~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Tuesday, May 24, 2011

Allahu Rabbi..

Janganlah kerana kelambatan masa pemberian tuhan kepada kamu,

padahal kamu telah bersungguh-sungguh berdoa,

membuat kamu berputus asa..

Sebab Allah menjamin untuk menerima semua doa,

menurut apa yang dipilihnya untuk kamu,

Tidak menurut kehendak kamu,

dan pada waktu yang ditentukannya,

tidak pada waktu yang ditentukan oleh kamu..

p/s: ..bulan 7 keluar result UPU..doakan saya mendapat U yang terbaik disisi Allah untuk saya..amiin..syukran semua..


Wednesday, May 18, 2011

hakikat itu...

hakikat itu...
siapa yg tahu..


dari mana kita?
ke mana kita?
kenapa kita diciptakan?

alam roh

penuh kesusahan
ada yang tidak sanggup
ada yang selamat lahir ke dunia..
Alhamdulillah..

alam kelahiran.
ada ujiannya juga
pisah dari rahim ibu
keluar dengan alunan azan dan iqamat
dari ayah..

alam dunia
Ya Allah, dunia ini ..
hanya pinjaman untuk menguji keimanan..
tujuan hidup???
kenapa aku?
hidup untuk Allah...
misi utama beribadah dan khalifah..

dugaan tak berhenti buat mereka yang beriman juga mereka yang kufur..
sabar dan syukur tanda implikasi yakin dengan
dua panduan utama Al-Quran dan As-sunnah..

bila yang diingini tak dapat..
bagaimana kita?
ada segelintir
kecewa dengan Allah
Astaghfirallah..
ada yang semakin bertambah imannya..
qada' dan qadar adalah ketentuannya..

mestikah kita dalam keadaan selesa?
orang yang hidup nak relax
di akhirat penuh derita
barang siapa hidupnya penuh keperitan dan perjuangan untuk
mujahadah nafs dan perjuangn+jihad fi sabillillah..
bukankah mereka..hidup selesa di kemudian hari..

debu2 orang yang berjuang tidak akan disentuh oleh api neraka
kaki yang melangkah dengan Ikhlas
ke arah kebaikan
ada ganjarannya..

hanya dua sahaja jalan di beri pilihan
jalan baik atau buruk
hitam atau putih
bersih atau keji
dosa atau pahala
iman atau kufur
syurga atau neraka
cahaya atau kegelapan..

teruslah berjuang kerana di sana ada diari
yang dicatat dalam buku RAKIB dan ATID

malaikat maut datang menjenguk kita setiap hari..
berapa kali?
70 kali..
ayuh sedarlah
kita masih bnyak tanggungjawab..
amanah dan taklifan..

amanah sebagai seorang hamba ALLAH
sebagai seorang anak
sebagi pelajar
sebagai mujahid dan mujahidah
sebagai seorang kawan
serta amanah-amanah lain yang berkaitan..

dan ingatlah amanah yang utama
sebagai seorang KHALIFAH
semua tanggungjawab ini perlu dilaksanakan dengan baik..
tanggung di dunia dan jawablah di akhirat nanti..
cukupkah bekalan kita?
ada lagi alam yang belum kita tempuh..
bersediakah kita?

ALAM BARZAKH DAN ALAM MAHSYAR masih menanti kita
cukupkah amalan yg ada sekarang
adakah kita mendapat keredhaannya?

p/s: ingatan bersama..


::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...