~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Friday, August 17, 2012

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu-Part 1



Pagi Jumaat yang cerah, kicauan burung yang selalu menyanyikan suara merdu mereka menceriakan suasana alam. Zinnirah bergegas ke Court tempat berkumpul usrah mereka sempena Ramadhan yang mulia ini. Mereka lakukan Solat Subuh berjemaah dan tadarus sejak awal Ramadhan lagi di Court yang bernama Nasyitah yang beerti aktif. Semoga Court ini bukan sahaja aktif dengan sukan sahaja tetapi juag dengan aktiviti dakwah seperti hari ini, bisik Zinnirah seorang diri.


"Ya Allah, semoga tadarus ini dapat kami teruskan walaupun bulan Ramadhan bulan Quran ini berlalu..ye la, kalau dilihat masyarakat kita hari ini khususnya masyarakat Malaysia ramai yang hanya bertadarus atau mengaji hanya ketika Ramadhan menjelang..bila Ramadhan berlalu, habis luput dan liat untuk mengaji lagi..nauzubillah.." tazkirah pendek dari kakak Afifah ketika selesai tadarus mereka di pagi yang indah itu. dan mereka bersalam dan bersurai menuju ke bilik masing-masing untuk khidmat diri kerana mereka ada kelas selepas ini.


---------------------------------------------------------------------------

Selesai membaca Ma'hurat dan Surah Kahfi di pagi Jumaat yang barakah, gadis itu  menaip emel untuk sahabat yang dirinduinya yang berada di Mesir bumi Anbiya'..panjang berjela-jela seperti menulis sebuah cerpen..namun itulah yang dilakukan dua sahabat karib ini walaupun jauh terpisah antara dua benua..mereka sahabat baik sejak dari Sekolah Rendah lagi..

Ukhwah yang di bina atas dasar kerana Allah akan merasai kemanisannya, walau jauh dimata tetapi dekat di hati hakikatnya..oh Khaulah Al-Azwar..aku merinduimu..bisik Zinnirah ketika menghantar emel itu..semoga kau disana bisa istiqamah menjadi seperti namamu 'Khaulah al-Azwar' yang bersemangat tinggi untuk berjuang demi Islam.

"Solat Dhuha ini satu amalan yang baik, perlu dilakukan selalu, supaya kita dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan. tetapi sebenarnya kalau kita hamba yang ikhlas kita bukan mengharap pada ganjaran yang Allah beri sahaja, kita mahu mencari keredhaan Allah, nak jadi hamba yang taat kepada-Nya." terngiang-ngiang tazkirah pendek dari kakak Naqibahnya suatu ketika di sekolah Menengah dahulu.

Alhamdulillah ya Allah, aku masih berkesempatan menunaikan solat Dhuha pada hari ini.
Doa Dhuha melantun dimulutnya:


Doa sesudah sholat dhuha

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.


Selepas itu, dia melangkah ke kelas Nahu yang bakal bermula sebentar lagi. pensyarah yang mengajar Nahu kali ini sangat profesional dan celik IT. Sudah pasti dia mahu assignment yang dihantar juga bertaraf profesional..perlu bersabar dan tekun menyiapkan kerja yang diberi oleh pensyarah..ya Allah, permudahkanlah urusan dunia dan Akhiratku..

 Zinnirah sebenarnya punya tujuan lain selepas kelas ini..dia mahu berjumpa dengan ustazah Azizah, guru yang sangat dia sayangi dan  yang selalu memberi semangat kepada dirinya untuk teruskan pengajian kos dalam bahasa Arab ini..

---------------------------------------------------------------------------

seusai kelas habis dia mula menaip mesej

-Assalamualaikum ustzah, maaf mengganggu, ustazah free ke sekarang?
-waalaikummussalam, alhamdulillah free..mai la tempat biasa kiter..
-ok.insya allah. saya hadir ke bilik ustazah segera..

masa itu berharga, ayuh ayunkan langkah dengan pantas!

terus kakinya melangkah ke bilik lecturer yang selalu dia pergi bersama Sakinah..sampai sahaja di bilik itu, ustzah sudah sedia menunggu..

hampir 3 jam mereka saling berbincang dalam sub-sub tajuk bahasa Arab..yang sangat penting difahami kerana pesan ustazah belajar bahasa Arab jangan hanya menunggu dan menadah ilmu di bilik Kuliah sahaja...topup lagi dengan mencari di luar bilik Kuliyyah...carilah ilmu di mana sahaja...insya allah akan ku semat di dalam dada! kata Zinnirah penuh semangat bila teringatkan kata-kata ustzah Azizah itu.


ketika mereka bersalam dengan ustazah untuk pulang, tiba-tiba ustazah Azizah sempat berpesan supaya  Zinnirah membuka emel, katanya penting.kenapa ustzah? rahsia..


 Em, emel apa ye? kenapa ustazah tiba-tiba suruh awak melihat emel? tanya Sakinah ketika keluar dari bilik ustazah Azizah. ish, biarlah dulu..kita pergi ke forum ni dulu ye, jawab Zinnirah kembali..cetus rasa pelik dihati Zinnirah, namun dibiarkan sahaja..ada majlis ilmu ni..ini lagi penting..monolognya sendirian..selepas pulang dari berjumpa ustazah tadi Zinnirah terus ke Forum Ihya' Ramadhan.. mengambil point-point penting untuk dijadikan ingatan buat diri dan juga orang lain.


---------------------------------------------------------------------------
hari minggu yang sepi, sebahagian mahasiswa pulang ke kampung halaman, terutama mereka yang punya kenderaan sendiri. 

Di waktu lapang ini Zinnirah menyusun jadual belajar dan melihat berita-berita secara online, ketika membuka emelnya dia baru teringat pesan ustzah Azizah yang mahu dia melihat emel segera! astaghfirullahal azim....sudah terlupa aku, bisik Zinnirah.


Allah! terlepas perkataan itu dari muluntnya, terkejut Zinnirah ketika membaca emel yang diterima... apakah ini ujian untuk Iman ku yang lemah ini ya rabb...
bakal bersambung...



lihat part lain =)
moga ada manfaat buat ummat!
-->part 1

-->part 2
-->part 3
-->part 4
-->part 5
-->part 6

4 comments:

Anonymous said...

tak saba nak tggu cerita selanjutnya =D

Anonymous said...

I needed to thank you for this very good read!! I absolutely enjoyed every little bit of
it. I have you book-marked to check out new things you post…

my website; Polaris Snowmobile Parts []

oakleyses said...

red bottom shoes, michael kors outlet online, true religion, tiffany and co jewelry, nike air max, oakley sunglasses, ray ban outlet, tory burch outlet online, tiffany jewelry, michael kors outlet, louis vuitton, nike outlet, oakley vault, kate spade outlet online, prada handbags, nike free, longchamp outlet, ray ban sunglasses, nike air max, coach outlet store online, burberry outlet online, christian louboutin, coach outlet, christian louboutin shoes, christian louboutin outlet, louis vuitton handbags, michael kors outlet store, michael kors outlet online, polo ralph lauren, cheap oakley sunglasses, chanel handbags, coach purses, coach outlet, prada outlet, kate spade outlet, polo ralph lauren outlet, burberry outlet online, longchamp handbags, true religion outlet, louis vuitton outlet online, gucci handbags, jordan shoes, longchamp outlet online, michael kors handbags, louis vuitton outlet, michael kors outlet online, louis vuitton outlet

oakleyses said...

birkin bag, ferragamo shoes, ugg, reebok shoes, asics shoes, insanity workout, hollister, giuseppe zanotti, chi flat iron, soccer jerseys, herve leger, jimmy choo shoes, uggs outlet, new balance outlet, replica watches, lululemon outlet, nike huarache, north face jackets, ugg boots, p90x workout, longchamp, canada goose outlet, uggs on sale, abercrombie and fitch, beats headphones, wedding dresses, vans outlet, valentino shoes, mac cosmetics, canada goose outlet, canada goose, uggs outlet, celine handbags, soccer shoes, nike roshe, mcm handbags, marc jacobs outlet, bottega veneta, mont blanc pens, ugg outlet, canada goose outlet, nfl jerseys, ugg soldes, babyliss pro, ghd, nike trainers, north face outlet, ugg boots, instyler ionic styler

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...