~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Thursday, November 13, 2014

Sila

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Sila
Ya sila bilang berapa ramai yang janji
kemudian menunaikannya dan menepati

sila
ya sila cakap berapa ramai buat kerja awal-awal
bukan saat akhir terkial-kial

ya sila beritahu saya berapa nisbah orang yang berkualiti
dari orang yang berpersonaliti sahaja

sila
ya sila maklum kepada kami berapa ramai yang sayang Allah
lebih dari sayang anak bini harta dan duniawi

sila
silakan masuk jika berani
buka cakap sembang kencang belakang diri

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Monday, October 20, 2014

SerIK

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.


Serik
Serikku pada sebuah kekecewaan
Sebuah impian seharusnya ditunaikan

Namun
Kekadang kita lupa tuhan
Allah beri peringatan
Jangan cepat beri harapan
Pada perkara yang belum tahu kesudahan

Sabar dan solatlah
Moga-moga ada petunjuk
Kerana kita hanya tumpangan
Di negeri abadi bersoal jawab

Yakin dan optimis
Pada janjinya
Sekali kau kecewa
Berganda tuhan datang memujuk

Senyum dan bertabahlah! =)

08.31pm
20.10.2014
UIAM Gombak

 Oleh : Khalifah Allah Zinnirah Mukminah

Friday, September 5, 2014

Cerita Ogos Yang padat

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

alhamdulillah masih di beri nikmat hidup dan masih dipinjam kekuatan untuk istiqamah. Jadual hari cuti saya sangat berbeza dengan apa yang saya plan sebelum cuti semester ini. Di suruh oleh ayah dan ibu menjadi guru sementara di PASTI AL AMIN. Kerana guru yang ada tidak mencukupi.

Alhamdulillah.. perancangan Allah sangat cantik. Setiap aturannya ada hikmah. Beroleh sedikit imbuhan untuk kemasukan sem yang baru ini.

Hari ini, hari terakhir di rumah. Sempat la belajar buat donat, masak asam pedas, masak paprik dan masak tomyam. Ibu banyak kali berpesan supaya setiap kali balik cuti mesti belajar sampai jadi masakan-masakan baru. Biarpun donat yang mula-mula menjadi cekodok donat!haha


HIDUP INI TEMPAT MENANAM
Ya, benar. Firman Allah s.w.t " Dan tidaklah aku ciptakn jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah". Setiap perilaku kita dan gerak tindak mestilah di niatkan kerana Allah. Hari-hari kena tajdid niat( perbaharui niat). Supaya kita tidak menyimpang kepada matlamat lain.

Rebutlah peluang buat baik, setiap masa cuba isi dengan kebaikan yang bermanfaat. Kerana bumi ini sementara. Kita menuju alam lain, alam akhirat yang kekal abadi, ayuhlah merebut ladang ini untuk kita menanam sebaiknya padi, tebu dan getah dengan cara yang baik supaya hasilnya nanti juga yang terbaik!


OGOS BULAN MERDEKA
Ketika kaki melangkah ke bulan ini pasti teringat satu peristiwa setahun lalu, sahabat baik senegeri dengan ku telah bernikah pada 31 Ogos tahun lalu. Dia kini menjadi ayah kepada seorang mujahidah puteri sulungnya alhamdulillah. Diri masih merdeka dari status isteri orang atau ibu kepada anak-anak. Merdeka di sini bermaksud belum ditakdirkan. Alhamdulillah penyusunan dari Allah itu yang terbaik!

kisah lain, ketika keputusan short sem dah keluar, tiada lain yang diharapkan melainkan keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah, syukur lagi kerana diberi nikmat merasai nikmat kejayaan.

Perjalanan masih pnjang, diri, jangan cepat puas hati, ada lagi 3 sem yang mencabar dengan subjek berat. Allah: pinjamkan kami kekuatan.

Tiada lain yang ku doa pada bulan ini , melainkan diberi kebebesan dari segala perasaan yang menyapa. bebas dari rasa mahu bercinta! bebaskan aku ya rabb dari segala RASA yang belum pada masanya!

sangat mencabar, kerana sahabat baik merangkap jiran aku juga turut bernikah pada bulan ini, Allah.Namun aku yang di jemput menjadi mak andak bidan terjun ini hanya mampu senyum dan berkata sabar! sabar!


ANAK-ANAK ITU BERSIH
Ku sangka cuti sem ini mahu berehat atau Qada' segala kerja-kerja yang tertangguh, namun takdir mengatasi segalanya. Allah susunkan yang terbaik, alhamdulillah.MENGAJAR! Ya .. di pinta menjadi ustajaH!

Pada hari pertama lagi mereka mula manja dan bertanya bermacam-macam soalan. boleh bayangkan adik-adik yang berumur 4 tahun, celoteh dengan mulut yang baru pandai bercakap, tak terlayan!

Mereka ini bersih tiada dosa apa-apa ye la. sekali mengajar terus masuk. subhanallah

hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

benar, dari hadis ini dapat kita ambil iktibar bahawa mereka(anak-anak) itu perlulah di corak dengan baik, didiklah dengan baik, kita(guru/ibubapa) mendapat saham kebaikan itu. insha allah.

Sempena mengajar di sini, dapatlah di kongsikan bagaimana ibu bapa yang baik menghasilkan nak yang baik, bak kata pepatah Melayu: benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ke tanah menjadi pokok( entah, tak ingt, betol ke)

bukti: ibu bapa yang ambil berat pasal solat, pakaian, buku2 anak mereka, biasanya anakna bijak dan cepat tangkap apa yang di ajar guru. Mungkin ibu ayahnya bersih dari dosa-dosa berat.

namun berbeza dengan ibu ayah yang datang ambil anak-anaknya pakai seluar pendek, tak tutup aurat dan sebagainya...biasanya anak mereka degil dan tak dengar kata.astaghfirullah...


Padat bulan ini kerana paginya aku mengajar pasti, petangnya aku mengajar Kafa. malam gi usrah atau ceramah, penat la juga, tetapi apa la sangat jika nak di bandingkan dengan orng lain. Allah istiqamahkan kami dalam jalan juang ini.amin 40x! allahuakbar!!

KESIMPULAN:

Pengajaran bulan ini:
1. Jangan rasa apa yang kita rancang yang terbaik, tapi mesti rasa dan yakin perancangan Allah terbaik!

2. Belajar buat banyak benda dalam satu masa.

3. Merdekakan diri dari segala RASA yang belum patut di rasa =)

4. Azam: mahu didik anak-anak dengan asuhan penuh kasih sayang insya allah.


 Oleh : Khalifah Allah Zinnirah Mukminah

Monday, August 4, 2014

oh IBU~

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.
 
Kisah semalam, balik dari Pahang, sebab Isnin sudah mula kelas bagi yang mengambil 'Short Sem'. Bersiap selepas solat Subuh di imamkan oleh ibu kerana yang lelaki telah ke masjid. Seusai solat ibu melangkah sambil berlari-lari anak ke dapur.

"kakak, tunggu jap tau, ibu masak ikan patin nih"
Ya Allah itulah ibu, pantang sangat kalau anaknya balik dengan tangan kosong, dipastikan kami siap sedia dengan bekalan ikan patin atau makanan dari masakannya sendiri.

Ibu,
kau ratu hatiku


lirik lagu yang kedengaran.. tak ingat apa sambungannya.

sesibuk mana pun ibuku ini, tetap akan menyediakan makanan buat kami, sungguh, air tangan ibu satu nikmat tak terhingga, susah dilupai sentiasa dirindui.

tak terbalas jasamu ibu,
semoga ibuku masuk ke syurga . amiiinn

 Oleh : Khalifah Allah Zinnirah Mukminah

Tuesday, July 22, 2014

Malam yang D Tunggu!

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Tanda malam al-Qadr ialah :

 àMalam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;

 àSiangnya cahaya matahari warnanya pucat;

àPada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

p/s; Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita. 5 Hari LAGI!! AYUH!



 
Oleh : Khalifah Allah Zinnirah Mukminah

Monday, June 30, 2014

Ramadhan Kareem

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Ramadhan datang sebulan setahun
Apakah kita merasainya sepenuh hati
Atau hanya adat
Bukan ibadat

Azamku
Moga Ramadhan ini membawa keberkatan
Dalam urusan harian
Selepas ini
11 bulan mendatang

Doaku buat semua
Agar kita istiqaamah dalam kebaikan
Insya Allah

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Monday, May 19, 2014

lAmAr

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.



Apabila perempuan yang anda lamar itu meminta supaya disampaikan kepada walinya, atau supaya digunakan orang tengah untuk berhubung, itu bukan bermakna dia tidak menghargai atau mempercayai anda. Bahkan, kerana menghargailah dia memilih untuk menjaga, agar sebuah lamaran yang mulia kekal tinggi nilainya.
Anda perlu percaya bahawa anda seorang yang baik dan terhormat di pandangannya, kerana itu dia mahu menerima lamaran anda atau mahu mempertimbangkan lamaran anda. Jika anda tidak baik, tentulah ditolak dari mula.
Soal baik atau tidak, bukan soal anda dan dia, tetapi soalnya syaitan itu memang tidak baik, dan syaitan itu sentiasa pula mahu jadi yang ketiga. Dia mahu merosak yang elok, mencarik yang indah, mencemar yang mulia. Justeru ingat, siapa yang lebih tegas sebelum nikah, dialah sebenarnya yang lebih menyayangi dan lebih menghargai!

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Tuesday, April 22, 2014

exam oh exam

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah. 

Salam Imtihan buat semua yang sedang bertarung dan akan bertarung dalam Final Exam di kampus masing-masing. Disini ingin saya kongsikan Tips untuk Exam.

1. Mula ulangkaji dari awal
Ya, kenapa? kerana apabila kita sudah mengulang kaji kita akan mengingat dengan mudah, elakkan study last minute.

2.Ketahui apa kelemahan
Kena tahu kita lemah di mana, kelemahan dalaman atau luaran, faktor diri sendiri atau faktor orang lain. Kelemahan ini membuatkan kita tidak mengulangnya lagi. ayuh kenal pasti, seperti, tidak berdisiplin, tidak fokus dalam kelas, tidak boleh urus masa dan sebagainya. Perbaiki!

3. Usaha dan fahami 
Usaha untuk faham sebelum kaki melangkah ke kelas, baca atau belek nota-nota yang ada. Semoga apa yang di baca menjana idea-idea nanti di dalam kelas.

4.Doa dan tawakkal
Solat hajat untuk mendapat jawab exa dengan baik, mohon ibu dan ayah kita doakan juga. Berserah kepada Allah setelah kita berusaha sehabis daya.



5. Istiqamah
Jadilah kita golongan yang istiqamah mengulang kaji atau rajin menyiapkan task dan sebagainya. Istiqamh juga mengulang. Ulangan yang banyak melekatkan ke dalm kepala, ulang lebih 60 kali, insya allah masuk!

6. Hafal
hafal nota yang telah kita siapkan, teknik menghafal adalah salah satu teknik berkesan susun ikut abjad dan akronim dan lain-lain.

7. Study Group
Study group adalah kaedah efektif yang mana kita dapat mendapat maklumat dengan cara yang paling cepat.




1. Doa masa study
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”

2. Doa lepas study
“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”

3. Doa memohon kejayaan
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”

4. Doa masa nak jawab soalan exam
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”



Tips untuk Exam lain klik sini


 Oleh : Zinnirah Mukminah

Sunday, April 20, 2014

laksa beras

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

SEMOGA CERITA INI MEMBERI KESEDARAN PD KITA.
Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motosikal mengelilingi kampung.
Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat.
Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya.
Setelah memesan dan membayar harga bagi 5 bungkus laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat.
Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung.
Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan.
Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”
Pakcik itu pun menjawab, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak.
"DALAM SETIAP REZEKI YANG KITA PEROLEHI, ADA HAK ORANG LAIN JUGA
Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama.
Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid.
Atau untuk rumah anak yatim juga.
Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walau pun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar.
Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan.
Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi.
Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana –mana masjid/surau kampung berkenaan.
Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini ke tabung masjid/surau walaupun sedikit.
Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah .
Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain.
Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.
Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi.
Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini.
Hari Isnin sipolan solat di masjid ini, hari Selasa si polan solat di surau ini.
Dan seterusnya...
Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari.
Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun Islam.
Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5.
Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna?
Saya merasakan islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan.
Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun Islam ke 5 iaitu mengerjakan haji.
Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar?"
Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini.
Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang islam.
“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”
“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu?
Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti?
Mampu itu kita sendiri yang tentukan.
Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”
MasyaAllah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu.
Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal mengelilingi kampung.
Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal.
Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini???
Kisah khas untuk kita saling merenung diri

 Oleh : Zinnirah Mukminah

Wednesday, April 16, 2014

sAyAp kAnAn

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Siapa sayap kanan ku?
Aku tidak pasti
Aku belum jumpai

Kerana aku kini bersama kalungan perjuangan
Bersama gedungan buku
Berjalan membawa buroq tercinta

Mungkin sayap kanan ku sedang mencari sayap kirinya
Atau dia sedang membaiki diri buat generasi mendatang?

Aku tidak pasti.
Allah yang pasti
Allah maha tahu.

titik.
wallahua'lam

 Oleh : Zinnirah Mukminah

Daerah hatI

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah

Biar aku sendiri
Biar aku menyepi
Biar kau sedari

Bahwa perasaan bukan boleh beli-beli
Bahwa pengorbanan bukan untuk di jual-jual

Mahal bernilai bagai permata kasturi
Jikadi angkat martabat matang bertindak
Murah rendah lagi sampah
Jika dihina begitu sekali

Diduakan menjadi madu dalam perjuangan
Disibukkan dengan agenda gerakan

Kalaulah dunia ini panjang aku hanya mahu mengejar kau
Tetapi duni ini singkat
Matlamat Akhirat mencari Allah
Melihat wajahnya

Sunyi dari kalam
Dan berita

Kau senang di sana mungkin
Aku derita di sini pasti

Raih redha-Nya aku cari
Moga kau turut mencari

Zinnirah Mukminah
16042014

rapi

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Bekerja dengan mereka yang sempoi dan bekerja dengan mereka yang skema amat berbeza sekali dalam satu organisasi. Saya mengakui ada yang tidak mengambil berat tentang PROSEDURE atau saluran yang berlapis-lapis ini, malah mereka memandang remeh sekali.

Jika mahu berjalan lancar apa salahnya ikutlah cara kerja yang bersaluran itu, bukan main redah dan ikut dan. Bahasa orang kampung saya " main redoh je" . Ya buat kerja semua adhoc dan terburu-buru, mula mencari tenaga kerja sana sini, padahal sebab tidak buat kerja dari awal, by step lagi.

Ini banyak terjadi dalam kes-kes untuk mereka yang sempoi, atau tak gentleman. Kalau di tegur melenting, menjawab serta tidak terima teguran. Dah cuba tegur orang macam ni, tetapi bijak dan berhikmah macam mana pun dia tetap ego malah rasa dia seorang je betul.

Benar, kita meraikan mereka-mereka yang suka buat kerja laju dan semangat tetapi mereka-mereka ini perlu juga menghormati golongan yang skema atau team yang berdisiplin bagi saya ini. Team ini sangat tersusun buat kerja dari kalangan Doktor malah ada juga dari kalangan ustaz.

Kedua-dua golongan ini mestilah bersemuka jika ada masalah ketidaksefahaman. Bagi melancarkan sesuatu keputusan atau gerak kerja.

bergerak dengan adab dan berprosedure, surah soff ayat 4!

 Oleh : Zinnirah Mukminah

Wednesday, April 9, 2014

semangat study!

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

6 TIPS Cara Memaksimakan Semangat Belajar
1.Fokus
Jangan berlama2 memakan waktu belajar dalam 1 hari, input akan lebih mudah masuk jika belajar rutin tiap hari dengan waktu yang teratur dan tidak berlebihan. Fokus sepenuhnya ketika belajar didalam kelas dan semasa ulang kaji.
2. Buatlah Dream Book
 Sangat penting menulis dan menggambarkan goal2 yang ingin kamu raih ke dalam sebuah bukti. Tulislah target kamu, keinginan kamu untuk lulus cemerlang gemilang, prestasi2 yang ingin kamu raih ,buka dream book kamu saat sedang tidak semangat. Banyak yang meremehkan pembuatan dream book padahal banyak orang-orang sukses di dunia yang telah membuktikannya silahkan search di google dengan keyword "dream book"
3. Ikutilah Sunnah nabi
Ikutilah sunnah nabi, menganankan segala benda yang baik, dahulukan kanan. Makan dan minum dengan doa, niatkan selalu kerana Allah dalam perkara kebaikan.Selawat ketika mula belajar. Bersungguh mengikut sunnah Nabi, di sana ada keberkatan.
4. Refresh Your Mind
Perlu diingat bahwa otak kita bukanlah robot jadi perlu refreshing, manfaatkan waktu libur untuk bersenang-senang atau pulang kampung mengobati rinduk ke keluarga agar saat kembali kuliah bisa kembali beraktiviti dengan prima. atau bisa juga dgn diselingi aktiviti senaman ringan atau sukan. 
5. Cari teman yang baik 
Pilihlah teman yang memiliki semangat yang sama untuk berprestasi, tidak harus superpintar, tapi yang pasti jangan memilih teman yang banyak menggoda untuk terussss bersenang-senang. Bukan berarti bersenang-senang tidak boleh, tapi ada targetnya, jangan berlebihan... ingatlah kembali tujuan utama kampus, fokus!
6. Buatlah Jadual
Jadual yang tersusun pada masa dan list kerja yang perlu di utamakn, sesibuk mana kamu, kita semua punya masa 24 jam sahaja!. Ayuh susun dengan pahala setiap detik, insya allah.
7.  Telefon Orang Tua
Sesekali jangan lupa telfon orang tua, minta doa mereka. Jangan remehkan doa orang tua, menelefon mereka juga akan mengingatkan bahwa mereka telah bekerja keras membiayai kuliah dan biaya hidup di kampus.

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Thursday, April 3, 2014

Sem yang sesak

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Baru lega dengan satu kajian
datang 4 lagi kajian yang mesti dihantar
kajian di sini bermaksud assignment
sabar dan senyum,
Allah kan ada

Aku tak boleh give up
assignments kena hantar
ujian dan kuiz kene prepare molek

series rasa terbeban dan stress
kadang2 rasa nak buat stdy leave

oh no!
aku tak nak grad dgn adik aku sekali
so kene habis awal2 skit Husna!

adoiyai
jadi anak sulung ni kadang2 aku tertekan
macam2 rase
rase geram
rase give up
rase sedih

tapikan Allah kan yang takdirkan semua itu Husna
jangan sedih pilu
teruskan berlari
teruskan berjalan
teruskan perlahan-lahan

mana mungkin aku berada di kampus ini tanpa izin-Nya
ya, aku yakin aku mampu,
Allah beri tanggungjawab itu dengan kemampuan seseorg

bila kira-kira dekat berbelas-belas taklifat yang ku terima
Allahuakbar!

Dapatkah aku melangkah ke syurgamu ya Rabb dengan
amanah-amanah yang belum tentu ku lepas
dari persoalan yang banyak nanti

termuhasabah sendiri
Allah sumber kekuatan
pada-Nya kita minta
bukan dengan menuntut bantuan manusia

Masa oh masa
bilakah kau mahu berhenti sebentar
oh tidak katanya,
masa sememangnya berlalu
kau yang kena pandai urus sendirilah~

Moga-moga aku kau dan dia
mereka yang ikhlas dan bertaqwa!

 Oleh : Zinnirah Mukminah

Wednesday, March 26, 2014

Bersungguh dengan Hati

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah

Masih berbaki beberapa untuk sem ini, rasa lelah dan penat kerana setiap minggu balik ke Pahang. Mungkin ini menyebabkan tertekan dan stress, bebanan demi bebanan, program-program yang banyak sekali. Saat ini teruji dengan apa yang di kata selama ini, berjuang itu perlukan pengorbanan yang sangat tinggi.

Boleh dikatakan keluar hampir RM100 setiap kali balik, maklumlah kereta Wira aku itu auto gearnya, dengan tol dan duit minyak memang kos tinggi. Namun aku yakin Allah ganti semua itu! Kadang-kadang hampir terlupa aku ini masih belajar, duk sibuk ke hulur ke hilir mengurus tenaga manusia dan aktiviti yang banyak sekali.

Lelah ya penat sekali, kerana aku juga manusia biasa. Penat itu biasa, susah itu jadi terbiasa. Namun teringat kata-kata ibu, susah sekarang, senang kemudian. Moga-moga sebelum aku syahid nanti aku bersama amalan kebajikan dan berjaya melahirkan generasi lebih baik dari generasiku yang ada sekarang.

Pelajaran aku sem ini bukanlah mudah, banyak juga aku menangis sendirian dek kerana terlalu tertekan menghafal dan mengingat fakta-fakta yang ada. Kalau assignments pula jangan kata aku buat dengan tenang. Berlari-lari aku ke perpustakaan meminjam buku sebagai rujukan, mencari-cari di setiap rak-rak yang ada! Sampai tidak sedar aku terlebih pinjam!

Ya terlebih kerana had pinjam buku bagi pelajar ijazah hanya 15 buah sahaja. Pernah juga aku balik dari satu program dari Kuantan ibu negeri Pahang. Pukul 7.30 pagi aku bertolak bersama-sama sahabat dari USIM, kami di uji dengan hujan yang amat lebat, bayangkan pagi yang indah di turuni hujan lebat berduyun-duyun, ditimpa tangga ujian kami kali ini, kerana wiper keretaku rosak, langsung tidak boleh bergerak, series nak nangis, maka kami berhenti-henti di tepi jalan atau singgah sebentar di RnR berdekatan. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa hanya 2 jam menjadi 6 jam. Bergerak 7.30 pagi sampai di UIA Gombak 12.30 tengahari. Allah je tahu perasaan kami, alhamdulillah selamat sampai.

Sampai-sampai terus ke perpustakaan mencari buku-buku nak siapkan assignment yang tertangguh, Alhamdulillah Allah membantu saat itu, buku-buku yang ku cari ditemui dengan mudah sekali, syukur!

Pernah juga kami kehabisan minyak kereta di highway,cuak tak terkata! Namun kami bertawakkal sepenuhnya pada Allah, Allah mudahkan urusan hambanya! Series rasa nikmat bila kita bergantung sepenuhnya kepada Allah.

Tidak ada masa buat kerja lain, ya aku sangat bersyukur kerana masih diberi peluang buat kerja-kerja Islam, tidak lalai melayan movie Korea dan sebagainya. Nikmat masa untuk Islam. Keberkatan perlu ada, ya keberkatan pada masa, boleh buat banyak benda dalam satu masa.


Sesungguhnya aku berpesan pada diri, hadirkanlah hati kalian ketika melakukan kerja-kerja Islam!! Yakinlah surah Muhd ayat 7!!!

Aku bukanlah pemula, aku penyambung rantai-rantai ini, doakan aku =0


. Oleh : Khalifah Allah Zinnirah Mukminah

Monday, March 17, 2014

Redha MU

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah

Meneruskan langkah kaki ini
Dalam sela nafas pagi subuh
Biar rasa itu jauh-jauh pergi
Seru kepada Hak masih belum ditunai lagi

Inspirasi kakak senior
Anugerah Dekan dan Tokoh Akademik
Punya noktah dari kegagalan silam
Namun bangkit, terus berlari

Aku dan buku
Bila lagi ?
Ku masih berkira-kira
Mahu seperti A'isyah tinggi Ilmunya

Mencabar lagi menduga
Bila masa di kejar
Tak terdaya
Sedangkan urusan itu urusan dunia

Ya Allah
Redha Mu kami cari
Seandainya semua ini hanya sia-sia
Rugilah kami
Sesallah kami

astaghfirullah T.T
. Oleh : Khalifah Allah Zinnirah Mukminah

Thursday, February 27, 2014

Emosi

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.




Perasaan itu sukar digambarkan
Terkilan!

Kecewa dari tutur bicara nya
Terkejut dan sentap

Aku insan biasa
Perlu kepada makanan jiwa
Perlu dibantu dan dibimbing

Merangkak aku bangun dari sedih yang lama
Mata yang kian memerah
Air mata tak tahan sudah

Mulut mestilah di jaga
Saat terlepas kata-kata
buat orang cepat terasa

Mula sedar di sua vitamin iman
Mula langkah dijemur pakaian yakin
Berpijak di bumi nyata
Kau dan dia hamba tuhan.

Sedar.insaf.posfitif





 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Tuesday, February 25, 2014

Kayuhan tarbiah

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah

Belajar jauh-jauh, supaya tak pulang rumah selalu.. itu nasihat nenek dalam satu kesempatan kami berjumpa,namun Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. Aku melangkah dengan derapan sabar masuk ke kelas Bahasa di UIA Gombak ini.

Peluang kena cari, rebut peluang yang ada..itu pesan ayah dalam satu pertemuan tika ayah dan ibu datang sekejap menziarahi ku selepas mereka habis bermesyuarat. Ya, kalau masih berbaki 3 sem ini saya sangat berharap untuk mendapatkan beberapa perkara penting.Antaranya adalah:

1. Public Speaking yang mantap, hal ini kerana saya amat suka bercakap, tetapi saya kurang berkeyakinan jika diprovok atau di 'pandang rendah'.

2. Memasak banyak resepi, yang saya tahu hanya masak tomyam dan masuk tempoyak ikan patin, itupun kalau lulus seperti kata ibu, bukan tahap cemerlang, Allahurabbi, bagaimana mahu menambat hati suami ni Husna oi. Astaghfirullah, betulkan niat, saya mahu pandai memasak kerana saya mahu jadi ibu dan isteri yang mithali, bukan hanya berdegar di luar tetapi mestilah kencang di dalam. Didalam rumah maksud saya =)

3. Design dan edit video, ya satu lagi kemahiran yang saya masih belum mahir, pernah dipertanggungjawapkan kepada saya untuk menguruskan media Baru di UIA ini, saya hanya pandai mengurus manusia belum pandai mengurus media. macam mana ni Husna...Mesti kuasai!! Kemahiran ini Islam perlukan di ceruk kampung yang mahukan poster-poster di tampal, dimanakah aku?=)

4. Saya amat segan kalau orang tanya saya tak tahu, sedangkan soalannya amat mudah sekali, maka saya cuba mencari ilmu, ke mana sahaja ada majlis ilmu saya singgah, cari ilmu, kutip ilmu, cuba gagahi diri melawan sedapnya nikmat tidur di tilam yang empuk berbanding majlis ilmu yang pasti bersila atau bertentang mata yang makan masa lama. Cari kelas tajwid, kelas Fiqh nisa', tafsir, talaqi, kuliah haraki,dll.

5. Hafal Quran, doakan saya menerima tarbiah dan ta'lim dari 'guru' yang direct dalam menghafal Al-Quran. saya usaha, saya berdoa moga saya bisa menghafal walau pun masih merangkak-rangkak mengulang dan ulang! Berapa juzuk itu tidak penting, tetapi yang penting berapa banyak yang sudah di amalkan intipatinya ??

6. Saya menyediakan pelapis bila saya keluar dari kampus ini, doakan saya membawa 2 usrah serentak dalam sem sem yang lalu dan akan datang dan sekarang. Masih terfikir bagaimana ibu saya membuat kelas-kelas pengajian bersama kaum ibu di kampung setaipa hari, berlari-lari atau sambil berjalan sahaja ibu menanggalkan stokingnya selepas pulang ke rumah balik dari mengajar, ibu kemudian memasak, mengemas, membasuh dan kemudian solat Asar. Kuliah dan kelas-kelas pengajian ibu tak pernah putus, jika ibu sakit atau bertembung dengan mesyuarat lain ibu pasti meneruskan kelas itu dengan mencari pengganti. Sempat beberapa kali saya menggantikan ibu, debor wase!! Ibu inspirasi saya untuk saya bawa usrah setiap minggu di kampus tercinta ini =D

7. kemahiran yang saya mahu yang lain adalah kemahiran memimpin, atau kemahiran bersosial, saya sudah pernah masuk dalam beberapa program besar dalam UIA ini, namun saya semakin dahagakan kemahiran ini untuk di asah lagi, saya perlu belajar, supaya teori itu menjadi praktikal, doakan saya =)


dalam sela nafas
aku rasai tabiah ilahi
aku kayuh lagi

mungkin belum jumpa
namun ujian yang ku jumpa

belum lagi
ya masih belum lagi

sabar
Tuhan itu tak pernah zalim
dia bagi pada saat dan masanya

istiqamah!

. Oleh : Zinnirah Mukminah

Friday, February 14, 2014

Kisah Zinnirah Mukminah

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).(3:14)

Allah kau maha tahu yang terbaik buat hambanya. Hari ini coretan ku berkisar tentang perkahwinan.Sejak zaman sekolah lagi isu ini menjadi topik hangat dalam kalangan para dai'e dan nuqaba'. Malah menjadi serius bila di bawa dalam program bersifat santai bersama semua para sifu yang arif dan sudah makan garam dalam dunia Baitul Muslim ini.

Oleh hal yang demikian, saya yang lahir dalam keluarga yang di jodohkan oleh unit baitul muslim di kampus lama ibu dan ayah dahulu merasa berbesar hati untuk mencoret sedikit tulisan di ruangan blog kali ini. Isunya bukan semasa perkahwinan, tetapi apakah kita nampak tentang masa depan selepas akad nikah dan majlis walimatul urus itu sendiri.

Semasa umur saya di sekolah rendah, selalu saya berangan-angan akan berkahwin dengan orang cina Muallaf, mahu suami dan anak-anak saya putih melepak. Itulah celoteh saya dan harapan yang sangat mentah dari pemikiran saya. Setelah saya masuk ke sekolah Agama kerana di hantar oleh ibu dan ayah, saya berubah hati mahukan pasangan yang baik dan beragama. Itulah hati manusia mudah sangat cenderung dan berubah.

Habis tingakatan 1 saya naik ke tingkatan 2, mula minat dengan seorang sahabat sepasukan saya ketika itu dalam pertandingan pidato. Allah itu maha penjaga, dia menjaga hambanya dari lalai dan alpa saat dia masih sayangkan hambanya. ya, saya kembali insaf fan bertaubat.

Setahun berlalu, saya diam dan sibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah dalam badan dakwah yang saya sayangi. Saya lawan dan mujahadah dengan surat-surat layang yang diterima, sweet candy bagai, jeritan singa, 'lafaz wo ai ni', kejar-mengejar untuk couple, dan dialog romantik yang hanya sementara.

Masuk ke tingkatan 5 , saya harus memilih ke aliran matrik atau STAM, saya memilih dengan petunjuk Allah ke aliran STAM. Saat itu saya masih memendam perasaan buat seorang akhi dalam 1 organisasi kami. Dan saya pernah berkata kepada sahabat saya, jika saya masih bertemu dia selepas habis SPM ini sama ada dalam kampus yang sama atau dalam persatuan yang sama, saya yakin dia adalah jodoh yang ilahi tetapkan buat saya.

Masa berlalu begitu pantas, setahun saya di Kuliah Pekan menuntut ilmu agama, orang yang saya sukaa sudah pindah ke tempat lain. Saya berdoa mungkin Allah tetapkan yang lebih baik selepas ini, dia pindah ke ma'had Tahfiz menghafal Quran, tanpa sempat mengambil STAM.

Saya tidak kecewa, ditakdirkan hati ini ke Mesir bersama-sama sahabat-sahabat dalam madrasah kami. Kali ini saya masih terngiang-ngiang dengan kata-kata ayah semasa menziarahi saya ketika saya menceritakan ada senior mengajak saya bercouple, ayah kata siapa yang nak sangat ke kakak tu? mai ajak dia jumpa ayah, ayah nikahkan terus! tak payah nak fikir susah-susah nikah ni, ikut syariat, tak perlu grand2..tegas bunyi ayah dalam satu lafaz sahaja. Saya terdiam. Mungkin ayah ambil berat.

Sejak dari itu saya banyak sibukkan diri dalam gerakan perjuangan menyebar dakwah di kampus UIA Gombak, bersama sahabat-sahabat tercinta. Pernah diuji, saya disedarkan kembali dengan ayat-ayat Allah, dengan sahabat-sahabat yang baik. mungkin suasana membuat kita kadang-kadang salah memilih langkah. Abaikan kisah lama, saya buku baru. Cukuplah kita lalai dahulu, Allah sedarkan kembali kini. Letakkan prioriti pada tempatnya dan fokus dengan baik, capai matlamat ibu dan ayah kemudian raihlah redha-Nya.

Saya nasihatkan diri saya dan semua sahabat. Berfikirlah dengan baik, perbaik segala amalan dan jaga hubungan dengan Allah, matangkan fikiran kalian dalam mengejar cinta manusia, berharaplah pada Allah, namun jangan lupa perlu berusaha! 



“Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita
peristiwa2 yang mengejutkan dan memberikan peluang
kepada kita untuk berbuat.
Dunia akan melihat bahwa dakwah kita adalah hidayah,
kemenangan dan kedamaian yang dapat menyembuhkan ummat
dari rasa sakit yang tengah dideritanya.
Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia,
karena bumi tetap akan berputar
dan kejayaan itu akan kembali kepada kita.
hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.”
(Hasan Al Banna)


Masih setia ! =)
 Salam mujahadah: Zinnirah Mukminah

Thursday, February 6, 2014

Azam baru

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Bulan Januari berlalu dengan pantas, saya tidak sempat menunaikan azam saya yang ke berapa saya tidak pasti, azam saya mahu menulis sebulan sekali sekurang-kurangnya di ruangan blog ini, tetapi saya GAGAl!
gagal menulis untuk bulan Januari, maka saya cuba baiki.


Sem baru bermula. Kaki terus melangkah, mencari beberapa peluang yang kian jauh hilang sejak sebulan yang lalu.

Peluang untuk menulis buku, ya!
Saya di tawarkan menulis, banyak cerpen yang di tulis tidak habis,
artikel masih bersepah-sepah di dalam kotak-kotak memori komputer ini.

Bilakah penamat kepada semua tulisan dan coretan ini.
Masih berjuang!

Saya mahu menulis, tetapi masih beribu alasan saya reka.
Allahurabbi, Husna! sila fokus!

Ya, mohon kawan-kawan pembaca setia blog saya ini untuk mendoakan saya agar terus menulis.

buku apakah saya mahu keluarkan? doakan... tutt
Tulisan inilah yang akan menyambung pahala saya di SANA insya allah.
Doakan saya bersemangat, ikhlas, yakin dan bertindak!! =)

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...