~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Thursday, December 27, 2012

EXAM



hari ini saya berada di rumah Temerloh, setelah beberapa minggu tidak pulang ke rumah.
Alhamdulillah sempat melihat wajah ibu dan ayah saya tercinta.


Final exam yang akan bermula pada hari Sabtu ini sangat mendebarkan saya.
ini dia jadual exam saya
29/12-Komputer dan aplikasi dalam Bahasa Arab
7/1- Ulum Quran
10/1- Nahu
11/1-Advance Arabic
12/1-Sorof

Pelajaran yang berat ini tanpa ketekunan mungkin susah nak hadapi exam nanti, jadi saya mesti tekun!

Sebenarnya sedar tak sedar, sudah lama saya tidak mengupdate tentang kampus saya sekarang, fatimah Afifah, Faridah Nor Ahmad dan Sarah Omar adalah pembaca tegar blog saya ini.=)

Ada juga yang mahu saya update segala-gala yang dilalui di sini, saya hanya perlu katakan bahawa
"seandainya masa itu bergerak seiring dengan tulisan saya, pasti dan pasti saya sudah menghasilkan sebuah novel" --perasan benor, k fine!

setahun di UIA Gombak!
banayka benda saya nak cerita untuk dikongsikan bersama namun saya mencatit mana yang perlu bukan mna yang mahu!

1) Saya sangat bersyukur dimasukkan ke usrah Ma'ruf Club manakan tidak setiap hari saya rasa rindu dengan adik-beradik usrah saya. Kami dinobatkan sebagai usrah terbaik untuk batch kami! alhamdulillah, seronok tak terkata! semalam adalah liqo wada' terakhir untuk sem ini, selepas ini in syaa allah kalau di panjangkan umur kita akan berjumpa ye adik beradik sekalian =)

2) Selalu berjumpa dengan pensyarah sebenanrya sumber nak kutip mutiara-mutiara yang tiada di dalam kelas(outdoor). pernah seorang lawyer yang pernah belajar di UIA ni berkata kepada kami, " kamu nak cemerlang ada dua tip je saya bagi.. pertama kamukena selalu jumpa lecturer...kedua kena jumpa pelajar genius!

3) Suasana di sini yang mendisiplinkan saya! ya kenapa saya kata begitu? kerana saya kena susun jadual mana yang kena aula kan dulu, mana yang kena utamakan dulu! banyak assignment saya mesti jadi orang pertama yang hantar dulu!

4) Libarary-saya bukanlah kaki buku, tapi pesanan ust taufiq dalam kelas Advance Arabic yang saya masih ingat "Kamu mesti habiskan sekurang-kurangnya dua buah buku Bahas Arab sebulan".. Denagn sebab ini, saya terdorong untuk selalu ke library darul Hikmah mencari hikmah-hikmah yang tersembunyi  dalam buku Bahasa Arab!

ini yang sempat catit, nanti saya share lagi in sya allah..

p/s: macam lari topik!huhu...ape-ape pon doakan saya bahgia duni akhirat, berjaya dalam exam!aminx3


::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...