~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Wednesday, June 3, 2009

EXAM:MUHASABAH

DOSA - NIAT BELAJAR KERANA PERIKSA

#fullpost{display:inline;}

Muqaddimah

Peperiksaan/exam/imtihan merupakan satu medan ujian keupayaan dan penguasaan seorang pelajar terhadap pelajarannya, samaada yang berada di sekolah rendah, menengah mahupun universiti. Lazimnya para pelajar akan bertungkus-lumusmengulangkaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang kian bakal dihadapi. Semakin hampir hari peperiksaan semakin hampir kita dengan buku. Pada masa yang sama, pelbagai kaedah timbul di musim peperiksaan seperti :study group, study smart, study hard dan pelbagai kaedah lagi.

Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meraih markah tinggi dalam peperiksaan, lantas memudahkanmereka merealisasikan cita-cita mereka untuk menjadi seorang peguam, penasihat ekonomi, pensyarah dan lain-lain pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan. Ibu-bapa, guru-guru, serta masyarakat merupakan pendorong terhadap tujuan tersebut. Antara nasihat yang sering kalididengari dari mereka: “Anak belajar betul-betul, nanti dah pandai boleh cari kerja bagus-bagus, hidup senang, tak lah hidup susah macam ayah ni.”

Pelik tapi benar

Kebanyakkan ibu bapa akan memarahi anak-anak mereka yang gagal dalam peperiksaan tersebut, peperiksaan yang dijalankan satu atau dua kali setahun. Natijahnya akan diperolehi pada akhir semester, tidak ada dosa atau pahala yang dijanjikan oleh Allah bagi mereka yangberjaya mahupun yang gagal. Suatu perkara yang pelik, ibu bapa tidak memarahi seandainya anak-anak mereka gagal dalam peperiksaan yang dihadapi setiap hari, umpamanya tinggalkan solat, bergaul bebas antara lelaki dan wanita, menonton filem-filem prono dan lain-lain. Barangsiapa yang gagal dalam peperiksaan tersebut akan ditambahkan dosanya. Natijah akhir bagi peperiksaan tersebut akan diketahui diakhirat kelak,, hari penentuan dimanakah tempat kembalinya seseorang hamba, syurga atau neraka. Peperiksaan manakah yang sepatutnya lebih ditumpukan?

Firman Allah:-

{ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الْآَخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ }

Maksudnya: Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan senda gurauan. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa adakah kamu tidak memikirkannya?.(Al-An’aam 32)

Larangan belajar kerana dunia

Ciri-ciri ulama su’/ ulama’ dunia. Firman Allah:

{ وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ }

Mafhumnya: Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): “Demi sesungguhnya! hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya Dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.

Ulama’ su’(jahat) merupakan duri dalam daging, seandainya dipandang sekilas lalu seolah-olah merkalah doktor yang menyembuhkan penyakit-penyakit umat tapi hakikatnya merekalah duri yang menikam Islam secara halus, serta menambahkan keparahan penyakit yang dihadapi oleh umat Islam.

Ibnu Qudamah di dalam kitabnya Mukhtasar Minhajul Qasidin menta’rifkan ulama’ su’ :

“ Orang-orang yang mereka menuntut ilmu untuk mendapatkan keni’matan dunia dan umtuk mencapai sesuatu kedudukan”

Berdasarkan penta’rifkan tersebut dapatlah disimpulkan bahawa sebahagian besar penuntut ilmu pada hari ini berlumba-lumba untuk menjadi ulama’ su’. Sebagai bukti secara jujurnya cuba kita ajukan beberapa soalan kepada diri kita, untuk tujuan apakah kita belajar? Adakah kerana Allah? atau untuk mendapatkan keputusan yang tinggi dalam peperiksan supaya dipandang hebat oleh masayarakat lalu membolehkan kita mendapat pekerjaan yang baik?

Mungkin sebahagian daripada kita mampu mengatakan kononnya kita belajar kerana Allah tapi realitinya bukanlah begitu, kita belajar semata-mata kerana dunia, buktinya, sikap tersebut dapat di lihat berdasarkan amalan harian kita. Kita bersungguh-sungguh membaca buku tatkalah hampirnya fatrah peperiksaan tetapi tidak di waktu lain. Kita bersemangat ketika membaca buku-buku kulliah tetapi tidak buku-buku yang tiada kaitan dengan jurusan kita. Semua ini menjadi bukti betapa kita belajar kerana dunia bukan kerana Allah. Sahabat-sahabat terjemahkanlah kata-kata kita itu di dalam kehidupan kita dikhuatiri seandainya tidak maka kita akan tergolong dalam golongan yang dimurkai oleh Allah s.w.t.

Firman Allah:

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُون َ}

Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu berkata tidak kamu laksanakan, besar kemurkaan disisi Allah terhadap orang yang berkata tetapi tidak melaksanakannya” ( Al-Saff 2-3)

Amatlah rugi mereka yang belajar kerana dunia, mereka bukan sahaja tidak mendapat pahala terhadapa ibadah belajar yang mereka lakukan bahkan Nabi s.a.w menjanjikan meraka tidak akan mencium bau syurga.

Sabda Baginda:

{ من تعلم علماً مما يبتغى به وجه الله عز وجل، لا يتعلمه إلا ليصيب به عرضاً من الدنيا، لم يجد عرف الجنة يوم القيامة }

Mafhumnya: Barangsiapa yang belajar sesuatu ilmu sepatutnya dia belajar kerana Allah, dia tidak mempelajarinya melainkan untuk mendapatkan ganjaran dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari kiamat ( Sohih Riwayat Abu Daud )

Golongan ini juga dijanjikan oleh nabi akan masuk ke dalam neraka.

Sabda Nabi:

{ من تعلم العلم ليباهي به العلماء، أو يماري به السفهاء، أو يصرف به وجوه الناس إليه، فهو في النار}

Mafhumnya: Barangsiapa yang belajar sesuatu ilmu untuk menyaingi para ulama’ atau berdebat dengan orang yang bodoh atau suapaya manusia memandang kepadanya maka dia di dalam neraka ( Sohih Riwayat Tirmizi )

Sebagaimana sesuatu amalan akhirat tidak diterima sebagai amalan dunia kerana diniatkan kerana dunia, begitulah juga sesuatu amalan itu tidak diterima seandainya mensyirikkan Allah dengan menduakan niat sebahagian kerana Allah sebahagian lagi kerana dunia. Seandainya seseorang mempunyai dua niat tapi kedua-duanya kerana Allah, ulama’ kita membenarkannya sepertimana Az-Zarnuji di dalam kitab Ta’limu Ta’lim Toriqut Taa’lum membenarkan beberapa niat yang kesemuanya kerana Allah Ta’ala diantaranya: niat belajar untuk menghilangkan kejahilan, menghidupkan agama, mengekalkan islam dan lain-lain.

Niat Sebenar Penuntut Ilmu

Niat merupakan asal bagi setiap amalan. Berapa banyak amalan dunia disebabkan niat yang baik menjadi amalan akhirat? Dan berapa banyak amalan akhirat menjadi amalan dunia disebabkan oleh niat.

Sabda Nabi s.a.w:

{ انما الاعمال بالنيات و انما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه}

Maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Ciri-ciri ulama akhirat. Firman Allah:

{وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَن يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِمْ خَاشِعِينَ لِلّهِ لاَ يَشْتَرُونَ بِآيَاتِ اللّهِ ثَمَنًا

قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِم }ْ

Mafhumnya: Dan Sesungguhnya di antara ahli kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah Dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya. ( Ali Imran 199 )

Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama berusaha mengubah niat dan perbuatan kita agar kita semua belajar semata-mata kerana Allah. Tidak salah niat belajar kerana sijil, tapi sijil itu bukan bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan yang bagus sebaliknya sebagai wasilah untuk menyebarkan dakwah di jalan Allah. Masyarakat pada zaman ini memandang sijil dan kelayakkan seseorang untuk menerima dan mempercayai kata-kata individu tersebut.

Sufyan At-Thauri berkata: “ Pada permulaan kami belajar bukan kerana Allah tapi akhirnya kami belajar kerana Allah”

Marilah kita sama-sama berdoa agar diri kita senantiasa ikhlas belajar keranaNya seterusnya berjaya memperolehi redoNya.

Wallahua’lam

4:01am 13/02/2009

Bait Maqabir, Mansurah

Mesir.

ِ

Rujukan:

1- Mukhtasar Minhajul Qasidin ( Ibnu Qudamah)

2- Ta’limu Ta’lim Toriqut Ta’lim (Az-Zarnuji)

3- Ihya’ Ulumuddin (Imam Al-Ghazali)

4- Dan lain-lain

No comments:

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...