~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Monday, June 17, 2013

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu- Part 4





Zinnirah dan sahabatnya amat terkejut sekali dengan kedatangan jejaka itu, datang dengan ditangannya membawa sejambak bunga ros berwarna merah hati yang sungguh cantik sekali lagi sedap mata memandang.

Keadaan di sekeliling kafe tempat mereka duduk sekarang menjadi sunyi sepi seketika. Puas Zinnirah mencabar diri agar bertahan dengan muka slumber nya tetepi tidak berjaya apabila si jejaka itu menyampaikan hajat mahu memperisterikan dia.

Suasan kafe kembali bising dengan suara siswa-siswi yang berada di situ, mereka buat-buat tidak nampak akan apa yang terjadi. Nasi sudah menjadi bubur. Jejaka yang tampan itu dilanggar oleh si kecil molek.

Mungkin anak pensyarah di Universiti ini. Dia dengan muka yang amat malu melihat anak kecil yang tingginya separas pinggang itu dan dia juga melihat bajunya yang sudah basah dengan air sirap limau. Habis merah kemeja putih yang dipakainya.

Hei, budak! Berani kau tumpahkan ke baju aku?
"maaaa aaf baaang, sa sa yaa tii dakk sengajaaa" kata budak itu dengan terketar-ketar dan kelihatannya gagap.

Jejaka itu pun menampar si adik kecil itu dengan satu tamparan dan berlalu pergi.. Pammmm!


"Kamu tidak apa-apa ya dik? tanya sahabat Zinnirah yang mula mendekati adik itu.
" Saya takut dengan abang itu" kata adik yang masih mentah tentang dunia emosi.
"Kasihan kamu..ok marilah akak ganti yang baru air sirap limau kamu"

Peristiwa di kafe itu masih terngiang-ngiang di kepala Zinnirah. Dia sangat terkejut dengan tindakan yang sangat drastik ari jejaka yang datang kepadanya mahu dijadikan isteri.

Tiba-tiba pula Allah nampakkan kepada dia lelaki itu bukan seorang penyayang, dengan mudah sahaja dia menampar si adik yang tidak sengaja itu.

BUNGA ROS MERAH HATI VS AIR SIRAP LIMAU

perkataan itu yang ditulis oleh Zinnirah di atas nota Mass Communication. Dia tersedar dari lamunan panjang di dalam kelas itu setelah perasan yang sahabat baiknya menyiku dirinya.

Astaghfirallahalazim..
Aku lalai ya Allah. Ampunkan aku ya Allah..

Aku ada amanah yang lebih besar dari itu ya Allah..
berilah ketabahan dan kekuatan hati dan jasadku untuk menempuh onak dan liku..
amiin..
_____________________________

"FOKUS! adalah salah satu teknik belajar yang perlu kalian rebut dalam kelas"
pesan kakak Naqibah Zinnirah semasa dalam usrah mereka baru-baru ini.
Ya aku perlu fokus, lupakan segala perkara remeh temeh dan tumpu dengan sepenuhnya apa yang kita pelajari, dengan itu in syaa allah pelajaran itu mudah difahami dengan baik!

Zinnirah menerima mesej dari seseorang tentang PERHIMPUNAN AMAN MAHASISWA...

insyaa allah bersambung~


lihat part lain =)
moga ada manfaat buat ummat!
-->part 1

-->part 2
-->part 3

No comments:

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...