~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Friday, January 4, 2013

anak muda!

ANAK MUDA satu perkataan yang sering didengari sejak kebelakangan ini. Revolusi di Mesir bermula dari seorang anak muda yang memainkan peranan besar dalam Facebook(mukabuku) menyedarkan anak-anak muda yang lain tentang kezaliman yang berlaku.

Sirah sahabat dahulu..siapa tidak kenal Usamah b Zaid?Siapa Salman Al-Farisi? Siapa tidak tahu tentang Zaid bin Thabit? Tak lupa juga anak muda berdarah berani namanya Saidina Ali r.a..tak knl? atau buat-buat tak ingat?
sila cari dan kaji siapa anak-anak muda yang mencipta sejarah pada dahulu kala. Hayati dan selamilah hidup mereka, banyak benda kita boleh ambil iktibar. Apa lagi, mari kita singkap, ayuh mari kita ungkap satu-persatu apa yang ada pada ANAK MUDA itu!

Pemuda dan generasi pewaris dalam sejarah Ummah

Rasulullah s.a.w juga memperlihatkan kepentingan amalan budaya baik yang menyeluruh dan meluas di dalam masyarakat Islam ketika itu kerana taraf KEBAIKAN tidak mengenal apa sahaja, baik warna kulit, rupa paras, bangsa, umur, pangkat, darjat dan keturunan.

Dalam suasana demikianlah lahirnya seorang pemuda bernama Usamah b Zaid yang diberi kesempatan untuk memimpin kumpulan tentera Islam ketika usianya masih belasan tahun kawan-kawan!

Dibawah kepimpinan Rasulullah s.a.w jualah buah pemikiran Salman Al-Farisi diberi ruang ketika keputusan diambil untuk membina benteng di sekeliling Kota Madinah ketika Perang Khandak, idea dari anak muda berjiwa pejuang pada diri Salman Al-Farisi diterima, sedangkan Salman Al-Farisi bukanlah anak watan tanah Arab melainkan beliau merupakan anak kelahiran bumi Parsi.

Begitu juga kehebatan taraf iman yang dipamerkan oleh Bilal ibn Rabah, seorang manusia berkulit hitam yang asalnya seorang hamba abdi, tetapi diangkat darjatnya sebagai sahabat kanan baginda Rasullullah s.a.w yang dijamin syurga kerana ketinggian taraf keimanan yang dimilikinya.







No comments:

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...