~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Saturday, August 20, 2011

~perjalanan yang penuh pengalaman~


assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah
selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w


sedikit catatan hati dari diri ini..
semoga kita sama-sama mengambil manfaatnya..
alhamdulillah
sebelum ni
aku ada menulis sedikit post tentang sahabat-sahabatku
kini sahabatku
yang dari bumi anbiya' pulang ke tanah air sendiri...
kerana dia bercuti...cuti musim panas..

aku dan dia pun memulakan sebuah perjalanan..


Jumaat
Cerita ke Kulliah,Pekan


bertolak dengan bas Transnasional dari Bandar Ikan Patin ke Ibu negeri Pahang(Kuantan) jam 2.30petang bersama sahabatku yang baru pulang dari bumi anbiya' -Khairun Nisya Shaharum..

sampai di Kuantan..diambil oleh Kakak Nisya(kak Mardiah)
berbuka di IKIP..
meneruskan perjalanan ke Pekan..


sampai di Kulliah jam 9.45malam..
terus bersiap untuk bertemu mereka..


berjumpa dengan adik-adik MPP (majlis Perwakilan Pelajar) tahun ini
terharu dapat jumpa diaorang...

cuba bayangkan anda berjumpa dengan pimpinan yang mantap lagi bagus
pasti anda suatu ZUPP...
huh,bukan senang nak buat program secara spontan untuk MPP kali ni..

insya allah
moga-moga kalian bakal juga menjadi pimpinan di masa hadapan...

malam itu,tentatif diberikan..
aku dan Nisya plan dalam bus sepanjang perjalanan ke Kuantan petang tu..
huu..adik-adik ni muka serius je,gaya program ni dirancang lama..
padahal aku pun baru plan dalam bus tu..


Sabtu
berprogram bersama mereka
taklifan(amanah)---mesti hafal surah SOFF
surah yang amat berkait rapat dengan pemimpin,apa yang dipimpin dan kepimpinan...

sungguh bersemangat mereka berprogram walaupun di bulan puasa..
ke hulur ke hilir
aktif sungguh...beginilah sikap pemimpin yang perlu ada!

berbuka puasa bersama kak Ayu dan Izzah Zakaria...alhmdlh..


Ahad
tasmi' quran-surah soff
bagus..
walau pun ada segelintir yang tak berapa lancar..
biasalah kita tak boleh nak yang perfect je..
alhamdulillah dia orang berusaha untuk hafal...14 ayat tu...bagus
harapnya...menghayati...


dan berakhir dengan resolusi..ha nak tahu ape resolusinya??

jom kita kaji..
ni dia....

surah soff-amanah pemimpin
qiamullail-wajibkan
solat dhuha-ajak yang lain
tazkirah 5 minit(TAZLIM)-saling ingat mengingatkan sentiasa
ice breaking-sapa yang jadi pemimpin kena pandai bercakap...
ta'aruf-kenapa tak boleh settlekan ukhwah dalam tempoh 8 bulan??
isu semasa 'couple'-sensitif dan bertanggungjawab
SWOT-gerak kerja bersistematik
siapa aku??(perdebatan)sangat hangat-aku adalah khalifah Allah,semua orang wajib berdakwah
resolusi-terbaik!

pemimpin terbaik lelaki_mohd Nasrul Arif...merangkap YDP MPp'11
pemimpin terbaik perempuan_Sakinah Arifin merangkap NYDP MPP'11
memang selayaknya untuk diaorang..aku dan Nisya menilai dari awal program lagi...kedua-duanya..pandai meminpin dan sangat kreatif..moga2 kalian menjadi pemimpin yang..... bertaqwa..amiin
semoga kalian tidak mensia-siakan kedatangan kami
menangis ku membaca surat-surat dan corat-coret kalian yang terakhir, begitu mengharapkan kedatangan alumni untuk membantu dan menguatkan kalian serta meyakinkan kalian untuk berucap..
selesai sudah yang itu...yang ini pula menunggu..

3.00 petang pulang..selamat tinggal semua,jumpa lagi..sayang korang semua..
dan menumpang di rumah Ainul Mardiyah..
untuk perjalanan hari esok pula..



cerita ke SMA IBAM,Muadzam
Isnin
bertolak dari ruamh Ainul Mardiyah
ke rumah abangnya di IRSYAD..
aku memandu kereta kancil milik abangnya
Ainul dan Nisya menjadi pengubat dan penyegar aku dari tertidur..
ye la perjalanan sungguh jauh...

walau pun mereka juga tidur lena dalam kereta kancil itu,walaupun aku beberapa kali 'semputkan' kereta itu..walaupun di ganggu telefon oleh 'si dia'..aku sebenarnya baru dapat lesen..tu yang macam kekok lagi nak bawa kereta...nak nak kereta manual macam kerata kancil ni..huhu tapi,alhamdulillah kami selamat sampai ke SMA IBAM lebih kurang jam 12 tengahari...

bertemu Ust Hasbullah
Ust ku di SMA al-Khairiah dulu..
kini berkhidmat di sini
beliau menyatakan kami perlu berjumpa dengan jawatankuasa Badan Dakwah selepas pukul 1petang

jadi kami memutuskan meneruskan hasrat kami yang sebelum ini ingin melihat 'kawasan' itu dan 'kawasan' ini..


cerita tasik biru,Ibam

subahanallah...
cantik sungguh ciptaan Allah
puas kami mencari tasik ini..
alhamdulillah berjumpa..
terima kasih Angah(syarifah0 kerana membantu ...menjadi pemandu jalan..

cerita tasik ini,katanya bekas lombong
asalnya tempat pengeluaran bijih tmah,batu jet, emas dll.
memang tenang melihatnya...subhanallah...siapa sangka air yang tenang tiada buaya...(tibe je)
ok..sambung,

semua kereta jentolak atau manusia yang jatuh ke dalam tasik ini
tak kan jumpa dah
sebab katanya tasik biru ini tiada dasar
pernah dikatakan penyelam-penyelam dari luar negara datng untuk mencari barang-barag yang pernah terjatuh dahulu...memang tidak dijumpai kerana...tasik iti tiada dasar,sungguh dalam..
wallahu'alam..

SUBHANALLAH........
selepas menuanaikan solat zohor
kami bergerak semuala ke kawsan sekolah IBAM..

bertemu dengan adik-adik itu

memberi sedikit nasihat
setelah adik-adik meluahkan segalanya..

alhamdulillah selesai sudah..

cerita ke Yayasan Pahang
Selasa
kami bergerak ke Kulliah dahulu bagi mendapatkan tanda tangan salian pengesahan,macam-macam..kalau prosedur...huh memenatkan.


em...pergi ke Yayasan Pahang..

aduh yang ni aku tak daya nak cerita balik..
cuba bayangkan dah semangat gi ke kaunter nak serah semua dokumen dan borang..


tibe cik kat kaunter tu kate gamabar mane?
gambar pasport pula tertinggal dalam kereta Kancil tu..
emmm.
aku pun segera ke kereta kancil tu dan digelakkan oleh pak cik jaga Yayasan Pahang tu...nape cik doktor tertinggal ape??itu dia soalannya kepada ku...sakitnya dengar...tapi takpe la sabor je la..
em,dah semangat nak ambil duit nak masuk U..kawan-kawan kata terus dapat RM500 time tu jugak..em aku melangkahkan kaki yang ke'puasa'an ni...tiba je kat kaunter tu...dia check la borang aku ni...tiba pulak dia kata ' salah sign ni,sepatutnya bukan ketua kampung yag sign kat sini,sebenarnya penghulu mukim.."

aku ni dah la 'orang kampung' mana la tahu bezakan penghulu kampung dengan ketua kampung...apa lagi aku pun buat la muka seposen...emmm


dia pun kata adik gi kat ma'had Tahfiz sebelah jmpa pengurus dy...and then mintk tanda tangan dia .....suruh dia tanda tangan kat sebelah tempat ketua kampung yang salah ni..''
aduh dugaan betul nak dapat duit ni..
aku pun keluar nak dapatkan tanda tangan pengurus ma'had tahfiz tu...jumpa lagi pak guard yang tak perasan aku...nasib baik la...kalau tak "petir" lagi la...
U turn punya lah jauh...rupanya ada jalan short cut..mana la aku tahu...habis duit minyak rakyat...


alhamdlh...selesai...RM500 dalam tangan...yes!


cerita ziarah Ust. Nazari
jam 4.30petang kami bergerak pula ke Hospital tengku Ampuan Afzan HTAA...menziarahi
ziarah Ust Nazari...

Ust Nazari ni adalah Ust aku,Nisya dan Ainul..
kami bertiga sempat belajar Hadis dengan Ust ni..semasa di KUlliah,Pekan..tahun 2010..
semoga Ust cepat sembuh..

dan dan je, masa kami datang tu...nurse datang kepada isteri ustaz dan mintak buku biru...dia kata boleh balik..dan 2 minggu lagi ada rawatan lagi...oh ye upa nak bagitahu,ust menghidap penyakit buah pinggang...
huh
apa lagi
ceria la muka mereka berdua(ust dan isterunya)
Saiz fon
kami menolong mengemas barang-barang yang hendak di bawa pulang..

tepat jam 6.15 petang kami bergerak ke IRSYAD untuk memulangkan 'kereta tuan' nya..huhu


Cerita konvensyen..
Rabu
hari ini aku pulang ke Temerloh..

menyertai satu program...
penimaban ilmu yang aku tak tahu selam ini..
alhmdlh
sempena cuti nuzul Quran
ni aku pun bercuti lah jugak...aku dah la tak mengajar Isnin dan Selasa baru ni...sibuk ke Ibam dan Yayasan Pahang..kononnya....rindu la pulak kat anak-anak didik ku..


Khamis
aku mengajar semula dan berkhidmat lagi...
seronok tidak terkata..bahasa arab bahasa syurga...

cerita ke Kuantan(ASPA)
Jumaat
aku terpaksa minta cuti lagi...
minggu ni aku mengjar sehari je..iaitu hari khamis semalam...malu la...apa la cikgu ni...asyik ponteng je..
aihsk..kamu apa tahu...cikgu nak gi aspa ni(amanah saham pahang)nak minta duit rakyat ni..=)

aku bertolak dengan sahabtku...faridah, khairani dan ct safiyyah..

alhmdlh selesai..
sebulan lg prosesnya, doakan lah...insya allah duit rakyat kepada rakyat...itu lah yang sepatutnya
emmmm

itulah perjalanan ku dan sahabat2ku..


kenangan...
masih segar dalam ingatan..



moga pengalaman yang dapat...menjadikan diriku lebih matang,mengahdapi sebarng masalah..dan cabaran..insya allah...


ya allah lindungilah diri ini dari sifat sombong dan bangga diri..aku menceritakan ini sebagai sebuah memori dalam hidup ku...aku tahu siapa diriku.manusia biasa..yang banyak menolongku adalah Allah...yang membantu ku ketika kesusahan adalah Allah...semuanya allah yang tetapkan...allah ingin menuji ku...
terima kasih kepada sahabat baikku...Khairun Nisya...dan Ainul Mardiyah...moga kalian di baas oleh Allah dengan hikmah yang tersebunyi..amiin.
p/s:pengalaman tak boleh di jual beli..



..

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...