya pada Aisha.Dia benar-benar geram dengan kelakuan Aisha.Buat malu saja.
“Tak apa,Sha.Kak Wi kamu memang begini.Makcik sendiri tak tahan melihat dia asyik bersedih.”Emak bersuara.Ayah menyelimutkan aku dan mengusap-usap ubunku.
“Mari kita ke depan.Widad nak berehat.”

Di ruang tamu,emak memulakan cerita.Sebuah cerita duka padaku,cerita sedih pada emak dan ayah yang membesarkan aku.Aisha seperti tidak sabar untuk mengetahui kisah silamku.Begitu juga dengan Makcik Salmah.
“Widad anak yang baik.Dia bukanlah seperti sekarang ni.Dia sihat,lincah dan selalu gembira.Suatu hari,dia beritahu nak berkahwin.Seminggu selepas tu,ada rombongan yang masuk meminang.Rupa-rupanya,kawan sepermainan Widad semasa kami di Melaka dulu.Kawan masa dia kecil.Hafiz nama budak tu.Baik sungguh orangnya.Dia dah lama menyimpan perasaan pada Widad.Sebab itulah dia terus melamar Widad.Kami setuju sebab Widad juga gembira.Pertama kali dia beritahu saya,hatinya tersentuh dengan kata-kata Hafiz yang mahu dia menjadi isterinya.Tak lama lepas tu,mereka bertunang.Kami tetapkan 3 bulan saja tempohnya.Tapi,kuasa Allah tak siapa mampu menghalang.Seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka,Widad dan Hafiz kemalangan.Mereka baru saja mengambil cincin yang Hafiz tempah.Hafiz meninggal di tempat kejadian.Widad pula lumpuh.Widad tenang saja sebaik mengetahui yang Hafiz sudah tiada.Dia tak pernah menunjukkan kesedihan dia tapi kami tau,dia sedih.Doktor pernah cakap,kakinya boleh pulih tapi dia sendiri tak mahu buat rawatan.”Aisha menangis.Makcik Salmah juga mengalirkan air mata.Ayah memegang bahu emak erat.Sudah 2 tahun kejadian itu berlaku dan sudah 2 tahun air mata emak akan mengalir setiap kali kisahku dibangkitkan.
“Kak Wi masih simpan gambar arwah.Saya yang tanya tadi.Saya dah sakitkan hati Kak Wi.”Aisha berbicara.Sungguh,Aisha tak tahu keperitan yang Kak Wi tanggung.Perit menerima hakikat orang yang kita sayang sudah tiada lagi.
“Takpa,Sha.Aisha tak tahu apa pun.Aisha banyak-banyakkanlah berbual dengan Wi.Mungkin dengan Aisha,dia selesa meluahkan apa yang dia rasa.Sudahlah,mari kita minum.Dah naik sejuk air teh ni.Minum Kak Salmah,Bang.”ujar emak.

Siapa tahu,kisah aku itu menyebabkan aku dan Aisha menjadi semakin rapat.Aisha baru saja menghubungiku.Dia mahu menghabiskan cuti sekolahnya di rumahku.Maksudnya,Aisha akan tinggal denganku selama sebulan.Aku sendiri mula rasa tidak sabar.

__________________
LoVE iS THe oNLy FrEedOm In tHe WOrLd bEcAUse IT sO EleVAtEs tHe SPiRit tHAt ThE LawS OF HuMaNIty AnD tHe PHeNomeNA oF naTUre DO NoT aLtEr itS CoUrSE.

No comments:

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...