~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Thursday, December 30, 2010

Tazkirah Kisah Pengurus, Anak Dan Seorang Ibu



Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon,pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti.Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak".

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya".

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah".Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?".Gadis itu menjawab, " Tidak pernah.Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan.Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian.Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi.Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti . Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak.Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya
"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".

Gadis itu menjawab
"Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab. "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini.Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukar nya mendapat sedikit wang untuk hidup.Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya.Awak diterima untuk bekerja disini." Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya.Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini ialah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah.Dari situ , kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka.

alt


your sincerely:-zinnirah

Kerana 10 Sen

"Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab." (Surah Ali-Imran, 37)



your sincerely:-zinnirah

Wednesday, December 15, 2010

::dalam memori::


Assalamualaikum ksp semua...bersyukur kpd Allah dalam segala nikmat san ujian yg diberikan kepada kita...selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kerana tanpa perjuanganbeginda danpara sahabat kita tidak dapat mendapat merasai nikmat Islam dan keindahannya...



hari ni ada kesempatan kpd ku untuk menulis sedikit coretan di
hati...

sedikit memori pada tarikh: 13 dan 14hb dis 2010
aku dan sahabt2 tlh diamanahkan untuk menjadi fasilitator bagi Kem Smart Solat anjuran Nisa' Temerloh..di Lanchang

hari pertama-Isnin
pendaftaran
kehadiran luar jangka...adik2 lelaki mahu turut serta...pada salnya kem ini untuk adik2 perempuan...tetapi disebabkan ramai adik2 lelaki ya
ng mahu join jugak ....kami memberi laluan kepada mereka(banin) untuk turut serta...
cari Fasi lelaki...alhmdlah adalah name dua org Banin yg bersekolah Di SMA al-khairiah dulu dua dua duk Lanchang .....name pun mula ngn huruf 'N' dua org ni...

taklimat
penerangan Solat Dhuha@Solat Dhuha
slot 1_Ice Breaking dan persediaan persembahan
slot 2_Teori solat dan praktikal
Slot_3 Explorace
Slot_4 Muhasabah
qiamullail
Slot_5 persembahan kump.

sedikit perkongsian
1) Persediaan awal untu menghadapi segala perkara di luar jangka
2)Perlu ada persefahaman untuk menggerakkan sesuatu program..
3)RANCANG dengan baik sesuatu perkara
4)berserah kepada Allah atas segala rancangan
5)buat sesuatu dan cuba yang terbaik
your sincerely:-zinnirah

Thursday, December 9, 2010

HIDUP untuk apa?

salam,buat semua...moga dirahmati Allah selalu...


hari ini diberi ruang sedikit, setelah lama tidak menulis di blog ini...Baru2 ini aku telah menghadiri satu Progran anak angkat di Raub.
Satu pengalaman sungguh menggembirakan dan mengharukan...


hari pertama
pandaftaran
taklimat
tidur di pejabat
qiamullail
subuh
tazkirah

hari kedua
bertolak kerumah keluarga angkat
jam 11.30pagi sampai ke destinasi yang dituju
bertemu keluarga angkat msg2
org kuat HIJAU
Alhmdlah seronok sgt
ada sesuatu yg perlu ku kaji lg
anak beranak 9 org, ramai..........
ayah angkat meninggal bulan 4 baru ni,
balik lepas dengar ceramah.
em, rupanya...major org Felda Tersang ni Mr. UM....
takpe...dakwah bil hikmah

petang
jalan pasar malam naik motor
dapatlah kenal2 org kat sini
major peneroka,pesara dan peniaga
seronok mencabar la jugak...

hari ketiga
program motivasi bersama adik2
bnyk ramai la..
boleh la tahan dgn telatah yg bermcm2

bnyk udang bnyk garam
bnyk orang bhyk garam

pengalaman lalu sgt bermakna untk meng'handle' adk2 ni
tengahari makan kenduri ketua PAS cawangan sini
anak perempuan yg kawin
mg bahgia hingga ke syurga..


tanya diri,aku bila ea?
persoalan yg masih belum ada jawapan...

hari keempat
pin......................
bunyi hon kerata makcik Zah
nak ambik kami balik rumah d Temerloh
bg hadiah kenangan pd keluarga angkat
sedihnya..baru nak kenal2...
dah kena balik terpaksa...
takpe yg penting jgn lost contact...
dakwah fardhiyah.......
mak..................

sekejap je masa......

perkongsian bersama:-

1)Persediaan awal perlu untuk menghadapi perkara yg kita tak jangka
2) Ilmu untuk berkomunikasi dgn org yg kita tak kenal perlu ada
3) Perancangan yg mantap adalah tunjang kekemasan sesuatu program.
4)teruskan menjalin silaturrahim dgn sesiapa pun walau diman kita berada
5)pandangan pertama adalah titik tolak kpd kelangsungan sesuatu perkara.
6) Takperlu nk sempurna sgt.kita tak sempurna,kita tak pernah sempurna, kita takkan sempurna,TAPI kita mesti mencuba ke arah kesempurnaan.
7) org yg tahu ialah org yg tahu bila dia tahu dan tahu bila dia tidak tahu.
8)Jadilah org yg riang,ceria dan mesra...
org pun suka ngn kita.
Hakikatnya, tanya diri balik kita suka tak kalau org yg kita jumpa tu
masam, muram, sedih bad mood... mesti kita tak suka kan???
9)Seronok dpt belajar dan mengajar memasak dgn keluarga angkat....
sup sayur...nasi ayam...udang sup...satu kemahiran yg perlu dimntapkan lg!
10)Urut kaki mak...sian kat mak angkat ni sakit tumit la pulak...takpe, aku pakar bab bab ni...kita kene mahir..
11)Ikhlaskan niat dalam setiap perkara,jarum syaitan tak pernah lepas nk hancur kan manusia.



12)dlm setandan pisang bukan semua nye elok..biasala ...
13)jadilah org yg matang dlm bertindak supaya kita tak menyesal di hari kemudian
14)Kuatkann prinsip anda.jgn mudah jatuh smgt bila diprovok....


hari ni,9 Dis 2010
Alhmdlh baru habis program Kem Remaja Solehah
banyak benda yg nk dikongsi bersama

hari pertama
pendaftaran
taklimat
slot 1_kalimah syahadah
ukhuwwah mahabbah
slot_2 Solat
Slot_3 Solat
riadhah_explorace
Slot_4 Cabrn remaja Solehah dan cara mengatasinya.
Modul_Debat AlaParlimen...
em, memg GEMPAK!


hari kedua
Celik Minda
Modul_Jom MAin
Slot_5 Mnyelusuri Sejarah Remaja Mithali
Rumusan
Wasiat terakhir buat ayah dan ibu
penyampaian hadiah

aku ditaklifkan sebagai ketua fasilitator untuk kem kali ini beberapa perkara yg ingin dikongsi bersama:


1)Perancangan yg rapi perlu dalam satu gerak kerja
2)tak perlu sedih tak perlu marah bila kita dihina atau di keji,sebab kita bukan cari keredhaan dia....


3) Pengalaman lalu sangat bermakana untuk dijadikan panduan dalam meneruskan perjalanan hidup yg seterusnya
4) Persiapan dalaman dan luaran untuk menghadapi mehnah dan tribulasi yg sungguh besar.
5)Ilmu dalam pelbagai bidang perlu untuk menjadikan seseorang itu lebih terkehadapan.
6)kita perlu sentiasa bersedia untuk BELAJAR dan MENGAJAr.
7) Malu bertanya sesat jalan.
8) Kunci kejayaan untuk berani kehadapan adalah kekuatan dan keberanian yang Allah kurniakan kepada seseorg yg istimewa.
9)JAngan cuba tangguh sesuatu kerja nanti jadi beban untuk hari seterusnya.
10)Stress dtg bila kita tak bersedia nk cuba hadapi sesuatu benda tu............
11) Relax dan tenang jgn gelojoh...gelojoh amalan syaitan..
12)wala' pd pemimpin satu kekuatan yg perli ada dlm satu jamaah
12)susun satu persatu yg mana yg lbh perlu dan penting dlm satu2 kerja...
13)sempurnakan amanah dgn baik dan jujur.


hidup ini adalah perjuangan
tak perlu gentar



bila kita nampak dunia ini sekejap
kita takkan rasa ia satu kesusahan
sebaliknya pengalaman yg sungguh indah untuk di ingat kembali...
dan ingatlah kembali pada Allah adalah jalan yg terbaik dlm apa masalh sekalipun...


Ya Allah tetapkanlah hati kami di jalan juang Agama mu dan permudahkanlah segala urusan kami..jadikanlah kami tergolong dlm golongan mereka yg Bertaqwa...amin..
KEMATIAN menanti anda,bersedilah...perjuangan perlu diteruskan....masih byk lg yg perlu dipelajari......
next ada lg 7 lg program menanti anda Mar' Atul Husna bt Roslan...sudahkah anda bersedia..
Hidup untuk menjadi hamba yg mengabdikan diri pd Allah.Khalifah yg memegang amanah Dakwah..yg datang dari Allah teruskn perjuangan yg di bawa oleh Rasulullah s.a.w ....hidup ini adalah ujian dan nikmat dari Allah...




sahabat2 ni adalah coretan ku yg tak seberapa ini...kukongsikan bersam agar kta mengambil yg untuk dijadikan teladan .,,dan yg tak baik tu...bg lah teguran membina...nasihat anda amatlah dihargai....TAKBIR...


dr pejuang Islam:-zinnirah

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...