~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Thursday, November 15, 2012

Ghazzah Disebalik Tabir Tahun Baru Hijrah



بسم الله الرحمن الرحيم
Pagi yang indah ini,
sungguh pilu sekali,
Ghazzah diserang lagi,
apa yang kita beri?
adakah hanya sembunyi sepi?

Saya melihat berita bahawa Ghazzah di Bom ketika Umat Islam seluruh dunia menyambut tahun baru Hijrah. Amat sedih sekali, saudara kita di sana dalam kesusahan wahai sahabat sekalian. Ayuh kita doakan mereka.Kita boleh tak ambil peduli. Kalau kita yakin keadaan yang sama tak akan berlaku di Malaysia. But, Who knows for our future? The Only One - Allah. Ini adalah masa yang terbaik untuk kita muhasabah diri kita.Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya. Ambil peduli. Even sebaris ayat "Ya Allah, selamatkan mereka." Itu dikira kita ambil peduli. Dan Allah akan memberi ganjarah pahala buat kita. Ditambah pula dengan anugerah syurga. InsyaAllah.


quote dari sahabat :-
"Sama-sama kita mendoakan Umat Islam di Palestin khususnya di Ghazzah. Seperti biasa bulan Muharram Israel sentiasa mengganas. Peristiwa tahun 2008 akn berulang,Operasi Cast Lead yang membunuh ribuan Umat Islam Ghazzah..Bulan Muharram, Yahudi israel akan sentiasa meningati peristiwa kekalahan mereka dalam perang Khabar bulan Muharram tahun ke 7 Hijrah. Kota Khaibar di kepung,dan kubu-kubu Yahudi yang lain jatuh ke tangan Umat Islam. Di dinding bangunanParlimen Isrel tertulis tarikh Bulan Muharram tahun ke 7 Hijrah sebagai memperigati peristiwa tersebut, dan setiap tahun bulan Muharram mereka akan mnyerang Umat Islam sbgai tanda balas dendam kekalahan mereka ribuan tahu yang lepas...Doakan qunut nazilah teman2.."

dari sahabat fb:
"Sahabat, kita mungkin tak mampu menyerang dengan senjata secanggih musuh, tapi kita ada senjata lagi hebat dari ini. DOA!! Qunut Nazilah! Solat Hajat! AllahuAkbar3x!!"

moga Allah makbulkan ..aminx3

Semoga Allah memberikan tempat yang terbaik disisiNya, Aamin..

Photo


kanak-kanak di sana

mereka disana..doakan..


biar gambar berbicara!


Gambar seorang kanak-kanak lelaki, Hamza Al-Sabbagh 
yang hancur badannya dibom 

Photo: ‎Foto: Sebuah tanah lapang bertentangan dengan bangunan Majlis Legislatif Palestin (parlimen) yang dibom pada pagi tadi.

حسبنا الله ونعم الوكيل‎
 Sebuah tanah lapang bertentangan dengan bangunan
 Majlis Legislatif Palestin (parlimen) yang dibom pada pagi tadi.
حسبنا الله ونعم الوكيل

Photo: (Pemandangan pada waktu siang) 'As-Safina', bekas pejabat perisikan Palestin yang kerap kali dibom.
(Pemandangan pada waktu siang) 'As-Safina', 
bekas pejabat perisikan Palestin yang kerap kali dibom.

pesawat F-16 yang digunakan oleh Israel laknatullah

tindakan kita!


PrayForGaza


mereka di sana merana ketika kita disini bagaimana?
mereka merasa sengsara kita disini buat apa?

p/s: Selamat tahun baru hijrah. Moga Allah redha kita semua :') insya allah.
Boleh LIKE page ini untuk tahu update dari semasa ke semasa (24 jam) --->> klik sini

Monday, November 5, 2012

Klang ke Putrajaya

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ini saya merancang memandu hidup ke destinasi yang bernama Klang. Sampai di Klang jam 6.15 petang. Saya menunggu adik saya Mujahidul Amin yang baru menghabiskan kelas tambahan di sekolah.
KISAS-Kolej Islam Sultan Alam Shah ialah sebuah sekolah yang mempunyai lima ciri yang sangat terkenal iaitu:

1. biah solehah yang bermaksud suasana atau keadaan yang baik dalam erti kata lain indahnya suasana yang dikelilingi dengan cara hidup Islam sepenuhnya.
2. disiplin yang tinggi diperkemaskan di sekolah ini ketika di sekolah mahupun di asrama.
3. guru yang dedikasi lagi terbilang, sebenarnya ramai dari kalangan guru di sekolah ini adalah ketua pemeriksa kertas di peringkat SPM, STAM dan STPM.
4. Badan Dakwah yang mantap! Jika saya perhatikan kebanyakan sekolah yang punya badan dakwah yang bergerak aktif dengan program-program akan membentuk sekolah tersebut dengan  BIAH SOLEHAH.
5. surau yang hidup dengan aktiviti-aktiviti yang melahirkan seorang muslim yang mukmin.

Sementara merenung suasana sekolah tempat adik saya belajar ini, saya mula memasang angan-angan akan mengajar di sekolah ini suatu hari nanti, mahu berbakti juga!

Amin pun datang dengan membawa buku-buku yang akan diajari oleh saya nanti. Kami tiba disebuah tempat yang menyediakan tempat belajar yang berhawa dingin di daerah Klang itu.

------------------------------------------
Jam menunjukkan sudah pukul 9.00 malam.
"Amin, kakak kena gerak dah ni."
"Em jom la malam-malam macam ni bahaya juga."

---------------------------------------------------------
Setelah mengajar adik saya yang seorang ini Bahasa Arab, saya pun menghantar Amin yang dipinjam dari KISAS itu ke tempat asalnya. Alhamdulillah selesai amanah ini!

Pulang ke rumah acik di Putrajaya. Perjalanan yang tidak pernah saya lalui. Tidak langsung saya terfikir akan ke rumah acik ini!

Ya, saya sudah menerima mesej dari acik : ikut lebuhraya KESAS-KLANG-SHAH ALAM-PUCHONG-PUTRAJAYA.

Saya berasa amat gementar ketika melihat kereta-kereta di sekeliling yang laju ibarat mengejar sesuatu di hujung jalan. Saya mula memecutkan sedikit kelajuan kereta sambil mencari papan tanda PUTRAJAYA.

Gelagat manusia yang pelbagai ragam, memotong tanpa signal, memecut di lorong bas dan lori, mendekati dari belakang kereta kita dengan lampu tinggi dan pelbagai perangai manusia akhir zaman ini yang sangat memeningkan kepala. Saya yang keseorangan terfikir sendiri, analoginya kita di dunia ini punya perjalanan atau trek yang Allah susunkan untuk kita, perlulah berakhlak dalam semua perkara. Usah menyangka bila kita memotong orang lain kita lah juara segala-galanya. Usah juga merasa kitalah yang paling hebat di atas jalan raya memotong dengan lajunya. Dunia ini hanya pinjaman! untuk menguji keimanan!

Alhamdulillah Putrajaya Persint 14. Saya tiba dengan selamatnya ke rumah acik yang sudah lama tidak dikunjungi.

Hidup ini perlu berani
saya tidak yakin pada mulanya akan memandu sendiri, tetapi menerima mesej restu dari ibu, maka saya gagahkan kaki!

Hidup ini perlu berisiko
kalau tidak sanggup menerima risiko mana mungkin kita dapat menempuh pengalaman baru

Hidup ini mesti mencuba
Mencuba dan mengkaji jalan-jalan yang banyak disediakan di atas lebuhraya yang punya puluhan simpang

p/s: mood perjalanan seorang diri dengan ditemani lamunan jua ilusi!

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...