~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Wednesday, August 28, 2013

rezki

|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

Kalau Allah nak bagi Rezeki, bila je Allah boleh kasi, hebat kan Allah?
Subhanallah, ambil contoh.. nak masuk mulut dah makanan tuh, tiba-tiba terjatuh, ha, takde rezeki lah tu..risau? usah risau!

Sebab kalau Allah dah tetapkan rezki kat situ takde sapa yang boleh halang!
Series, saya pernah melaluinya.banyak kisah. saya rasa kalian juga pasti merasainya juga.

Apa-apa pun kalau dah dapat rezki ucaplah ALHAMDULILLAH.
nikmat Allah sangat besar.

ayuh teruskan hidup dengan menjadi orang bersyukur!
1. sedar diri akan tanggungjawab sebagai hambanya.
2. berbuat amal sebagai bekal
3. sentiasa bersyukur
4. menjauhi maksiat
5. menyebarkan kebaikan

p/s: selamat beramal =)
 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Friday, August 16, 2013

ANTARA RAKYAT MALAYSIA DAN MESIR : ISU SINI DAN ISU SANA

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata;
Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata.

Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang;
Kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai 'pedang'.

Ketika kami marah akan kecederaan Messi;
Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi.

Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona;
Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana.

Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah;
Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah.

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat;
Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat.

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal;
Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal.

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah;
Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah.

Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah;
Kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah.

Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua;
Muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua.

Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik;
Ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik.

Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka;
Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka.

Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit;
Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid.

Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa;
Kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa.

Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara;
Sedangkan kami ingin menekan 'share' akan nukilan ini pun masih berkira-kira.

Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena.

Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya;
Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Tuesday, August 13, 2013

Ujian Trauma

|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

: 19 Ramadhan :
Trauma yang menjadi realiti!
Lokasi: Kuala Lumpur.

Ini kisah benar terjadi pada saya INI KALILAH.Kisahnya bermula ketika saya berada di dua persimpangan....oh.. Bila saya lihat ke kanan kereta 'itu' sangat lah laju... dari jauh terus melanggar! PANG!! Habis sisi kanan cermin kereta saya kemik... 

Innalillah... benar lah mimpi mimpi yang sering melanda kini dah jd betol-betol! Siapa yang salah itu tak penting. Yang penting kawan-kawan yang memandu hati-hatilah, nak-nak lagi jalan 'key el' ni..macam-macam ragam dan perangai manusia...urut dada ingat Allah je la!! 

Kadang-kadang kita dah berhati-hati orang lain pula yang melanggar kita..nak buat macamna..

Alhamdulillah.. nyawa masih panjang..syukur ya Allah...

Doakan saya kuat, walaupun kemalangan kecil.saya masih dalam trauma kerana mimpi menjadi realiti!stay strong 4..n be positive!

P/s: adikku aqilah. Dengar cakap ibu itu berkah.This is today's lesson~ ♥♡





catatan ini sebagai peringatan buat diri dan yang lain, hati-hati =)

 Oleh : yang di langgar.
 Mar'atul Husna bt Roslan

Monday, August 12, 2013

Mujahadahlah!

|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

oh Hati,
bila kau seru pada kebaikan,
kau jejak
langkah demi langkah ke dalamnya,
membuahkan kemnisan iman,
menghasilkan lazatnya beribadah.

bila hati tulus
buat baik sangat mudah
terasa ringan

Namun,
kau talam dua muka
kau terbalik semula
dari hati yang asal

Ke arah mana?
ke mana lagi
kalau bukan kemungkaran

Disaat iman jatuh
ketika detik iman lemah dan turun
kau tidak seperti dulu

Dulu kau bersih sekali
kau dipenuhi cahaya Rabbi
tapi kini
kau berpaling tadah!

Oh hati,
Moga kau bisa membawa tuan mu
pergi ke jalanan abadi
dengan tenang dan indah

Kau selalu berlawan
dengan dua makhluk
tuhan yang lain

Saat kau menang
kau mengikut yang Khair
Saat kau kalah
pasti kau busuk
hitam dan kotor

Alangkah indahnya
bila hati bersih
nan suci sekali
Itulah harapan dari setiap diri
yang melalui mujahadah ini.

 Nukilan Oleh : Khalifah Allah,
 Mar'atul Husna bt Roslan

Sunday, August 11, 2013

leburkan diri

|Bismillah...|
 Alhamdulillah, 
Wassola ala Rasulillah.



Walaupun masih tak rasa nak menulis, 
ku gagahkan tangan menaip pada papan tetikus ini.
kerana semangat mereka.
anak-anak muda jejaka

Mereka kawan-kawan sekolah lama 
satu generasi bersama mancari ilmu
mungkin di sini penamat konvoi berkat mereka

singgah bertandang 
perkara yang tak di sangka
Allahuakbar!
mereka siap untuk dileburkan!

Setelah disisipkan motivasi.
Moga Allah berkati.


terjumpa post ini.

Di hari lebaran ni, sedih sekali melihat ada dalam kalangan kita yang;

-terlewat solat subuh lantaran terlalu bersembang2/ keluar jalan2 hingga lewat malam.
-Sibuk bersama sanak saudara hinggakan Al Quran tidak dibaca.
-baju raya yang kita sarungkan, ada yang menampakkan bentuk tubuh, baju terlalu jarang dan seumpamanya.
-Pergaulan pula tidak terjaga.

haish, sedih sekali rasanya.



Allah, jom muhasabah!
 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Wednesday, August 7, 2013

Kejayaan VS Realiti


|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.


Baru-baru ini saya di khabarkan ramai kawan-kawan bakal bergraduat. Alangkah gembiranya hati ini. Manakan tidak, mereka-mereka bakal berkerjaya pula selepas ini. Mungkin merasa duit gaji mereka, eheh.Belanja skit! =)

Walaubagaimanapun, rezeki itu hanya ditentukan dari Allah. Bukan diukur dengan kejayaan segulung ijazah dari mana-mana universiti. Insyaallah, kalau rezeki seseorang itu murah maka dia berpeluang menjawat kekosongan jawatan di sesuatu tempat, jika masih belum menerima mana-mana kerja yang diminta, mungkin ada hikmah semuanya. Yakinlah!

eh, saya pulak tukang jadi penasihat yek? em saje je. Sebab terasa terpanggil untuk mengeluarkan entri ini. Sebenarnya saya dengki, jeles dan cemburu. Ya, saya cemburu pada kalian yang sebaya sudah memakai jubah konvo, dan menaiki pentas dengan menerima anugerah Dekan, anugerah itu, anugerah ini. Seronok!

Kata Imam Syafie: Menuntut ilmu itu perlu masa yang panjang! Bukan menafikan mereka yang habis awal itu tidak menuntut ilmu, tetapi menonjolkan hujjah ini membuatkan saya masih boleh bersabar dan bertahan. ye ke? eh..  =)

Hakikat kejayaan seseorang bukan semestinya menentukan kerjaya dia. Ada sahabat saya dahulu dalam aliran Sains, sekarang menjadi pakar dalam bidang Ekonomi. Dahulu mahir dalam Matematik, kini menjejak kaki ke Maktab guru dalam pengkhususan Agama. Kejayaan di sekolah atau di universiti adalah subjektif.


Penilaian ini sangat susah di buat. Pernah saya dengar dari seorang pensyarah mengatakan bahawa: nilai 10 A dengan 7A adalah sama semasa temuduga. Apa yang membezakan? Bezanya adalah kokurikulum. Benar, apa nilai 10A kalau modal insan yang lahir itu tidak seimbang, hanya mental dan intelektual sahaja! Di mana kemahiran-kemahiran yang lain? Kemahiran pengucapan awam, kemahiran mengulas isu semasa, kemahiran berorganisasi, kemahiran menggunakan teknologi maklumat seperti Adobe dan banyak lagi.

Sebenarnya, kata seseorang keluaran universiti itu mestilah boleh mendidik masyarakat dengan ilmu yang dia ada, membawa masyarakat semakin dekat dengan Islam. Seterusnya memimpin masyarakat ke arah yang lebih baik. Amat berat amanat ini, namun ianya boleh diusahakan dengan persiapan dari alam kampus lagi dengan menyeimbangkan antara Akademik dan persatuan.

Mungkin generasi Z selepas ini mengahadapi cabaran yang lebih tercabar! Sungguh, hal ini kerana mereka bakal berdepan arus globalisasi, dan nilai-nilai negatif yang banyak. Seiring dengan perjalanan menuju negeri Abadi, persiapan yang sangat jitu perlu ada. 


Kejayaan tercipta setiap hari. Apabila ada yang telah berazam dan memulakan hari yang baru, matlamat yang baru, maka kejayaan yang baru juga bakal muncul. Setelah berjaya, manusia akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Islam juga menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin melalui sepertimana yang telah diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 1-11: lihat dan bertindaklah!

  1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
  2. (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,
  3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
  4. dan orang-orang yang menunaikan zakat,
  5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
  6. terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa.
  7. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
  8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
  9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
  10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,
  11. (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.


Hakikat kejayaan dunia sahaja tidak membawa seseorang menuai hasil di ladang Akhirat. Perlu sedar, bahawa kejayaan yang hakiki adalah ketika kita semua di bangkitkan! Adakah kita menuju Syurga atau Neraka?

Perjalanan masih panjang, bukan bererti bila sudah habis ijazah, maka berakhiralah segala destinasi menuju ilmu, bahkan sepanjang trek hidup kita ini perlu kepada menuntut ilmu! Mungkin boleh menyambung pelajaran pula ke peringkat seterusnya iaitu Master dan PHD dan lain-lain.

[Tujuan kita adalah mencari redha Allah, biarlah Allah redha dengan setiap gerak-geri kita. Allahughoyatuna. Allah tujuan KAMI!]

hasil tulisan:
Khalifah Allah
Mar'atul Husna bt Roslan
Darul Amin Sungai Gau.

Tuesday, August 6, 2013

..::Melentur buluh biarlah dari rebungnya::..


Masyaallah, hebat anak ini
kecil-kecil di didik
dengan bacaan Al-Quran.
subhana allah~

bercita-cita ^^
insya allah~

Ramadhan ....


|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

Bersyukur kepada Allah kerana masih di berikan kepada kita merasai Ramadhan tahun ini, ALHAMDULILLAH. Sedar  tak sedar, hari ini sudah 28 Ramadhan. Masyallah.

Mungkinkah kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang? Kesibukan dengan persiapan raya bakal melupakan Ramadhan yang bakal pergi. Sedih dan pilu hati-hati mereka yang amat rindukan bulan ini.

Berjumpa Ramadhan kali ini merupakan nikmat yang bernilai lagi berharga. Mana mungkin kita sisa-sisakan. Kedengaran lagu-lagu raya di corong-corong radio dan di deretan-deretan kedai. Malah sebenarnya sudah terdengar di sebuah kedai dari hari pertama puasa Ramadhan lagi!

Pernah dengar dari sahabat yang berada di Mesir bahawa mereka tidak mendengar satu pun berkenaan RAYA. Allahurabbi, berbeza sangat dengan negaraku.

Makna Aidilfitri hanya bermakna buat mereka yang betul-betul memanfaatkan Ramadhan mereka. Apakah kita merasa sudah cukup amalan di bulan Ramadhan ini? Apakah kita merasa berpuas hati?

Ayuh, audit diri:
1) Sabar
2) jujur dan Amanah
3) Berdisiplin
4) Infaq
5) Istighfar

Muhasabah! Mungkin  ini Ramadhan terakhir kita.
Update dan Upgrade IMAN kita!

Monday, August 5, 2013

taHAjud ciNta

Pagi yang indah
tahajud cinta
nikmat tak terkata

Beruntunglah mereka
Dipilih dalam kalangan terpilih
bangkit beribadah pada-Nya

Pagi hening itu
rasa tenang
rasa punya kekuatan

Rupanya Allah nak
hadiah taklifan
Amanah bukan dibanggakan

Gelap masih lagi nampak
di ufuk awan
renungan demi muhasabah

Allah ciptakan langit tanpa tiang
melihat ciptaan-Nya
berzikir tanpa henti
memuji dan membesarkan-Nya

pinta kekuatan pada-Nya
maha pemberi cinta
semua hanyalah kerana DIA.

[Maka nikmat Tuhan MU yang manakah engkau dustakan?]
Subahanallah..

nukilan:
Mar'atul Husna Roslan
Darul Amin Sungai Gau.

Sunday, August 4, 2013

bakTI

Bakti buat ibu bapa
sudah pulang ke gagang
terus berjasa pada mereka

Jejak demi jejak
turunan ilmu memasak dari si ibu
nasihat demi nasihat dari sang ayah

buatlah kebaikan dengan menurut kata mereka
taat dan setia
jua amanahlah!

hargai susah senang
mereka dalam membesarkan kita
sayangi dan kasihilah

solat jemaah, tazkirah, 
usrah dan ma'thurat
berjemaahlaah

Kenali watak mereka
ceria dan bahagiakan 
moga menjadi penyejuk mata
ayahbonda.

moga dalam usrah mawaddah
wa rahmah <3 b="">




tersentap!
dengan satu post di fb:

|Bismillah...|
Bahagiakan dulu ibumu.
Jangan mimpi dapat membahagiakan Hawa lain sebelum membahagiakan ibumu. 

Sabar.

Hawa itu akan datang bila ibumu bahagia.






begitu juga dengan aku!
nak ustaz Adam kena
usaha jadi ustazah hawa
nak imam muda
kena jadi makmum setia
nak jadi ibu mithali
turuti langkah ibu sendiri 

tak gitu? =)



::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...