~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Wednesday, June 3, 2009

TAMAN ISLAMKU: SMA AL-KHAIRIAH

Ku renungi hari-hari esok di Taman Islam ini kian suram dan penuh persoalan . Terasa dahsyatnya gegaran yang melanda di taman indah milik kita ini . Ada nada kesal sering bertemu di hati .Cemas dengan keasyikan dan kealpaan kita melewati hari-hari yang berlalu tanpa henti , hinggakan kita menjadi generasi Taman Islam yang kian runtuh .Ke manakah hilangnya kekuatan mujahadah yang sering kita tuturkan ?

Mengapa kita tidak bisa memelihara kemeriahhan taman ini dengan kesuburan nur iman dan ukhuwah? Malah kita hanya perlu untuk meneruskannya bukan seperti untuk mewujudkannya seperti generasi terdahulu . Hari demi hari , kita makin jauh dari Ilahi. Kemegahan kita sebagai generasi yang berpegang pada kalimah al-Rahman selama ini , bias lenyap dan berkubur entah esok atau lusa , malah hanya dalam sekelip mata ,

Entah bila persoalanku bias terurai . Selagi qudwah hasanah sudah tidak menjadi mahkota kebanggaaan kita , selagi itulah Taman Islam ini akan terus hilang identitinya , runtuh kian runtuh ? Malu bukan lagi hiasan kta !Takwa bukan lagi pakaiaan kita ! Adakah semua ini sudah tidak secocok dengan naluri kita yang hidup dalam arus globalisasi ?Tidakkah kita sedar,nilai-nilai yang ada disini menepati nilai-nilai Islam.Ketahuilah,nilai-nilai Islam adalah nilai-nilai yang terus unggul untuk dipertahankan hingga ke akhir zaman biar sehebat mana pun zaman berubah.

Siapa lagi yang harus mengubah kemelut penghuni Taman Islam yang sudah kurang mengenali identiti Islaminya lagi? Mampukah helaian bisu ini mengubah keadaan? Jawapan bagi persoalan ini ada kepada diri kita sendiri. Malulah kepada Allahkerana sanggup mencalitkan najiske taman kudus ini dengan mengasingkan diri dari etika Islam yang diperjuangkan. Sanggupkah kita menjadi golongan peruntuh itu?

Sedarlah ikhwah dan akhowat,
Generasi Taman Islam adalah generasi pembentukkeperibadian Islam dalam masyarakat nanti. Masyarakat memerlukan sumbangan kita. Kalaulah generasi da’e seperti kita turut lemas dan terumbang-ambing dengan kemelut nafsu dan syaitan sebagai penasihatnya, bagaimana kita mampu membina kecermelangan sebuah masyarakat berperibadi Islam?Siapakah yang harus mereka contohi?

Kita tidak mahu masyarakat kita nanti, cemerlang akademik dan ekonominya sahaja namun kontang dari segi iman dan akhlak. Jika perkara begini terjadi, makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat Islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa. Masakan tidak, jika asas pentarbiahan umat Islam separuh ini, impian hanya tinggal mimpi.

Mungkinkah pada hari esok masih menjanjikan sinar untuk kita mengembalikan kegemilangan Taman Islam. Kalau bukan kita siapa lagi? Kalu bukan sekarang bila lagi?Kalau bukan disini bila lagi?

No comments:

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...