~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Friday, September 27, 2013

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu-Part 9


p/s: sesiapa yg terlepas PART lain klik link di bawah =)

moga ada manfaat!











 "Dik, tolong bawakkan makanan ni ke depan untuk tetamu yang datang tu "
Zinnirah meminta adikknya membawa juadah untuk tetamu itu kerana dia teramat malu. Selepas beberapa ketika, mak cik yang datang itu mula bertanya.

"Mana Zinnirah, kenapa tak keluar" Lantas ibu Zinnirah memanggil berkali-kali. Maka Zinnirah keluar dengan segan dan malu, bersalam dan Zinnirah menerima duit raya yang istimewa. 

Kemudian dia mahu ke dapur kembali menyambung kerja-kerja yang berbaki. Ketika langkah mula di atur, tangannya dipegang oleh ibunya, Zinnirah duduk kembali di sofa empuk bertentangan dengan tetamu yang datang. Malu yang hinggap di hati kian bertambah-tambah. Apatah lagi sekarang dia berhadap betul-betul di hadapan lelaki yang asing turut hadir dalam singgah ziarah di pagi raya itu. 

Hati mula berkata-kata. " emak dia datang sekali?" "jap, apa yang sebenarnya berlaku?"
Tika dia termenung beberapa saat, dia dibisikkan oleh adik perempuannya: 'kakak tadi Hidayah dengar, makcik tu datang nak merisik kakak!!'

Allahurabbi! terkejut dengan bisikan itu, matanya terpandang kelibat di hadapannya. Sosok tubuh yang berdiri di sebelah mak cik itu. Seribu tanda tanya kembali bermain di minda Zinnirah. "Macam ku kenal lelaki ini" luah Zinnirah sendirian. "tapi dimana ya"
allahummasolli ala muhammad..tak ingat..
_________________________________________

Srettttttttt.. bunyi pintu bilik di buka. Ibu Zinnirah masuk ke dalam biliknya. Zinnirah meletakkan Al-Quran setelah membaca Al-Mulk. Waktu sekarang hampir ke 12 malam. 

"Ibu rasa kakak kena fikirkan banyak benda ni, anak sulong tanggungjawab berat.."

"Ibu, kakak bukan tak mahu fikir, tapi kakak masih menunggu jawapan dari orang yang dah lama kakak suka, ibu sendiri tahukan, kakak pernah cerita pada ibu siapa orang yang kakak pendamkan rasa tu"

" Kalau kakak rasa macam itu, eloklah istiharoh, sekarang ada dua pilihan, buatlah pilihan sebaiknya"

"insyaallah bu, dalam masa 3 hari ni kakak akan buat solat istiharah, mohon doanya dari ibu ayah sendiri "

"insyallah, moga Allah tetapkan yang terbaik buatmu nak, selamat malam," 

Sampul duit raya yang diterima dibuka, ada duit dan surat yang terselit sekali. 'Memang istimewa' monolog Zinnirah sendiri. Surat itu di baca. Zinnirah mula tersentuh dengan bait-bait yang disusun dengan catik sekali, manis dan indah ibarat ayat orang yang sangat berharap. Dialog panjang malam itu bersama ibu membuatkan dia memikirkan banyak perkara sebelum terlelap. Besar harapan ibu Zinnirah mahu dia kahwin awal, ayah yang tak berbelah bahagi malah berfikiran terbuka membuatkan dia jadi tak keruan tidur pada malam itu.

___________
Zinnirah melangkah ke dapur, air dijerang, tingkap dibuka. Dapur yang suram kini kembali terang. Pagi yang indah membuatkan dirinya berasa segar untuk turun ke dapur menolong ibunya. Adik-adik yang lain sedang membaca Al-Kahfi beramai-ramai. Sejuk  hati melihat mereka begitu setiap pagi Jumaat.

Zinnirah menyiapkan sarapan pagi kemudian menghidangkannya di meja makan yang berbentuk bujur serta bersusun 10 kerusi di sekelilingnya. Lalu dia memanggil adik-adiknya yang sudah menghabiskan bacaan Al-Kahfi mereka.

"ok semua dah ada, Mujahid silakan baca doa makan" arah ayah Zinnirah kepada adik kedua Zinnirah. Semua menadah tangan membaca doa makan. Alhamdulillah Zinnirah merasai nikmat makan bersama pada hari ini. Semoga sarapan ini membuatkan kalian semakin kuat beribadah bukan bertambah malas, doa Zinnirah sebelum menyuapkan makanan ke mulut.
________________________
Teringat Zinnirah kisah ibu dan ayahnya berkahwin lewat selepas belajar. Ibu dan ayah Zinnirah dari kampus yang sama. " Universiti Malaya itulah tempat ibu dan ayah bertemu jodoh" Terngiang-ngiang kata-kata ayah kepada Zinnirah pada suatu ketika dahulu. Ibu dan ayah tidak menyesal walaupun berkahwin agak lewat mereka mengatakan semuanya ada hikmah. Kini Zinnirah pula disaran untuk berkahwin awal.

"Haish kakak, termenung sorang-sorang kat bilik bacaan ni kenapa?" sapa Mukminah adik keempat Zinnirah. "emm, biasalah banyak benda kakak pikir" Mukminah seperti berminat mahu tahu. Dia duduk bersimpuh sambil menghadapkan muka ke arah Zinnirah. 

" Kakak, kenapa ibu dan ayah nak kakak kahwin awal ye" Soalan itu yang ditanya. 

" eh adik kakak yang baru tingkatan 5 ni dah pandai bab-bab ni ye?" 

"ala kakak, Mukminah tak suka soalan ditanya tapi bila dijawab dengan soalan balik"

Perbualan mereka didengari oleh ibu. Ibu datang duduk sekali di bilik yang bersaiz sederhana besar itu. Rancak perbincangan mereka. Mukminah ini selalu banyak tanya, mungkin perasaan ingin tahu dia dikategorikan sangat tinggi!

_____________________________________________

Selang beberapa hari, Zinnirah mula melangkah masuk ke Sem baru. Setiap kali selepas Subuh pasti mak 'si dia' akan membuat panggilan, bertanya khabar dan memasukkan unsur gurauan mahukan jawapan, akhirnya Zinnirah membuat keputusan untuk menyatakan apa keputusan hatinya!


Bagaimana agamanya? Apa fikrahnya? Seribu persoalan yang menjengah membuatkan dia sendiri terbayang-bayang wajah ayah dan ibu yang sangat mengharapkan menantu yang berjuang membawa Islam.


"Ibu, kakak baru ingat sapa yang datang dengan mak cik tu tempoh hari..."

..bakal bersambung =) insyaallah..

Saturday, September 21, 2013

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu-Part 8

p/s: sesiapa yg terlepas PART lain klik link di bawah =)

moga ada mnfaat!








Selamat sudah Zinnirah menghantar sahabatnya ke stesen bas itu, dia pulang seorang diri ke kampus tercinta. Matanya terlihat kepada tanda aras di cermin hadapan stereng. Petanda minyak keretanya sudah habis kelihatan kerana ia menyalakan lampu merah. Dia sudah tak keruan, jauh lagi nak isi minyak nih. Dimanakah stesen minyak? Saat itu tawakkal kepada Allah. Doa sahaja yang keluar dari mulutnya. "Mana pula stesen minyak terdekat ni" monolog Zinnirah sendirian. Tiba-tiba, panggggg! Sebuah kereta dari tepi melanggar pintu sebelah kanan tempat Zinnirah memandu. Dia mulai kalut dan terkejut!

Zinnirah segera memberhentikan keretanya di tepi jalan yang sesak itu. Kereta merah yang melanggar itu terus berjalan tanpa memberhentikan keretanya. 'Kenapa dia tidak berhenti?'  rungut Zinnirah sendiri. Dia tidak dihiraukan oleh pengguna jalanraya di situ, lalu Zinnirah bertekad mahu mencari stesen minyak dahulu. 

Saat kaki melangkah ke tanah melihat apa yang terjadi di hadapan kereta, amat teruk, kemik dan pecah di lampu hadapan. "Innalillahiwainna ilaihiraajiuun". Zinnirah cuba untuk menghidupkan kembali kereta yang dipadam enjinnya tadi. "sttttt", bunyi berkali-kali. Kereta tak boleh dihidupkan, "Allah ini mesti minyak dah habis". 

Kereta hijau Waja berhenti di hadapan keretanya, turun pemuda kacak memakai baju kemeja bertanya kepada Zinnirah: " Apa yang terjadi?"
Zinnirah menjawab dengan selamba, "dua dalam satu, saya mencari stesen minyak, minyak kehabisan, kemudian kereta saya di langgar lari" 

Allahuakbar! ucap pemuda itu. Mana adil, siapa yang melanggar kemudian tidak bertanggungjawab! Lantas pemuda itu menelefon kawannya! Selesai konflik luaran, Alhamdulilah, syukur Zinnirah luahkan dalam sujud syukurnya, mana sangka ada yang nak datang membantu menyelesaikan segala kekusutan melanda. 

Zinnirah senyum sendirian, teringat dia pada pemuda itu meminta nombor telefon ibunya, mahu menelefon ibunya untuk memaklumkan dia sedang membantu Zinnirah dalam kesusahan.

Selesai satu, masih ada satu yang sedang berlega-legar dalam fikirannya, Lamaran yang datang sewaktu pagi raya hari itu, masih menunggu jawapan. Zinnirah terpikir berkali-kali adakah 'dia' bakal menjadi Imamku.

Masih teringat saat genting itu, telefon berbunyi selepas khutbah raya di surau hadapan rumahnya.
 "Assalamualaikum nak Zinnirah, kamu berada dimana?, makcik sudah ada di hadapan rumah kamu, mahu beraya"
"waalaikumussalam, oh ye ke? saya akan pulang sekarang"

Kuih di hidang, air di jamu, beberapa seloroh keluar dari tetamu rumah yang hadir. Zinnirah tidak keluar kerana rasa malu yang amat tika dia bersalam pada saat kaki tetamu itu datang.

Datang bersama seorang yang berwajah segar teruna. Tidak berkelip mata dia memandang, lantas Zinnirah segera ke dapur, membancuh air dan menghidangkan kuih. "dik, tolong bawakkan ke depan untuk tetamu yang datang tu "Zinnirah meminta adikknya membawa juadah untuk tetamu itu.

Selepas beberapa ketika, mak cik yang mulia itu mula bertanya, "mana Zinnirah, kenapa tak keluar" Lantas ibu Zinnirah memanggil berkali-kali. Keluar dengan segan dan malu, bersalam dan Zinnirah menerima duit raya yang istimewa. 

Kemudian....bakal bersambung =) insyaallah..


pengantin dulu VS pengantin sekarang

|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

Bila tengok ceramah UAI dalam youtube pasal pengantin wanita nie.. urmm..(malu rasanya) ada betul juga uai kata tu. T.T

Tahun 80an masa akad nikah,
pengantin perempuan duduk dalam
bilik intai ikut celah langsir nak
tengok suami dia lafaz akad nikah.

Tahun 90an, pengantin perempuan
dah duduk luar bilik, tersengih di
tepi pintu bilik nak kasi tau yang dia
lah pengantin perempuan.

Tahun 2000 milenium, pengantin
perempuan dah datang dekat
pengantin lelaki. Ada yang duduk
tepi tok imam sampai meleleh air liur
tok imam tengok pengantin
perempuan comel sangat sebab
makeup tebal dengan bermacam-
macam warna ...

Memanglah kamu nak bernikah tapi
yang lafaz akad nikahnya pengantin
lelaki, bukan pengantin perempuan.
Sebab kebiasaan jpengantin
perempuan makeup nya lebih dari
biasa, maka elok lah duduk dalam
bilik saja, biar nampak sikit-sikit
saja cukuplah.

Umat Zaman Akhir..


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Friday, September 20, 2013

KaKTuS

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah. 


Duhai Muslimah, 
Bunga mawar, 
banyak duri
mempunyai kelopak dengan pelbagai warna yang menarik 
Si pembeli akan memilih mawar berdasarkan kecantikan.
Namun kecantikan mawar tidak akan tahan lama.
Mawar sangat cepat layu.
Lalu mati
Jadilah seperti kaktus.
Banyak durinya
Warnanya sama iaitu hijau
Si pembeli yang hanya betul betul minat dan pandai menjaga kaktus sahaja yang akan membelinya.
Kaktus sangat tahan lama.
Tidak mudah layu.
Namun, si pembeli yang betul betul berusaha menjaganya akan lihat bunga yang tumbuh dari pokok kaktus itu suatu hari nanti.

Tambahan, anda sangat comel jika jadi kaktus >///<''


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Friday, September 6, 2013

menanti hari~

|Bismillah...|
 Alhamdulillah, 
Wassola ala Rasulillah.

Beberapa hari lagi kami akan melangkah ke semester 1 sesi 2012/2013. Tidak sabar menjejakkan kaki menempuh fasa baru dalam alam kampus. Sudah semestinya diri ini terjentik dengan gelora mahu ke kelas.

Terfikir sebentar, apa tujuan sem baru ini untuk kamus hidupku seterusnya? Pernah berangan-angan menjadikan diari hari-hari ditulis dalam bahasa Arab sepenuhnya, tetapi masih tidak mampu. Aku mesti usahakan!

Terus usaha memperbaiki diri, kerana kita tak lari dari membuat kesilapan. Kadang-kadang kita tersilap memilih jalan hidup, tidak mengapa masih ada masa yang panjang untuk beraksi sebagai hamba abdi buat Ilahi. 

Menanti hari-hari seterusnya membuat aku sendiri jadi seperti pungguk yang rindukan bulan, manakan tidak kerana aku rindukan suasana kelas yang tekun, guru yang dedikasi dan pelajar-pelajarnya yang bersungguh-sungguh.

Sungguh! Izinkan kami menuntut ilmu Ya Allah! Semangat ini diharap hingga ke akhir hayat, bukan sahaja kencang di alam kampus.

Masa adalah masalah kebiasaan orang, terutama pada mereka yang susah membiasakan diri dengan kerja yang banyak. Hal ini terbukti dengan kehadiran beberapa adik-adik junior ke bilik ini, yang mana mereka terkapai-kapai mengurus diri dan masa. 


Meneliti maksud surah Al-Asr yang bermaksud : “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3).
 
Sekiranya diperhatikan, terjemahan surah di atas memberi penekanan terhadap beberapa perkara iaitu :
 
1. Allah SWT bersumpah dengan masa
2. Allah SWT menyatakan sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan rugi. Sebagai perbandingan, Allah SWT meletakkan keadaan negatif (rugi) kepada manusia dengan bersumpahkan masa.
3. Allah SWT memberi pengecualian rugi kepada golongan yang berikut :
i. Orang yang beriman
ii. Orang yang beramal soleh
iii. Orang yang berpesan-pesan
iv. Orang yang sabar

Maka sungguh-sungguhlah kita menyusun waktu. 


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

web rujukan : http://www.islam.gov.my/en/surah-al-asr-prevent-oneself-loss-mohsen-amdan-jakim-external-writer

Thursday, September 5, 2013

berpidato

|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

dia sering menjadi rujukan anak-anak muda kampusnya, kerana kepetahannya bercakap dan menyampaikan pidato, mungkin kerana dia berpengalaman terlibat dalam dunia perdebatan semenjak dari tingkatan satu hingga enam di sekolah menengah.

kelebihan yang dia ada, dia selalu dikongsi bersama, sungguh istimewa si dia ini, masih ingat kata-katanya:
" Berani itu kena dilatih, kalau kita tak pernah latih kita selamanya jadi pengecut"
" kalau kalian masih bertatih untuk belajar menampilkan diri bercakap di khalayak ramai, maka teruskanlah tatihan itu, kerana selepas itu kalian akan merangkak, berjalan dan akhirnya berlari dalam perlumbaan dunia yang serba mencabar ini"
"tak perlu gentar, anggaplah apa yang kamu cakap itu kamu mahu memberi penerangan pada mereka yang masih dalam kegelapan mencari kesedaran pentingnya cahaya nur ilmu itu, bantulah mereka!"
"Yakinlah dengan Allah pertolongan ilham itu akan sampai jua, dengan izinnya"

2 tips yang sempat dicatat:
1. solat hajat
2. usaha sehabis baik

p/s: kalian yang mahu jadi inspirasi anak muda, kalian bukan hanya kencang di laman sosial, perlu tahu kemahiran berpidato, perlu juga tahu ilmu teknologi ataupun kemahiran-kemahiran lain.ayuh, persipakan kualiti anak muda menghadapi arus globalisasi ini!

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Dimana DIA?

|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

tika mana kau tak ada siapa lagi mahu mendengar rintihanmu
maka adukanlah segalanya pada Allah
bagaimana susah ujian yang kau lalui
yakinlah setiap itu ada hikmah yang terselit di sisi

hidup ini penuh dengan teka-teki
kadang-kadang kta merancang dengan sepenuh hati
hingga terlupa
Allah yang maha merancang lagi terpuji

Tak perlu lupa jika kau senang nanti
lupa Allah itu kenapa?
kau senang mudah leka lupa
kau susah kau cari Allah semula

Apakah ini?
perjalanan masih panjang
kadang tersadai di tepian ombak
selalu tergelincir di lantai yang baru di mop
tergolek jatuh di tangga dosa

semuanya mehnah
kerna ujian itu buat mereka
yang Allah sayang selalu
yang Allah jaga selalu

Yakinilah!
Positif , sabar~
Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...