~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Saturday, March 24, 2012

::peluang itu berguna::

Rasa sudah lama tidak menulis di blog saya ini
maklumlah ada perkara yang perlu diafdhali
kerja, amanah, taklifan dan dakwah suci
detik berlalu hari demi hari
rindu sungguh untuk meng'update' blog kesayangan ini

Kadang-kadang peluang yang ada untuk menulis tidak diberi,
saya ditarik oleh 'kerja-kerja' yang tak boleh saya lari lagi

Ya, kerana apa?
kerana amanah yang Allah beri bukan saja-saja
Perlu diselesaikan dengan sama-sama 
bagi merealitikan motif yang mahu digapai sungguh menjangkau sukma dan minda!

Sungguh indah bila program yang dirancang telah dirasmi
barulah kita tahu Ibrah dan teladan atau ringkasnya 'postmortem' yang mesti diperbaiki
Jangan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali
Baiki segala kekurangan untuk maju lagi.

Berorganisasi mengajar kita erti pengorbanan,ukhwah dan gerak kerja
Kadang-kadang kita perlu tahu juga
ada orang yang selalu sahaja derita
supaya kita bangkit dari panjangnya lena!


Kerja dakwah tanggungjawab semua wahai hamba-hamba Allah ,
Masih kita menyendiri? Berjamaahlah!
Masih berpangku tangan?Bersemangatlah!

Sedarlah dakwah itu bukan berceramah sahaja
Serulah tentang Islam kepada mereka yang terdekat,sahabat-sahabat dan ahli keluarga
Adakah mampu untuk menjawab di hadapan Allah atas kelalaian kita?
Tentang dakwah yang mulia..


Untuk ingatan bersama firman Allah yg bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dia mampu"


p/s: peluang hanya datang sekali, jangan menyesal tak bertepi! 
kerana generasi yang diimpikan-generasi Rabbani-


1 comment:

Kumiko Ryou | Farah Amira said...

hehe....bgus kwn sy
sy berbangga menjadi kwn anda..:)

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...