Ketika kakinya melangkah ke bilir air, sekali lagi dia terdengar bunyi, "ting.. ting.. ting" Misteri sungguh! getus Zinnirah.Melajukan langkah membuatkan darah dan jantung Zinnirah mula makin racak berdegup. Dia kuatkan hati sambil membaca ayat kursi. "ting .. ting.. ting.. ting.." bunyi itu dalam bilik air telah kedengaran dari luar lagi. Zinnirah mula memikirkan yang bukan-bukan. Dia terbayang-bayang yang sahabat-sahabatnya pernah cerita ada peneman bagi sesiapa yang bangun tengah malam. Tiba-tiba tika Zinnirah masuk ke dalam bilik air dengan kaki langkah pertama itu, keluar seekor kucing yang berwarna hitam bulunya dengan loceng berkalung di leher berdeting " ting.. ting.. ting.."Kucing rupanya!
astaghfirallahalazim... berderau darah naik bulu roma Zinnirah terkejut. Disangka bunyi apa, rupanya si kucing yang keluar dari bilik air.Mungkin diakah yang menunggu bilik air ini? Mungkinkah dia yang dikatakan peneman itu? Alhamdulillah Allah, terkejut masih ada. Zinnirah menuju ke tempat mengambil wuduk dan memulakan dengan Bismillah. Malam-malam begini memang menguju iman, nak bangun beribadah? atau menarik kembali selimut dan tidur kembali! Perkuatkanlah diri mencari redha rabbi!"Ya Allah permudahkan urusan ku, kuatkanlah aku bagi melaksanakan amanah dan taklifan ini, berilah kekuatan kepada ku bagi melaksanakan ibadah kepada mu.." Amiin Ya Rabb. Selesai berdoa. Zinnirah mula menyelak halaman buku Syarah Ibnu Aqil. Kitab yang zaman berzaman menjadi turun temurun di medan ilmu khususnya dalam bidang Bahasa Arab. " Ustazah mahu kalian menjadi mereka yang berkualiti dalam menguasai bahasa Syurga ini, sebab itu ustazah mahu kalian buka kitab Turas yang sangat mencabar ini, belajar menghargainya bila susah nak faham, bila mula rasa lelah, kerana kamu tahu bernilainya buku ini bila kamu sudah bergraduat nanti" Zinnirah teringat kata-kata Ustazah Syakirah saat kelas Nahu bermula pada awal sem lalu. Pesanan itu dititip pada anak didiknya bagi memberi cabaran bersedia untuk melalui kesusahan menerokai buku ini!
Teringat masa ' berbulatan gembira ' dengan ibu, ada kata-kata yang menarik bagi Zinnirah cukup menarik. Kata ibu:
" Dimana ada pejuang Islam, di situ ada penentang Islam " Jadi tak pelik la kalau ada orang yang tak suka dan nak menentang perjuangan Islam. Kata-kata itu terlintas ketika Zinnirah membuka laman berita dilaptopnya. Banyak sungguh usaha-usaha nak jatuhkan Islam. Menyerang para pemimpin Islam sama ada peribadi mahupun luaran. Moga Allah bantu pejuag Islam ini!
Menyelak tajuk Idofah sering kali dilakukan oleh Zinnirah bagi memantapkan kefahaman dan ingatannya. Kerana tajuk Idofah yang beerti sandaran itu punya 15 tajuk-tajuk kecil. Zinnirah mencari nota-nota di sekolah dulu. Alhamdulillah, nota-nota dari KISAS yang dia pelajari ketika STAM dulu banyak membantu. Pesan Ustaz Fuad "Susah dan payah ketika belajar ini perlu dilalui, bayarannya kamu semua akan terima nanti insyaallah! sabar dan cekallah!"
Pagi Jumaat yang indah. penuh dengan kicauan burung sungguh cantik Subuh hari ini. Kabus pagi masih belum habis turunnya. Pokok-pokok yang daunnya hijau mula bersiap memberi tenaga oksigen. Udara yang segar masuk ke dalam tingkap-tingkap yang di buka pada awal pagi.Teringat ayah di kampung, awal-awal pagi lagi pasti ayahnya membuka semua tingkapdi rumahnya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca Mathurat penguat jiwa. Kata ayah udara segar memberi kita kesegaran ketika belajar. Ayah mahu anak-anak ayah jadi pelajar cemerlang!
Setelah menunaikan solat Dhuha Zinnirah bersiap pergi mengedar risalah-risalah yang diberi taklifan untuk diedarkan. risalah-risalah yang memuatkan artikel tentang persiapan menyambut Ramadhan. Di tampal pada papan kenyataan dan di edar dari bilik ke bilik. Di siapkan dengan segera pagi-pagi lagi kerana dia mahu sambung kerja yang masih tertangguh.
Sambil bersarapan roti dan air kopi pegaga kegemarannya dia bersiap ke untuk bekerja.Zinnirah mula menjejakkan kaki ke pejabat Mahallah Khalid Al-Walid. Tempat dia menambah duit poket walaupun sudah mendapat tawaran biasiswa JPA. Dia tidak mahu lupa daratan, mahu juga merasa kesusahan dan keperitan seperti orang lain yang tidak dapat apa-apa bantuan belajar. Niat di hati mahu menambah pengalaman baru setelah ditawarkan kerja kosong oleh kawan baiknya Amirul Mukminin. Alhamdulillah sampai juga aku ke pejabat hari ini,getus Zinnirah sendiri. Kelihatan yang lain masih belum sampai. Sebuah kad ucapan sampai di atas mejanya. Penuh dengan bunga-bunga dia mula teringat hari ini hari lahirnya. tak disangka ada yang ingat padaku, senyum Zinnirah seorang diri.
Bila di buka kad tersebut alangkah terkejutnya dia rupa-rupanya Amirul yang bagi. Tak di sangka dalam diam dia menyimpan rasa.Mungkin ini ujian hati buat aku.getus Zinnirah sendirian.Setelah menyemak baki fail-fail yang ada yang sudah disiapkan.Tugas menyusun surat menyurat dan menyemak status pelajar di mahallah itu adalah suatu tugas yang mudah dan senang bagi mereka yang ada rasa mahu dan berminat dengan kerja-kerja seperti ini.leka dengan kerja, akhirnya Zinnirah duduk di sebelah Kak Fieda, seorang staf jua merangkap kakak angkatnya. Mereka sudah saling mengenali antara satu sama lain.
Kak Fieda punya watak yang sangat penyayang, bergelar ibu kepada 3 orang cahaya mata. Sangat mengambil berat dengan kebajikan staf-staf lain yang masih bergelar mahasiswa. Memberi sokongan dan doa buat semua pekerja separuh masa di pejabat mahallah ini. Jam menunjukkan pukul 12 tengahari, masuk kak Lina yang merupakan tukang sapu di pejabat itu. Kak Lina juga seorang pekerja yang tekun, setiap kali sebelum memulakan kerja pasti dia solar Dhuha di bawah tangga tempat biliknya yang kecil untuk berehat, kemudian dia menyambung dengan bacaan Quran beberapa helai muka surat sebelum meneruskan kerja-kerja menyapu dan membersih.
Setelah hampir jam 5.15 petang Zinnirah pulang ke kamarnya. Dia sendiri memandu kereta dalam kepanasan terik matahari. Mungkin mahu hujan, agak panas sekali hari ini. Kain di ampaian di angkat dan dilipat selepas menunaikan solat Asar.
Bila dibuka halaman Facebook dan Twitter, ramai pelajar UIA yang post keadaan petang tadi yang agak mencemaskan, simpati dengan kenderaan pelajar-pelajar yang terlibat dalam situasi petang tadi. semoga segala urusannya dipermudahkan oleh ALLAH.Tidak mengapa, ada hikmahnya disitu.
Sejurus itu Zinnirah membuka laman sesawangnya. Deretan ucapan hari lahir masuk ke akaun facebooknya.
Satu ucapan khas dari seorang pensyarahnya yang dia cukup kagumi iaitu Ustazah Solehah yang cukup memberi kesan buat dirinya.
"Selamat hari lahir buar srikandi Islam Zinnirah Solehah.Perjalanan seorang hamba kepada ALLAH pasti kadang kala terjatuh dengan hawa nafsunya. Beratus kali tersungkur dan bangun kembali menuju robbuljalil. Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH. Jangan cepat melatah ketika kita lemah sabar dan terus kembali kepada ALLAH.
ما لا ينفع الغلب مثل غزلة كما فيما ميدان الفكرة
Petang yang kian kelihatan mendung!Deringan petanda mesej masuk ke dalam telefon bimbitnya. Zinnirah membuka mesej itu.
`Jadi hantar ana ke Stesen Bas Greenwood petang ni?`
`Jadi insyaallah. Lepas Asar ye`
`ok roger`
tiba-tiba....
bakal bersambung =) insyaallah..
p/s: sesiapa yg terlepas PART lain klik link di bawah =)
mg ada mnfaat!
--part 1
--part 2
--part 3
--part 4
--part 5
--part 6
3 comments:
entry awak sungguh bermakna utk dibaca... membuatkan hati rasa insaf dan ingin bertaubat la awk hehe =)
christian louboutin shoes
christian louboutin shoes
nike chaussure femme
cheap jordans
supreme shirt
golden goose
ugg boots
coach outlet store online
manolo blahnik outlet
fitflops sale clearance
www0821
kobe shoes
steph curry shoes
air jordan
westbrook shoes
yeezy boost 350
nike x off white
golden goose outlet
stephen curry shoes
supreme outlet
supreme
Post a Comment