~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Tuesday, June 18, 2013

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu- Part 5


"FOKUS! adalah salah satu teknik belajar yang perlu kalian rebut dalam kelas"
pesan kakak Naqibah Zinnirah semasa dalam usrah mereka baru-baru ini.

Ya aku perlu fokus, lupakan segala perkara remeh temeh dan tumpu dengan sepenuhnya apa yang kita pelajari, dengan itu in syaa allah pelajaran itu mudah difahami dengan baik!

Zinnirah menerima mesej dari seseorang tentang PERHIMPUNAN AMAN MAHASISWA...Orang yang dia sangat kenali. Hebat tutur kata, mulia akhlaknya, sopan dengan orang lain, dan tinggi ilmu agama. Senang kata perfect la!

______________________________________________________ Oh mana satu yang akan aku akan pergi?
1. perhimpunan Aman ni ke atau
2. Study group subjek Advance Arabic

Kedua-duanya sama penting! Akademik dan perjuangan!

Ya Allah bantulah hambamu dalam membuat pilihan. Selalu berada dalam dilema membuatkan Zinnirah melazimkan solat Istiharah.

Terngiang-ngiang pesanan Ustazah Safiyah dalam Kuliah Fiqh Wanita kelmarin katanya: "Apabila kamu berada di dua persimpangan, atau pilihan maka lakukanlah solat Istiharah. Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik"

Soalan diajukan oleh Zinnirah buat ustazah pada akhir sesi Kuliah itu:
" Ustazah, bagaimana pula kalau kita dah solat istiharah, kemudian kita dapat mimpi sebaliknya dari apa yang kita harapkan"

sejurus itu juga Ustazah Safiyah menjawab:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
Mudah dan ringkas seklai jawapan ustazah, beberapa orang pelajar Muslimah menganggukkan kepala tanda setuju dengan jawapan ustazah.

Zinnirah mencatat : Surah Al-Baqarah ayat 216!--> sila rujuk balik ya Zinnirah =)

Setelah melakukan istiharah dia mula tekad melangkah derap ke HIMPUNAN tersebut.

Mula mencari sahabat-sahabat yang sudah di ketahui akan turut serta. 

________________________________________________________

Tiba di Stesen KLCC mereka mula melangkah ke tempat himpunan.

" Alhamdulillah lah himpunan ini mendapat permit, kalau tak pasti kita diburu bak penjenayah" kata Haura sambil melangkah beriringan bersama-sama sahabat-sahabat lain.


Mereka pergi secara berkumpulan, kerana di sana ada rahmah.Dalam hal ini Rasulullah saw ada bersabda yang maksudnya: Jika tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah salah seorang dari mereka di lantik menjadi ketua."


Tetapi tumpuan kita ini adalah kepimpinan kepada masyarakat umum. Tidak mengapa, yang penting ketua ada. Haura menjadi ketua dalam sesi ke perhimpunan aman kali ini. Bakat kepimpinan yang ada sejak dari bangku sekolah melayakkan dia dilantik.


" Sahabat-sahabat yang ana kasihi, selepas ini kita akan berehat di Surau KLCC ini dan makan tengahari, kemudian kita akan bergerak ke Stadium Mutaqqin kerana kita akan mula berhimpun pada jam 3.00 petang". Haura bersuara setelah mereka keluar dari kesesakan di dalam LRT. "Ok, bereh!" sahut beberapa orang sahabat serentak.


Stadium Muttaqin menjadi nama panggilan baru setelah kemenangan kerajaan ISLAM, dahulunya di panggil Stadium Merdeka kini telah ditukar kepada STADIUM MUTTAQIN. 


Banyak pengisian rohani dan spiritual di isi sejak pemerintahan para Ulama'. Setiap hari Jumaat pasti ada kuliah Jumaat oleh Perdana Menteri yang di panggil jua Mursyidul Am. Hidup dengan cahaya iman! Setiap hujung bulan pada hari Ahad atau hujung minggu pasti diisi dengan Qiyamullail Perdana. Alangkah seronoknya bila Islam mula di angkat dan dijulang.


Dakwah dan Islah berjalan serentak. Ramai non Muslim mula berminat dengan ISLAM. Mereka turut serta dalam kuliah-kuliah yang dianjurkan. Masyaallah, inilah apa yang Nabi Muhammad mahu. Kualiti Islam dijaga diberi perhatian dan disyiarkan! subahanallah.



___________________________________________________
Zinnirah! kamu termenung kenapa?" tanya Sakinah. Dia melihat Zinnirah seperti merenung sesuatu.

"Oh, ana teringat kisah adik ana dulu..." luah Zinnirah.


"Kenapa?" tanya Sakinah kembali.


" Dahulu sebelum kerajaan Islam yang ada ini, kami adik beradik selalu menyertai himpunan atau demonstrasi. Kalau dahulu mana ada yang dibenarkan oleh pihak berkuasa. Pasti dihalang dan diburu siapa yang menyertai.Kemudian nak dijadikan cerita, adik ana........."


insyaa allah bersambung~ =)



lihat part lain =)
moga ada manfaat buat ummat!
-->part 1

-->part 2
-->part 3
-->part 4


Monday, June 17, 2013

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu- Part 4





Zinnirah dan sahabatnya amat terkejut sekali dengan kedatangan jejaka itu, datang dengan ditangannya membawa sejambak bunga ros berwarna merah hati yang sungguh cantik sekali lagi sedap mata memandang.

Keadaan di sekeliling kafe tempat mereka duduk sekarang menjadi sunyi sepi seketika. Puas Zinnirah mencabar diri agar bertahan dengan muka slumber nya tetepi tidak berjaya apabila si jejaka itu menyampaikan hajat mahu memperisterikan dia.

Suasan kafe kembali bising dengan suara siswa-siswi yang berada di situ, mereka buat-buat tidak nampak akan apa yang terjadi. Nasi sudah menjadi bubur. Jejaka yang tampan itu dilanggar oleh si kecil molek.

Mungkin anak pensyarah di Universiti ini. Dia dengan muka yang amat malu melihat anak kecil yang tingginya separas pinggang itu dan dia juga melihat bajunya yang sudah basah dengan air sirap limau. Habis merah kemeja putih yang dipakainya.

Hei, budak! Berani kau tumpahkan ke baju aku?
"maaaa aaf baaang, sa sa yaa tii dakk sengajaaa" kata budak itu dengan terketar-ketar dan kelihatannya gagap.

Jejaka itu pun menampar si adik kecil itu dengan satu tamparan dan berlalu pergi.. Pammmm!


"Kamu tidak apa-apa ya dik? tanya sahabat Zinnirah yang mula mendekati adik itu.
" Saya takut dengan abang itu" kata adik yang masih mentah tentang dunia emosi.
"Kasihan kamu..ok marilah akak ganti yang baru air sirap limau kamu"

Peristiwa di kafe itu masih terngiang-ngiang di kepala Zinnirah. Dia sangat terkejut dengan tindakan yang sangat drastik ari jejaka yang datang kepadanya mahu dijadikan isteri.

Tiba-tiba pula Allah nampakkan kepada dia lelaki itu bukan seorang penyayang, dengan mudah sahaja dia menampar si adik yang tidak sengaja itu.

BUNGA ROS MERAH HATI VS AIR SIRAP LIMAU

perkataan itu yang ditulis oleh Zinnirah di atas nota Mass Communication. Dia tersedar dari lamunan panjang di dalam kelas itu setelah perasan yang sahabat baiknya menyiku dirinya.

Astaghfirallahalazim..
Aku lalai ya Allah. Ampunkan aku ya Allah..

Aku ada amanah yang lebih besar dari itu ya Allah..
berilah ketabahan dan kekuatan hati dan jasadku untuk menempuh onak dan liku..
amiin..
_____________________________

"FOKUS! adalah salah satu teknik belajar yang perlu kalian rebut dalam kelas"
pesan kakak Naqibah Zinnirah semasa dalam usrah mereka baru-baru ini.
Ya aku perlu fokus, lupakan segala perkara remeh temeh dan tumpu dengan sepenuhnya apa yang kita pelajari, dengan itu in syaa allah pelajaran itu mudah difahami dengan baik!

Zinnirah menerima mesej dari seseorang tentang PERHIMPUNAN AMAN MAHASISWA...

insyaa allah bersambung~


lihat part lain =)
moga ada manfaat buat ummat!
-->part 1

-->part 2
-->part 3

Saturday, June 15, 2013

ukhwah 'KAMI'



Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, Ukhwah fillah,
Bermusuh kami, Na`uzubillah,
Berpisah mati, InsyaAllah,
Pengubat hati, Do`a rabitah...




Puisi ini kahs buat adik beradik usrah saya.. tertutama NOOR AIN FARIHAN ZULKIFLI =) terima kasih atas kebaikan kalian.. maaf atas salah silap..moga ukhwah yang terbina bisa diteruskan hingga ke JANNAH ...amin ya rabb




Tuesday, June 11, 2013

Khas buat 'dia'


Seharusnya..

Menunggu hadirnya jodoh itu bukanlah
kegelisahan.

Menunggu hadirnya jodoh itu bukanlah sebuah
beban.

Menunggu hadirnya jodoh itu bukanlah
ketersiksaan.

Jika kita mampu menunggu dengan tulus dan
ikhlas.

Jika kita mampu menunggu dengan penuh
tawakkal.

InsyaAllah pada akhirnya jodoh itu bakal
datang.

Sambil lalu kita senantiasa memperbaiki diri
dengan baik.

Agar kita dianugerahkan pasangan hidup yang
baik.

Kadang Allah sengaja menguji kita dengan
melambatkan hadirnya seseorang.

Kadang Allah sengaja menguji kita dengan
menyuruh kita bersabar.
Karena..

Sesungguhnya Allah telah mengatur siapa
yang akan menjadi jodoh kita nanti.

Sesungguhnya Allah telah mengatur waktu
terbaik ketika kita sudah benar-benar siap.

Sesungguhnya Allah telah merancang yang
terbaik untuk kita semua.

Maka..

Menunggulah dengan penuh kesabaran.

Menunggulah dengan penuh keikhlasan.
InsyaAllah Dia akan memberikan yang terbaik
bagi kita semua.

Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

pencopek!!


| Bismillah...|
::Bagai sudah jatuh ditimpa tangga::

Cerita ini benar-benar berlaku jam 5.05petang tadi. Hari kedua aku baru masuk kerja dah ada ujian.
Balik dari kerja 'part time' di mahallah Faruq, saya mencari kelibat kereta. Oh terlupa di mana saya meletakkan kereta. ha di tepi sana, kelihatan Wira yang berwarna merah tersergam disitu.

Apabila saya cuba membuka kereta yg terkunci dengan kunci, saya dapati lock kereta sudah terbuka, Allah!Terkopak pada tempat pembuka kunci kereta. Sedihnya!
Saya jeguk ke belakang kereta, oh beg laptop saya di ambil sang pencopek!

Kasihan si pencuri itu, tertipu dengn luaran. Pasti dia sangka beg laptop saya itu berisi laptop, hahha... sebenarnya penuh dengan buku-buku dan nota-nota peljaran saya. nah ambik kau!!

Alhamdulillah ini ujian Allah buat diri saya hari ini, mungkin saya kena lebih berhati-hati. Semoga si pencuri itu mendapat ilmu-ilmu dari buku-buku saya itu. Laptop saya alhamdulillah masih ada di sini

p/s:kawan-kawan, hati-hati ramai pemerhati yang tidak berhati ..haha

semoga 'awak' tenang dengan 'kelakuan' awak tu
semoga 'awak' dapat ilmu2 dari buku2 saya tu..
semoga 'awak' dilembutkan hati untuk pulangkan balik buku2 saya tu.. (sbb saya ada tulis nama dan no.fon)

awak tahu tak, buku2 itu lebih berharga dari laptop saya ini ... T.T

Friday, June 7, 2013

eGo~

Egonya Aku.

Kekadang aku terlalu biadab
menyoal MU
kenapa aku..
tidak dia, tidak mereka

Terasa egonya hati
terasa kasarnya jiwa
berhadapan dengan mahu MU
aku tidak redha

Ahh.. aku si debu hina,
terbang bagai habuk dikaki langit
sudah dikendong
ingin pula dijunjung

Ya Allah
berikanlah aku kerendahan itu
agar aku mampu merayu rayu MU
Ya Allah.. berikanlah kelembutan hati
agar aku teleku, tunduk dan tersembam
ditelapak redha MU

[ PAHROL MOHD JUOI ]

Assalamualaikum semua. jom cari TUHAN

Sunday, June 2, 2013

Mus'ab bin Umair

Siapa dia?
Ya siapa Mus'ab bin Umair?
Seorang sahabat nabi yang menjalankan kerja dakwah walu di mana dia dicampakkan, walau dimana beliau diletakkan.

kata-kata Mus'ab:
"Aku bagaikan panah-panah Islam, campakkanlah aku di mana-mana, kanku laksanakan sebaiknya"



"Susah dan senang kita di dunia ini adalah UJIAN dari Allah..
Senyum dan Bersyukurlah..
 "


Itulah ungkapan naqibah usrahku.

Benar VS salah
Ego VS Emo
Onak duri VS KarPet merah
Perasaan VS Khianat

Jalan ini sungguh susah, panjang dan penuh lelah.
Jalan ini tak sempurna kalau tidak melalui segala penat dan tenat.


Takde jawatan tak semestinya tak sibuk. 
Takde jawatan tak bererti tak aktif membantu.
Takde jawatan tak bererti tak buat apa2. 
Takde jawatan tak bererti sesuka hati kita menyuruh dia buat apa2. 
Takde jawatan tak bererti kita boleh memandang rendah pada dia. 

Namun bagi kita-kita yang tiada jawatan,
pastikan tetap ada sumbangan terbaik dalam urusan dakwah ini. 

Janganlah fikir orang lain kena ada di mana anda ada. Mungkin mereka tiada sebab buat kerja lain kan? 
~DI manakah aku?~ J
alankan tugas dakwah. 
________________________________________________________________________________
::Bersederhanalah::
Pesan ulama' : Jangan Berlari Terlalu Kencang 

--> nanti anda mendahului pimpinan
--> nanti anda sendiri ketinggalan dan keletihan
--> nanti anda tidak sempat melihat ahli di belakang
--> nanti anda akan rebah sendirian
--> nanti anda tidak sempat merujuk al-Quran
Bergeraklah secara berKUMPULAN, insya-Allah anda akan selamat dan beroleh kemenangan!
 ________________________________________________________________________________

..:: 10 Muwasafat Tarbiyyah ::..

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang shahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat untuk orang lain.

Nak rapat dgn Allah -->solat
Nk rapat dgn Nabi -->selawat
》Us.Muhadir Ikim.fm《

♥Simple but must istiqamah
___________________________________________________________________________________



MOOD FINAL EXAM 2013

Jeles dengan dia. ya dengan 'dia' .sangat GENIUS. punya carry mark yang sangat tinggi. setiap subjek bisa mendapat markah penuh. Allah!

50/50 adalah carry mark yg tinggi....saya jd lg kagum dgn pencipta otak bijak dy..subhanallah. bukan dgn dy!! tp kagum dgn Tuhan yg memberi dy cerdik lg geliga...subhanallah.subhanallah. subhanallah..

doakan saya ada 5paper lagi...=)

>>Susah dan senang kita di dunia ini adalah UJIAN dari Allah.. 
Senyum dan Bersyukurlah..
 <<

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...