~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Wednesday, January 30, 2013

DL

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menaip di blog yang kian sepi..namun akn ku luangkan masa juga untuk menaip. kerana aku telah berjanji mesti taip 1 post sekurang2nya 1 bulan sekali.ish2 sangat minima..

Allahumma solli ala muhammad. berselawatlah kepada nabi Muhammad s.a.w.. walau pun telah berlalu sambutan maulidur rasul yang lalu...berselawatlah....

hari ini saya terfikir tentang satu tajuk DL
ya Dl ini adalah ringkasan kepada Dean List atau dalam bahasa Melayu kita sebut Anugerah dekan. Sejak saya berada di UIA GOMBAK ini saya telah dibiasakan dengan DL.. kami disuruh oleh sesetengah senior untuk mengejar DL ini. untuk apa? tak lain tak bukan adalah untuk dapat hadiah dari Dekan setiap Kuliah. dan yang palaing penting bagi adik-adik(JUNIOR) yang baru masuk sem 1 tahun pertama adalh penentu bagi mereka mendapatkan biasiswa. Tidak kira biasiswa JPA, Bank Rakyat, Maybank, Petronas, Jakim dll..

ok bagaimna kalau saya tukar dari Dean List kepada Deen List? bezanya hanya pada huruf E. oh tidak bezanya juga pada maksud yang ingin saya sampaikan..



Bangga bukan apabila kita dinobatkan sebagai pelajar dean list? Mana tidaknya, antara ratusan pelajar yang menuntut dalam fakulti tersebut, kita berjaya menggondol title dean list. Menjadi satu tradisi di pusat pengajian tinggi, kesemua pelajar dean list bagi setiap semester akan dianugerahkan sijil penghargaan oleh dekan di hadapan semua pelajar baru. Wah! Sudah pastinya mereka menjadi pujaan pelajar-pelajar baru ini.


 Menjadi seorang yang cemerlang dalam pelajaran menjadi tuntutan dalam Islam. Sehingga Rasulullah bersabda :
“ barangsiapa inginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa inginkan kedua-duanya hendaklah dengan ilmu”

Begitu sekali Islam mengagungkan ilmu! Sehingga lahirnya ilmuan-ilmuan Islam yang cukup ternama dengan kesemua lapangan ilmu. Tidak kira ilmu perubatan, matematik, fizik, juga lapangan ilmu fiqh, hadith, tasawuf dan sebagainya. Siapa yang tidak kenal dengan Ibnu Sina,Ibnu Rushd, Al-Farabi, Al-Biruni, Al-Razi, Al-Ghazali, Ibnu Taimiyyah,Ibnu Qayyim dan ramai lagi ilmuwan islam yang lain. Mereka ini bukan sahaja layak dinobatkan dean list tetapi juga mereka sangat unggul dalam deen list.
Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, ramai yang berkejar-kejaran ingin mendapat dean list tetapi tercicir dalam mendapat deen list. Kita bertungkus lumus dari pagi hingga ke malam menghadap buku. Boleh dikatakan kita adalah tetamu tetap perpustakaan. Buku apa yang kita tidak pernah baca, hampir kesemua tulisan ‘author’ kita hafal. Tinggal lagi soalan peperiksaan tidak keluar semua topic, jika tidak segala macam ilmu dapat dimuntahkan. Wah, tahniah saya ucapkan kepada mereka ini kerana mempunyai stamina study yang begitu hebat.
NAMUN SAYANGNYA..
Mana hilangnya stamina untuk skor deen list? Jika solat lima waktu tidak pernah cukup sehari, jika Al-Qur’an sudah berhabuk terperosok di dalam almari, jika majlis agama dianggap tempat membuang masa, jika hati terasa lelah untuk membuat ibadah , maka kitalah orang yang paling gagal dalam hidup. Adakah kita fikir Tuhan yang memberikan kejayaan dalam pelajaran adalah berbeza daripada Tuhan yang kita memohon doa dalam solat?
“ janganlah kamu bersedih hati sedang kamu adalah orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu orang yang beriman”- al-tanzil-
Begitu Allah mengangkat darjat orang yang teguh imannya! Jadi, adakah janji Tuhan sebegini adalah dusta?
Apa yang lebih menyedihkan saya apabila seseorang yang mengikut tarbiyah dan usrah, masih lagi beralasan ‘hendak studi’ bagi meminta excuse untuk tidak hadir usrah. Adakah janji Allah untuk merahmati mereka yang menghadiri majlis ilmu adalah janji yang palsu juga? Adakah ada Tuhan lain yang memberi rezeki kepada mereka?
Firman Allah :
“ walau berkumpulnya seluruh umat di alam ini untuk memberi kebaikan padamu, maka ianya tidak akan berlaku melainkan dengan keizinanNya”
Mungkin ada juga yang mempersoalkan :
“dia tu tak lah alim pun, tapi asyik skor dean list je”
Anda pernah mendengar kisah Firaun? Kisah Qarun? Begudang-gudang harta dan kemegahan Allah kurniakan kepada mereka sedangkan mereka kufur dengan nikmatnya . Namun Allah masih jua melimpahkan mereka dengan harta dan kekayaan. Inilah istidraj! Nikmat yang diberikan kepada mereka untuk lebih menyesatkan lagi mereka. Nauzubillah!
Mudah-mudahan kita dijauhkan oleh daripada golongan yang disesatkan dengan nikmatnya.
“dan kami pecahkan mereka di dunia menjadi beberapa golongan ; di antaranya adalah golongan yang soleh dan golongan yang sebaliknya, dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran- al-a’raf: 168


kalau boleh kita usahakan dapat dua2 anugerah DEAN LIST BERAMA DEEN LIST!
insyaa allah, sabar, ikhlas dan istiqamahlah!

No comments:

::Jom dengar nasyid semangat!::

Loading...

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...