~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Wednesday, May 1, 2013

kisah ayah 1 MEI


kisah ayah saya..
yg baik ambillah, yg tak baik jauhilah... =)


| Bismillah...|

Siapa yang tak sayang ayahnya?
ya ini cerita kami 7 beradik =) aku masih ingat......

setiap hari ayah akan bagi jadual siap-siap.
"lepas makan sarapan ni, terus ngaji, dan belajar, ambil buku dan duduk kat meja depan tu"
kadang-kadang ayat ini membuat kami sakit hati, berulang-ulang perkara yang sama. Tapi ayah juga guru, ayah juga tahu cara nak didik anak-anak.

Ada kalangan adik-adikku akan memberontak kerana ayah bukan mahu ikut selera kami yang tahu lepak-lepak, tapi ayah ikut disiplin ayah.

Tiap kali cuti pasti ayah akan buat begitu, terutama Sabtu dan Ahad. Aku masih ingat ayah selalu serius dalam mendidik kami, kerana ayah akan pegang rotan di tangannya, sambil kadang-kadang bagi latihan yang di cari dalam buku2 latihan,berjenaka dan check kerja-kerja sekolah kami.

Disebabkan kami ini membesar serentak, rapat-rapat, selang setahun, ayah punya cara didik yang berbeza.

Kami TIDAK PUNYA TELEVISYEN di rumah! YA, sejak dari kecil kami tidak ada TV. hanya mainan Soduku, Saidina, Scrabble, dan Monopoli menjadi hiburan kami sekeluarga. Mungkin orang kata kami kolot. oh tidak, kami adik-beradik pada mulanya memang geram dan malu, tiap kali ke sekolah kawan-kawan bercerita itu dan ini tentang rancangan TV. kami hanya memasang telinga dan ternganga!! Balik-balik rumah, ayah..beli la TV. nak tengok cerita ROSALINDA. hahha..itu dulu.. =)

Tapi kini, bila dah besar kami mula berterima kasih pada ayah, kesan sangat positif yang kami sedar, kami tidak terjebak dengan 'dosa mata'. ayah hanya tersenyum! kata ayah, tak mahu jadi macam cerita anakku Sazali, bila dah besar kamu salahkan ayah beli TV dan tak didik kami =)

Kadang-kadang ayah keluar buat kerja dakwah, kami curi-curi menonton filem di rumah sebelah, tiba-tiba ayah pulang, kami pun kena marah, kadang2 ayah rotan, ayah akan suruh ambil wuduk dan mengaji seta ayah nasihat untuk sikap kami jadi lebih dan berubah.

Ayah selalu paksa kami pergi USRAH, kerja DAKWAH, edar RISALAH, dan CERAMAH, kesan dari paksa ini nampak kami lebih terdedah!

alhamdulillah, sekarang kami dah besar 21-13tahun umur adik-beradikku. Terima kasih Allah, bagi kami ayah yang garang dan tegas pada tempatnya, tahu mendidik kami yang sangat nakal ini =) Dimana kekurangan mu yang ada kami tetap bersyukur punya ayah MITHALI seperti ayah Roslan Ahmad!

p/s: sekali lagi!! ayah tak mahu jadi macam cerita anakku Sazali, bila dah besar kamu salahkan ayah beli TV dan tak didik kami =)

Hari ini hari lahir ayah kami, selamat hari lahir ayah, terima kasih atas segalanya, mohon maaf kalau ada salah dan silap, mga ayah istiqamah, allahummar zuqna istiqaamah~

-from kakak, 10.25am UIAG-


ayah ketika buat kerja dakwah, bagi sumbangan pada yang susah..

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...