~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Thursday, October 31, 2013

serikandi~

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Serikandiku Serikandiku Pabila lamaran perjuangan telah kau terima 
Kau tahu Tak kan sedikit pegorbanan yang didamba 
Tak kan sedikit masamu yang dicaras 
Tak sedikit air matamu yang yang di bakal tumpah 

Serikandiku 
Apabila seruan jihad dilaungkan Lalu kau sahut 
Kau tahu ia tak mudah Kau tahu ia bakal membuatmu derita 

Namun serikandiku 
Kau juga yakin Janji Tuhamu itu benar 
Kata Tuhanmu itu pasti tertunai 
Lalu kau menyerah takdirmu pada Tuhan 
Kau hayati ayat-ayat indah dariNya
 Kau fahami bait-bait hadis kekasihNya 
Menangislah serikandiku

Kerana Allah menciptakan ia terlalu berharga 
Apatah lagi jika ianya lahir dari tulusnya hatimu 
Jika ia keluar dek lelahnya perjuangan
 Kerana perjuangan itu terbukti tidak mudah
 Kau tahu bagaimana kekasih Allah itu diuji 

Kau mengerti umat terdahulu bagaimana ujiannya 
Bahkan kau tahu apa terjadi pada pejuang-pejuang zaman ini 

Serikandiku
Aku tahu kau lelah 
Aku mengerti kau penat 
Aku juga faham kau tak punya masa rehat 

Serikandiku sayang 
Allah itu menilaimu 
Allah itu melihat bagaimana dirimu
Allah itu mahu mendekatkanmu padaNya 
Allah itu mahu meninggikan darjatmu
Allah itu Maha Penyayang 
Allah itu Maha Mengetahui

Dia tahu kau seperti apa Serikandiku 
Sahabat sahabatmu sentiasa bersamamu 
Teman teman seperjuanganmu jua sepertimu
Jangan kau bimbang kerana kau tidak keseorangan
Kau punya Allah yang sentiasa bersamamu 
Kau punya Rasul yang merinduimu
Kau punya sahabat yang sentiasa mendoakanmu

Serikandiku Berbahagialah kau kerana bergelar... Serikandi Islam

 Oleh : Hamba Allah
'terima kasih awak' =)

Wednesday, October 30, 2013

Tunang

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.


Tunang,namun belum halal. 

Teringat pesanan ustazah semasa mengambil kursus kahwin 2 tahun yang lepas, “Kalau kamu inginkan kebahagiaan dalam rumah tangga; jangan kamu kumpul kemurkaan Allah sebelum pernikahan!.”

Mudah, tegas dan padat pesanannya. Katanya, walaupun ibu bapa selesa dengan tunang masing-masing, pastikan kamu tak berdua ke sana ke mari. Syaitan itu licik. Dia sudah berputus asa menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar maka di bisikkan perlahan-lahan supaya kamu lakukan maksiat yang dianggap kecil. 

Ustazah Fatimah Syarhah dalam ceramahnya ada mengingatkan, “Jauhi perkara-perkara maksiat dalam pergaulan tanpa ikatan yang sah kerana perkara maksiat itu akan menghantui kamu selepas pernikahan dan sepanjang usia kamu.” "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26).

Semoga kita tergolong dalam kalangan hambanya yang sabar dan dilindungi. Semoga pasangan halal yang Allah kurniakan kepada kita adalah nikmat dunia dan akhirat buat kita…wallahu alam.

copypaste~

sabar ye awak?  biar manis itu ada bila sampai waktunya.


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Wednesday, October 23, 2013

Semangat Waja!

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Syukur Alhamdulillah buat semua mahasiwa dan mahasiswi yang masih berkesempatan untuk menuntut ilmu di bumi Allah ini. Ingin dikongsikan di sini tentang tips cemerlang yang saya dapat dari buku-buku motivasi dan juga yang saya dengar dari radio.Semoga anda semua dan juga saya mengambil ihtimam akan kepentingan ilmu dan sentiasa bersemangat untuk ke kelas pada setiap hari.

FOKUS
Belajar itu kena fokus, kalau kita jarang tidur tanda cergas. Kalau tidak tidur juga cergas. Makan vitamin dan ubat minda. Banyak tips yang saya dapat dari senior-senior. Kalau tertidur didalam kelas, harapnya Qada' balik apa yang tertinggal. Kalau datang kelas bawa gula-gula dan air masak, rasa-rasa nak terlelap habiskan air sebotol, pasti segar kembali. Kadang-kadang bila renung balik, macam satu ujian juga mengantuk di dalam kelas.  Hal ini kerana, apabila sudah tamat kelas dan pulang ke bilik, mata yang tadi kuyu dan tidak bermaya kembali segar dan bugar. Allahurabbi!

TIDAK BUAT DOSA
Lawan tetap lawan. Kurangkan buat dosa mata, melihat maksiat dan aurat. Kerana hati yang kotor tidak dimasuki cahaya ilmu. Hati yang bersih mudah masuk ilmu dan senang untuk menghafal. Bersihkan hati, fokus pada ilmu yang ingin disampaikan oleh guru.

CATIT
Banyak ilmu yang kadang-kadang terlepas pandang, sekecil-kecil maklumat yang disampaikan perlulah dicatit dan di tulis dengan baik sama ada di atas kertas atau di dalam buku nota. Kadang-kadang itulah jawapan kepada soalan-soalan yang di tanya dalam peperiksaan.

PENGURUSAN MASA
Urus masa dan susun dengan baik, utamakan yang utama. Usah menangguh, buat terus selepas dapat sesuatu tugas atau kerja berkumpulan. Masa sangat cepat berjalan, sepatutnya kita banyak menghabiskan masa dengan membaca. Dalam 3 jam boleh habis 6 buku. Itu satu cabaran, kita berlumba dengan masa. Letak target untuk habiskan sesuatu perkara dalam masa sekian-sekian. Nak siapkan kerja-kerja ini dalam masa dua jam contohnya.

BERUSAHA
Kita hendaklah berusaha sehabis baik. Buat dengan bersungguh-sungguh. Jangan kerana terpaksa. Usaha mengulang kaji selepas kelas dan mengingat kembali apa yang telah di ajar. Hempas pulas dengan peluh yang mengalir itu akan dinilai oleh Allah, insyaallah!


BERTAWAKKAL DAN BERDOA
Berserah kepada Allah dan berdoa setiap kali ingin menghadapi peperiksaan. Berserah kepada Allah untuk menetukan yang terbaik buat kita. Solat hajat dan doa yang tak henti, mungkin memberi motivasi yang hebat pada diri mahasiwa itu sendiri.

Semoga semua berjaya di dunia dan akhirat. Kejayaan kalian aset buat ummah. Pakarkanlah diri dalam bidang masing-masing.

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Tuesday, October 22, 2013

Aku, kau dan kamu

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.


Dakwah itu
Siapa yang mahu?

Dakwah itu
Apa khabar mereka di sana?

Dakwah itu
Sampai bila memberi alasan?

Kau,
Kau tahu punya ilmu
Kau tahu kau mampu
Kau tahu ramai di luar sana
Sangat memerlukanmu

Kau,
Beri seribu helah
Beri sejuta kisah
Dan terlupa adanya Qiamah
Sedia!

Amanah
Taklifan
Tanggungjawab
Aku, kau dan kamu, jawablah nanti!


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Jalan Liku~

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Mendepani laluan
Allah lapangkan jalan
Allah mudahkan urusan
Kerana DIA sangat tahu hambanya ini penuh kelemahan

Berlari-lari mengejar mimpi
Mahu skor A sepuas hati
Penuh onak luka berduri
Ujian hati dan emosi

Susah dahulu senang selepasnya
Sukar dahulu mudah kemudian
Payah berliku manis seterusnya
Mehnah yang lalu lazat di akhirnya

Allah, engkau maha tahu
Tahu yang terbaik buat diriku
Tak tercapai semua itu
Tanpa izin darimu Rabb-Ku

Ilmu digali memang payah
Peluh mengalir dari dahi
Mencari-cari bilik pensyarah
Oh, semoga lelah itu diredhai Ilahi

Aku mahu,
Mahu fasih Bahasa Arab.
Ya! Aku mahu!
Sungguh!!

insyaallah~Doakan ana =)

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Monday, October 21, 2013

Positif

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Menangis ku menangis
Bila terpaksa mencari erti sebuah ILMU
Belajar dan belajar
Bukan meniru dan menipu

Terus melangkah
Walau susah
Walau lelah
Hanya pada DIA ku berserah

Pilihlah aku
Menjadi kalangan mereka yang fasih Arabnya
Lancar lidahnya
Aku mahu!

Insyaallah~
 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Sunday, October 20, 2013

Seloka: Musafir Senja

|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

Sebuah daerah penuh dengan kesibukan
Telah datang sebuah kenderaan
Singgah mengambil kunci tempat kediaman
Menginap di sebuah rumah singgahan

Malam yang dihidang dengan makanan
Tomyam dan nasi goreng sedap dimakan
Kenal lebih dekat kawan-kawan
Pengikat hati dengan hidangan =)

Pagi yang cerah
Melangkah menuju ke Banglo Hijau yang indah
Janjinya pukul 8.00 pagi sudah
Masih menanti dengan tabah

Jenayah yang biasa dilakukan oleh mereka
'Pembawa amanah' Islam katanya
Adalah jenayah pada masa
Masa berjalan dengan segera!

Jam 8.35pagi bermula kisah
Setiap 'aksi' mula menjengah
Senior-senior lama sudah lelah
Hilai tawa yang tak sudah

Saat jam menunjukkan pukul 10.15pagi
Junior-junior baru tiba lagi
Dihidang dengan senyuman nampak gigi
Ukhwah itu bermula dengan taaruf lah, apa lagi?

Sesi taaruf selesai pula
Maka yang di ingat hanya nama
Maklumat lain entah ke mana
Apa nak jadi la~

Perjalanan 'slot' yang mencabar
Mendedahkan satu persatu watak-watak sebenar
Perwatakan biasa jadi tersebar
Perwatakan luar biasa jadi sukar

Maghrib menjelang saatnya tiba
Para muslimat melangkah mula
Berehat mengecas bateri semula
Berborak santai sambil bersila

Semangat dan nasihat di malam yang hening
Bola terpancar di mata yang bening
Apa tidaknya, hari yang kering
Ada pertandingan bola kesukaan sering.

Habis sudah sesi 'itu'
Doa Wehdah tanda sekufu
Laungan Allahuakbar Allah yang satu
Semoga kalian dalam Rahmat-MU

Kek dihidang penutup acara
Tak terkata sedapnya rasa
Buat ke beli apa resepinya?
Lain kali nak lagi lah ya =)

Insyaallah lafaz utama
Setiap kali hendak ke mana
Sabar dan cekal tahap maksima
Perlu dipupuk supaya menjelma

Mutiara dikutip pada hari itu
Harapnya bukan haru-biru
Ambillah ibrah dengan sifu
Supaya kelak tidak melulu

Allah melihat hati kita
Ikhlaskan segalanya
Perjuangan perlu setia
Agar semua dalam Redha-Nya

Siiru a'la barakatillah.
Allahummar zuqna istiqaamah.

Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan
UIA Gombak-Tanjung Lumpur-TSK-Genting Sempah-UNI KL-UIA Gombak
9.18malam
15 Zulhijjah
20.10.13

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...