~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Friday, June 22, 2012

LQ0316A-inspirasi kelas ini!



kelas yang dirindui

gambar kelas yang selalu menjadi inspirasi kepada saya untuk bersemangat seperti kalian, siap tampal kat notice board bilik lg!


Kita satu jasad
dalam satu kelas
punya keistimewaan tersendiri
19 orang penghuni kelas ini
ust Ibrahim raja kami
Ustzh Azzelena menjadi permaisuri

Sungguh Huda itu keramahan kami
Jangan disangka Mawardi juga begitu
kerana diam-diam ubi berisi.

Benarlah diamnya Nabila 
tanda ternyenyak di dalam kelas
namun keriuhan Maryam dan Hazami
mengejutkan kembali!

Tak boleh disangkal lagi 
proaktifnya Saifullah punya karisma diri
Tak kurang juga Hafiz
bakal Imam Muda dari kelas ini.

Siapa sangka belum masuk Kuliah
dah boleh menjadi pakar i'rab
itulah dia Zahra' kami
Kelembutan dalam ketegasan
 itu ada pada seorang Izati
ketua editor namanya Azri 
sangat banyak pengorbanan yang dibuat
untuk siapkan majalah kami!

Dari sempadan Kelantan datangnya kemari
untuk menuntut ilmu Islami
itulah dia Ku Haruddin, Liana dan Adilah yang disegani

Bakal menjadi bapa mithali 
siapa tak kenal Ridhwan ini
satu kelas yang riuh rendah
tak lupa  Husna dari Arab Saudi
juga Man Rit yang jarang dijumpai

 Asiah dan Hafizah selalu bersama berukhwah
bagai merpati dua sejoli 
kenape diam bila Mar'atul Husna nak join sekali?




p/s: masih belum lengkap lagi ni....nama-nama yang disebut adalah nama-nama yang cenderung hati ini kepada mereka, yang kelas lain itu masih dalam ingtan saya juga...maaf kalau ada tersalah kata dan tersinggung mana-mana pihak..sekadar luahan hati.


Thursday, June 7, 2012

ladang sawit ayah

melangkah pagi2 ke ladang sawit ayah bersama adik2
tak disangka sudah tinggi dari saya sawit yang ditanam ayah

kami di beri tugas untuk mencabut rumput atau anak-anak pokok liar bagi meletakkan baja disekelilingnya.
operasi pun bermula....punye semangat si Huda mencabut sana sini,minta baja yang lain pun turut bersemngt.

teng teng teng..tiba satu suara dari adik bongsu saya, ayah jom balik/..
aik, tak sampai 2 jam pun...dah penat ke? opss lupe mereka puasa!

p/s: cube2 la bnda pelik mcm ni, (tak dela pelik sgt) kait sawit, gali lubang, tanam pokok sawit, dan baja! wow memng power la bila dah try baru praktikal! bukan hnya pandai  berteori dlm kelas je pasala sawit!(eleh, mcm la aku ni mahir sgt)

p/s: jom lihat ....anak2 pokok atau rumput yg tumbuh di sekeliling pokok sawit itu ibarat dosa2 kecil yang dibuat oleh manusia, jika dibiar tanpa taubat dan istighfar maka dosa2 itu akan mensengsarakan si pembuat dosa itu..anak2 pokok yg dibiar akan menyusahkan pokok sawit untuk tumbuh dengan baik dan subur..

perjalanan ke 5 negeri



perjalanan ke Kelantan


Zinnirah bersama Kakak Naqibahnya telah bermusafir ke negeri Darul Naim. Perjalanan bermula jam 10 malam di perhentian Greenwood.
Terlena dalam bas hampir 8 jam..tiba di Kota Bharu jam 6.30pagi.


Zinnirah dan Kak Jie menaiki kereta kakaknya yang sedia menanti di sana. Tiba dirumah itu Zinnirah disambut oleh mak Kak Jie. Bersarapan dan khidmat diri. Dirinya seperti terkenang kembali kampung halaman di Rawang, Darul Ehsan.


Tidak lama kemudian ibu Zinnirah menelefon dan bertanya,berlaku la perbualan seperti ini
i-ibu
z-Zinnirah


i: kakak, nak gi Kedah dok?
Em, terus di jawab tanpa alasan lagi.
z: Nak!
i: ok siap esok atau rabu kakak balik Pahang kita gerak pagi atau pas Asar hari Khamis.
k: ok beres bu, insya allah.


Zinnirah dan adik-adiknya di ajak oleh ayah dan ibunya ke Kedah kerana ada himpunan HIJAU.ha, HIJAU tu bukan BIRU..mana mungkin kami semua menolak ajakan ini...sape sanggup duk rumah sorang kan?
(sebenarnye memng dah tahu semua kena gi nye, tak de la peluang duk umah, memang ayah dan ibu akan sound siap2 la sape yg berani engkar tak mau p Kedah ni)




perjalanan ke Pahang


Tiket ditangan Zinnirah menunjukkan bas yang bakal dinaiki nanti akan tiba jam 9.30 pagi, masih menunggu...mengapa bas tidak tiba-tiba lagi..janji Melayu..


tidak lama kemudian,bas pun tiba, banyak tempat perhentian bas ini,perjalanan pun bermula sehingga masuk waktu Zohor, sampai di hentian Penyu di Kuala Terengganu..semua penumpang turun solat...yang si Zinnirah ni dalam kepala dah set td kate nak jama' ta'hir, sebb memng ingt bas ni tak berhenti, se lg takut tinggal beg laptop yg berat ni dlm bas mcm tu je..nak bw berat 3 kilo!


sedar2 semua org dah siap, maka bas pun berjalan...nak tidur ada lelaki ajnabi di sebelah, nak buat ape ni? em, diam je la, buat biasa,dan tak sangka dah pukul 5.30ptg masa tengok jam time tu,jauh perjalanan kali ni...


Zinnirah hanya mampu berdoa moga tiba di stesen bas Kuantan sebelum masuk Maghrib, ye la mane solat jama' lagi ni..


time tu dah 6.30 ptg, baru dekat sungai Ubi, em lambat lagi ni nak sampai bndar Kuantan...maka Zinnirah pun mesej la dengan kakak2 yg dy kenal untuk bertanyakan bagaimna untuk solat hormat waktu..
-selesai-
tiba di stesen bas , jam 7 terus ke surau. menyesal tak sudah..nape la aku tak turun je terus kat hentian Penyu tu...em ada hikmahnya, nak sruh aku belajar 'solat hormat waktu'...


Tiba di rumah jam 10malam setelah Zinnirah berhempas pulas mencari tiket ke Temerloh dari Kuantan,alamak duduk sebelah laki lg! dengan geng2 otai lg nakal! ye ke? ntah, tp dari segi luaran nampk la pakaiannya...bla...bla...Ya allah, lagu yg dipasang tak boleh tahan,ape ke mksdnye...em, la rupenye semua sekolah Chenor,adik2 la kira nye, tnye pd sorang adik ni, mereka baru pas jalan ke Ibu Negeri pahang...macam rusa masuk kampung..=(






Perjalanan ke Kedah


Punya smangat kemas barang, rupanya ibu Zinnirah ada kelas bersama muslimat di kampung sebelah, ya maka mereka (adik-beradik yg semangat)pun tetap bersabar dan menunggu ibu pulang.


next, setelah di atur semua barang ke dalam kereta, perjalanan dua kerata pun bermula..


--------------------------------------------------------
sampai di Darul Aman tepat jam 6.30pg..solat subuh then gi mandi kat masjd..jalan2 kat sawah padi, cantiknye..


perjalanan ke tanjung Dawai..melihat pemandangan di sana..


tiba waktu yang ditunggu jam 3petang mereka bergerak ke >STADIUM DARUL AMAN< melihat hijau..cantik dan tenang...


-selesai-




Perjalanan ke Perak


Terus bergerak ke Perak setelah habis program, ramai yang balik ke arah tujuan masing2 dalam lebuhraya yang sama..


banayk nye la  bas...Subuh di hentian Gurun, terus khidmat diri dan mereka mula bersarapan seterusnya ke rumah kawan Amin adik kedua Zinnirah,hampir satu jam dirumah tersebut ,bergerak pula ke kenduri pak sedara mereka di Kedangsa.




Perjalanan ke Selangor
mlm itu juga mereka pulang ke rumah nenek untuk berehat dan beristirehat.


menghantar Zinnirah di UIA, Gombak kerana ada satu paper lagi belum habis..




p/s: jauh perjalanan luas pengalaman. Zinnirah dalam watak ini hanya rekaan tulisan.Semoga kita semua terus istiqamah.







::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...