~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Monday, July 18, 2011

::Allah yang bagi::

hari Jumaat yang lalu adalah hari dalam sejarah dalam kehidupanku..
yang mana saat itu hanya aku dan adik ku huda berada dirumah
aku dengan penuh debaran menunggu saat result UPU dikeluarkan bagi semua lepasan STPM dan setaraf dengannya termasuk diriku STAM.

bila klik link nak tengok resut upu tu,betapa terkejut nya aku...UIA-bahasa Arab...

alhamdulillah,rezeki. itu je luahan hatiku..huda juga gembira tak terkata(tengok muka dia je la)

mungkin berkat solat dhuha...


minat
bidang bahasa Arab ni memang idaman ku sejak belajar Nahu dengan Ustazah Rahmah(guru form 4) di SMA Al-Khairiah dulu..

memang itu juga impian ku...semasa FORM 5..duduk asrama jap semasa SPM dah dekat...mengajar sahabat-sahabat bahasa Arab memang menjadi kesukaan ku..

tapi, makin ku ajar makin banyak sebenarnya yang aku tidak tahu...aku juga perlu belajar untuk tahu..mahu mencetuskan tahu!!

sebenarnya, sejak tingkatan satu aku telah di hantar oleh ayah ke rumah seornag ustazah ni
nama ustzah tu USTAZAH MAISARAH ABD JALIL...belajar nahu..belajar mengenal feel, isim dan harf...

namun ustzah Maisarah telah meninggal dunia ketika aku di tingkatan 5..
alhmdlh...aku semat menutip mutiara2 dari ustzah ini..

dan insya allah akan ku dalami lg BAHASA ANTARABANGSA ini..



minat ku bertambah lagi... ketika di KULLIAH ,Pekan
memang tak terkata bertapa aku jatuh cinta dengan bahasa ahli syurga ini....

kalau boleh nak jumpa ustzah Junainah selalu..
guru subjek nahu dan sarf dikelas ku(fuqaha')KULLIAH..
sangat tabah dan sabar mengajar dan mendidik kami..
masih boleh tersenyum melihat ada di kalangan anak2 muridnya tertidur ketika dalam kelas..

namun beliau terus mengajar dan mengajar..nahu...-faa'il,na'at,hal... sarf-fiil sulasi mujarradan...itu yang masih ingat..

insya allah terus cuba mendalami ilmu ini..
terima kasih ustazah...
jasamu tidak terbalas...


tak lupa juga buat uzt RUZLAN..ustzh Pakitah..ust M. ZAIN...ustz Apidah dan semua guru2 yang pernah mengajar dan mendidik ku...syukran jazilan...
moga ilmu yang diberi bermanfaat buat diriku dan orang lain...

jom dengar lagu ARAB


rezeki



bila call kawan-kawan

"saya USIM-pegajian Quran Sunnah"

"dapat UUM....."

"saya dengan .....................dapat USIM"

"saya je sorang dapat UTM???"


itulah antara dialog yang didengar...

apa-apa pun kita telah ditakdirkan di situ..
dan ada hikmah yang besar..

bersyukurlah walau di mana kita berada...yang penting niat kena betul(peringatan untuk diri ini juga)

rezeki Allah itu dimana-mana..

Ya,Allah itu maha ADIL..

terus berjuang dalam menuntut ilmu! mogakita bermanfaat buat ummah...

em........

ada yang tak dapat U..mereka dah masuk kolej-kolej...

jangan sedih,jangan kecewa...kerana hidup bukan untuk gagal..

mungkin rezeki bukan masa sekarang..Insya allah ada yang terbaik dari Allah..

Dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu sesuatu padahal ia buruk bagi kamu,dan (ingatlah) ALLAH jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya. : Al-Baqarah (216)


kejayaan hakiki bila kita mendapat keredhaan dan SYURGANYA..

ya allah, ya haadi,yang maha pembimbing..

pimpinlah kami...

bimbinglah kami..
ke taman-taman ILMU MU..
ya aziz, ya qowwi, ya matin,
ya Allah yang maha mulia,
muliakanlah kami dengan ilmu MU

ya Allah ya qowwi yang maha Kuat,
kuatkanlah hati kami menghadai ujian yang mendatang..

ya Allah ya matin, yang maha teguh..
teguhkanlah perisip hidup kami berlandaskan islam..

amiin..
moga kami dijauhkan dari sifat mazmumah...yang menghalang cahaya ilmu itu masuk ke hati yang gelap itu.........na'uzubillah..

p/s: jom istiqamah dengan solat Dhuha!



REZEKI ALLAH yang bagi..

Wednesday, July 6, 2011

CALLING penting!!

Bayangkan bila pada saat kita berdoa kita mendengar ini:

"Terima kasih, Anda telah menghubungi Rumah Allah ". Pilihlah salah satu:
* Tekan 1 untuk 'meminta'.
...* Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
* Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
* Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau, bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Bolekah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:
"Jika Anda mahu berbicara dengan Malaikat:
Jibril, tekan 1.
Mikail, tekan 2.
Dengan malaikat lainnya, tekan 3.
Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu, tekan 4.
"Untuk jawab pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka, silahkan tunggu sampai Anda tiba disini!!"

Atau boleh juga Anda mendengar ini :
"Komputer kami menunjukkan bahawa Anda telah menelefon kami satu kali hari ini, Silakan cuba hubungi kembali esok hari."
"pejabat ini ditutup pada hari minggu. Sila telefon kembali hari isnin setelah pukul 9 pagi."

Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat telefon setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila masa saja dan Dia mendengar Anda.
Kerana bila memanggil Allah, Anda tidak akan pernah mendapat nada sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil, gunakan nombor utama ini ye: 24434

2 : solat Subuh

4 : solat Zuhur

4 : solat Ashar

3 : solat Maghrib

4 : solat Isya

Info selengkapnya ada di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadits Rasul"
Langsung hubungi, tanpa Operator tanpa Perantara, dan tanpa bayaran.

Nombor 24434 ini memiliki jumlah saluran penting yang tak terbatas dan seluruhnya dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365@366 hari setahun !! Berapa juta manusia di bumi termasuk kita yang pada saat bersama memerlukan untuk menghubungi-Nya!!


Sama2 kita muhasabah diri...

Sunday, July 3, 2011

ujian dan sunnah



ujian itu satu TARBIYYAH

jangan takut dengan ujian,tapi jangan minta untuk diuji..

tapi jika diuji,hadapilah dengan tenang dan sabar

jangan dipinta kecilkan ujian...tapi pintalah kuatkan iman
pintalah dibesarkan hanya harapan pada tuhan..

kerana barang siapa yang mengikut jalan nabi...

sunnahnya adalah ujian2 dan mehnah serta tribulasi..

rujuk sini dan sini juga



sedikit cerita di sebalik "UJIAN"



adakah Tuhan Tidak Sayang?

Tengahari itu matahari memancar dengan sangat terik. Bahangnya sangat kuat. Peluh keluar sesuai dengan keringat yang dicurahkah. Rasanya begitu enak kalau dapat minum air bersama ais. Tapak pembinaan itu sungguh bising. Bunyi deruman mesin disamping jeritan-jeritan pemantau kontraktor menambah lagi kebisingan di kawasan pembinaan itu.
Dari tingkat atas pembinaan, seorang pemuda sedang tekun menyapu simen pada dinding bangunan baru yang sedang dibina. Setelah penat, dia berhenti sekejap. Memandang dengan asyik pekerja di bawah yang sedang bertungkus lumus sedang mencampurkan adunan simen. Masing-masing sibuk dengan tugasan masing semata-mata mencari sesuap rezeki.
Matanya tiba-tiba berhenti pada sesuatu. Dia dapat melihat sebatang besi besar telah hampir untuk jatuh dari atas. Dia perlu cepat bertindak memberitahu orang di bawah sana. Jika tidak, tentu ada yang tercedera. Bencana di tempat pembinaan bukanlah boleh di buat main-main. Terleka sahaja, ia mungkin mengundang maut. Dia cuba menjerit dengan kuat dari atas. Tetapi jeritannya itu ditenggelami oleh bunyi deruman mesin. Nyata dia tewas. Suaranya tidak berjaya menarik perhatian orang di sana.
Lantas dia mendapat idea. Dikutip beberapa batu yang terdapat dalam adunan simen itu.Dibalingkan batu itu kepada rakannya yang berada di bawah. Batu yang mengena kepala mereka membuatkan mereka memandang ke atas. Mesej dapat disampaikan. Malapetaka dapat diselamatkan.
Kisah yang dikongsikan merupakan analogi tentang kehidupan kita. Pekerja di bawah adalah umpama kita. Pekerja yang di atas adalah tuan kita dan manakala batu yang dilemparkan itu adalah ujian, atau kesakitan atau malapetaka.
Kehidupan kita sentiasa sibuk. Seperti mana bunyi mesin itu, kehidupan kita tidak pernah sunyi dan tidak pernah habis dengan urusan dunia. Sibuk dengan urusan keluarga, sibuk dengan urusan kerja, sibuk dnegan urusan rakan-rakan dan banyak lagi. Ia berlarutan dan berlarutan, menyebabkan kita lupa untuk mendongak ke atas. Kita begitu asyik dengan masalah di bawah.
Oleh itu, kadangkala batulah yang dilemparkan kepada kita. Bukan untuk menyakitkan tetapi untuk menyedarkan kita untuk melihat atas. Begitu juga dengan cubaan, ujian yang dilemparkanNya kepada kita. Tujuannya adalah supaya kita melihat ke atas. Melihat ke atas supaya kita tidak leka dengan urusan dunia. Melihat ke atas supaya kita sering mengingati-Nya dan melihat ke atas untuk kita memperolehi petunjuk-Nya. Melihat ke atas supaya kita dekat dengan-Nya.Maka itu, jika kita ditimpa bencana, usah difikirkan adakah tuhan tidak menyayangi kita. Tetapi ini mungkin perkara disebaliknya. Mungkin kita terlalu sibuk dengan urusan dunia dan maka itulah dilemparkan batu kecil kepada kita untuk kita memandang ke atas dan dekat dengan-Nya.
Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Penyayang. Lebih-lebih lagi jika hamba-Nya begitu hampir dengan-Nya.



moga bermanfaat..




P/s:Ya Allah kuatkan hati kami menghadapi dugaan ini..


yg menaip,
ana da'ie ilallah..

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...