~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Wednesday, March 27, 2013

memori jd pemimpin~~


Dengan Nama Dia Yang Terlalu Baik.
Kepada: Sesiapa yg pernah bekerja dgn saya..

Dahulu, 
Aku sangat janggal dengan panggilan ukhti dan ustaz
Aku janggal dengan dakwah
Aku jauh daripada ukhuwwah
Aku tak kenal erti mujahadah
Aku tak perlu menjadi qudwah
Namun, siapa tahu, Dia mahu mengubah?

Hari ini,
Aku kenal erti peritnya berkorban
Aku tahu lelahnya menjaga pergaulan
Aku perlu mengatur strategi sebagai tauladan
Aku merasai nikmatnya persahabatan
Aku ditarbiyah merangka pelan dakwah
Aku diasuh untuk merubah dan diubah
Menegur dan ditegur, Mencari dan dicari, Mengajar dan diajar, Menyayangi dan disayangi,
Segala. Aku cedok. Aku gapai.
Namun, siapa tahu perjalanan selepas ini?

Memori dalam medan getir ini tak mungkin aku padam.
Kenangan menjadi pimpinan sukar aku lupa.
Hilai tawa kegembiraan, Menangis dengan senyuman, Senyuman penuh kepuraan, Kepuraan yang merobek perasaan. Bahagia sebenarnya. Aku belajar.

Apa mungkin aku masih berpeluang merasainya buat kali kedua? Tanpa suara.

Buat kalian yang bersamaku selama ini.
Ketahuilah, kamu bekerja selama ini dengan insan yang sangat jahil, sangat banyak kekurangan, sangat banyak songeh, sangat banyak bebelan.

Tapi, aku kagum, kalian sangat tega berdiri bersamaku, menongkah haluan era ini, bersabar, berkorban, dan berjuang keranaNya dengan penuh kesungguhan.Tanpa masalah besar yang timbul

Jadi, insan yang penuh kecacatan ini memohon kemaafan atas semua kekhilafan yang dilakukan selama kamu berada di bawah tampuk pentadbirannya. Ketahuilah, aku dan pimpinan lain sudah berusaha melakukan yang terbaik, yang terindah untuk kalian. Batas kemampuan kami sudah pada limitnya.Mohon maaf andai ada membuat kalian tidak senang, menyakiti hati atau fizikal, menarah perasaan sebagai seorang manusia, dan segala. Mohon Maaf.

TERIMA KASIH ATAS SEMUA PENGORBANAN kalian yang tiada tolok bandingnya, serta KERJASAMA yang sangat menggamit kegembiraan. juga UKHUWWAH jitu yang dihampar bersama.

Moga Allah tetapkan hatihati kita semua. Jaga diri. Saya/ana/kome/SAYANG korang sangat kerana DIA :D

*Maaf ayatayat di atas tahap air milo kejiwangannya. Ini bukan lakonan atau kopi pasta. Dari hati saya untuk hati anda. (:


Wednesday, March 13, 2013

Hidup ini perjuangan~

Assalamualaikum, apa khabar semua?

moga-moga di rahmati Allah selalu. Sudah lama ku tidak membuka blog ini dek kerana kesibukan yang banyak, tetapi ia bukan alasan untuk tidak menulis dan berkongsi sesuatu dengan kalian.

Hari-hari aku dikampus ini, sangat memberi kesan kepada perubahan pada diri. kenapa aku kata begitu? Ya kerana setiap hari aku belajar perkara baru dan belajar dari kesalahan yang telah dibuat.

Aku ditakdirkan membawa 5 usrah, memang pada mulanya amat berat sekali. Tema yang ada untuk usrah adalah "USRAH SEMINGGU SEKALI TIADA ALASAN LAGI". oh, 5 usrah nak buat dalam masa seminggu??

 Peranan naqibah sangat penting bagi merancakkan dan menyuburkan FIKRAH yang jelas dalam kalangan anak-anak usrah.Perlu KREATIF + PROAKTIF!!

Seronok sebenarnya bila kita buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Ada satu kata-kata " kamu akan dapat lihat hasil yang sangat baik, jika kamu buat sesuatu sehabis dan seikhlas mungkin"
Maka dengan azam yang ada, aku mula menjejakkan kaki ke' alam USRAH'. pelbagai ragam dari ahli usrah yang kutemui. Ada yang sangat suka kepada seni, suka bercakap, suka mendengar, suka mengomen dan tak kurang juga yang jadi lawyer buruk. Astaghfirallahalazim. Alhamdulillah, setiap orang Allah bagi dengan kesanggupannya. Allah cukupkah aku dengan amalan ini?

Perjuangan ku hanya sedikit berbanding dengan para nabi. rasul dan sahabat, mereka adalah orang-orang yang banyak berkorban untuk ISLAM, jiwa mereka, diri mereka, harta mereka, dan seluruh hidup di sumbangkan untuk ISLAM.



Pada hari minggu aku akan pulang ke negeriku sendiri untuk membantu perjuangan ISLAM. Banyak kerja yang perlu di buat bagi memenangkan ISLAM. " Kebenaran yang tidak disusun akan dikalahkan dengan Kebatilan yang tersusun". Jadi, barang siapa yang berusaha dia pasti berjya, man jadda wajada.

Tak mampu buat jangan tinggal semua. itulah kata-kata dari Ust Afiq mantan guru di sekolah Agama ku dahulu. Biar sedikit tapi berterusan. Moga-moga Allah nilai dengan pahala yang banyak buat diri kita.

Taklifat yang ada perlu diselesaikan. Tanggujawab itu tanggung di dunia dan jawab di akhirat! Allah, mampukah aku menghadap Allah dengan kerja-kerja yang masih belum selesai? Mampukah aku berjumpa dengan Allah sedangkan amalanku sedikit?

Allahurabbi~ rasa nak relax lagi? shbt2 kita sedang lemas di luar sana? tak nak buat kerja dakwah? weh ko bajet bagus sangt ke! rasa malas? hah, ape nak jawab depan Allah nnti?? rase tak bersedia? uik, nak tunggu berjanggut baru bersedia?(ayat provok)

 ayuh sahabat-sahabat, kita bantu perjuangan ISLAM.
NAHNU ANSARALLAH!

mohon maaf kalau ada terkasar bahasa..gertak sikit!!!

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...