~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Tuesday, September 13, 2011

Min aina ila aina??

Min aina ila aina??

dari Temerloh ke UIA Gombak..

masuk ke sini bukanlah permintaan ku..diriku mahu ke Um begitu juga ayah dan ibuku yang mahau aku menjadi pendidik mahu diriku berada di UPSI..tetapi kun fayaun..jadi,maka jadilah…

Ahad 4hb 9 2011

Pendaftaran pelajar baru..new intake student 2011/2012..Belajar untuk membiasakan diri di UIA..berjumpa dengan kawan baru yang pertama dari Kelantan..namanya Azmira..

Isnin 5hb 9 2011

Hari ini kami dimaklumkan program akan bermula malam..satu hari kami disiang hari round UIA..besarnya masya Allah..kedatangan pelajar yang postgraduate(ambil master dan PHD)..kami meyambut kak Mardiah..kakak Nisya yang menyambung Masternye di sini..

Berkenalan dengan ahli bilik ku seramai 3 orang..insya Allah..wujudnya rukun usrah..ta’aruf..tafahhum..takaful..di bilikku ini…

Selasa 6hb 9 2011

Hari Ta’aruf Week pun bermula..dari pagi sampai malam..huh tak boleh balik bilik..

Berjumpa kak Ain Syamilahex Khairiah 2008..seronoknya…dy MPP kat UIA ni..

Rabu 7hb 9 2011

Penuh dengan briefing dan taklimat tentang Unit-unit kat UIA ni.macam unit kaunseling,kokorikulum dan banyak lagi..palaing best time para mahasiswa/wi bertanya soalan..memang bagus la ….genius+hebat ..

Khamis 8hb 9 2011

Hari ada Bai’ah pelajar..bai’ah ni macam ikrar la..semua wajib pakai baju hijau yang pihak UIA sediakan..huh! gelombang hijau dalam dewn CAC tu..

Bai’ah depan semua dekan dan Rektor…insya allah kai akan cuba ikutinya..

Hakikatnya,memang kita kena selalu bai’ah dengan diri kita …demi Islam dan Ummah..muhasabah beserta azam yang baik akan mengahsilkan kualiti dari bai’ah tadi..

Jumaat 9hb 9 2011

Hari ini kak Mardiah dengan kawannya Kak Syida datang bilikku…kerana mereka ada program..seronok melihat aksi ukhwah yang tak pernah ku jumpa sebelum ini…special sungguh ukhwah fillah itu..subhanallah..

Sabtu 10hb 9 2011

Ibu datang bersama kawannya Makcik Jannah..bawa laptop dan air gau untuk ku beserta barang keperluan ku(makanan hehe)…em,sementara menunggu bersiap ibu sempat bersembang dengan sahabt-sahabat sebilik dengan ku..alhamdulillah..moga mereka gembira bertemu dengan ibuku..makan malam ibu belanja..hari nil ah baru rasa puas makan setelah beberapa hari aku terpaksa ‘mengdietkan’ diri..haha..

Ahad 11hb 9 2011

Hari ini akak-akak yang senior semua datang untuk daftar..ramainya..rasa macam kat satu pulau je UIA ni..orang semua jalan laju..semua mengejar masa..bagusnya..aku pun kena laju la jugak,takkan nak cicir je kat belakang..

Isnin 12hb 9 2011

Kelas dah mula

Sibuk dengan nak daftar subjek dan drop subjek..penuh bilik pendaftaran..aku ternampak seseorang…

Bagusnya dy bersama Quran di tangan tak berhenti mulutnya dengan bacaan Quran di tangannya..manfaatkan masa yang ada dengan baik……bagusnya dia…tapi aku??aku melangut je…lanatas ku ambil nota Arab dari hidayah yang rajin itu k uterus membacanya..em,ku lihat dia masih lagi dengan Quran walau orang lain berpusu-pusu masuk,dy tenang sahaja..alhmdlh..

Penat hari ini tak terkata..maklumla ini hari pertama aku belajar berdikari untuk buat semua sekali tanpa mengharapkan orang lain…

Sepanjang aku berada di sini tidaklah samapi sebulan lagi..aku belajar banyak benda…

1)kena selalu bertanya..speaking Arab atau English mesti..

2) cuba belajar sesuatu itu dengan baik…faham dan ajar pada yang lain..insya allah…ada barakahnya..

3)kesusahan itu bersama kesenangan

4)perjalanan itu penuh dengan liku-liku dan dugaan .Taqwa itu kuncinya.

5)jadilah diri sendiri dengan mengikut Islam yang sebenar..

p/s: doakan diri ini di sini…semoga kita semua tetap Istiqamah di jalannya..amiin……

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...