~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Tuesday, June 18, 2013

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu- Part 5


"FOKUS! adalah salah satu teknik belajar yang perlu kalian rebut dalam kelas"
pesan kakak Naqibah Zinnirah semasa dalam usrah mereka baru-baru ini.

Ya aku perlu fokus, lupakan segala perkara remeh temeh dan tumpu dengan sepenuhnya apa yang kita pelajari, dengan itu in syaa allah pelajaran itu mudah difahami dengan baik!

Zinnirah menerima mesej dari seseorang tentang PERHIMPUNAN AMAN MAHASISWA...Orang yang dia sangat kenali. Hebat tutur kata, mulia akhlaknya, sopan dengan orang lain, dan tinggi ilmu agama. Senang kata perfect la!

______________________________________________________ Oh mana satu yang akan aku akan pergi?
1. perhimpunan Aman ni ke atau
2. Study group subjek Advance Arabic

Kedua-duanya sama penting! Akademik dan perjuangan!

Ya Allah bantulah hambamu dalam membuat pilihan. Selalu berada dalam dilema membuatkan Zinnirah melazimkan solat Istiharah.

Terngiang-ngiang pesanan Ustazah Safiyah dalam Kuliah Fiqh Wanita kelmarin katanya: "Apabila kamu berada di dua persimpangan, atau pilihan maka lakukanlah solat Istiharah. Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik"

Soalan diajukan oleh Zinnirah buat ustazah pada akhir sesi Kuliah itu:
" Ustazah, bagaimana pula kalau kita dah solat istiharah, kemudian kita dapat mimpi sebaliknya dari apa yang kita harapkan"

sejurus itu juga Ustazah Safiyah menjawab:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
Mudah dan ringkas seklai jawapan ustazah, beberapa orang pelajar Muslimah menganggukkan kepala tanda setuju dengan jawapan ustazah.

Zinnirah mencatat : Surah Al-Baqarah ayat 216!--> sila rujuk balik ya Zinnirah =)

Setelah melakukan istiharah dia mula tekad melangkah derap ke HIMPUNAN tersebut.

Mula mencari sahabat-sahabat yang sudah di ketahui akan turut serta. 

________________________________________________________

Tiba di Stesen KLCC mereka mula melangkah ke tempat himpunan.

" Alhamdulillah lah himpunan ini mendapat permit, kalau tak pasti kita diburu bak penjenayah" kata Haura sambil melangkah beriringan bersama-sama sahabat-sahabat lain.


Mereka pergi secara berkumpulan, kerana di sana ada rahmah.Dalam hal ini Rasulullah saw ada bersabda yang maksudnya: Jika tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah salah seorang dari mereka di lantik menjadi ketua."


Tetapi tumpuan kita ini adalah kepimpinan kepada masyarakat umum. Tidak mengapa, yang penting ketua ada. Haura menjadi ketua dalam sesi ke perhimpunan aman kali ini. Bakat kepimpinan yang ada sejak dari bangku sekolah melayakkan dia dilantik.


" Sahabat-sahabat yang ana kasihi, selepas ini kita akan berehat di Surau KLCC ini dan makan tengahari, kemudian kita akan bergerak ke Stadium Mutaqqin kerana kita akan mula berhimpun pada jam 3.00 petang". Haura bersuara setelah mereka keluar dari kesesakan di dalam LRT. "Ok, bereh!" sahut beberapa orang sahabat serentak.


Stadium Muttaqin menjadi nama panggilan baru setelah kemenangan kerajaan ISLAM, dahulunya di panggil Stadium Merdeka kini telah ditukar kepada STADIUM MUTTAQIN. 


Banyak pengisian rohani dan spiritual di isi sejak pemerintahan para Ulama'. Setiap hari Jumaat pasti ada kuliah Jumaat oleh Perdana Menteri yang di panggil jua Mursyidul Am. Hidup dengan cahaya iman! Setiap hujung bulan pada hari Ahad atau hujung minggu pasti diisi dengan Qiyamullail Perdana. Alangkah seronoknya bila Islam mula di angkat dan dijulang.


Dakwah dan Islah berjalan serentak. Ramai non Muslim mula berminat dengan ISLAM. Mereka turut serta dalam kuliah-kuliah yang dianjurkan. Masyaallah, inilah apa yang Nabi Muhammad mahu. Kualiti Islam dijaga diberi perhatian dan disyiarkan! subahanallah.



___________________________________________________
Zinnirah! kamu termenung kenapa?" tanya Sakinah. Dia melihat Zinnirah seperti merenung sesuatu.

"Oh, ana teringat kisah adik ana dulu..." luah Zinnirah.


"Kenapa?" tanya Sakinah kembali.


" Dahulu sebelum kerajaan Islam yang ada ini, kami adik beradik selalu menyertai himpunan atau demonstrasi. Kalau dahulu mana ada yang dibenarkan oleh pihak berkuasa. Pasti dihalang dan diburu siapa yang menyertai.Kemudian nak dijadikan cerita, adik ana........."


insyaa allah bersambung~ =)



lihat part lain =)
moga ada manfaat buat ummat!
-->part 1

-->part 2
-->part 3
-->part 4


::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...