bila mana kita diberi ujian Allah
tetaplah dengan jalan yang kita berdiri sekarang.
usah gentar, usah risau dengan UJIAN yang Allah beri
kerana Allah menguji kita dengan kemampuan kita
Allah sayang kamu, sebab tu kamu diuji-ini pesan kakak angkatku.
Jom lihat analogi saya ini..mari kita ke laut, kita redah ombak, kita redah angin yang kuat.ya kenapa, kerana kita telah bersedia dengan segala rintangan,misalnya kerana kita sudah bersedia dengan kemahiran pandai berenang. ayuh, mengapa gentar terus sahaja melangkah,jangan takut..bersedialah dengan apa jua yang mendatang.
Ujian pemangkin kepada kita untuk bangkit kembali-sepatutnya begitu.
Ya Allah kuatkan hati kami ketika menghadapi ujian-ujian dunia Mu.
berilah kekuatan kepada kami untuk terus bangkit dan semakin hampir dengan MU.
pesan ibu saya: solat hajat mohon Allah beri jalan keluar.Terus bangun, langakah masih jauh, pasti ada himahnya.
~sungguh jalan mujahadah itu pahit,dan sangat perlu kepada pengorbanan~
p/s:Aduhai diri mengapa kamu mengeluh, mengapa kamu menangis, mengapa kamu merungut, kerana NIKMAT dan MUSIBAH itu adalah UJIAN dari Allah.ALHAMDULILLAH

0 ulasan:
Post a Comment