~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Thursday, January 31, 2013

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu- Part 3

Kamu semua mesti rajin ke library, jangan duduk di bilik, tidak ada yang kamu buat di bilik melainkan berpotensi besar untuk TIDUR!!
itulah yang sempat di catat dalam minda Zinnirah ketika kelas Advance Arabic. namun dia tidak menumpukan tumpuannya. kerana buku yang dia sayangi telah hilang~


Zinnirah terjumpa satu nota yang diselit dalam diari kesayangannya. Nota tersebut berbunyi
" Sila jumpa dengan saya di library Darul Hikmah, level bawah tanah jam 5petang Sabtu ini, jika mahu saya kembalikan buku ukhti"

Aik, macamna boleh ada di dalam diari saya? ini mesti orang yang ambil buku saya tempoh hari, eh betul ke ambil? Kenapa boleh tinggal nota? Kenpa tak pulang je? Kenapa nak jumpa? bermacam-macam soalan yang bermain di mindanya. Oh ya, buku itu adalah salah satu buku rujukan yang digunakan oleh Zinnirah tempoh hari untuk menyiapkan assignment Nahu 3.

Setelah menyiapkan slide-slide yang akan dipresent kan di kelas minggu hadapan bagi tajuk Jihad dalam subjek Bahasa Melayu Kerjaya. Pakk, tiba-tiba Hanani datang mengejutkan Zinnirah dengan satu tepukan di belakang Zinnirah. Ya Allah, terkejut saya Nani. Awak ni tak habis-habis kerja mengejutkan orang! Hanani hanya tersengih. Memang watak itu yang diketahui oleh semua muslimat yang mengenali dirinya, tetapi dia juga bisa menyantuni orang-orang yang lebih tua.Watak slumber itu menjadi penghibur penghuni dorm 4.1 yang mula sibuk selepas masing-masing memasuki tahun 2.

Sunnguh pelik kamu hari ini.getus Hanani. kenapa? tanya Zinnirah. Senyap sepi dalam bilik sendiri. biasanya sekepas sarapan awak akan menyapu bilik dan mengemas..tetapi hari ini awak sibuk betul ye, luah Hanani. Sebenarnya dia telah ternampak Zinnirah membaca nota yang diletakkannya itu. Dia hanya tersenyum sendiri.

Biar dia kena perangkap! bisik hati Hanani. Zinnirah menyiapkan diri untuk ke library. Aku akan ke masjid dan solat Asar di sana, terus ke library untuk tujuan mendapatkan buku yang hilang dari pangkuan kembali.

Setelah menunaikan solat Asar berjemaah Zinnirah melangkah ke library, dia menjejakkan kaki bersama kawan baiknya Haura. Mereka berdua tiba di lokasi yang diberitahu. Tiba-tiba satu mesej telah diterima
-Assalamualaikum Ukhti, ana Zawawi ..Ukhti pakai jubah hitam bertudung Ungu ya?
-Ya, kenapa?
-Ok, sila ke kanan dari tempat ukhti berdiri sekarang dan buku ukhti yang ana ambil tempoh hari ada di atas meja -sidang meja bulat- itu.
-ok, terima kasih.
-sama-sama. maaf kerana ana tidak berani berjumpa ukhti..maaf sekali lagi ya ukhti.

perlu ke nak balas lagi? getus Zinnirah sendirian. oh tak perlu dah.dia dah jelaskan semuanya. Aik, kenapa tak berani jumpa? bukan ke ambil buku aku dan mahu pulang? tapi tak mahu tunjuk muka?

Zinnirah mendapati di buku yang dipinjam oleh Zawawi itu ada satu lipatan kertas yang di atasnya tertulis
"untuk Zinnirah"...eh, jiwang betul mamat sorang ni. Haura  menggeleng kepala. Isi surat yang berbunga-bunga ditambah lagi dengan ayat yang tidak sesuai diguna pakai. Seperti orang yang sedang jatuh cinta~


Sudah lah Zinnirah, tidak payah layan kata Haura yang turut ada bersama dalam situasi itu. Zinnirah membuang surat yang meminta dirinya supaya bercouple dengan Zawawi. barulah dia tahu, buku yang hilang itu diambil Zawawi kerana mahu mengirim surat didalamnya, kerana melalui surat tersebut dia tahu Zawawi bukanlah kos Bahasa Arab sebaliknya dalam bidang Undang-undang.

Ya Allah, semoga kau dibuka pintu hidayah. bercouple bukanlah penyelesai masalah yang kau hadapi. bukan juga penyebab kau menjadi cemerlang dalam pelajaran. Allah lah tempat kembali dalam apa jua situasi kita, sama ada dalam susah mahupun senang, dalam nikmat atau musibah.

Haura dan Zinnirah singgah di kafe Human Science untuk Dinner bersama. Ketika mereka menunggu makanan yang dipesan siap , mereka didatangi oleh seorang jejaka.

bersambung in syaa allah~


lihat part lain =)
moga ada manfaat buat ummat!
-->part 1

-->part 2
-->part 3
-->part 4
-->part 5
-->part 6




2 comments:

Anonymous said...

Aw, this was an incredibly good post. Finding the time
and actual effort to generate a good article… but what can I say… I put things off a lot and never
manage to get nearly anything done.
Feel free to visit my webpage : Adenomyosis Mri

Anonymous said...

Hi there, I discovered your site via Google whilst looking for a related topic,
your web site came up, it seems great. I have
bookmarked it in my google bookmarks.
Hi there, simply became alert to your blog through Google, and located that it's really informative. I'm gonna watch out
for brussels. I'll be grateful if you continue this in future. Many people will likely be benefited from your writing. Cheers!
Also visit my web-site :: http://dominioinfo.blogbaker.com

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...