selama cuti tengah sem ini saya banyak memerhati dari bertindak..
lalu pagi tadi PASTI yang saya perhatikan itu saya risik apa yang patut ditolong
oh memang sangat memerlukan tenaga pengajar untuk....latihan bola sepak!
latihan unutk pertandingan antara zon nanti..
Masya allah, saya siap-siap dan terus melangkah ke PASTI yang hanya beberapa langkah sahaja jaraknya dari rumah...ya mungkin 15 tapak kaki saya tertinggal di atas tanah..
(jarak rumah dengan PASTI terlalu dekat)
em, saya sangat merindukan tempat ini.
pusat asuhan yang pertama sekali saya MENGAJAR selepas tamat STAM
saya rindu akan anak didik yang sungguh ligat
Rindu dengan Abdul Hadi dan Izzat
dua anak murid yang sekarang sudah berumur 5 tahun
ligatnya masya allah!
_____________________________________________________________
LALU kumpulan bola ini saya bahagikan pada dua
yang satu mahu dinamakan Messi
yang satu lagi mahu dinamakan Malaysia
huh, budak-budak sekarang sudah tahu macam-macam,
kalah cikgu yang seorang ini..
"Sepak bola tu!"
jeritku pada Anas Safwan..memang kaki bola, tapi sepak satu pun tak gol..sabor je la
disebelah sana pula latihan bola jaring pula dimulakan..
cuba anda bayangkan dalam satu masa dua latihan BOLA dilakukan..
memang best la kan..dengan suara budak lagi ditambah yang menyokong lagi ramai dari yang bermain..
aduh,memang bingit!
bermain lah saya dengan mereka ini-anak-anak didik lelaki
sehingga jam menunjukkan pukul 8.45 pagi
"Penatnye saya,ustazah", kata salah seorang dari team Messi..
"Tak pela yang penting team Messi dah menang! Kita berjaya menggolkan 15jaringan,awak tahu tak 15-5 tu jauh bezanya"
sampuk salah seorang dari mereka.
Sesi latihan kali ini berakhir, saya minta mereka basuh tangan dan masuk ke kelas untuk meneruskan sesi pembelajaran pula.Saya sempat mengajar beberapa vocab arab dan terpaksa meninggalkan PASTI itu..kerana ada meeting bersama adik2 untuk KONPIP pula..jam 10pg.cepat2!
Barulah saya tahu sELAMA Ini saya tahu tengok bola je..main mana lah pernah..tetibe di suruh mengajar latihan bola sepak..hehe..memang ready, dan standby je la..
pengajaran:
1. Boleh masuk dengan semua orang
2. Ready untuk jadi apa sahaja bila disuruh..walaupun anda tak pandai, nanti anda akan pandai dengan sendirinya.
3. Berkhidmatlah untuk masyarakat =)
4. banyakkan kemahiran..supaya tak cuak bila diminta tolong.
5. cuba berikan yang terbaik atas satu-satu permintaan orang tu.
6. Jangan lupa niatkan kerana Allah semata-mata,setiap apa yang kita lakukan(dapat pahala)
7. Lihatlah anak-anak dengan mata hati, mereka tiada dosa dan suci bersih
8. Permantapkan lagi diri dengan ilmu anak-anak, agar mudah nanti bila dah ada anak! adoi...ada kaitan ke?
9. Usahakan beri bakti pada masyarakat sekeliling, agar hidup lebih bahagia
10. Terlalu mengharapkan yang sempurna menyebabkan kita sendiri lupa untuk baiki segala yang menyempurnkan diri--jadi, jangan nak perfect sangat, buat mana yang mampu!
segala yang baik, datang dari Allah, dan jadikanlah teladan...yang bukan baik datang dari kelemahan diri sendiri..mohon maaf..astaghfirullah..
p/s: hantar anak-anak anda ke PASTI kerana banyak kesan positif dari negatif berbanding dihantar ke KEMAS..
1 comment:
jordan shoes
nfl jerseys
michael kors outlet
coach outlet online
kd 11
hogan outlet
curry 5
off white clothing
birkin bag
christian louboutin
Post a Comment