meeting urusetia sebelum program
di tengah hari yang panas kami berenam menaiki Wira saya bertolak ke Ibam, sebelum itu saya singgah dulu di bus stand Temerloh untuk solat Zohor dan mengambil adik2 yang masih menunggu saya untuk tumpang sekali.
Selepas solat, saya keluar dari surau dan terlihat bonet kereta saya terbuka luas..terkejut giler! kenapa macam tu bonet kereta saya.. Ya Allah, dengan barang banyak nye..malu kot..barulah saya tahu mereka menunggu 2 orang lagi sahabat yang belum sampai..
ok fine! kalau ye pun..tutp la sikit..ni tak, terbukak habis...nganga luas!
maka kami pun memulakan perjalanan ke Muadzam
dalam perjalanan kami berborak rancak..
macam2 topik dibincangkan ...
tibe2, nampak kereta pakcik peronda..naik kereta PoLIS..saya rasa dah lain, yang dalam kereta ni kat belakang 4 orang..
kenapa lambat sangat dia bawa..kami pun dengan semangatnya memotong kereta polis tu..
tanpa di sangka-sangka..ada laporan dari Sufi bahawa kereta peronda tu memcut kelajuan seolah-olah mengejar kami..
aah la kereta tu makin dekat bagitahu Jannah..
tibe2 kereta polis peronda tu betul-betul belakang kereta Wira saya...siap bagi lampu berkali-kali.
saya dan seisi ahli kereta mula rasa panik..
nak buat ape?
nak berhenti ke?
apa salah kite?
la..baru saya ingat saya tak pakai tali pinggang ...cepat-cepat saya tarik tali pinggang tu dan pakai elok-elok..
dan terus bg signal ke tepi...
dalam hati Allah je yang tahu..
mana pernah saya ditahan polis..
"adik keluarkan lesen dan I.C"
berlaku aksi perbualan tentang 'saman'..
P:polis
S: Saya
P: masa awak belajar kereta dulu, penumpang kat belakang kena ada berapa?
s: menjawab dengan muka panik, 3 orang sahaja
p: dah tu, kenapa ada 4 orang kat belakang tu?
s: tak pe bang, muat je
p: cube awk keluar tengok tayar belakang?
s: AAH la
p: awk ambil PTPTN?
s: tak
p: ni kereta sape?
s: ayah.
p: ok, tak pe la..awak ni ada 3 kesalahan. lbh muatan, tak tampal P dan plat patah..
s: ye ke?(dengan muka cuak, macam nak nangis dah)
p: yup
s: kurang la..(muka minta smpati dan redha)
p: kena bawa hati-jati,nanti meletup tayar
s: ok( dalam hati, ayah dah tukar tyr baru la)
Polis berdua tu menulis sesuatu di kertas samannya..dan mnyerahkan kpd saya..sambil berkata,bawa elok-elok..
bila dilihat, barulah saya lega hanya ditulis kesalahan tak tampal P.
rasuah ke?
ntah la.
sian kat ayah kena byr ni kang..
setelah itu kami berlalu dengan muka LEGA dan REDHA~~mula senyap je dalam kereta macam paner.
pah tu mula berborak rancak sperti sebelum ini..
itulah rencam kehidupan
1)kalau kita salah, kita automatik rasa bersalah...rasa berdosa..macam tu jugak dengan dosa-dosa yang telah kuta lakukan..namun,Allah memberi kita berpeluang untuk bertaubat..
2)langgar peraturan ciptaan manusia disaman, langgar peraturan Allah diazab
3)berani kerana benar takut kerana salah..polis tu manusia jugak,kalau dah tahu buat salah ti ngaku je la..
--------------------------------------------------------------------------------
alhamdulillah sampai jugakami urusetia ke sekolah Ibam ini..setelah mengambil masa 4 jam perjalanan.
semoga program hari ini dan esok lusa berjalan lancar..Konvensyen pelajarIslam Pahang 12!
p/s: pakai tali pinggang!
1 comment:
WWW0619
longchamp handbags
cheap nhl jerseys
air jordan 12
polo ralph lauren
ray ban sunglasses
jordan shoes
jordan shoes
vans shoes
coach outlet
michael kors handbags
Post a Comment