~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Friday, January 27, 2012

kekasihku


Dia adalah kekasihku awal dan akhir
aku sangat mencintai dia

tanpa dia aku tidak bersemangat untuk hidup
DIALAH ALLAH tuhanku yang maha pengasih lagi maha penyayang.

bercinta bagai nak rak, tiba di penghujung tiada kesudahan..seperti post saya sebelum ini..
tentang cintan cintun <<----klik disini untuk baca ...



ayat yang biasa saya dengar dari adik-adik junior dan kawan-kawan:

"aku pernah kecewa kerana cinta Lelaki"

"aku pernah hampa kerana risikan gagal"

"aku pernah sedih kerana dipermainkan lelaki"

"aku pernah lalai kerana bayangan lelaki"

"aku pernah berdosa kerana aku abaikan tuhan"


Cinta manusia itu hanya sementara, carilah cinta Allah. nescaya tak mengecewakan. Bermujahadahlah untuk melupakan kisah silam..buatlah kebaikan selagi kesempatan masih ada...Gunakanlah usia muda kita dengan menambah ilmu, tambah amalan, berbakti kepada ibu bapa.

Fastabaqul Khairat...berlumba-lumbalah berbuat kebaikan.. lupakan zaman gelap lalu...berubahlah...Kalau kita tak nak ubah, sape lagi? Allah takkan ubah nasib kita, kalau kita tak nak ubah nya sendiri!

Buka buku baru, bina hidup baru!

Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.
Kalau jodoh tak kemana..


Cinta, kalau bahasanya hati itulah cinta hakiki.. Kasih, jika dasarnya Rabbi itulah kasih sejati.. cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji.. cintailah pemberi nikmat dan jangan hanya engkau cintai nikmat yang diberikan.

 p/s: nasihat untuk diri sendiri..cintailah diri sendiri, kasihi ibu bapa, sayangkan Rasulullah, Cintakan perjuangan ISLAM kerana kekasih kita semua adalah ALLAH!

Friday, January 13, 2012

~kisah saya di sekolah Cina~

Sedikit komen tentang soalan yang saya terima sebelum ini.

Jika ditanya kepada saya, bagaimana kamu menulis? 
Jawabnya, saya menulis berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya ada. 

Mungkin orang lain lebih gemar menulis untuk penulisan berbentuk fakta dan ilmiah 
atau berbentuk dakwah serta nasihat..
Namun bagi saya menulis itu seni, seni itu berbagai rupa...
dan bukan semua orang punya cita rasa yang sama, saya lebih gemar menulis dengan rasa dari hati dan juga dari pengalaman saya sendiri.

Saya bebas memberi idea tanpa melanggar hukum syariat, tak perlu sampai saya nak hipokrit ketika menulis..Biarlah tulisan ini memberi pahala kepada yang menulis dan yang membaca.. insya allah.

oh, kenapa pengalaman? Kerana bagi saya pengalaman itulah yang membentuk manusia menjadi lebih baik. Dari sudut pandang sisi lain, mungkin pengalaman saya boleh dijadikan iktibar dan diambil ibrahnya oleh orang yang membaca dari penulisan saya.

saya kod kan kata-kata Imam yang terkenal ini!
“Apapun alasan yang ada, saya memang suka menulis dan saya akan tetap memenuhi keinginan saya untuk tetap menulis. Jika apa yang saya tulis adalah sesuatu yang benar, Alhamdulillah. Namun jika tidak, maka Astaghfirullah. Tetapi, saya yakin bahawa kalaupun tulisan ini tidak bermanfaat, insya Allah tetap tidak mendatangkan mudharat. Namun, kebaikanlah yang saya inginkan, dan Allah sajalah yang dapat memberi taufiq,” -(Imam As-Syahid Hassan Al Banna)

___________________________________________________

Hari ini saya terkenang sekolah lama saya.
.
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Mentakab 2
Sebelum ini hampir semua tak percaya saya dari sekolah Rendah Cina...Mungkin perkara ini jarang didengari. tapi benarlah kata ibu satu kelebihan buat saya untuk orang lain dapat sesuatu yang berharga..


Ya , hampir sahaja saya tergelak bila seorang kakak menegur saya mengatakan bahawa makanan di sekolah Cina macamana? Dalam situasi lain,saya disapa oleh seorang kakak yang bernama Izati Hamzah... mahu bertanya topik sekolah Cina..Sebelum ini,sebenarnya ada juga kawan-kawan ayah dan ibu yang bercadang mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah Cina...bertanya dari PENGALAMAN saya sendiri.
Bertanya, bertanya, bertanya dan bertanya..
Ada belajar Agama ke? macamana sesi pembelajarannya? Guru-gurunya bagaimana? Ada tak surau? Apa lagi yang kita dapat selain belajar bahasa di sana? Boleh pakai tudung tak? Ada diskriminasi?dan... banyak lagi soalan yang akan di jawab disini.

Sebelum itu, saya lahir dari keluarga yang bukan keturunan cina..tapi ayah saya dari keturunan Baba Nyonya di Melaka..Mungkin atas sedikit faktor ini saya dan adik-adik cenderung untuk dihantar kesekolah Cina...dan juga faktor "dakwah"!
 

 DARJAH 1
  • Agama
Pertama saya ingin menegaskan bahawa menghantar anak-anak ke sekolah Cina tidak seperti menghantar anak-anak ke sekolah Melayu. Hal ini kerana, pertama kali saya masuk ke sekolah Cina itu, sayalah orang pertama yang memakai tudung ke sekolah, sedangkan anak-anak Melayu lain tidak memakainya atas alasan sebelum ini belum ada yang memakainya..
Alhamdulillah, berkat kesabaran ibu dan ayah serta tolak ansur guru-guru Cina saya diterima baik untuk belajar dengan memakai tudung berbaju kurung lengkap....kebiasaannya anak-anak Melayu yang bersekolah disini hanya memakai baju kurung sekolah tanpa tudung..malah ada juga yang memakai skirt seperti anak perempuan Cina lain..

Ya, tak sama dengan sekolah Melayu! kerana apa? Kerana mereka bukan sama agama dengan kita.. =) ok,jawapan ini perlu kepada huraian, suatu hari, saya dipaksa menanggalkan tudung kerana kata guru kelas saya..saya asing dan saya sorang saje yang pelik (dalam bahasa Cina la).. ketika ibu menjemput saya pulang...saya mengadu kepada ibu...saya tak mahu ke sekolah Cina lagi....saya didesak beberapa kali oleh guru kelas dan beberapa orang guru Cina lain untuk menanggalkan HIJAB saya ini...
Sejak dari peristiwa itu, saya trauma kerana saya seperti 'diserang mental' oleh 'mereka-mereka' yang memusuhi HIJAB saya ini.....lalu, suatu hari ibu dipanggil oleh guru kelas saya yang 'garang' itu!

Saya disuruh menanggalkan tudung di hadapan ibu dan guru itu! Ya Allah, dalam hati saya yang baru darjah satu itu hanya rasa geram sahaja!(eee, geramnya).Namun mungkin kekuatan ibu dari solat hajatnya yang tak henti-henti  kerana jangkaan ibu bahawa akan ada ujian di sekolah CINA ini nanti..... ibu mengatakan : "Ini perintah AGAMA, Agama Islam suruh penganutnya memakai pakaian seperti ini" Jelas sekali penerangan ibu kepada guru-guru yang menyerang saya itu..


Mereka terdiam, mungkin terkelu, mungkin juga sudah patah hujah!
Ya, pada mereka yang ada rasa untuk menghantar anak-anak ke sekolah Cina, anda perlu ada kekuatan.. perlu tahu cabaran-cabaran yang bakal ditempuh.

Akhirnya, mereka diam kerana mereka takut bila disebut pasal Agama..
Tips:Barulah saya tahu mereka 'kecut' bila disebut tentang AGAMA! Saya meneruskan pembelajaran saya seperti biasa....Selepas itu, bermulalah generasi seterusnya ~~ yang memakai tudung ke sekolah~~dimulakan dengan saya..heheh
  • Makanan
Setiap pagi ibu lah yang membekalkan saya dengan roti atau nasi lemak atau sarapan pagi yang dibuat dari rumah. Saya tidak dibenarkan ibu untuk pergi ke gerai di kantin sekolah Cina untuk membeli makanan di sana. Sejak dari darjah satu hingga enam saya makan bekal yang dibawakan ibu untuk saya.

Peringatan: Di kantin sekolah Cina itu ada jual macam-macam, termasuk B... saya jamin kalau anda ibu bapa yang bertanggungjawab dengan anak-anak anda, anda pasti mengharamkan mereka dari menyentuh makanan seperti itu.......................Tips: sayang anak anda seperti anda sayang diri anda juga!-tibe je =)


 DARJAH 2
  • Suasana
Suasana dikutuk itu perkara biasa..Saya dihantar oleh ibu ke sekolah...sekolah ibu dekat dengan sekolah saya...kerana ibu mengajar di sekolah Menengah yang juga sekolah Cina. Ibu dikutuk dan diumpat kerana memakai tudung labuh dan berjubah, lalu ibu tekad menghantar saya dan adik-adik ke sekolah Cina untuk memahami dan menegur balik apa yang dibuat oleh mereka-mereka itu..

Alhamdulillah, hasil saya belajar dari sekolah Cina itu selama enam tahun, ibu pula belajar dengan saya dan boleh bertutur dengan baik untuk berbual dengan anak-anak Cina itu..Mereka jadi baik pula dengan ibu =)
Mereka ini kalau kita faham apa yang mereka cakap mereka akan respect dan hormat gila kat kita, sebab kita faham bahasa mereka, sejak itu, ibu tidak lagi dihina dan dikeji..

Suasana dalam kelas disini sangat seronok, saya hanya menganga dan mendengar sahaja dari darjah satu hingga darjah dua kerana saya tak tahu apa-apa tentang bahasa Cina, dan saya juga bukan bertadika di sekolah Cina, saya anak didik PASTI! ...tibe je =)

Disebabkan saya tak faham sangat,saya ikut je orang ..Orang hantar buku saya hantar buku..orang berehat saya berehat.. orang menyanyi saya menyanyi..orang mengeja saya mengeja... orang bertepuk saya bertepuk..orang membaca saya membaca... sampaikan orang kena rotan nasib baik saya tak kena rotan. Sebab saya siapkan kerja =)

Suasana kepala Mate. Saya jadi minat dengan matematik sejak dari sekolah Cina, kerana kami diWAJIBKAN mengulang sifir 1 hingga 12 sebelum guru tiba ke kelas, jadi kepala kami dah ada sifir! Mate itu subjek senang je bagi mereka (BANGSA CINA) tapi subjek killer bagi kita(BANGSA MELAYU) aduh, macamna ni? em, sampaikan kawan sebelah saya ini masa darjah enam, dia asyik dapat 99% atau 100% je markah Mate dia! Memang teror ar!


Suasana diskriminasi ada, tetapi jarang.bergantung kepada guru.Tetapi jangan risau mereka tetap ada hati dan perasaan, mereka takut juga akan didakwa! oleh itu, saya cadangkan anak-anak yang dihantar ke sekolah Cina perlu bergaul dengan semua anak-anak Cina yang lain agar kita ada backup bila kita tak tahu nak buat ape kalau kita salah =)

Suasana persaingan sangatlah sengit, saya selalu mendapat tempat yang corot didalam kelas seperti nombor 25 dari 35 orang pelajar..kerana bahasa Cina saya sangatlah lemah. Mesti dapat D sekali sekala dapat C. Tetapi saya bersyukur kerana saya masih boleh belajar dalam subjek lain seperti Sains dan MAte yang juga dalam bahasa Cina.
DARJAH 3

  • Ujian
Ibu ayah saya diuji lagi, kata guru kelas saya darjah 3 ni saya tidak boleh meneruskan belajar disekolah ini kerana bahasa Cina saya lemah!

Aduh, ibu menangis (saya dapat rasakan, walaupun saya tak nampak air mata ibu)bagaimana ni? Lalu ibu berhujjah mengatakan bahawa " saya mahu anak saya pandai bercakap Cina pun jadilah dari tak pandai menulis" Guru kelas saya pun bersetuju dengan syarat saya mesti berusaha untuk tingkatkan prestasi Bahasa Cina saya.

Memang makbul doa ibu ini, sekarang 2012 saya hanya boleh bercakap sahaja...menulis saya banyak lupa..kalau baca tu boleh la sikit2...tak mengapa dakwah dengan bercakap..doa ibu itu makbul!

Sejak dari peristiwa itu saya dihantar setiap malam ke rumah Pakcik Halim. Pak cik ini pandai dalam bahasa Cina, kawan ayah juga.
Pukul 1 pagi saya baru pulang kerumah dengan ayah. setelah lama menyiapkan kerja sekolah bersama-sama pakcik itu.

Keputusan Ujian pertengahan tahun menunjukkan saya lebih meningkat dalam Bahasa Cina saya! naik jadi C dan saya dapat nombor 10 dalam kelas yang ada 29 orang tu!Alhamdulillah.
 

DARJAH 4

  • Kerja Sekolah
Wahai mereka yang nak menghantar anak-anak ke sekolah Cina. Ini lagi satu perkara yang perlu diingatkan, bahawa bersekolah disekolah Cina punya homework yang banyak..berbeza dengan sekolah Melayu-kadang-kadang tak ada kerja sekolah pun sebab tu jadi pemalas. 

Setiap hari, saya dan kawan-kawan mesti menyiapkan kerja sekolah lebih dari 20. Bayangkan beg dah la berat, kerja bertambun-tambun, petang ada tuesyen sekolah, malam saya pergi rumah Pakcik Halim, balik tidur dengan tak cukup, esoknya kena hantar kerja semua tu pada ketua kumpulan kami!

Pada mulanya, setiap malam saya menangis, setiap malam saya tidur dengan air mata kerana saya tak tahu nak siapkan macamana! Ialah ibu dengan ayah mana ada basic CINA! Saya hanya buat apa yang saya tahu macam Mate atau BM..tetapi yang bahasa Cina saya tak tahu! saya menangis......Dengan menangis inilah membentuk diri saya dan menjadikan saya lebih tekun,teratur dan berdisiplin ketika buat kerja sekolah..kononnya la =)

Hasil tindakan proaktif ayah saya diperkenalkan dengan Pakcik Halim itu. Alhamdulillah saya belajar membuka kamus, saya belajar buat ayat,  saya diajar mengira cara Cina, saya dididik dengan grammar-grammar bahasa Cina....banyak ilmu baru saya dapat dari pakcik yang baik itu...terima kasih pakcik Halim..

satu lagi subjek yang cukup berat ialah, subjek CHONGKAI: subjek khat la kita dalam subjek bahasa Arab.....menulis tu kena tulis dengan dakwat yang hitam lihat gambar tepi tu, nampak cantikkan, sebab usaha nya cukup susah...=(


Berkat kesabaran semua saya masih boleh meneruskan pelajaran disini..Sedangkan biasanya guru kelas akan memanggil murid-murid yang lemah dalam bahasa Cina(biasanya murid Melayu) untuk ditukarkan ke sekolah Melayu pula, kalau boleh mereka tidak mahu kita menguasai bahasa mereka...kata-kata yang masih saya ingat...orang-orang Cina ramai yang menghantar anak-anak mereka masuk ke sekolah Melayu untuk berbahasa MELAYU,dapat menguasai BISNES, namun yang belajar di sekolah Cina ramai orang Melayu..kalau boleh mereka mahu anak-anak Melayu tidak mendapat tempat dalam Bahasa Cina..


satu lagi, cikgu-cikgu di sekolah cina akan menggalakkan kita buat dulu buku latihan tu di rumah, kalau boleh esok datang sekolah bincang je.. sebab tu la, mereka lebih ke hadapan ...bersiap sedia dalam semua perkara. ...kawan saya tu, ada yang sangat rajin, kami baru muka surat 9 dia dah siapkan latihan menulis tu sampai muka surat 24 ...huuh,memang cara kerja yang baik..Tips: siapkan dulu kerja yang boleh buat sendiri, tak perlu tunggu cikgu suruh, itu tip orang berjaya!
DARJAH  5

  • Iqra' dn Fardhu Ain
Ya, saya masih belajar agama. kami ada waktu belajar agama iaitu waktu pendidikan moral, mereka yang beragama Islam akan masuk ke suarau sekolah dan murid yang lain akan belajar pendidikan moral. Begitulah jawapan dari soalan mereka yang takut anak-anak mereka diracuni dengan ideologi CINA! Jangan risau anak-anak anda dapat menguasai dengan baik Iqra' dan bacaan Quran serta ilmu Fardhu ain  kerana ada ustazah yang mengajar...kami diajar dengan baik oleh ustzah Maisarah dari darjah 1 hingga 6!

Bukan semua guru disekolah Cina itu Cina...ada je, cikgu Melayu yang mengajar bahasa Melayu dan ada juga cikgu-cikgu India.. berbilang bangsa!

Alhamdulillah, Allah itu maha adil, segala kesusahan Allah balas dengan kesenangan saya lulus 7 subjek dalam peperiksaan akhir tahun darjah 5. Saya mendapat tempat ke 7 dari 33 orang pelajar. Satu-satunya anak Melayu yang dapat top 10! (Ya allah,jauhiku dari riak, sekadar berkongsi).


DARJAH 6

  • Berguna
Sedar tak sedar saya sudah darjah enam, punya beberapa  bulan lagi untuk habiskan pelajaran disini. Suatu hari, saya pergi ke kedai dengan ibu serta adik-adik. Kami mahu beli jam loceng,saya lah tu bangun lambat!

Kedai Cina kami singgah, harga jam tu RM 20.00 setelah ibu tawar menawar dengan tauke Cina itu... dia tetap tidak mahu menurunkan harga. Saya pun mencuba bercakap dalam bahasa Cina agar harga diberi kurang sedikit, tauke tue terkejut beruk!(terkejut sangat) dia tanpa banyak cakap mengurangkan harga RM 15.00, saya hanya tersenyum pada ibu, tauke Cina itu mula berborak dengan saya... dia mengatakan jarang orang Melayu yang menguasai bahasa Cina dengan baik, memang la, bahasa Melayu pun diaorang tak dapat kuasai!Akirnya harga yang diberi kepada kami hanya RM 5.00 setelah dia menguji saya supaya memberi satu pepatah dalam Bahasa Cina.Saya lulus!Tips: cakap Cina dapat murah!

Sangat berguna ilmu bahasa Cina ini, setiap kali kekedai saya bercakap dalam bahasa Cina.Pasti saya mendapat harga lebih murah..seperti satu kelebihan pula..jimat duit =).
Exam akhir tahun saya dapat no. 1 dalam kelas bahasa Cina saya dapat A,semua cikgu terkejut, mana taknya mereka yang dulu mengumpat dah mula memuji saya kerana kejayaan saya,huh itulah manusia..macam-macam perangainya!

Rahsia: saya dah dapat buktikan bahawa anak orang ISLAM juga boleh berjaya seperti mereka. No. 1 dalam kelas sangat lah menggembirakan ibu dan ayah saya, tak kurang juga ada yang mula cemburu dengan saya(terutama mereka yang top dulu2 dalam kelas tu). sebenarnya Allah nak tunjukkan bahawa kejayaan itu milik mereka yang berusaha bersunguh-sungguh.

Bila dah akhir tahun ni saya dah rasa sedih nak habiskan darjah enam disini, saya rindu kenangan di sekolah Cina..banyak pahit manis yang saya tempuh.. banyak pengalaman yang mematangkan saya.

subjek-subjek UPSR dalam sekolah Cina
1. Bahasa Melayu Pemahaman
2. Bahasa Melayu Penulisan
3. Bahasa Cina Pemahaman
4. Bahasa Cina Penulisan
5. Sains- dalam Bahasa Cina
6. Matematik-dalam Bahasa Cina
7. Bahasa Inggeris

Kesimpulan:
 pengalaman lalu 1
 Saya menaiki LRT dari KL central ke UKM ada bengkel Add Mate disana. Dalam perjalanan itu, kami ditemani orang-orang Cina...mereka mengumpat kami kerana tidak dapat duduk..merek berdiri..saya hanya tergelak, ialah diorang ingat diaorang tak tahu ke yang kami ni ada spy bahasa la! sedap-sedap je mulut tu nak mengumpat...
 
Pengalaman lalu 2

Saya menaiki teksi dengan maksu ke Cheras sewa pergi balik -harga- maksu kata biasanya RM 70 hingga RM 80 namun disebabkan kesyokkan saya berbual guna bahasa Cina dengan driver Cina itu dia memberi kami hanya RM 40 sahaja..separuh harga tu, untung2! =)


Pengalaman lalu 3
Saya pergi ke sebuah kedai Cina, membeli alat-alat tulis, tauke Cina apa lagi, saya bedal la cakap Cina, habis ternganga semua orang Melayu yang menjadi pembantu dalam kedai tu, tauke tu kate: kalau pandai cakap je pun kita dah dapat jadi orang tengah untuk syarikat Cina dan syarikat Melayu. tak pun jadi orang penting dalam syarikat Cina...em, kepala bisnes ni.....insya allah, ada juga azam dalam diri untuk terjun dalam dunia bisnes sambil berdakwah kepada CINA2!
 

Pengalaman lalu 4

Saya dan team mengedar risalah disekitar daerah Temerloh..

Berborak dan berbual bersama tauke2 Cina.

Semua mengadu mahukan perubahan dalam pilihanraya akan datang,mereka sangat peka dengan isu semasa sekarang..sepertinya saya menjadi wartawan...mendengar luahan hati mereka! terkejut saya, nampaknya orang Melayu kena ubah pemikiran seperti orang Cina, minda mereka sangat matang dalam membaca masalah-masalah negara.....dakwah-dakwah-dakwah...

Itulah kelebihan yang saya dapat dari sekolah Cina, bukan tidak untung ke sekolah Melayu. tapi untung lagi ke sekolah Cina..saya belajar banyak benda dari sekolah ini!
 -belajar budaya menjaga masa.
-belajar jadi kepala Mate
-belajar jadi lebih cepat buat kerja
-belajar suasana berdisiplin
-belajar teknik mengajar orang Cina
-saya guna handphone language Chinese
-mendengar radio Cina atau lagu2 Cina
-Saya boleh membaca majalah atau surat khabar Cina(bukan semua)
-saya masih boleh berhubung dengan kawan-kawan lama dengan bahasa Cina

ALHAMDULILLAH..


nasihat saya:
1. Ibu bapa kena kuat dan ada pendirian, jangan cepat putus asa.
2. Cari guru Melayu diluar yang faham bahasa Cina.
3. kutip ilmu orang-orang Cina yang sepatutnya ada dalam diri setiap MUSLIM


Semoga perkongsian ini bermanfaat,yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan...Banyak benda kita dapat dari belajar di sekolah Cina, 

Saya sebenarnya mahu menunaikan hasrat ibu supaya dapat berdakwah dengan mereka-mereka yang masih lagi bukan Islam terutama orang-orang Cina..doakan saya berjaya menunaikan harapan ibu ini..dengan Bahasa juga kita boleh berdakwah..insya allah.... jom belajar bahasa cina (klik disini) dan sini juga.

-pengalaman sebenar hamba Allah, Mar'atul Husna Roslan..

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...