~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Monday, October 24, 2011

Gen Y camp di Raudhah Sg. Pisang

Jumaat
berkumpul di Kelas Kuliyah
taklimat
breifing
perasmian
ta'aruf
breifing Qiam
Sabtu
BAngun Qiam
Kuliah Subuh
Rehat hingga 12 tengahari kerana kebanyakan mereka ada study circle
berkumpul di tangga besar
bertolak dari UIA ke Raudhah
Sabtu jam 1.30
solat zohor
taklimat dari pihak tuan rumah
Kuliah 1: aqidah dan syahada
solat asar
jungle trekking
solat magrib
kuliah maghrib-taqwa dan ikhlas dalam kehidupan seorang muslim dan muslimah
solat isyak
kuliah isyak-ibadah
kuliah 2: akhlak
slot muhasabah
Ahad
qiam
senaman
lakonan
penutup dan resolusi
balik

jom kita kongsi apa yang saya dapat dari kem ini...sangat berguna:-
1) Aqidah yang sohih adalah tunjang dalam diri seorang muslim.
2) Perumpamaan aqidah adalah dengan pokok,yang mana akrnya adalah aqidah, batang nya adalah ibadah dan buahnya adalah akhlak.
3) Ibadah yang sohih adalah datang nya dari nabi
4) Akhlak adalh ceminan iman seseorang muslim
5) Takwa dan ikhlas sangat penting dalam perjalanan seorang insan.
6) aku belajar memimpin dengan amanah..kerana diriku dilantik menjadi penghuluwati.
7) dalam satu-satu program masa perlu diselaraskan bagi tujuan keseragaman dan disiplin yang tinggi.
8) perlunya kekuatan jiwa dan jasmani bila kita berada di tempat baru dan asing(jungle trekking)...masuk hutan
9) kutiplah pengalaman dengan banyak kerana ia adalah satu peluang..
10) jangan berdendam dengan sesipapa walau pun dia pernah menyakiti mu dengan teruk.
11) sabar itu indah!
12) bercakap lah dengan ringkas...jangan meleret-leret...ia kan membuat pendengar menjadi bosan.
13)orang berilmu akan mengamalkan apa yang dicakapkan..bukan teori semata..
14) ta'aruf perlu dalam sebuah organisasi.
15) susah dan pahit unutk mendapatkan ilmu itu satu kemanisan bila dikenang.
16) kemahiran komunikasi penting dalam segala urusan.


bagiku program seperti ini harus diteruskan oleh Ma'aruf Club bagi meneruskan proses pentarbiyahan pada mereka yang dahagakannya..
puas hatiku ..dan berbaloi rasanya...tak rugi langsung ..bila kita pandai merebut peluang yang berharga seperti ini...
tahniah ma'aruf club!
moga segala yang baik diambil iktibar bersama..yang buruk jadikan sempadan..
barakallahu fiik..


p/S:memory paling manis..adalah bila kena gigit pacat!

Thursday, October 13, 2011

tanggungjawab sebagai khalifah Allah

menyingkap sirah lalu satu persatu ku teringat kenangan berada di sekolah rendah dan sekolah menengah dan Kuliah..ya Allah masih banyak perkara yang belum kutahu
masih diri ini perlukan tarbiah dari MU...jauh lagi perjalanan hidup ini

tak perlu aku ceritakan segalanya di sini..tapi ingin ku kongsi satu pengalaman yang mna sangat mengharukan..

satu ketika diriku masih tingkatan 3...aku ketika itu baru menghadapi PMR..alhamdulillah selesai! hari-hari selepas PMR sangt membosankan..cukuP!

seingat ku,hari itu adalah hari Sabtu..nenek dan pak sedara ku datang ku rumah...bersama sepupuku yang masih 'putih bersih' maksudnya baru berumur 3tahun si kecil ini..
kemudian ketika dalam perjalanan pulang itu,satu kejadian kemalangan telah berlaku kepada nenek dan pak sedara ku serta sikecil itu namanya Faqihu Fiddin...sedap nya..

em,kemalangan yang menyebabkan van yang dibawa pak sedara ku terbabas ke longkang kerana dilanggar cina 'sesat'...

nenek melihat kejadian depan mata..kemudian nenek pengsan..dan habis muka nenek ku..
ok...bukan nak cerita pasa la ni sebenarnya..hehe

kemalangan yang nyaris meragut nyawaq nenekku..tetapi paksedara dan sikecil itu tiada luka serius..alhamdulillah..


ketika nenek di bawa ke hospital...tiada tempat lain melainkan di wad sakit..
aku dimintaaibu untuk menjaga nenek kerana dah habis exam..
selang hari kemudian nenek ku sedar dari lena nya yang sementara itu..

aku sempat melihat di sekelilingku penuh dengan mereka yang sakit..ye la kalau sihat takkan duk dalam hospotal kan??

ya Allah sisitu baru kulihat betapa besarnya nikmat sihat...alhmdlh..
sahabt2ku di luar sana ramai yang sakit nya dahsyat,bersyukurlah kita ...mereka meraung dan menangis ketika ini kerana kesakitan...bersyukurlah dengan nikmat sihat...


saat ibu ku menjaga nenek yang makin pulih tiba,ibu datang lebih awal...kemudian ibu ditegur oleh seorang anuty marry
seorang nyonya baba dari melaka..tetapi tinggal di Pahang
cerita pun bermula...


rupanya dia sangat berminat dengan Islam.....dia sangat tertarik dengan Islam sejak kecil lagi..dia datang ke hospital itu kerana melawat seseorang,ibu disapanya kerana dia nebgatakan ingin belajar Islam dengan menegur orang Islam itu sendiri,tengok! betapa bagusnya akhlak mereka yang sangat menginginkan Hidayah Allah itu...mereka sangat cintakan petunjuk jalan...ingin tahu mereka yang tahu itu sangat tinggi...so, disini apa peranan kita?

tidak takutkah kita dengan dakwaan mereka di akhirat nanti dengan soalan mereka kepada kta kenapa tidak mnyebarkan Indahnya Islam itu kepada kita....ya Allah ini sepatutunya tanggungjawab semua orang bergelar MUSLIM..


tetapi aunty itu menghadapi masalah tentangan yang hebat daripada keluarnya kerana bapanya seorang 'org kuat' kristian..

lihat! besarnya nikmat Iman dan Islam...hargailah dan bersyukurlah...ramai hari ini Islam hanya pada nama..sedih...Islam hanya pada keturunan...lagi sedih...

Ya Allah tetapkan kami dengan jalan Mu...berilah kekuatan kepada kami untuk menyebarkan dakwah kepada orang lain..aminn

cerita ini mgkin tak bermkna tapi ambillah sedikit input...semoga bermakna!

p/s: bersyukurlah...alhamdulillah..

Saturday, October 1, 2011

semangat UIA

hari ini selepas selesai mengikuti STUDY CIRCLE di fakulti Human Sains..Naqibah yang cukup sporting dari Sri lanka tempat asalnya..peramah, dan merupakan pelajar tahun akhir di UIA kos Bahasa Inggeris..
Alhamdulillah,segalanya berjalan seperti yang Allah takdirkan
imbas kembali
Jumaat pulang ke rumah
tiket habis
aku lihat si dia di hentian bas..
menemani ku pulang..
cukuplah pengalaman pertama pulang dengan bas ini mengajar ku untuk berdikari dan kuat semangat..
si A menjadi penunjuk jalan...akan ku kenang jasa mu..barakallah..
kelas B.I membuat presentation dalam bahasa Inggeris..
itulah kali pertama aku menggunakan sepenuhnya keupayaan ku untuk bertutur dalam bahasa Inggeris..
Alhamdulillah..
malam itu aku tidur lewat untuk menyiapkan segala bahan untuk presentation..
syukur pada Allah..
walaupun banyak juga bro Azman menegur tentang ayat Bahasa Inggeris ku dari bahasa Melayu yang di'translate' ke bahasa Inggeris..
tak pe aku belajar dari kesalahan..manis nye perjalanan hidup ini bile kite belajar dari sesuatu kesalahan,aku berazam untuk tidak megulangi kesilapan itu..
kata seorang Ust di Kulliyah Pekan dulu...orang Mukmin itu tidak jatuh ke dalam lubang dua kali..
malam Selasa
aku menerima mesej dari seorang kakak
tut.............
kami berjumpa di satu majlis ilmu
maka terjalin Ukhwah yang indah...insya allah
alhamdulillah aku berasa sangat bertuah berada di bumi Uia ini kerana padaku aku sering bertanya..layakkah aku berada disini?? (ini siptom kurang yakin pada diri)..ye la ramai yang lebih layak berada disini..
---------------------------------------------------------
ya Allah ramainya pelajar Kelantan
aku sangat mengaharapkan adik-adik ku juga melangkah ke Uia merasa sendiri apa yang kakak cerita di rumah..
aku juga sangat mengharapkan kawan-kawan yang baik..kerana disitu membentuk akhlak kita..
hari ini kakiku melangkah ke libarary Uia..bahsa buku2 ini dalam bahasa dan inggeris sahaja..ku selak buku psikologi..ya allah banyak nye il
malam tadi
Ust Azhar Idrus datang ke Uia...penuh orang datang! inilah kali pertama ku lihat ramainya pelajar Uia..sampai kat luar dewan 3 4 slide dipasang untuk mendengar ust berceramah
nasib ku baik, bila aku tiba ke dewan sebelum isyak.. dewan tidak ada orang lagi..aku dan kawan-kawanku mencari tempat duduk yang 'strategik' =)
10 minit kemudian dewan penuh dah dengan orang..sampaikan yang muslimin bersila atas pentas..sebab tiada ruang dah untuk diduduki..azan Isyak berkemundang..sepi sebentar dewan ini..tapi tiada seorang pun yang berganjak untuk solat berjemaah di masjid..ye la ingat senang ke nak masuk dewan ni..yang kat luar ramai lagi nak masuk! kate org yang dah dapat masuk................
ade kawan ni cakap..pentingkan ceramah ke jemaah?ni ayat orang tak puas hati tak dapat tempat duduk..emmm
tulah suasana uia bila ada majlis ilmu..seronoknye tak terkata..nak nak ust yang popular dan professional ni..laungan takbir bergema didewan saat ust Azhar idru masuk..ya Allah terkejut aku sekejap..
perkembangan positif,kate ust dy pergi ke lembah klang ade 8000 org mendengar ceramhnya dan dy juga pergi ke shah alam 24 ribu org mndgrnya.dan katenya 70% dari mereka semua adalah nak-anak muda..alhamdulillah..
aku belajar untuk serasikan diriku dengan suasana..ake belajar mengserasikan dengan tutur bahasa Inggeris dan Arab..
memang dahsyat la..
sampaikan sister kat pejabat pun cakap B.I habis..
fuh
satu tamparan dan cabaran buat diriku untuk meningkatkan lagi bahasa ku..
aku membuat satu temu janji dengan Ustzh ku untuk belajar lebih mendalam tentang sarf..
ilmu selapas nahu
ya allah seronok tak terkata!aku lah muridnya yang pertam pada sem ini yang menemuinya..
dia amat gembira..dan memberi ku sebuah buku dalam bahasa Arab..buku semangat dan motivasi..
aku ambil semangat kepantasan Alya Aqilah membuat kerja..seorang yang cukup simple..tapi teliti dalam melakukan sesuatu..pertama kali kulihat dirinya tenang sahaja,tapi bile rapat dan dia menceritakan masalahya.penuh cabaran dalam hidupnya..ya allah moga kau beri pada dirinya kekuatan hati untuk mengahrungi hidup yang 'bermakna' ini..
itulah dia imbasan hidup yang masih ku ingat..harap kita sama2 mengutip apa yang baik..
ku kutip iktibar semalam:-
1) belajar untuk serasi dengan cepat
2)banyak bertanya tak sesat jlan
3)ramai kawan sangat penting..kita tak boleh sorang2
4)mestilah menjadi orang yang pertama dalam semua keadaan
5)pantas dan aktif dalam bertindak!kalau tidak kita akan menjadi orang yang tercicir..
aku bukanlah insan yang terbaik...bukan juga insan sempurna, bukan pakar untuk menulis buku,tapi ku tulis sebagai satu luahan hati dan perkongsian bersama,apa lah sangat coretan ini pada mereka yang punya lebih dari ku..aku menulis bukan kerna nama.aku menulis kerana mahu yang membaca ini ...mengambil sedikit input atau manfaat darinya..moga bermanfaat..ku harap semangat UIA ini berterusan..dalam hidup ku di alam kampus!amiin..
p/s: pengalaman ku bersekolah di sekolah cina mengajarku erti 'saingan' dan 'serasi'.....

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...