~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Saturday, November 26, 2011

mehnah ujian dan dugaan















UJIAN...


beratnya terasa menghukum jiwa…
tiada hentinya memaksa diri ini
melutut menyembah bumi
kerana terlalu lelah
dalam menghadapinya..

peritnya terasa
bagaikan merampas
segala kekuatan yang dibina selama ini..
lemah longlai jasad memikirkan ujian ini
yang tidak habis menghimpit jiwa..


berderai airmata menyambut sendu
dalam berhadapan dengan ujian ini..
terasa keteguhan hati ini
diragut oleh rasa berputus asa..
tidak dipinta dugaan ini
hadir menggamit laluan kehidupan
namun,seringnya ia menjenguk mengetuk
pintu iman yang selalu terbuka…


meski ia hadir silih berganti,
meski ia hadir tanpa jemu menghimpit diri,
meski ia hadir menggamit luka yang tidak terperi sakitnya,
meski ia hadir memberi kesan sakit
yang mungkinkan tidak terpadam


namun harus jua diri ini teguh menghadapinya..
tiada jalan lain melainkan cuba mengatasinya
dengan jalan Iman yang tenang..
harus digagahi jua hidup ini dengan rasa kehambaan
yang penuh keredhaan..


biarpun jalannya beronak berliku,
pasti ku lalui jua dengan tabah dan senang hati
kerana ganjarannya ku pasti..
janji Ilahi tidakkan lari..
ku yakini Ilahi untuk meghadirkan dugaan dengan kekuatan..


ku pinta darimu Ilahi Rabbi..
andai dengan ujian ini adalah satu-satunya
jalan untuk menghampirkan diriku denganMu
maka hambaMu ini lebih memilih derita diuji
daripada dibiar melara dalam noda
yang hanya membuatMu jauh dariku..
biar hamba menangis ditelan dugaanMu
jika itu jalan untuk hamba meraih cintaMu..
biar hamba menderita jasad menelan mehnah
yang tiada noktahnya janji RahmatMu
sudi memayungi hidup hamba..
kerana hamba ini pacal yang hina..
menagih cintaMu padahal hamba tidak layak untuknya
jadi biar hamba melara deminya..


hamba rela menangis sendu asalkan rinduMu bersama hamba..
walaupun sedikit hamba rela asalkan ada ruang untuk hamba..
hamba tidak layak untuk meminta banyak dariMu
kerana hamba juga tidak memberi banyak kepadaMu..
jadi cukup sekadar sisi daripada
CINTA,RINDU,KASIH DAN SAYANGMU
yang menemani perjalanan hidup hamba..
itu sudah cukup Allah..............

p/s: kredit to Faridah Nor Ahmad yang menghasilkan sajak ini untukku.. =) syukran jazilan..mg bermnfaat

Friday, November 25, 2011

khas buat ibu tercinta

ibu
saat aku dilahirkan,gembira ibu ku
dibesarkan diriku dengan belaian IMAN
dididikku dengan TARBIAH dan ILMU AGAMA
dihantar aku ke sekolah Cina
katanya mahu diriku menjadi pendakwah pada mereka yang berbangsa Cina..
Subahanallah!
Besar harapan ibuku ini..
masih menjadi pendengar setia
walau dia sibuk dengan beban amanah
masih menjadi isteri solehah
pada ayahku yang tercinta!
masih menjaga ku tika ku sakit
ibu
kau tak pernah henti menasihati diriku
memberi kata-kata perangsang
tika ku jatuh
buat ku bangkit lagi
ibu
besar nya kasih sayang mu
tak mampu untukku membalas kembali
walau dengan segunung emas
walau dengan dengan segala kemewahan
kerana ibu ku bukan mahu itu!
IBU
MAHU aku menjadi kakak yang menjadi contoh yang baik pada adik-adikku
MAHU aku menjadi anak yang solehah penyejuk mata
MAHU aku menjadi pewaris perjuangan ISLAM
MAHU aku buktikan yang anak pejuang ISLAM tak pernah kalah!
ibu
andai aku pernah menyinggung mu sebelum ini
andai aku pernah menyebabkan dirimu terasa dengan sikapku
maafkan aku ibu
maafkan kakak ibu!
sesungguhnya kakak sangat menyayangi ibu..
ibu,ibulah ibuku dunia akhirat
doakan anakmu ini
dalam menempuh setiap ranjau
aku perlukan REDHA seorang ibu..
sebenarnya,ibu kakak rindu pada ibu..=)
dari anakkmu Mar'atul Husna untuk ibu Salamiah Mohd Nor
p/s: teringat dengan sajak2 FARIDAH NOR AHMAD..insya allah aku akan belajar dengan nya lagi untuk menghasilkan sajak yang lebih baik.

Thursday, November 24, 2011

ziarah

habis kelas terus tunggu adikku Mujahidul Amin mengambil ku untuk berjumpa seketika dengan nenek


lebih kurang jam 6.37petang baru tiba adikku dengan kereta 'miliknya'.em, sesat jalan dengan simpang berbelit-belit nak ke Rawang Selangor.Memang terbaik la Amin ku yang cekap, balik semula jalan asal, Kuala Lumpur yang sesak dan kita kena pandai pandai la hidup.

Jam 8.30malam baru sampai rumah nenek.

seronok nya nenek tak terkata. bagus juga ea kalau dah lama tak jumpa..rindu sangat...bila dah jumpa wau! TERASA DUNIA MELETUP! nenek menangis kerana kegembiraan kami datang ke rumahnya.

Ziarah sepupu,kak Long yang baru bersalin anak nya bernama MOHD KHALISH IMAN..subahanallah nama yang baik..em nanti nama anakku nak nagi apa eh?? =)


jam 10.30 malam baru pulang ke rumah nenek pula,esok kena bangun awal..

Alhamdulillah jam 6.45pagi, berolak dari rumah nenek...sempat ke kelas kul 8pagi ni....
disebabkan aku drive, sampai jugak UIA jam 7.39pagi...syukur pada Allah..tiada halangan tiada nyawa yang melayang sepanjang perjalanan yang sangat laju tu..

sampai je kelas, takde orang..lah, kenapa semua orang takde lagi..ish2 semangat nya kau hari ini..hahah.ingatkan ust Ibarahim(ust yang nak ngajar jap lagi)dah samapai..takot aku!

alhamdulillah.selamat sampai.alhamdulillah seronok jumpa nenek, alhamdulillah perjalanan yang singkat tapi sangat bermakna:-

  • masa yang singkat dalam 2 ziarah,alhamdulillah

  • ziarah itu mengikat tali silaturrahim dengan lebih rapat

  • bawa kereta elok-elok,jangan meniru aksiku yang bahaya,(LAJU)

  • datang awal adalah adab-adab dalam menuntut ilmu

  • Semangat sahaja tak cukup jika tiada tindakan yang tersusun.

Terima kasih pada Kak Nabila yang cukup memberi motivasi pada ku untuk datang kelas hari ni..kalau tak mahu ponteng aku hari ini..=) Astaghfirullah..



Ust. Ibrahim ust yang cukup dedikasi membuat ku cukup respect padanya.
doakan ku moga dirinya dalam REDHA ALLAH..amiin.


















p/s: jom ziarah orang yang kita rindui=)

Kak Nabila jom datang awal kelas~

cintun cintan


Couple
Kenapa kita nak couple ea?
Em satu soalan yang sangat menjadi tanda Tanya.
Tapi dijawab mudah-kerana mahu berkenal-kenaln dan seterusnya menjadi pasangan bahagia.
Sering kali kita melihat di sekeliling kita dipenuhi dengan mereka yang dalam lamunan cinta dan angau cinta.Perlu ke?
Nasihat dan teguran tidak lagi didengari. Katanya mahu setia. Katanya mahu jadi diri sendiri.Katanya mahu cinta sejati..tak sedar seronok menyambut hari kekasih hati..












Banyak lagi perkara dan amanah yang belum selesai mahu dipikul lagi beban dosa yang berat!Bukan tidak tahu dosa-dosa tentangnya. Tetapi buat-buat tidak tahu!

Tidak sedarkah kita bahawa Allah jadikan semua makhluknya untuk apa? Adakah saja-saja?? Adakah main-main? Tidak sahabat-sahabat, kita akan kembali pada Allah bila-bila masa. Semua dosa dan maksiat yang kita buat akan dibalas.
Bukankah Allah berikan ita pilihan dalm hidup ini? Jalan yang benar dan jalan yang SESAT. Jalan menuju SYURGA atau jalan menuju NERAKA. Pilihlah!

Jika mahu diri kita selamat dunia dan Akhirat ikutlah ISLAM..Islam tak pernah menyusahkan. Islam adalah jalan yang terbaik
Couple atau berpasangan sebelum berkahwin sangat terbaik bagi mereka yang bukan Islam. Sahabatku yang bukan Islam pernah bertanya kepada saya , kenapa kamu orang Islam juga berpasangan dan bercinta sebelum berkahwin sedangkan kamu mesti bernikah dulu.

Ya Allah satu tamparan hebat! Nah, lihatlah sendiri non-muslim lebih melihat Islam. Mana mata hati orang yang katanya Islam.Islam itu indah.Ikutlah syariat Islam.
Sedarlah kalian bahawa jam yang tertutup itu lebih cantik dari jam yang terdedah.
Jika diberi pilihan manakah jam yang kalian mahu??Pasti yang tertutup dan disimpan dengan baik bukan?
Dimana malu? Dimana Iman kalian?
Malu lah pada ibu dan ayah kita. Yang membesarkan kita,yang mengharapkan kita menjadi anak yang soleh dan solehah..mahukah kita menjadi orang yang menarik ibu dan ayah ke dalam neraka kerana dosa-dosa anak-anaknya??
Katanya couple itu nikmat. Adakah ianya diredhai ALLAH.Begitukah kita menterjemahkan cinta kita?
Kembalilah pada diri,kembalilah pada Islam,begitukah cinta yang kalian mahu? Cinta dalam kelalaian dan kesesatan. Ya Allah bantulah kami dalam mencari cinta MU. Jadikanlah kami menyintai orAng yang mnenyintai MU.amiin.
Dalam surah Isra’ Allah berfirman: Jangan dekati Zina..dekati pun tak boleh apatah lagi buat...pada yang tak buat,bersyukurlah, pada yang tak tahu,kembalilah, pada yang terlanjur,insaf dan bertaubatlah.


p/s: Carilah cinta Allah..bernikahlah!


your sincerely:-zinnirah

~Manusia~

Manusia itu lupa

Manusia sering leka

Manusia selalu ketawa

Sedarkah mereka dihadapan sana ada hari yang sangat menggerunkan

Sedarkah mereka bahawa mereka akan dipersoalkan atas apa yang dibuat

Sedarkah mereka dengan ancaman Allah pada mereka yang leka dan lalai

Maka ketawalah sedikit

Banyakkan menangis

Kerana penyesalan disini lebih baik

Dari penyesalan disana

Hari yang tiada guna penyesalan

Kematian itu datang tiba-tiba

Bertaubatlah kita bila maksiat mula menyarangi hati

Insaflah kita bila hati tidak basah mengingati Allah

Ayuh kita bangkit kembali membina generasi Rabbani!

p/s: terlintas kenangan di sekolah lama..banyak sajak-sajak di reka oleh seorang yang pakar itu..

Wednesday, November 16, 2011

Jom lihat siapa Sultan Mohd Al Fateh?

Alhamdulillah kita masih lagi hidup pada hari ini,masih diberi peluang untuk merasa nikmat yang sangat banyak...ALHAMDULILLAH.

Jangan kita lupa, bahawa ada manusia sekarang di ambang maut,kesakitan dan lain-lain penderitaan yang Allah uji mereka.
Baru selesai ke majlis ILMU...KULIAH SIRAH tadi dan mendapat sesuatu yang saya ingin kongsi bersama pembaca blog ini..
Kuliah sirah kali ini sangat bagus dan memberikan sesuatu yang berhasil bila kita mengikutinya.Penyampainya adalah seorang penulis buku sejarah "kuasa KEPIMPINAN AL_FATEH"-Ust Syaari Abd Rahman(sila lihat blog ust untuk lebih lanjut)
sedikit perkongsian dari sejarah AL-Fateh ini yang didapati dari Kuliah tadi:-
  • Jangan rasa kagum dengan ALFATEH tapi kagumilah cara dia dididik. Sultan Mohd. AlFateh diasak dari kecil unutk menguasai Konstantinopel.
  • Banyak menguasai ilmu dan beramal dengan ilmu. Beliau dari kecil telah mnguasai banyak ilmu sama ada ilmu agama dan ilmu dunia.
  • Memantapkan diri dengan banyak kemahiran dan bahasa. Beliau telah menguasai 7 bahasa.
  • Berguru dengan guru yang terbaik. Beliau dari kecil lagi di ajar mengaji oleh Sheikh Ibnu Ismail Al-Kurani dan juga dengan Sheikh As Syamsudin seorang botanist, dan pakar herba, Al-Fteh belajar ilmu Syariah dengan beliau dan beliau menjadi spiritual mentor kepada Al-Fateh ketika dia menolak untuk tidak menjadi Sultan.Kemudian dengan Sheikh Khairudin, guru geografi beliau...beliau belajar tentang alam..mengetahui bagaimana hendak mnguasai Konstantinopel!! dan beberapa orang lagi ULAMA" Islam...subhanallah sangat hebat.
  • Belajarlah dari Al-Fateh bagaimana dia menjadi seorang yang hebat dan terpilih dari ALLAH. Mudah-mudahan Islam akan bangkit dengan kebangkitan anak muda seperti ALFATEH. insyallah.
Sabda nabi s.a.w: "Konstantinopel jatuh di tangan tentera Islam, Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera".
Takbir!!
Moga artikel ini bermmanfaat untuk kita dan ambillah sedikit pengajaran walau pun satu..syukran..
p/s: Jom jadi seperti beliau..insya allah~
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
~~terima kasih sahabatku Zahra, moga dirimu Istiqamah~~

Tuesday, November 15, 2011

kesedihan adalah nikmat

Sedih satu dari macam-macam perasaan yang Allah berikan kepada makhluknya.
kesedihan terjadi mungkin disebabkan result down, atau kematian insan yang disayangi, atau kehilangan

barang yang dicintai, atau masalah yang melanda dan lain-lain.

hal ini menyebabkan kita lupa sebenarnya siapa yang menjadikan kita sedih ketika itu.

Siapa yang mentakdirkan semua perkara terjadi?
Sesungguhnya Allah lah yang mentakdirkannya!!
Subahanallah. maka janganlah kita berasa tidak puas hati atau kecewa atau putus asa.
Penyelesaiannya adalah kembali kepada Allah tuhan sekalian Alam.Allah lah yang beri masalah dan jualah penyelesai masalah.


Apa pun kita perlu yakin Allah jadikan/takdirkan sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Mungkin sekarang kita tak nampak mungkin setelah kesusahan dan kesedihan itu barulah ALLAH lihatkan pada kita. Berdoalah mohon diberi kekuatan hati dan jalan penyelesaian..
teringat pesanan seorang ROIS badan Dakwah di Khairiah dulu-berdoala, Allah akan makbulkan.samada pada masa itu juga atau mungkin masa yang ditetapkan kemudian, atau mungkin di hari Akhirat nanti,moga dengan kesabaran kita berdoa Allah makbulkan.
_________________________________________________________________

Bagi yang mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan atau apa sahaja..jangan bersedih dan jangan putus asa. Kita masih belajar dan belajar....masih punya masa yang panjang... berfikir sebelum bertindak.Kita bukan guru,kita masih memerlukan guru!

Rezki Allah sangat luas...ada hikmah yang besar. Bagi yang cemerlang jangan rasa puas hati dan bangga diri! Luas sangat ilmu Allah ni..banyak lagi kita tak tahu.
teruskan perjuangan yang panjang ini..Mari kita buat persiapan ke alam yang mencabar lagi.
jom buat persediaan mengembara ke alam yang seterusnya alam Barzakh dan alam Akhirat


Hadapi cabaran dengan happy dan sabar! Bila kamu sedih jangan tunjuk kesedihan kamu pada orang, nanti musuh kamu akan gembira. Bila kamu gembira diberi nikmat jangan kamu tunjukkan nikmat yang diberi nanti musuh kamu dengki.Elak dengki-baca surah Alfalaq banyak2-IBUKU

Jangan tunjuk semua perkara untuk elak konflik-Ust Karim
p/s: jangan cepat berpuas hati dan jangan cepat berputus asa-Khairun Nisya
kak Nabila terus maju,jangan nangis2 dah ye..



Friday, November 11, 2011

Sg Gau yg dirindui


"sesungguhnya masa berlalu dengan pantas"
Hari ini last aku berada dihadapan laptop kesayangan ahli rumah ini

esok balik semula ke UIA sesudah seminggu bercuti RAYA ADHA.

kampung Sg. Gau bukanlah tempat terkenal seperti Kota Baru bandar raya ISLAM, bukan juga sepert Kuala Lumpur yang terkenal di seluruh pelosok alam.

namun tempat ini sangat bermakna buat diri ini.

tempat dibesarkan,diberi didikan dan tempat program-program agama dijalankan.
dan yang paling penting tempat ni ada mengeluarkan AIR GAU..setiap hari minum air rasa dah biasa.air Gau sangat bagus untuk siapa sahaja seperti air mineral juga cuma lebih berkhasiat dan boleh dibuat air ubat.


Alhamdulillah, setalah seminggu diri ini berada di SGGAU..
banyak perkara dapat disimpulkan.



ayahku yang membantu menyembelih.."berdarah" satu badan

-menyambut Hari Raya Qurban 12 ekor kerbau disembelih.

-menggantikan ibu memberi tazkirah pada muslimat2 di Kg ini.

-Menghantar risalah pada kedai tauke2 Cina di bandar Temerloh

-Berjumpa dengan guru sekolah lama....

hargailah kehidupan sekarang kerana kita tidak tahu kehidupan akan datang.

pasti aku merindui SGGAU nanti!



p/s: jangan lupa ambillah kesempatan dengan tempat anda duduk sekarang dengan perkara kebaikan..insya Allah ada hikmahnya.

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...