~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Thursday, July 18, 2013

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu-Part 6


Zinnirah! kamu termenung kenapa?" tanya Sakinah. Dia melihat Zinnirah seperti merenung sesuatu.

"Oh, ana teringat kisah adik ana dulu..." luah Zinnirah.


"Kenapa?" tanya Sakinah kembali.


" Dahulu sebelum kerajaan Islam yang ada ini, kami adik beradik selalu menyertai himpunan atau demonstrasi. Kalau dahulu mana ada yang dibenarkan oleh pihak berkuasa. Pasti dihalang dan diburu siapa yang menyertai.Kemudian nak dijadikan cerita, adik ana........."



"Adik ana ditangkap selepas dikejar polis berpakaian SB.yang ini adik ana yang ketiga, kerana dia pakai baju Lambang pokok. ya waktu itu nak tegakkan Islam atas dasar akar pokok yang kuat.
Sangat tragis waktu itu."

" Ibu, abang sedang kena kejar dengan polis ni, ibu doakan"
Ya, insyaa allah anak ibu baik-baik sahaja, jaga diri, ibu... sedang meeting ni"
Bayangkanlah Sakinah time ibu ana tengah meeting tu la adik ana call minta didoakan selamat dari polis yang sedang mengejar beliau di belakang, tapi mungkin Allah tahu kena tangkap itu yang terbaik buat dia"

Selepas beberapa jam didalam lokap. " Abdul Mukmin b Misbah anda dibebaskan"
Sujud syukur tak terkata adik ana waktu itu juga.

Jutaan orang berada dihadapan sel penjara di balai polis yang panas itu. Mereka menyerang dengan kamera di tangan. Para wartawan mula mengerumuni ayah, Mujahid dan Mukmin. Mereka ibarat artis yang baru keluar dari atas pentas. Menjadi perhatian semua yang datang ke himpunan yang dilabelkan haram itu.

Keesokan harinya berita tersebar. Habis heboh tentang 'pelajar dilibatkan' dalam himpunan HARAM!
____________________________________________________________________


ALHAMDULILLAH~

rasa bahagia sangat melihat keamanan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ni.. tiada perselisihan yang berlaku.. semua beri kerjasama yang baik.. TAHNIAH SEMUA!

SUBHANALLAH!
lagi mengharukan bila melihat peserta solat berjemaah.. ALLAHU RABBI.. kagum sungguh..

Betul tu! Berjuang-berjuang jugak, kewajipan sebagai Hamba ALLAH jangan dilupa..TAKBIR! 

[Semoga himpunan tadi mampu untuk menyedarkan kerajaan tentang keinginan rakyat yang mahukan politik adil, telus dan bersih!]

- TERIMA KASIH ALLAH...

Tahniah semua!:)


itu luahan di group FB sahabat-sahabat Zinnirah. Mereka semua meraikan dengan gembira sekali.




______________________________________________________________

Zinnirah masih teringat dengan bait-bait seloka yang di lantunkan oleh seorang yang di kaguminya. Juga seorang mahasiswa UIA tempat dia belajar. Di bilik nya yang sunyi itu pada malam yang hening, di pasang kembali rakaman sajak yang sungguh mengharukan.

"Gaza.
Palestin.
Syria.
Mesir

Kita sedap makan nasi lemak.
Mungkin di sana, ada yang sedang mati ditembak.

Kita sedap makan roti bom.
Mungkin di sana, ramai yang sedang mati dibom.

Kita gembira. Hingga terlupa.
Mungkin di sana, ramai yang sedang menangis hiba.

Ingatkah kita pada negara-negara Islam itu?
Ingatkah kita pada saudara-mara kita di sana tu?

Doa dalam sujud terakhirmu.
Doa dalam hatimu.
Boikot apa yang perlu.
Tinggalkan maksiat yang dah semakin menyelaputi kalbu.
Jangan lokek untuk membaca qunut nazilah untuk mereka-mereka itu.

d0a qunut nazilah utk saudara d sana,..

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
amin,..

“Ya Allah, selamatkanlah umat-umat Islam di Syria, Mesir, Palestin dan negara-negara lain. Selamatkanlah akidah kami semua. Selamatkanlah iman umat di Malaysia ini. Selamatkan kami semua dari azab-Mu.”


"aminn Ya Rabb.." monolog Zinnirah di dalam hati. Sungguh sayu seloka yang di masukkan sekali doa buat mereka saudara kita disana.

Sebelum turun dari pentas mahasiswa yang di kenali ramai itu sempat berpesan kepada semua hadirin"

"Jaga solat,tinggalkan maksiat,belajar taat,rajin bertaubat,belajar jangan liat dan doa untuk umat."
Nah. lantang dan ringkas sahaja pesanannya.

Rakaman itu di tutup. Kemudian dia melangkah ke bilik air untuk berwudu'. Zinnirah terlelap di sejadahnya selepas menunaikan solat Isyak. Kepenatan yang melanda menjadikan dia tidak sedar yang dia tertidur di atas sejadah cinta.

"ting... ting.."

eh bunyi apa tu.. terjaga Zinnirah dan kembali mengemas bilik. Dia kembali  ke laptop dan mendengarkan rakaman pada himpunan itu.



Ketika kakinya melangkah ke bilir air, sekali lagi dia terdengar bunyi, "ting.. ting.. ting"

misteri sungguh! getus Zinnirah. 

dan....


bakal bersambung~ insyaallah =)



lihat part lain =)
moga ada manfaat buat ummat!
-->part 1

-->part 2
-->part 3
-->part 4
-->part 5

No comments:

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...