~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Wednesday, December 28, 2011

masih berdiri

bila mana kita diberi ujian Allah
tetaplah dengan jalan yang kita berdiri sekarang.

usah gentar, usah risau dengan UJIAN yang Allah beri
kerana Allah menguji kita dengan kemampuan kita

Allah sayang kamu, sebab tu kamu diuji-ini pesan kakak angkatku.

Jom lihat analogi saya ini..mari kita ke laut, kita redah ombak, kita redah angin yang kuat.ya kenapa, kerana kita telah bersedia dengan segala rintangan,misalnya kerana kita sudah bersedia dengan kemahiran pandai berenang. ayuh, mengapa gentar terus sahaja melangkah,jangan takut..bersedialah dengan apa jua yang mendatang.

Ujian pemangkin kepada kita untuk bangkit kembali-sepatutnya begitu.

Ya Allah kuatkan hati kami ketika menghadapi ujian-ujian dunia Mu.
berilah kekuatan kepada kami untuk terus bangkit dan semakin hampir dengan MU.

pesan ibu saya: solat hajat mohon Allah beri jalan keluar.Terus bangun, langakah masih jauh, pasti ada himahnya.

~sungguh jalan mujahadah itu pahit,dan sangat perlu kepada pengorbanan~


p/s:Aduhai diri mengapa kamu mengeluh, mengapa kamu menangis, mengapa kamu merungut, kerana NIKMAT dan MUSIBAH itu adalah UJIAN dari Allah.ALHAMDULILLAH

Friday, December 16, 2011

~disini saya belajar~

Alhamdulillah Allah tetapkan kita dengan kemampuan kita, Allah uji kita dengan kemampuan kita, Allah beri pengalaman agar kita menjadi lebih matang untuk meneruslan kehidupan dihadapan sana.

semua ini UJIAN..Ujian yang kita hadapi sesuai dengan kesanggupan kita menghadapinya-dalam surah Al-Baqarah Allah ada berfirman maksdnya: tidak aku bebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya..jd, berpositiflah dengan segala ketentuan Allah untuk kita..



lama sudah tak menulis di blog ini
rindunya..


tak mengapa..maklumla semua orang ada kerja yang perlu diselesaikan dahulu..Bak kata Sakinah Hasnun: Utama kan yang utama!

em, banyak perkara yang ingin dishare di blog ini..
buat tatapan semua..


tak sangka REZKI Allah sangat luas..mana pernah dalam diri saya berangan akan ke UIA ini..sedar tak sedar dah hampir 5 bulan saya berada disini..em,ALHAMDULILLAH.


=>pertama


kisah rehlah di Ulu Yam,ye sudah tentu anjuran Ma'aruf Club..Kelab yang paling famous sekali di UIA..yeke??~tak dengar =)

ye memang seronok pergi rehlah ni..pagi berkumpul di tangga besar depan UIA..ta'aruf dan sarapan pagi..menunggu kenderaan yang akan mengambil kami..huh! kata pukul 7.30..pukul 8 lebih baru gerak,aduh,ape la saya ni..sangka baik..mereka ada hal la tu..em. manusia perlu tepati masa,kalau pukul 8 pukul 8 la kena ada..


sebab tu Allah ada berfirman dalam surah Al-Asr;_ demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran,nasihat untuk diri sendiri juga.


pergh laju giler bro ni bw kereta,memg terbaik la,samapi masuk line kereta sebelah..huh,jgn tiru aksi begini..


sesudah sampai kami dibawa masuk ke kawasan air terjun..Subhanallah.indahnya ciptaan Allah..bertemu dengan kakak-kakak yang sampai lebih awal dari kami..


Solat dhuha dan bahagi kumpulan..
baru saya tahu kami ada explorace lepas ni..huh ini first time saya masuk explorace kat UIA..sebelum ni biasanya saya yang buat explorace untuk adik-adik..kali ini saya pula yang diEXPLORACE kan..hahah


terbaik la, memang betul-betul mengexplorace kami..ada 7 check point..semuanya bertanyakan soalan dari apa yang telah kami ikuti @ yang kami belajar dari USRAH..


redah air terjun, masuk hutan, naik bukit, dan lalu jambatan gantung..semua itu mentarbiahkan diri ini,untuk terus bersemangat..kerana mula-mula dah kena redah air terjun tu saya dah jatuh atas batu besar..terduduk terus atas tu! Alhamdulillah selamat..tapi sakit la!(cover2)


Maryam Jamilah kata: kita perlu cepat tetapi berhati-hati.huh, terasa la jugak..nasihat yang berguna! ambil!






=> cerita kedua


first time jadi komiti untuk program Ma'aruf Club

masa perlantikan tu hntr msj je..tak sangka pula Kak Had letak diri saya jadi S/U untuk AGM. Agm ni ringkasan dari Annual General Meeting..em, kalau kat Khairiah panggil Muktamar Sanawi..


huh, malunya semua senior-senior yang jadi komiti ni..rasanya saya sorang je yang berumur 19 tahun..perasan muda..-tak dengar! =)


belajar menaip surat dalam BI(biasa BM) belajar buat minit mesyuarat dan komunikasi yang berkesan itu datang dari pengalaman yang lalu.



masa postmortem tu la rasa paling best..kita tak boleh nak semua perfect..pasti ada masalah. jangan risau dengan masalah yang datang tapi kita perlu tangani dengan baik..

biasalah segala yang berlaku pasti ada hikmahnya,kita manusia pasti tak lepas dari kesalahan.


kita tak sempurana, kita tak pernah sempurna dan kita takkan sempurna tapi kita mesti cuba ke arah kesempurnaan..belajar lah dari kesalahan..


kalau nak tahu macamana berprogram kena lah cari pengalaman..pengalaman tak datang begitu sahaja,sebab pengalaman tak boleh di jual beli..rebutlah peluang yang ada untuk bentuk pengalaman baru!






=> cerita ketiga


kali ini Ma'aruf Club UIA ni buat lagi program iaitu Camp@Taqwa. beberapa perkara yang berjaya saya kutip dari kem ni:



  • dalam banyak2 slot.sesi bersama Ust Huzaifah adalah yang paling berkesan dalam diri saya-tanggungjawab sebagai seorang DAIE.em, ape pulak DAIE ni? em, DAIE ni mksdnya Pendakwah atau dengan kata ringkas ialah mereka yang mengajak orang lain ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ada rukunnya?? em apa ye?? sape tahu sila angkat tangan..ye itu dia..ada 4,

  • 1) Daie(pendakwah)

  • 2) Mad'u(orang yang didakwah)

  • 3) Maudu' (perkara yang didakwah)

  • 4) Uslub(cara berdakwah)



  • Daie perlu seorang yang komited barulah orang yang didakwah tertarik dengan ISLAM yang dibawa, Maudu' perlulah betul,kita perlu sampai ilmu yang ada..dan pastikan betul dan sahih jangan menipu kalau tak tahu cakap tak tahu.Uslub perlulah Efektif..sebab orang tak nak beli produk kita kalau kita tak terang kan kelebihan produk kita tu dengan efektif.



  • Tarbiyah ISLAM itu datang dari Allah. ikutlah Islam,ada lagi ke agama lain yang boleh kita pilih untuk ikut selain ISLAM yang syumul ini??pikirlah sendiri..




  • Sungguh, benar! beruntung kita sebenarnya dipilih oleh Allah dengan nikmat ISLAM.bersyukurlah



  • Jangan lupa solat tahajud, baca Quran pagi-pagi sebelum tengok makhluk,tengoklah ayat Allah dulu, solat Dhuha rezki yang luas dan dipermudahkan segala urusan,dan jangan lupa buatlah sedikit amlan itu tapi berterusan.Insya allah ada berkahnya disitu!



  • Belajar lah untuk bercakap.jadilah orang yang proaktif.kata Ust Suhaimi Saad: bekas Ketua pemuda PAS Pahang, beliau ada berpesan,jika kamu ke majlis ilmu atau kem atau sebagainya, jangan lupa bertanya atau bercakap atau menjadi orang yang menjawab soalan yang ditanya, kerana katanya kamu akan menjadi orang yang berani pada tempatnya!insya allah..bila lagi nak berlatih dan praktik??nak tunggu sampai bila??em jom buat perubahan jadilah orang yang PROAKTIF! Berani kerana benar takut kerana salah.




  • saya juga berkesempatan bercakap dengan Cina yang kami jumpa semasa explorace..memang menguji kelancaran bahasa Cina ku yang kian dilupakan(sejak belajar Bahasa Arab) =)...seronoknya mereka dapat berspeaking dengan saya..(alamak kuat perasan)..ye lah kami ditugaskan untuk mencari MAD"U seramai 10 orang..kebetulan terjumpa nya cina ..belasah je la.em, kemahiran komunikasi penting!




=> cerita keempat


Solat hajat untuk Final exam anjuran Ma'aruf Club.saya terima mesej tentang ini dari kakak Naqibah.em katanya ni perjumpaan kali terakhir.aduh! sedihnya,rasa sekejap sangat masa berlalu..sem depan jumpa lagi..=) tiba je!


dimulakan dengan tayangan kemudian pengisian oleh Akhi Firdaus..macam kenal je! antara point penting dalam tzkirah yang baik itu ialah 10 MUWASOFAT TARBIYYAH


1-Aqidah yang sejahtera


2-Ibadah yang sohih


3-Akhlak yang baik


4-Luas pengetahuan


5-Sihat tubuh badan


6-Mampu berdikari


7-Melawan nafsu


8-Menjaga masa


9-Tersusun kerjanya


10-Memberi manfaat pada orang lain


huh, itulah insan yang lahir selepas ditarbiahkan..memang susah nak mujahadah ni..tapi kita sendiri yang untung bila kita dapat 10 perkara ni..jom, UBAH DIRI,jadi yang lebih baik dengan sentiasa melihat 10 perkara ini ada ke tidak dalam diri kita.



em lepas solat Isyak dan hajat kami diberi masa untuk masuk ke dalam group Usrah masing-masing.


masa makan-makan tu akak minta kami bagi komen tentang firt empression kami pada kawan-kawan yang seusrah kami yang lain..hahah..jawapan dan komen yang saya dah agak,agak memalukan pada yang tak kenal diri ini..kata mereka saya ceria,peramah dan happy go lucky! terutama kak Jie ku yang tak habis2 gelak dengan telatah anak buahnya yang sorang ni(alamak, perasan lagi)..astaghfirallahalazim..


Allah ciptakan manusia pelbagai ragam dan perangai..banyak udang bangay garam. banyak orang banyak ragam..-berpantunlah pulak,tibe je!




=> cerita kelima


hari ini kami(usrahku) ke FEMALE SPORT COMPLEX,katanya nak beriadhah main basikal sama-sama.nasib tak menyebelahi kami,basikal dah habis..semua orang nak jugak ikut kami berbasikal..em bagilah, dah tak ada rezki tak dapatla kami menyewa basikal...


plan kedua kami ke gym..huh, mana pernah dalam hidupku pergi ke gym..inilah kali pertama..em nak cerita malu pulak..-faham-faham la=)


diringkaskan cerita kami pun dah habis riadhah, makan-makan dan bergambar..plan nak pergi rehlah la..insya allah dalam perancangan..


seronoknya dapat beriadhah..em sihat tubuh badan adalah termasuk dalam 10 MUWASAFAT TARBIYAH tu,penting ni,penting sangat..



itulah luahan hati saya pada blog saya yang lama tak diupdate ini..salah satu sebab menulis disini adalah kerana tak balik minggu ni(tak dapat luah pada ibu dan ayah) =) heheh, luah kat blog je la..-manja!


siapala diri ini,jika dibandingkan dengan mereka yang lebih hebat menulis..disini saya belajar dan saya mahu orang lain juga belajar dari apa yang saya sampaikan..saya masih ingat kata Hassan Al-Banna menulislah kamu,menulislah sehingga kamu mati..mungkin sekarang tak nampak kesannya, tapi insya allah pada generasi akan datang..selepas kematian ku..jadi saya ada blog saya menulis diblog dan secara tak langsung saya nak gunakan blog ini untuk ISLAM..



moga sedikit pengalaman saya di UIA ini dapat diambil ibrahnya*nilai murni*=)..semoga sedikit pengalaman ini mampu menjadi titik tolak pada diri kita untuk lebih berpengalaman dan belajar dari pengalaman..wallahua'lam


p/s: jom menulis,sebarkan ilmu dengan menulis kerana menulis juga ibadah bila diniatkan kepada Allah dan ikut syariat!













Tuesday, December 13, 2011

susah ke??

susah ke nak tutup aurat?
aurat itu amanah..

malah ia adalah ibadah..
apa syarat ibadah?
niat dan ikut syariat
niat kerana Allah dan ikut panduan ISLAM

bila kita lihat dunia hari ini, berubah dengan cepat dan pantas..
Sangat sedih melihat mereka yang masih tidak menutup aurat..lagi sedih ,tak mengikut perintah Allah dalam hal AURAT..

terutama dalam kalangan PEREMPUAN yang berkerjaya dan pelajar IPT..zaman Jahiliyah dulu lain..ISLAM datang membawa perubahan ke arah yang lebih baik..
mungkin faktor HIDAYAH tak sampai lagi atau mereka sendiri yang menolak HIDAYAH.






Ya Allah bersyukurlah pada muslimah yang diberi HIDAYAH untuk menutup dan menjaga aurat..kalau tidak banyak nya dosa yang perlu di tanggung...

pada mereka yang masih dan belum sampai seru untuk menutup aurat..jom lah berubah..bila lagi? kalau bukan sekarang? nak tunggu bila..jom la kita belajar untuk jadi MUSLIMAH dan MUKMINAH yang mengikut suruhan Allah..jagalah aurat sendiri.Tak susah nak berubah melainkan dengan kita yang ubah..

Firman Allah:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11




tak susah nak ubah..kalau niat ikhlas kerana ALLAH..insya allah ...Allah pandu kita..

p/s: pada pembaca perempuan jom ajak mereka yg belum tutup aurat ke arah perubahan..Pada pembaca lelaki, serulah mereka yang berada disekelilingmu..kakak,adik perempuan,mak,mak sedara.dll..Ya Allah tetapkanlah hati kami di jalan MU..amiin..

Saturday, November 26, 2011

mehnah ujian dan dugaan















UJIAN...


beratnya terasa menghukum jiwa…
tiada hentinya memaksa diri ini
melutut menyembah bumi
kerana terlalu lelah
dalam menghadapinya..

peritnya terasa
bagaikan merampas
segala kekuatan yang dibina selama ini..
lemah longlai jasad memikirkan ujian ini
yang tidak habis menghimpit jiwa..


berderai airmata menyambut sendu
dalam berhadapan dengan ujian ini..
terasa keteguhan hati ini
diragut oleh rasa berputus asa..
tidak dipinta dugaan ini
hadir menggamit laluan kehidupan
namun,seringnya ia menjenguk mengetuk
pintu iman yang selalu terbuka…


meski ia hadir silih berganti,
meski ia hadir tanpa jemu menghimpit diri,
meski ia hadir menggamit luka yang tidak terperi sakitnya,
meski ia hadir memberi kesan sakit
yang mungkinkan tidak terpadam


namun harus jua diri ini teguh menghadapinya..
tiada jalan lain melainkan cuba mengatasinya
dengan jalan Iman yang tenang..
harus digagahi jua hidup ini dengan rasa kehambaan
yang penuh keredhaan..


biarpun jalannya beronak berliku,
pasti ku lalui jua dengan tabah dan senang hati
kerana ganjarannya ku pasti..
janji Ilahi tidakkan lari..
ku yakini Ilahi untuk meghadirkan dugaan dengan kekuatan..


ku pinta darimu Ilahi Rabbi..
andai dengan ujian ini adalah satu-satunya
jalan untuk menghampirkan diriku denganMu
maka hambaMu ini lebih memilih derita diuji
daripada dibiar melara dalam noda
yang hanya membuatMu jauh dariku..
biar hamba menangis ditelan dugaanMu
jika itu jalan untuk hamba meraih cintaMu..
biar hamba menderita jasad menelan mehnah
yang tiada noktahnya janji RahmatMu
sudi memayungi hidup hamba..
kerana hamba ini pacal yang hina..
menagih cintaMu padahal hamba tidak layak untuknya
jadi biar hamba melara deminya..


hamba rela menangis sendu asalkan rinduMu bersama hamba..
walaupun sedikit hamba rela asalkan ada ruang untuk hamba..
hamba tidak layak untuk meminta banyak dariMu
kerana hamba juga tidak memberi banyak kepadaMu..
jadi cukup sekadar sisi daripada
CINTA,RINDU,KASIH DAN SAYANGMU
yang menemani perjalanan hidup hamba..
itu sudah cukup Allah..............

p/s: kredit to Faridah Nor Ahmad yang menghasilkan sajak ini untukku.. =) syukran jazilan..mg bermnfaat

Friday, November 25, 2011

khas buat ibu tercinta

ibu
saat aku dilahirkan,gembira ibu ku
dibesarkan diriku dengan belaian IMAN
dididikku dengan TARBIAH dan ILMU AGAMA
dihantar aku ke sekolah Cina
katanya mahu diriku menjadi pendakwah pada mereka yang berbangsa Cina..
Subahanallah!
Besar harapan ibuku ini..
masih menjadi pendengar setia
walau dia sibuk dengan beban amanah
masih menjadi isteri solehah
pada ayahku yang tercinta!
masih menjaga ku tika ku sakit
ibu
kau tak pernah henti menasihati diriku
memberi kata-kata perangsang
tika ku jatuh
buat ku bangkit lagi
ibu
besar nya kasih sayang mu
tak mampu untukku membalas kembali
walau dengan segunung emas
walau dengan dengan segala kemewahan
kerana ibu ku bukan mahu itu!
IBU
MAHU aku menjadi kakak yang menjadi contoh yang baik pada adik-adikku
MAHU aku menjadi anak yang solehah penyejuk mata
MAHU aku menjadi pewaris perjuangan ISLAM
MAHU aku buktikan yang anak pejuang ISLAM tak pernah kalah!
ibu
andai aku pernah menyinggung mu sebelum ini
andai aku pernah menyebabkan dirimu terasa dengan sikapku
maafkan aku ibu
maafkan kakak ibu!
sesungguhnya kakak sangat menyayangi ibu..
ibu,ibulah ibuku dunia akhirat
doakan anakmu ini
dalam menempuh setiap ranjau
aku perlukan REDHA seorang ibu..
sebenarnya,ibu kakak rindu pada ibu..=)
dari anakkmu Mar'atul Husna untuk ibu Salamiah Mohd Nor
p/s: teringat dengan sajak2 FARIDAH NOR AHMAD..insya allah aku akan belajar dengan nya lagi untuk menghasilkan sajak yang lebih baik.

Thursday, November 24, 2011

ziarah

habis kelas terus tunggu adikku Mujahidul Amin mengambil ku untuk berjumpa seketika dengan nenek


lebih kurang jam 6.37petang baru tiba adikku dengan kereta 'miliknya'.em, sesat jalan dengan simpang berbelit-belit nak ke Rawang Selangor.Memang terbaik la Amin ku yang cekap, balik semula jalan asal, Kuala Lumpur yang sesak dan kita kena pandai pandai la hidup.

Jam 8.30malam baru sampai rumah nenek.

seronok nya nenek tak terkata. bagus juga ea kalau dah lama tak jumpa..rindu sangat...bila dah jumpa wau! TERASA DUNIA MELETUP! nenek menangis kerana kegembiraan kami datang ke rumahnya.

Ziarah sepupu,kak Long yang baru bersalin anak nya bernama MOHD KHALISH IMAN..subahanallah nama yang baik..em nanti nama anakku nak nagi apa eh?? =)


jam 10.30 malam baru pulang ke rumah nenek pula,esok kena bangun awal..

Alhamdulillah jam 6.45pagi, berolak dari rumah nenek...sempat ke kelas kul 8pagi ni....
disebabkan aku drive, sampai jugak UIA jam 7.39pagi...syukur pada Allah..tiada halangan tiada nyawa yang melayang sepanjang perjalanan yang sangat laju tu..

sampai je kelas, takde orang..lah, kenapa semua orang takde lagi..ish2 semangat nya kau hari ini..hahah.ingatkan ust Ibarahim(ust yang nak ngajar jap lagi)dah samapai..takot aku!

alhamdulillah.selamat sampai.alhamdulillah seronok jumpa nenek, alhamdulillah perjalanan yang singkat tapi sangat bermakna:-

  • masa yang singkat dalam 2 ziarah,alhamdulillah

  • ziarah itu mengikat tali silaturrahim dengan lebih rapat

  • bawa kereta elok-elok,jangan meniru aksiku yang bahaya,(LAJU)

  • datang awal adalah adab-adab dalam menuntut ilmu

  • Semangat sahaja tak cukup jika tiada tindakan yang tersusun.

Terima kasih pada Kak Nabila yang cukup memberi motivasi pada ku untuk datang kelas hari ni..kalau tak mahu ponteng aku hari ini..=) Astaghfirullah..



Ust. Ibrahim ust yang cukup dedikasi membuat ku cukup respect padanya.
doakan ku moga dirinya dalam REDHA ALLAH..amiin.


















p/s: jom ziarah orang yang kita rindui=)

Kak Nabila jom datang awal kelas~

cintun cintan


Couple
Kenapa kita nak couple ea?
Em satu soalan yang sangat menjadi tanda Tanya.
Tapi dijawab mudah-kerana mahu berkenal-kenaln dan seterusnya menjadi pasangan bahagia.
Sering kali kita melihat di sekeliling kita dipenuhi dengan mereka yang dalam lamunan cinta dan angau cinta.Perlu ke?
Nasihat dan teguran tidak lagi didengari. Katanya mahu setia. Katanya mahu jadi diri sendiri.Katanya mahu cinta sejati..tak sedar seronok menyambut hari kekasih hati..












Banyak lagi perkara dan amanah yang belum selesai mahu dipikul lagi beban dosa yang berat!Bukan tidak tahu dosa-dosa tentangnya. Tetapi buat-buat tidak tahu!

Tidak sedarkah kita bahawa Allah jadikan semua makhluknya untuk apa? Adakah saja-saja?? Adakah main-main? Tidak sahabat-sahabat, kita akan kembali pada Allah bila-bila masa. Semua dosa dan maksiat yang kita buat akan dibalas.
Bukankah Allah berikan ita pilihan dalm hidup ini? Jalan yang benar dan jalan yang SESAT. Jalan menuju SYURGA atau jalan menuju NERAKA. Pilihlah!

Jika mahu diri kita selamat dunia dan Akhirat ikutlah ISLAM..Islam tak pernah menyusahkan. Islam adalah jalan yang terbaik
Couple atau berpasangan sebelum berkahwin sangat terbaik bagi mereka yang bukan Islam. Sahabatku yang bukan Islam pernah bertanya kepada saya , kenapa kamu orang Islam juga berpasangan dan bercinta sebelum berkahwin sedangkan kamu mesti bernikah dulu.

Ya Allah satu tamparan hebat! Nah, lihatlah sendiri non-muslim lebih melihat Islam. Mana mata hati orang yang katanya Islam.Islam itu indah.Ikutlah syariat Islam.
Sedarlah kalian bahawa jam yang tertutup itu lebih cantik dari jam yang terdedah.
Jika diberi pilihan manakah jam yang kalian mahu??Pasti yang tertutup dan disimpan dengan baik bukan?
Dimana malu? Dimana Iman kalian?
Malu lah pada ibu dan ayah kita. Yang membesarkan kita,yang mengharapkan kita menjadi anak yang soleh dan solehah..mahukah kita menjadi orang yang menarik ibu dan ayah ke dalam neraka kerana dosa-dosa anak-anaknya??
Katanya couple itu nikmat. Adakah ianya diredhai ALLAH.Begitukah kita menterjemahkan cinta kita?
Kembalilah pada diri,kembalilah pada Islam,begitukah cinta yang kalian mahu? Cinta dalam kelalaian dan kesesatan. Ya Allah bantulah kami dalam mencari cinta MU. Jadikanlah kami menyintai orAng yang mnenyintai MU.amiin.
Dalam surah Isra’ Allah berfirman: Jangan dekati Zina..dekati pun tak boleh apatah lagi buat...pada yang tak buat,bersyukurlah, pada yang tak tahu,kembalilah, pada yang terlanjur,insaf dan bertaubatlah.


p/s: Carilah cinta Allah..bernikahlah!


your sincerely:-zinnirah

~Manusia~

Manusia itu lupa

Manusia sering leka

Manusia selalu ketawa

Sedarkah mereka dihadapan sana ada hari yang sangat menggerunkan

Sedarkah mereka bahawa mereka akan dipersoalkan atas apa yang dibuat

Sedarkah mereka dengan ancaman Allah pada mereka yang leka dan lalai

Maka ketawalah sedikit

Banyakkan menangis

Kerana penyesalan disini lebih baik

Dari penyesalan disana

Hari yang tiada guna penyesalan

Kematian itu datang tiba-tiba

Bertaubatlah kita bila maksiat mula menyarangi hati

Insaflah kita bila hati tidak basah mengingati Allah

Ayuh kita bangkit kembali membina generasi Rabbani!

p/s: terlintas kenangan di sekolah lama..banyak sajak-sajak di reka oleh seorang yang pakar itu..

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...