~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Thursday, June 4, 2009

KELEBIHAN BERBAHASA

Kelebihan berbahasa dalam perniagaan Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan


Saya berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan jutawan MLM minggu lepas, mungkin anda pernah dengar nama Dato’ Azman Chin from CNI. A very nice person, friendly & amat bermotivasi.

Soalan pertama saya kepadanya apabila diperkenalkan adalah- kenapa namanya ada “Chin”? Ketika itu, saya ingatkan dirinya Cina masuk Islam, rupanya beliau kata, beliau tidak masuk Islam, tetapi ramai kawan Melayu dari kecik lagi panggilnya “Azman” :)

Ketika itu kami dijemput mengendalikan forum motivasi “Bicara Jutawan”. Salah satu soalan yang diajukan kepada kami adalah:

Bagaimanakah caranya untuk bersaing dan mendapat daya saingan yang hebat dalam perniagaan?

Jawapan Dato’ Azman amat unik dan saya sendiri tidak terduga. Beliau berkata, caranya adalah dengan menjadi mahir dalam berbagai bahasa. Kini beliau mahir dalam 8 bahasa termasuk bahasa Malaysia (cara beliau bercakap memang macam orang Melayu!), Cina, English dan juga Arab.

Kemahiran berbahasa boleh memajukan sesuatu perniagaan. Sekurang-kurangnya, bahasa Malaysia dan English, kita perlu mahir (broken, tak aci ok… nanti akan dilihat kurang profesional). Bagi mereka yang boleh berbahasa Cina atau Arab, ia merupakan kelebihan dalam perniagaan.

ps: Saya mahir 3 bahasa sahaja… bahasa Melayu, English & bahasa rojak ;)

Terima kasih & all the best kepada peserta Workshop 24hb (English) & 25hb (BM)- keep the momentum going! Alhamdulillah workshop full-house & berjalan dengan lancar.

1 comment:

sofa set cover price said...

Kelebihan berbahasa dalam perniagaan Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan
web development company vancouver ,
web design and development vancouver ,

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...