~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Saturday, September 26, 2009

Tanda-tanda Taubat Diterima ALLAH



Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah,kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu: 

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis. 

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik. 

3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah. 

4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah. 

5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit. 

6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

 

Sama-samalah kita memperbanyak lafaz istighfar memohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun. Semoga dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita semua akan tergolong di dalam golongan mereka yang mendapat maghfirah Allah ta'ala.Insya Allah.-editor.

Dihantar oleh : madihah nur ISLAM

Terhebat

Di kesibukan sebuah kota yang terkenal dengan kehandalan di medan peperangan, terdengar hingar-bingar orang di sana sini menjaja apa sahaja yang mereka ada. "Murah-murah...lembing ini kayunya kayu kokka, terkenal khasiat zaman berzaman, runcingnya besi tembaga, tikaman pasti ke kuburan...!!" "Mari-mari beli ini pedang, sekali hayun terbelah dua, acapkali diguna sang badang, buat senjata memburu naga...!!" Demikian berpantun-pantun mereka menjaja alatan senjata untuk kegunaan pemuda perajurit di medan pertempuran. Di tengah-tengah kebingitan itu, lalu seorang hamba Allah yang warak sedang memerhatikan gelagat manusia. Akhirnya terpaut hatinya pada seorang lelaki yang menjaja alatannya tadi. "Mari-mari datang ke sini, andai terlepas pastinya rugi, hamba kembara seluruh negeri, menjaja hanya pada yang sudi." "Di tangan kanan hamba perisai sakti, dicurah air gunung Indera puri, menahan segala yang dengki, tiada tercalar merekah apatah lagi." "Pedang keramat di tangan kiri, disadur racun berbisa sekali, membelah sebarang sudahlah pasti, boleh mencuba kalau berani." Pendek kata, lelaki ini mempromosikan pedangnya yang dikatakan mampu membelah apa sahaja, dan perisainya yang mampu menahan apa sahaja serangan. Terpaku orang ramai mendengar kehebatan kedua-dua senjata itu, tapi hendak memilikinya bukan kemampuan kerana harganya melampaui jangkauan, hanya yang mampu mereka yang hartawan. Ketika orang ramai masih kagum dengan kehebatan senjata itu, hamba Allah yang warak itu keluar daripada kelompok orang ramai dan tampil ke hadapan berjumpa dengan lelaki tersebut. Dia berkata "Saudara, jika benarlah seperti yang digembar-gemburkan itu, maka cubalah belah perisai saudara dengan menggunakan pedang di tangan yang satu lagi itu." Ungkapan hamba Allah ini membuatkan lelaki ini terdiam, dan sedikit demi sedikit orang ramai meninggalkan dia yang tersentak di situ. Moral : Jangan bermanis mulut sehingga berlebihan dalam mengkhabarkan sesuatu perkara

your sincerely:-

zinnirah

Saturday, September 19, 2009

Saturday, September 12, 2009

CINTA ANTA & ANTI

DI PETIK DARI MAJALAH I,KELUARAN FEBRUARI 2006,

PENULIS IALAH:USTAZ MASZLEE MALIK...


'CINTA ANTA & ANTI...'


Cinta Remaja Dakwah.

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai
peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman
muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka
bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah
persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para
remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya,
cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank,
institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta
ukhwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk
menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di
kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah
usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah
menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana
tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu
membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang
berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak
muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata
tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar
wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan
juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif
berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan
sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai...kreatif betul anak-anak muda
dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh
nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video
nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya,
fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang
berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan,
dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah
maksiat. wal'iyadhubillah...

Salah Faham ukhwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang
mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir,
kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan
oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat
terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di
jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "ukhwah fillah kekal
abadi..".sekali lagi makna ukhwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila
dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak
sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah
melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga
satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story"
yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi
tema "ukhwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua
jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat
penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama
dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak
lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan
"ukhwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi
tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga
mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si
siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan
golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di
bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil
dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si
naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan
tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung,
siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah
sekelas mereka...ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka
lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an
dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal
menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan
kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena
cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul
dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini.
Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat
kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk
menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi
desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun
emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku
bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya,
tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "ukhwah fillah membawa ke
Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau
penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa
kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan
perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat
untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik
ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau
tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat
memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

Wallahu'alam..




your sincerely:-
zinnirah

Friday, September 11, 2009

Beruntunglah Bagi Mereka Yang Asing



SATU PERKONGSIAN BERSAMA..


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” 
[Hadith Muslim no. 145] 

Semasa Islam datang, seruannya menimbulkan rasa hairan. Kehairan itu cukup untuk Islam ditolak, dipencilkan, ditertawakan, dituduh sebagai sihir dan agenda orang gila, dan seribu satu kecaman yang terakam di lembaran Sirah. Masakan tidak. Islam datang menongkah kebiasaan. Manusia sudah biasa menjadi hamba kepada manusia. 

Biar pun perhambaan itu penuh dengan kezaliman dan penderitaan, manusia lebih selesa untuk mengekalkan kebiasaan berbanding menerima perubahan. Zina yang haram sudah menjadi kebiasaan. Lalu pernikahan yang halal menjadi kejanggalan. Arak yang menukar manusia jadi binatang sudah diterima sebagai normal. Makanan dan minuman yang halal lagi baik, dianggap pelik dan menyusahkan. 

Riba yang mencengkam dan menyeksa kehidupan sudah diterima pakai sebagai tatacara hidup. Jual beli yang bersih lagi adil, dilihat sebagai asing dan tidak mempunyai masa depan. Walaupun perhambaan, penzinaan, arak dan judi serta riba dan kezaliman, semuanya itu menjadikan kehidupan manusia seperti neraka dunia, itu lebih selesa untuk dikekalkan kerana sudah biasa, berbanding mengusahakan perubahan, biar pun ia menjanjikan jalan keluar dari kegelapan Jahiliah tersebut. 

Itulah nasib Islam di awal zamannya. Seruan untuk menyelamatkan manusia dibalas dengan maki hamun. Nabi diherdik dengan penghinaan. Tubuhnya dijamah dengan batu tajam yang menumpahkan darah. Kerana Islam ganjil di awal kedatangannya. Kejanggalan dan keganjilan itu tidak menimbulkan rasa terasing, malu atau rendah diri pada Baginda SAW dan sahabat. Sedikit demi sedikit mereka optimis membawa sinar perubahan, berteraskan iman. Mereka ganjil bukan sebab mereka salah. Mereka ganjil kerana mereka berbeza berbanding yang ramai.

Firman Allah SWT: 

“Maka sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu telah menitik beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.” 
[Hud 11: 116] 


Ayat ini bercerita tentang sekumpulan manusia asing di tengah masyarakat. Mereka ganjil kerana ketika manusia sudah selesa dengan kerosakan dan menerimanya sebagai satu cara hidup, kelompok ini menyeru kepada sebaliknya. Mereka mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran. Namun mereka menjadi asing dan ganjil kerana mereka adalah minoriti. Majoriti mahukan maksiat dan kerosakan. Minoriti ini menyeru kepada ketaatan dan kemuliaan hidup. 

Mereka inilah GHURABA! Kerana itulah Rasulullah SAW bersabda: 

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Kemudian ia akan kembali menjadi seperti permulaannya, dianggap ganjil dan asing semula. Namun berikanlah khabar gembira kepada ghuraba’ iaitu orang-orang yang asing ini” 
[Riwayat ibn Asaakir dan dinilaikan Sahih oleh al-Albani] 

Baginda ditanya, 

“Siapakah orang-orang yang asing itu?”

Baginda menjawab, 

“Iaitulah mereka yang berusaha memperbaiki manusia ketika golongan ramai sudah menjadi rosak” 
[Riwayat Abu Amr al-Dani daripada hadith Ibn Mas’oud. Dinilaikan sahih oleh al-Albani] 

Di dalam suatu riwayat yang lain, baginda menjawab, 

“Iaitu mereka yang menghidupkan Sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia” 

Juga dalam satu riwayat yang lain, baginda menjawab, 

“Mereka adalah kumpulan kecil di kalangan kelompok ramai yang rosak. Golongan yang menentang kumpulan kecil ini, lebih ramai daripada yang mengikutnya” 

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam? Ketika riba dan rasuah sudah menjadi amalan kebiasaan di dalam urusan perniagaan, proses mendapatkan tender atau kontrak, anda yang memilih untuk tidak menerima semua itu kerana yakin dengan kebenaran ajaran Allah, berasa terasing, dipulaukan, disinis dan disindir. Pernahkah anda berasa seperti itu? 



Ketika kawan-kawan memilih untuk terus memukul bola golf biar pun mentari sudah sirna menuju malam, anda yang memilih untuk bersolat tercicir daripada permainan, lalu ditertawakan oleh teman yang ramai, pernahkah anda mengalami pengalaman seperti itu? 

Semasa ramai orang berasa malu untuk diketahui tidak pernah melakukan seks dengan sesiapa biar pun usia sudah mencecah belia, anda memilih untuk terus mempertahankan diri daripada zina kerana yakin dengan kebaikan menjauhinya dan besarnya kebinasaan menjamah dosa itu, pernahkah anda berasa tertekan dengan pilihan yang tidak popular itu? 

Ketika orang ramai selesa dengan makan apa sahaja ada di depan mata, tanpa perlu diambil kira halal haramnya, anda memilih untuk bersusah payah mencari yang halal di celah syubhat dan haram yang berleluasa, lalu anda dianggap berlebih-lebihan dan ekstrim kerana pilihan itu, pernahkah anda berasa jauh dan terasing dengan cara hidup yang sedemikian rupa? 

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini? 

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. 

Tooba lil Ghurabaa’! 

Firman Allah SWT: 

“Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. 
[al-An’aam 6: 116] 

Allah SWT juga menyebut: 

”Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman)” 
[Yusuf 12: 103] 

Allah ‘Azza wa Jalla berpesan lagi: 

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” 
[al-Maa’idah 5: 49] 

Allah SWT memberikan peringatan di dalam al-Quran: 

“Akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur” 

[Yusuf 12: 38] 




Bersabarlah jika anda dipandang asing. Andai pandangan sedemikian berpunca daripada anda memilih Islam di zaman yang penuh cabaran ini. Keganjilan yang pertama, adalah keganjilan kerana memilih kebenaran. Keganjilan ini tidak menjadikan kaum minoriti yang memilih Islam menderita, sedih lagi berdukacita. Sama ada di dunia, mahu pun di Akhirat. Mereka sentiasa sedar yang mereka tidak bersendirian, kerana Allah sentiasa menemani mereka dalam kehidupan. 

Di Padang Mahsyar, ketika orang ramai dihimpunkan mengikut apakah agama dan cara hidup mereka semasa di dunia, sekelompok ini ditanya, “Apakah kamu tidak pergi menyertai manusia yang ramai itu?” Mereka menjawab, “Semasa di dunia lagi, kami sudah pun tidak menyertai mereka biar pun semasa itu kami memerlukan mereka berbanding hari ini. Kami akan terus menunggu keselamatan dari Allah yang kami abdikan diri kepada-Nya selama ini” 
[Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim] 

Namun, Syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia mengheret manusia untuk meninggalkan kebaikan yang menjadi pegangan generasi yang lalu, dan Islam kembali menjadi asing. Oleh kerana itu, janganlah kecundang dengan rasa rendah diri dan terasing kerana memilih Islam. Ia adalah pusingan kehidupan yang sudah pun diberitakan. 


Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT: 

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan” 
[al-Maa’idah 5: 105] 

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: 

"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan. Setiap orang akan tenggelam dalam pandangan masing-masing. Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu” 
[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain] 


Ya, bagi kita yang bersabar dengan tekanan dipandang asing kerana mempertahankan Islam, ganjarannya ialah seperti ganjaran 50 orang sahabat. Sebabnya jelas, pengalaman yang sama turut dirasai oleh sahabat di awal permulaan Islam. Islam asing di zaman permulaannya. Islam kembali asing di zaman kemudiannya. Teruskanlah mujahadah anda untuk mengusahakan perubahan.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


 
your sincerely:-
zinnirah

Peringatan Buat Umat Islam

Peringatan untuk semua, umat Islam kini diancam bahaya dari kafirlaknatullah. Wallahualam.KEPADA SEUDARA MUSLIM.. ANDA SEMUA MESTI FAHAM APAKAH APA
YANG SEDANG BERLAKU DALAM DUNIA HARI INI..
Buku ini telah diterbitkan di pasaran buku London selama 5 hari sebelum ia ditarik
balik kerana dikhuatiri akan menyebabkan gangguan dan diskriminasi
orang Hindu di dunia Arab. Sumber maklumat ini adalah daripada U.A.E
Penerbitan Siaran Sharjah disampaikan oleh Ra'ad dan proram bernama
"Penulisan Luar".
Buku Berjudul : "Semua Hindu Bangunlah"
Tajuk kecil : "Protkol Ketua Hindu"
Pengarang : Dr. R. Singh
Ini adalah kesemua 13 protokol yang diketengahkan:
1. Hindus must consider the state of Israel as its most friendly ally
due to its negative at! titude towards muslims.
1. Orang Hindu mesti mempertimbangkan bahawa Israel adalah sekutu
terbaik memandangkan sikapnya yang negatif terhadap orang Islam.
2. Spread Sinful acts and values within muslim communities.
2. Sebarkan perlakuan dosa dan sifat buruk dikalangan orang muslim.
3. Hindu temples must be built in all places possible! and to be visited
every day. Also the statue of "Ram" (their god name) to be placed in
the work place.
3. Tokong Hindu mestilah didirikan di semua tempat dan mestilah
diziarahi setiap hari. Dan berhala "Ram" mestilah ditempatkan di
tempat kerja.
4. Regular meetings are to be held to plan ways in working against
islam.
4. Mesyuarat mestilah dijadualkan untuk merangka plan
menentang Islam
5. Distribution of drugs and prostitution to be carried out within
muslim countries and communities.
5. Edarkan dadah dan pelacur dikalangan negara Islam dan
komunitinya.
6. Sexual relationships with muslim women is encouraged to ensure the
production of Hindu babies within muslim communities.
6. Jalinkan hubungan seksual dengan wanita Islam dan pastikan
anak2 Hindu dilahirkan dikalangan mereka.
7. If you are a pharmacist or doctor, try at all costs to enduce
congenital ! defects in the foetus.
7. Jika anda seorang doktor atau ahli farmasi, cuba sebaiknya
untuk mencacatkan janin.
8. If you are a nurse or doctor, whisper "Ohm" into the new-born's ear.
like what we say azan)
8. Jika anda sorang doktor bidan, bisikkan "Ohm" ke telinga anak
yang baru lahir (sepertimana azan orang islam)
9. Try to spoil or damage goods in muslim shops if you are employed by
them.
9. Cuba rosakkan bekalan makanan dalam kedai orang Islam
sekiranya anda bekerja dengan orang Islam.
10. Become their friends, gain their trust and stab them in the back.
10. Jadilah sahabat! mereka, dapatkan kepercayaan dan kemudian
khianatilah mereka.
11. Turn others against them.
11. Jadikan orang lain memusuhi Islam.
12. If you work in their homes, try to influence their children or
wives way of thinking.
12. Jika anda bekerja di rumah mereka, cuba pengaruhi anak2
dan isteri mereka cara mereka berfikir.
13. Wear a black string around your wrist.
13. Pakailah tali hitam di pergelangan tangan anda.


Perkara ini telah berlaku di Perak,ini lah kerisauan yang dialami oleh mufti Perak...
TOLONG SEBARKAN KEPADA SERAMAI MUNGKIN ORANG ISLAM.
BERGETAR JANTUNG KU, MENYIRAP DARAH KU,
TIDAK KU TAKUT MAHU PUN GENTAR,
KERANA AGAMA DAN BANGSA YANG TERCINTA,
AKAN KU TENTANG HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR...
ALLAH HU AKBAR...ALLAH HU AKBAR..ALLAH HU AKHBAR

---

NESTLE FAKTA SEBENAR

100 Tahun Yang LaluIzinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu.Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelumperkataan Malaysia itu dapat dieja.Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagaipeluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin.Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begituenak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milopada malamnya.Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milodalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle.Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-gandakepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilanberganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesarminuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerimaanugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Awardpada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is sopopular that almost all households have a tin of Milo and it would bealmost impossible to find a restaurant that doesn’t sell Milobeverages.Saya terjemahkan di sini:Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia.Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tinMilo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidakmenghidangkan minuman Milo.Pingat Emas untuk Nestle, fakta memalukan rakyat MalaysiaBukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakansebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyatMalaysia semata-mata?Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipediaberkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannyafakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC jugatelah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bilaia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untukmengambil screenshot semasa ianya masih ada.Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yangmenyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atassebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.Saya tidak fikir jika adapihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianyadiakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O’Carrol dalamakhbar TheStar Online baru-baru ini:O’Carrol said Milo has been available in the country for almost 60years and Malaysians were the world’s largest consumers of Milo.Saya terjemahkan di sini:O’Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun danrakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.Sullivan akui rakyat Malaysia paling lahap meminum Milo. Sumber>>Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia,yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melaluipenggunaan Nescafe dan Milo selama ini.Produk Nescafe dan Milo inimenyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysiaberbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan olehNestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin.Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yangtinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

POST BY:Prof  Tuhfatalnafis

Sunday, September 6, 2009

RENUNGAN BUAT MUSLIMAH YG BERKAITAN..

Hati saya tidak senang. Saya membuka beberapa frenster para sahabat untuk melihat perkhabaran sahabat-sahabat yang merantau jauh dari tanah air. Cumanya ada beberapa frenster yang membuatkan muka saya ketat lagi kelat. Ketat kerana melihat gambar-gambar mereka yang suka-suka ditayang-tayang tanpa rasa malu atau bersalah. Saya tidaklah kisah sangat andai yang membuat tayangan itu mereka yang tidak bertudung. Mungkin belum terlintas di fikiran mereka bahawa gambar seorang wanita itu terlalulah peribadi untuk ditonton umum.apatahlgi kalau orang boleh ‘grab’ tanpa izin.

Saya menjadi kesal dan terlalu ghirah kerana ia turut mendapat sambutan wanita bertudung litup dan lebih-lebih saya kesalkan mereka yang berniqab juga turut berjinak-jinak dalam kegiatan ini. Tujuan saya menulis entri tentang ini bukan kerana ingin memalukan mereka, tetapi saya sungguh-sungguh mahu memberi kesedaran kepada mereka, (jika bukan kalian yang terlibat, berpesan-pesanlah kepada ‘golongan’ ini.) tentang rasional dan logiknya menayang gambar sendiri di website atau di internet.


Pertama, tolong tanya hati, waktu anda dengan semangatnya mencari-cari gambar sendiri dengan pose yang menggiurkan, atau pose yang memfokuskan pada bahagian muka atau mata( bagi yang berniqab) untuk diletakkan di internet, untuk apa semua itu anda lakukan? Saya pasti jawapan hanya satu. Tentunya anda mahu dilihat orang. Inilah diri anda. Yang lebih bahaya lagi, anda pasti suka dikomentar :

" comelnya awak”

“ geramnye..cantik”

“ aduhai, lawanya mata"


Setelah dikomentar begini hati berbunga-bunga riang. Kalau boleh dilihat bentuk hati, pasti sudah mengembang macam belon. Bagi kalian yang wanita, uhh, jangan dinafikan persaan ini. Saya juga wanita seperti anda. Siapa yang tidak suka dipuji? Rasa terlambung-lambung di awan bukan? Tapi awas, jika ini adalah tujuannya, ia melambangkan satu pemikiran mentah dan kurang matang anak-anak remaja yang baru hendak kenal dunia. Sedangkan umur kalian sudah di paras dewasa, bahkan dengan nilai agama yang ada, sepatutnya sudah cukup membentuk rasa malu dalam diri. Biar hanya malu untuk sekeping gambar.

Kedua, tolong tanya hati, di mana nilai diri anda? Kenapa begitu mudah menyepahkan gambar di internet untuk tatapan mata-mata yang tidak selayaknya melihat anda? Bagi yang berniqab,( maaf kerana hati saya jadi berang melihat kalian suka-suka hati pose dengan niqab yang dipakai dan difokuskan bahagian mata dengan pandangan yang menggoda), untuk apa kalian menutup muka jika asalnya ingin mengelakkan fitnah, tetapi akhirnya sampai jadi begini. Bukan setakat memberi fitnah pada diri sendiri, bahkan telah memburukkan imej wanita lain yang berniqab yang tidak terlibat dengan kegiatan kalian. Astaghfirullah. Maafkan saya jika ingin saya katakan, jika kalian masih terus begini, dipersilakan untuk tanggalkan niqab kerana fungsi niqab telah terhapus sepenuhnya!

Wanita Muslimah..Diri anda, telah Allah muliakan dan sucikan bahkan diberi darjat yang tinggi dalam Islam. Tetapi apa yang kalian telah lakukan? Memurahkan diri untuk berkongsi diri dengan mereka yang bukan muhrim walau hanya dengan gambar. Jujurnya, saya merasa ‘pelik’ dan terpaksa saya beristighfar apabila melihat gambar-gambar kalian kerana rasa ‘jelek’ telah mengotorkan hati. Tetapi apa saya boleh buat, kalian telah menjemput saya untuk berasa demikian. Logiknya memang begitu. Saya memohon, hadirkanlah walau sekelumit rasa malu untuk hal ini. Jika hati belum terasa apa-apa, timbangkanlah dengan logik, apakah harga diri yang telah kalian letakkan? Itu sahaja.

Akhir, maafkan saya. Seribu maaf andai teguran ini agak keterlaluan. Apa yang saya harapkan ada jiwa yang masih lembut untuk menilai inti tulisan saya kali ini. Wanita muslimah, saya merayu sekali lagi, sayangilah diri, cintailah diri, jangan dibiarkan diri kita menjadi bahan untuk dimaksiatkan. Lindungilah diri, jagalah diri. Diri kalian adalah milik diri sepenuhnya dan nanti akan menjadi hak seorang suami apabila disempurnakan akad. Segala kecantikan itu biarlah dijaga untuk lelaki yang nanti bergelar suami. Yang berhak segalanya atas diri kalian.....
p/s:untuk renungan diri sendiri juga..T_T

POST BY::ummu iman::



your sincerely:-
zinnirah

Friday, September 4, 2009

RAMADHAN YG SAMA,NATIJAH YG BERBEZA...

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA..

TRIAL SPM,SMA,PMR DAN EXAM UPSR

BUAT YG TERBAIK DEMI ISLAM TERCINTA...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




 



 


 




 


 






your sincerely:-

zinnirah

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...