Kata-kata Ibnu Athaillah:
~Tika pagi datang, orang lalai akn berfikir apa yang harus dikejarnya. Sedangkan orang yang berakal akn berfikir apa yang akan dilakukan Allah kepadanya.~
Terus berfikir Zinnirah dari kata-kata itu, mana mungkin dia biarkan masa yang ada dengan pembaziran tanpa satu manfaat pun untuk Islam. Sedangkan dia pernah mendengar nasihat dari seorang pensyarah hebat yang bernama Dr. Hashimah yang pernah mengatakan bahawa " Orang yang paginya dipenuhi keberkatan mungkin boelh menyelesaikan 1001 perkara!, tetapi mereka yang lebih buruk dan teruk dari hari semalam ialah mereka yang 1perkara pun tidak boleh diselesaikan"
Terus mengucap istighfar Zinnirah selepas teringat akan kata-kata itu, aku tidak mahu seperti itu, aku mesti jadi dalam golongan mereka yang hidup dalam keberkatan.
Selepas membancuh kopi Pegaga kegemaran Zinnirah sekeluarga bersama madu Khaulah yang dibawa ayahnya, dia kembali menyemak nota-nota yang akan menjanjikan soalan-soalan dalam Final Exam nanti, sambil minum kopi dan mencicah biskut sebagai alas perut. Nota yang sempat dibuat bersama sahabat nya Sakinah dalam kesibukan mengejar membahagikan masa untuk akademik dan dakwah di lapangan.
Alhamdulillah..hela Zinnirah setelah dua jam dia mengulang kaji subjek Ulum Quran itu, dia mula menderap langkah ke bilik kawannya yang diberi gelaran Usu di dalam Usrah BOM mereka. Usrah yang sangat membahagiakan dengan dipenuhi pengisian yang mantap dari 14 adik beradik yang hebat dari segi input Islami.
Singgah di bilik Usu untuk mengambil satu barang yang berharga. iaitu Al-Qurannya yang memangil-manggil untuk dibaca. Al-Quran itu berada di tangan Usu kerana semalam Zinnirah tertinggal di meja ketika mereka discussion tentang Non-Muslim di Malaysia.
Sejurus selepas itu, dia mula mengatur langkah ke biliknya sendiri untuk solat Dhuha dan mengulang beberapa ayat yang akan ditasmi' kepada Ustazah nanti.
Beberapa perkara yang masih belum diselesaikan adalah pertama tentang emel yang datang menjengah ke inboxnya tempoh hari yang sungguh menuntut sebuah kesabaran yang tinggi. Kedua adalah sebuah buku yang dipinjam dari perpustakaan telah hilang. Puas Zinnirah mencari di segala sudut biliknya,masih belum ketemu!
Ya, emel yang diterima adalah lamaran untuk menjadi seorang isteri kepada seorang anak YB dari Perak yang sekarang sedang belajar di Bumi Anbiya' Bumi Kinanah iaitu Mesir. Mana mungkin aku akan bernikah dengan dia. Aku kenal dia. Punya keberibadian yang sangat luhur, punya cita-cita seperti ayahnya, sudah mempunyai master, dan yang paling penting dia menggunakan orang tengah pensyarah yang kucintai sebagai cara yang betul, bukan semberono terus kepadaku. Cuma aku masih belum istisyarah dan istiharah! Allah bantulah hambamu.
Semenjak semalam bilik di sebelah Zinnirah sunyi sepi, mungkin dia sudah pulang? Mungkin dia ada discusion di bilik kawan terus tidur di bilik kawannya? Bahaya juga jika tidak diberitahu kemana kita pergi, mungkin akan menyusahkan orang untuk mengesan kita dalam bahaya! Sudahla dua tiga hari ini pelajar-pelajar Muslimat digembar-gemburkan ada flasher yang masuk ke blok Mahalah Hafsa. "Habisla, risau juga aku dengan Syafiqah ini, selalu pulang lewat malam dan kadang-kadang tidak pulang terus, sekurang-kurangnya inform lah dulu", getus hati Zinnirah saat itu.
Semoga perjalanan sang pencari ilmu dimuka bumi Cinta ini bakal dinobatkan dengan Royal Award di Dunia dan Akhirat.
bersambung in syaa allah.
lihat part lain =)
moga ada manfaat buat ummat!
-->part 1
-->part 2
-->part 3
-->part 4
-->part 5
-->part 6

1 comment:
paul george shoes
goyard handbags
hermes handbags
adidas zx flux
hermes handbags
supreme new york
russell westbrook shoes
golden goose
curry 5
balenciaga
Post a Comment