~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Thursday, February 27, 2014

Emosi

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.




Perasaan itu sukar digambarkan
Terkilan!

Kecewa dari tutur bicara nya
Terkejut dan sentap

Aku insan biasa
Perlu kepada makanan jiwa
Perlu dibantu dan dibimbing

Merangkak aku bangun dari sedih yang lama
Mata yang kian memerah
Air mata tak tahan sudah

Mulut mestilah di jaga
Saat terlepas kata-kata
buat orang cepat terasa

Mula sedar di sua vitamin iman
Mula langkah dijemur pakaian yakin
Berpijak di bumi nyata
Kau dan dia hamba tuhan.

Sedar.insaf.posfitif





 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Tuesday, February 25, 2014

Kayuhan tarbiah

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah

Belajar jauh-jauh, supaya tak pulang rumah selalu.. itu nasihat nenek dalam satu kesempatan kami berjumpa,namun Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. Aku melangkah dengan derapan sabar masuk ke kelas Bahasa di UIA Gombak ini.

Peluang kena cari, rebut peluang yang ada..itu pesan ayah dalam satu pertemuan tika ayah dan ibu datang sekejap menziarahi ku selepas mereka habis bermesyuarat. Ya, kalau masih berbaki 3 sem ini saya sangat berharap untuk mendapatkan beberapa perkara penting.Antaranya adalah:

1. Public Speaking yang mantap, hal ini kerana saya amat suka bercakap, tetapi saya kurang berkeyakinan jika diprovok atau di 'pandang rendah'.

2. Memasak banyak resepi, yang saya tahu hanya masak tomyam dan masuk tempoyak ikan patin, itupun kalau lulus seperti kata ibu, bukan tahap cemerlang, Allahurabbi, bagaimana mahu menambat hati suami ni Husna oi. Astaghfirullah, betulkan niat, saya mahu pandai memasak kerana saya mahu jadi ibu dan isteri yang mithali, bukan hanya berdegar di luar tetapi mestilah kencang di dalam. Didalam rumah maksud saya =)

3. Design dan edit video, ya satu lagi kemahiran yang saya masih belum mahir, pernah dipertanggungjawapkan kepada saya untuk menguruskan media Baru di UIA ini, saya hanya pandai mengurus manusia belum pandai mengurus media. macam mana ni Husna...Mesti kuasai!! Kemahiran ini Islam perlukan di ceruk kampung yang mahukan poster-poster di tampal, dimanakah aku?=)

4. Saya amat segan kalau orang tanya saya tak tahu, sedangkan soalannya amat mudah sekali, maka saya cuba mencari ilmu, ke mana sahaja ada majlis ilmu saya singgah, cari ilmu, kutip ilmu, cuba gagahi diri melawan sedapnya nikmat tidur di tilam yang empuk berbanding majlis ilmu yang pasti bersila atau bertentang mata yang makan masa lama. Cari kelas tajwid, kelas Fiqh nisa', tafsir, talaqi, kuliah haraki,dll.

5. Hafal Quran, doakan saya menerima tarbiah dan ta'lim dari 'guru' yang direct dalam menghafal Al-Quran. saya usaha, saya berdoa moga saya bisa menghafal walau pun masih merangkak-rangkak mengulang dan ulang! Berapa juzuk itu tidak penting, tetapi yang penting berapa banyak yang sudah di amalkan intipatinya ??

6. Saya menyediakan pelapis bila saya keluar dari kampus ini, doakan saya membawa 2 usrah serentak dalam sem sem yang lalu dan akan datang dan sekarang. Masih terfikir bagaimana ibu saya membuat kelas-kelas pengajian bersama kaum ibu di kampung setaipa hari, berlari-lari atau sambil berjalan sahaja ibu menanggalkan stokingnya selepas pulang ke rumah balik dari mengajar, ibu kemudian memasak, mengemas, membasuh dan kemudian solat Asar. Kuliah dan kelas-kelas pengajian ibu tak pernah putus, jika ibu sakit atau bertembung dengan mesyuarat lain ibu pasti meneruskan kelas itu dengan mencari pengganti. Sempat beberapa kali saya menggantikan ibu, debor wase!! Ibu inspirasi saya untuk saya bawa usrah setiap minggu di kampus tercinta ini =D

7. kemahiran yang saya mahu yang lain adalah kemahiran memimpin, atau kemahiran bersosial, saya sudah pernah masuk dalam beberapa program besar dalam UIA ini, namun saya semakin dahagakan kemahiran ini untuk di asah lagi, saya perlu belajar, supaya teori itu menjadi praktikal, doakan saya =)


dalam sela nafas
aku rasai tabiah ilahi
aku kayuh lagi

mungkin belum jumpa
namun ujian yang ku jumpa

belum lagi
ya masih belum lagi

sabar
Tuhan itu tak pernah zalim
dia bagi pada saat dan masanya

istiqamah!

. Oleh : Zinnirah Mukminah

Friday, February 14, 2014

Kisah Zinnirah Mukminah

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).(3:14)

Allah kau maha tahu yang terbaik buat hambanya. Hari ini coretan ku berkisar tentang perkahwinan.Sejak zaman sekolah lagi isu ini menjadi topik hangat dalam kalangan para dai'e dan nuqaba'. Malah menjadi serius bila di bawa dalam program bersifat santai bersama semua para sifu yang arif dan sudah makan garam dalam dunia Baitul Muslim ini.

Oleh hal yang demikian, saya yang lahir dalam keluarga yang di jodohkan oleh unit baitul muslim di kampus lama ibu dan ayah dahulu merasa berbesar hati untuk mencoret sedikit tulisan di ruangan blog kali ini. Isunya bukan semasa perkahwinan, tetapi apakah kita nampak tentang masa depan selepas akad nikah dan majlis walimatul urus itu sendiri.

Semasa umur saya di sekolah rendah, selalu saya berangan-angan akan berkahwin dengan orang cina Muallaf, mahu suami dan anak-anak saya putih melepak. Itulah celoteh saya dan harapan yang sangat mentah dari pemikiran saya. Setelah saya masuk ke sekolah Agama kerana di hantar oleh ibu dan ayah, saya berubah hati mahukan pasangan yang baik dan beragama. Itulah hati manusia mudah sangat cenderung dan berubah.

Habis tingakatan 1 saya naik ke tingkatan 2, mula minat dengan seorang sahabat sepasukan saya ketika itu dalam pertandingan pidato. Allah itu maha penjaga, dia menjaga hambanya dari lalai dan alpa saat dia masih sayangkan hambanya. ya, saya kembali insaf fan bertaubat.

Setahun berlalu, saya diam dan sibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah dalam badan dakwah yang saya sayangi. Saya lawan dan mujahadah dengan surat-surat layang yang diterima, sweet candy bagai, jeritan singa, 'lafaz wo ai ni', kejar-mengejar untuk couple, dan dialog romantik yang hanya sementara.

Masuk ke tingkatan 5 , saya harus memilih ke aliran matrik atau STAM, saya memilih dengan petunjuk Allah ke aliran STAM. Saat itu saya masih memendam perasaan buat seorang akhi dalam 1 organisasi kami. Dan saya pernah berkata kepada sahabat saya, jika saya masih bertemu dia selepas habis SPM ini sama ada dalam kampus yang sama atau dalam persatuan yang sama, saya yakin dia adalah jodoh yang ilahi tetapkan buat saya.

Masa berlalu begitu pantas, setahun saya di Kuliah Pekan menuntut ilmu agama, orang yang saya sukaa sudah pindah ke tempat lain. Saya berdoa mungkin Allah tetapkan yang lebih baik selepas ini, dia pindah ke ma'had Tahfiz menghafal Quran, tanpa sempat mengambil STAM.

Saya tidak kecewa, ditakdirkan hati ini ke Mesir bersama-sama sahabat-sahabat dalam madrasah kami. Kali ini saya masih terngiang-ngiang dengan kata-kata ayah semasa menziarahi saya ketika saya menceritakan ada senior mengajak saya bercouple, ayah kata siapa yang nak sangat ke kakak tu? mai ajak dia jumpa ayah, ayah nikahkan terus! tak payah nak fikir susah-susah nikah ni, ikut syariat, tak perlu grand2..tegas bunyi ayah dalam satu lafaz sahaja. Saya terdiam. Mungkin ayah ambil berat.

Sejak dari itu saya banyak sibukkan diri dalam gerakan perjuangan menyebar dakwah di kampus UIA Gombak, bersama sahabat-sahabat tercinta. Pernah diuji, saya disedarkan kembali dengan ayat-ayat Allah, dengan sahabat-sahabat yang baik. mungkin suasana membuat kita kadang-kadang salah memilih langkah. Abaikan kisah lama, saya buku baru. Cukuplah kita lalai dahulu, Allah sedarkan kembali kini. Letakkan prioriti pada tempatnya dan fokus dengan baik, capai matlamat ibu dan ayah kemudian raihlah redha-Nya.

Saya nasihatkan diri saya dan semua sahabat. Berfikirlah dengan baik, perbaik segala amalan dan jaga hubungan dengan Allah, matangkan fikiran kalian dalam mengejar cinta manusia, berharaplah pada Allah, namun jangan lupa perlu berusaha! 



“Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita
peristiwa2 yang mengejutkan dan memberikan peluang
kepada kita untuk berbuat.
Dunia akan melihat bahwa dakwah kita adalah hidayah,
kemenangan dan kedamaian yang dapat menyembuhkan ummat
dari rasa sakit yang tengah dideritanya.
Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia,
karena bumi tetap akan berputar
dan kejayaan itu akan kembali kepada kita.
hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.”
(Hasan Al Banna)


Masih setia ! =)
 Salam mujahadah: Zinnirah Mukminah

Thursday, February 6, 2014

Azam baru

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Bulan Januari berlalu dengan pantas, saya tidak sempat menunaikan azam saya yang ke berapa saya tidak pasti, azam saya mahu menulis sebulan sekali sekurang-kurangnya di ruangan blog ini, tetapi saya GAGAl!
gagal menulis untuk bulan Januari, maka saya cuba baiki.


Sem baru bermula. Kaki terus melangkah, mencari beberapa peluang yang kian jauh hilang sejak sebulan yang lalu.

Peluang untuk menulis buku, ya!
Saya di tawarkan menulis, banyak cerpen yang di tulis tidak habis,
artikel masih bersepah-sepah di dalam kotak-kotak memori komputer ini.

Bilakah penamat kepada semua tulisan dan coretan ini.
Masih berjuang!

Saya mahu menulis, tetapi masih beribu alasan saya reka.
Allahurabbi, Husna! sila fokus!

Ya, mohon kawan-kawan pembaca setia blog saya ini untuk mendoakan saya agar terus menulis.

buku apakah saya mahu keluarkan? doakan... tutt
Tulisan inilah yang akan menyambung pahala saya di SANA insya allah.
Doakan saya bersemangat, ikhlas, yakin dan bertindak!! =)

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...