~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Tuesday, January 13, 2015

Cerita Dakwah

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Zinnirah melangkah laju, wataknya yang suka berjalan laju itu selalu membuatkan sahabt-sahabatnya turut terikut-ikut. Targetnya hari ini mahu ke perpustakaan mengulang kaji pelajaran yang berbaki dan surau sekolah untuk mengulang Al-Quran yang telah dihafal.

"Awak ni kalau jalan, memang laju eh, tak sempat-sempat saya kejar.." luah Syakirah.

"Kene cepat tapi jangan gopoh !" balas Zinnirah sepantas langkahnya.

Zinnirah memilih tempat di belakang sekali meja studya, untuk mengelak dari gangguan orang lain dan tidak mahu diganggu. Fokusnya satu, mahu menyiapkan nota-nota subjek Sejarah. Sedar tak sedar dia sudah berada ditingkatan 5, masa cepat berlalu.

Banyak perkara perlu di fokuskan untuk meraih kejayaan yang gemilang buat dirinya dan ummat. Selesai menyiapkan semua nota-nota bab 4 subjek Sejarah itu dia meneruskan misinya ke surau Sekolah.

Syakirah, Nisya, Nafisah dan Khalilah menyusul bersama. Mereka selalu solat Dhuha sekali waktu rehat. Banyak kebaikan solat Dhuha yang telah dipelajari Zinnirah dalam subjek Pendidikan Syariah Islam. Rezeki dimurahkan dan urusan mudah diselesaikan antara yang terngiang-ngiang di mindanya.

Zinnirah mengulang ayat-ayat hafazan setelah mereka selesai Dhuha. Nisya antara sahabatnya yang selalu turut serta menjadi pentasmik ayat-ayat Quran dari Zinnirah.

" Banyak dosa membuatkan kita susah nak hafal ayat Allah.." teringat kata Ustazah Hapzan yang suka memberi nasihat di dalam kelas.

---------------------
Kelas berakhir pada jam 2 petang, semua pelajar berpusu-pusu untuk pulang. Namun Zinnirah dan kawan-kawannya selalu pulang lewat, mesyuarat Badan Dakwah petang ini dijangkakan pada pukul 3petang.

zerpp...zerppp..bunyi tarikan beberapa kerusi dalam satu kelas. Kerusi-kerusi itu di tarik satu persatu menjadi satu bulatan kecil.

"Kita buka dengan ummul kitab Al-Fatihah.." suara Alif yang merupakan pengerusi mesyuarat pada kali ini.

"Sekarang ana nak sorang bagi tazkirah sebagai peringatan bersama buat yang selalu leka.." Alif bersuara lagi.

"Ana.." Muiz bangun dan lantang bersuara.

" Kita hidup ni sekejap je, kita ada pada bab terkahir dalam sebuah buku, kerana kita dah akhir zaman, penutup buku itu adalah kulit buku, bermakna selepas  bab terakhir ini , adalah hari Kiamat..maka persiapkanlah diri kita untuk ummah dan kerana Allah, sentiasa ikhlaskan niat, perbaiki ibadah dan akhlak, tahu matlamat hidup dan buat kerja dakwah"

Ringkas tetapi padat, itulah tazkirah yang menyentap hati semua hadirin yang hadir.

"Sekarang ana serahkan mesyuarat ini kepada Majdi untuk memulakan agenda yang baru..iaitu Penubuhan jawatankuasa Karnival Dakwah, ana harap semua fokus dan proaktif.." Tegas Alif sebelum menyerahkan kepada Majdi.

"Kita menghadapi masalah para mad'u yang sangat mencabar kita untuk melakukan kerja dakwah dengan lebih baik, masalah yang terbaru kes peminat K-Pop yang boleh disentuh dengan murah dan mudah oleh penyayi Korea tersebut, ini bukan kes sekali, banyak lagi kes yang kita tidak tahu, malah lebih teruk dari itu, justeru itu, kerja dakwah sangat banyak.."Muqaddimah Majdi membuatkan yang lain berfikir, beliau seorang ketua yang idealis dan proaktif, selalu memulakan majlis dengan isu semasa dari realiti kes-kes yang terjadi.

"Maka ayuhlah kita besarkan hati luaskan jiwa fikirkan bersama apakah medium dan strategi penyampaian dakwah kita khasnya untuk semua pelajar di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh ini.." Pintas Majdi lagi.

-------------
Mesyuarat petang itu di tangguh sebelum Asar jam 4.10petang. Zinnirah




 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Syukur

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Pantai yang indah
Langit nan membiru

Siapa yang menciptanya?
Allah bukan?

Kalaulah nikmat tuhan itu dikira satu persatu
Pasti sampai ke sudah kita tidak berjaya

Manakan tidak
Dari kita mampu bernafas hingga kita ke tandas

Itu semua nikmat!
Ya, Nikmat tidak terhingga

Syukur Alhamdulillah
Allah beri banyak nikmat kepada hamba-Nya

Namun kita harus terus bersyukur
Atas segala nikmat itu

ALHAMDULILLAH =)




 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Sunday, January 4, 2015

Cerpen Diari Muslimah

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.


Kisah ini di ambil dari pengalaman penulis bersama beberapa orang sahabatnya

Angin bayu senja mengimbau kembali kenangan buat dia, Zahirah yang aktif menyertai pelbagai jenis aktiviti dalam kelab di kampusnya. Memori bersama sahabat baiknya Khalilah yang juga jiran paling dekat dengan rumahnya.

" Duit syiling je tinggal Zahirah.." luah Khalilah.
" Kita guna je la duit yang ada..." balas Zahirah

Memang itulah satu-satunya kenangan yang paling tak boleh dilupakan, bila duit mereka kehabisan untuk membayar tiket Bas Haji Awang, bas yang menghantar penumpang dari Temerloh ke Maran.

Zahirah dan Khalilah selalu pulang lewat petang kerana menyiapkan tugasan Badan Dakwah yang mereka sertai kadang-kadang mesyuarat tergempar dari jawatankuasa Badan Dakwah sekolah mereka.

Banyak kenangan mengingatkan dia bahawa semua itu satu pengalaman bermakna, yang tidak boleh di jual beli!

----------------
Selepas Solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama rakan sebilik di kampusnya, Zahirah mengaji dan menggosok bajunya. Dia mahu ke Perpustakaan UIA Gombak yang selalu dirinduinya itu.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.15 malam segera kakinya melangkah menuju ke perpustakaan. Dilihat sudah ramai mahasiswa memenuhi ruang dan meja belajar masing-masing.

"Allahurabbi.. dah penuh" luah Zahirah.
"Sis, sis nak duduk kat tempat saya ni pon boleh, saya sedang menunggu kawan, selepas ni  saya akan beredar.." tegur seorang mahasiswi kepada Zahirah.
" Oh ye? boleh.. terima kasih sis.." balas Zahirah.
"Sama-sama.." balas mahasiswi itu kembali.

Setelah mengambil tempat duduknya Zahirah membelek Al-Quran, sudah menjadi amalannya setiap kali mahu membuka pelajaran, dia kan membuka Al-Quran kesayangannya dahulu.

'Sadaqallahul a'azim...' di akhiri dengan doa khatam Quran.
'Emm, ramai pulak belajar kali ni...' Zahirah bercakap seorang diri. 'Mungkin sebab musim peperiksaan ni...kalau tak memang tak de orang sangat dalam library ni..' monolognya seorang diri.

Namun semua itu mengingatkan dia kembali pada zaman sekolah, perpustakaan di sekolahnya selalu sahaja digunakan untuk kelas atau mesyuarat, kalau ada pelajar yang masuk pun itu pun yang memang ulat buku!

Jauh lagi budaya membaca di pupuk dalam kalangan pelajar di sekolah, perlu ada usaha yang berterusan untuk menggalakkan mereka banyak membaca, kerana dengan banyak membaca ilmu akan bertambah, pengetahuan semakin meluas.

-------------
Selesai menyiapkan tugasan dan notanya, Zahirah bingkas mengemas dan menyusun buku-bukunya. Dia mahu pulang sebelum jam 11 malam.


" Assalamualaikum cik adik manis...boleh saya bertemu dengan saudari sekejap?" sapa seorang lelaki ketika Zahirah melalui jalan pulang ke Mahallahnya.

"Maaf saya mahu segera.." balas Zahirah lantas mempercepatkan langkahnya.

"Cik adik manis nak kemana cepat-cepat ni?" tanya lelaki itu kembali.

Diperlajukan langkahnya kembali dan meninggalkan lelaki itu keseorangan tanpa jawapan. Banyak kalu sudah Zahirah di ganggu oleh lelaki itu, namun dia tidak pernah melayan sama sekali. Punya pendirian tidak masa untuk membuat dosa dan menghilangkan malu.

Kerana dalam diri Zahirah sudah persiapkan hanya untuk seorang lelaki yang bernama suami, bukan mana-mana lelaki yang suka mencari kesempatan.
----
TANGGUNGJAWAB LEBIH BANYAK DARI MASAYANG ADA

Itu kata-kata dari tokoh terkenal yang terlekat di pintu almarinya. Ya, kata-kata Imam Hassan Al-Banna itu membuatkan dirinya selalu beringat bahawa dia tidak boleh membuang masa begitu sahaja, banyak perkara kebaikan manfaat untuk diri atau semua orang dia perlu lakukan.

Tambahan pula Zahirah bukanlah seorang gadis yang pasif hanya duduk di bilik, pergi ke kelas dan ke kafe atau di panggil STUDENT 3K, Katil, Kafe dan Kelas.

Zahirah gadis lincah ini selalu menjadikan masanya untuk kebaikan dan kebenaran, banyak kerja dia buat bersama-sama sahabat seusrahnya, Sakina, Syakirah, Farihan, Mardiana, Diana, Musfirah, Atiqa, Huda, Fatihah, Afifah dan Naqibah kesayangannya Kak Mardhiah Hayati dan Kak Masyitah.
-----------------

Tutt.. tutt
tanda What'sApp nya ada menerima mesej peribadi dari seseorang.

"USRAH BOM-Best Of Muslimah"

Esok 4.1.2017
River side IIUM

bawa task yang di berikan oleh Naqibah kita hari tu ^^
------------------








Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Saturday, January 3, 2015

POLISI

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.


assalamualaikum buat semua pembaca setia blog saya ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat baginda. Alhamdulillah masih diberi kesempatan juga akhirnya untuk menulis di ruangan yang kecil ini.

Bulan Disember saya tidak menulis apa-apa, nampaknya saya telah memungkiri janji saya untuk menulis setiap bulan sekurang-kurangya satu tulisan setiap bulan, namun saya ada 'iqab' atau denda buat diri saya sendiri.

Bulan Januari ini telah pun tiba, memasuki bulan ini seolah-olah memberi sinar buat diri untuk menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Maka beberapa polisi atau prinsip telah di garis.



POLISI MAR'ATUL HUSNA ROSLAN

1. Setiap 2 jam list kan amalan dan keje yg akan di buat, bakal di buat dan telah di buat.


2. Kena LAJU kan lagi gerakkerja tetapi bukan gopoh!

3. Say 'NO' to couple, bnde yang ajak kepada couple, zina hati dll

4. Fokus betol-betol pada taklifanS sekarang.

5. Mesti jaga masa, punctual dan isi sebaiknya, kalau kosong je, teruskan ia'dah!


doakan saya dapat laksanakan semua POLISI baru yang baru di upgrade ini..

NEXT LEVEL... TAHUN AKHIR..yang sangat mencabar!  =)

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...