hari ini selepas selesai mengikuti STUDY CIRCLE di fakulti Human Sains..Naqibah yang cukup sporting dari Sri lanka tempat asalnya..peramah, dan merupakan pelajar tahun akhir di UIA kos Bahasa Inggeris..
Alhamdulillah,segalanya berjalan seperti yang Allah takdirkan
imbas kembali
Jumaat pulang ke rumah
tiket habis
aku lihat si dia di hentian bas..
menemani ku pulang..
cukuplah pengalaman pertama pulang dengan bas ini mengajar ku untuk berdikari dan kuat semangat..
si A menjadi penunjuk jalan...akan ku kenang jasa mu..barakallah..
kelas B.I membuat presentation dalam bahasa Inggeris..
itulah kali pertama aku menggunakan sepenuhnya keupayaan ku untuk bertutur dalam bahasa Inggeris..
Alhamdulillah..
malam itu aku tidur lewat untuk menyiapkan segala bahan untuk presentation..
syukur pada Allah..
walaupun banyak juga bro Azman menegur tentang ayat Bahasa Inggeris ku dari bahasa Melayu yang di'translate' ke bahasa Inggeris..
tak pe aku belajar dari kesalahan..manis nye perjalanan hidup ini bile kite belajar dari sesuatu kesalahan,aku berazam untuk tidak megulangi kesilapan itu..
kata seorang Ust di Kulliyah Pekan dulu...orang Mukmin itu tidak jatuh ke dalam lubang dua kali..
malam Selasa
aku menerima mesej dari seorang kakak
tut.............
kami berjumpa di satu majlis ilmu
maka terjalin Ukhwah yang indah...insya allah
alhamdulillah aku berasa sangat bertuah berada di bumi Uia ini kerana padaku aku sering bertanya..layakkah aku berada disini?? (ini siptom kurang yakin pada diri)..ye la ramai yang lebih layak berada disini..
---------------------------------------------------------
ya Allah ramainya pelajar Kelantan
aku sangat mengaharapkan adik-adik ku juga melangkah ke Uia merasa sendiri apa yang kakak cerita di rumah..
aku juga sangat mengharapkan kawan-kawan yang baik..kerana disitu membentuk akhlak kita..
hari ini kakiku melangkah ke libarary Uia..bahsa buku2 ini dalam bahasa dan inggeris sahaja..ku selak buku psikologi..ya allah banyak nye il
malam tadi
Ust Azhar Idrus datang ke Uia...penuh orang datang! inilah kali pertama ku lihat ramainya pelajar Uia..sampai kat luar dewan 3 4 slide dipasang untuk mendengar ust berceramah
nasib ku baik, bila aku tiba ke dewan sebelum isyak.. dewan tidak ada orang lagi..aku dan kawan-kawanku mencari tempat duduk yang 'strategik' =)
10 minit kemudian dewan penuh dah dengan orang..sampaikan yang muslimin bersila atas pentas..sebab tiada ruang dah untuk diduduki..azan Isyak berkemundang..sepi sebentar dewan ini..tapi tiada seorang pun yang berganjak untuk solat berjemaah di masjid..ye la ingat senang ke nak masuk dewan ni..yang kat luar ramai lagi nak masuk! kate org yang dah dapat masuk................
ade kawan ni cakap..pentingkan ceramah ke jemaah?ni ayat orang tak puas hati tak dapat tempat duduk..emmm
tulah suasana uia bila ada majlis ilmu..seronoknye tak terkata..nak nak ust yang popular dan professional ni..laungan takbir bergema didewan saat ust Azhar idru masuk..ya Allah terkejut aku sekejap..
perkembangan positif,kate ust dy pergi ke lembah klang ade 8000 org mendengar ceramhnya dan dy juga pergi ke shah alam 24 ribu org mndgrnya.dan katenya 70% dari mereka semua adalah nak-anak muda..alhamdulillah..
aku belajar untuk serasikan diriku dengan suasana..ake belajar mengserasikan dengan tutur bahasa Inggeris dan Arab..
memang dahsyat la..
sampaikan sister kat pejabat pun cakap B.I habis..
fuh
satu tamparan dan cabaran buat diriku untuk meningkatkan lagi bahasa ku..
aku membuat satu temu janji dengan Ustzh ku untuk belajar lebih mendalam tentang sarf..
ilmu selapas nahu
ya allah seronok tak terkata!aku lah muridnya yang pertam pada sem ini yang menemuinya..
dia amat gembira..dan memberi ku sebuah buku dalam bahasa Arab..buku semangat dan motivasi..
aku ambil semangat kepantasan Alya Aqilah membuat kerja..seorang yang cukup simple..tapi teliti dalam melakukan sesuatu..pertama kali kulihat dirinya tenang sahaja,tapi bile rapat dan dia menceritakan masalahya.penuh cabaran dalam hidupnya..ya allah moga kau beri pada dirinya kekuatan hati untuk mengahrungi hidup yang 'bermakna' ini..
itulah dia imbasan hidup yang masih ku ingat..harap kita sama2 mengutip apa yang baik..
ku kutip iktibar semalam:-
1) belajar untuk serasi dengan cepat
2)banyak bertanya tak sesat jlan
3)ramai kawan sangat penting..kita tak boleh sorang2
4)mestilah menjadi orang yang pertama dalam semua keadaan
5)pantas dan aktif dalam bertindak!kalau tidak kita akan menjadi orang yang tercicir..
aku bukanlah insan yang terbaik...bukan juga insan sempurna, bukan pakar untuk menulis buku,tapi ku tulis sebagai satu luahan hati dan perkongsian bersama,apa lah sangat coretan ini pada mereka yang punya lebih dari ku..aku menulis bukan kerna nama.aku menulis kerana mahu yang membaca ini ...mengambil sedikit input atau manfaat darinya..moga bermanfaat..ku harap semangat UIA ini berterusan..dalam hidup ku di alam kampus!amiin..
p/s: pengalaman ku bersekolah di sekolah cina mengajarku erti 'saingan' dan 'serasi'.....
1 comment:
nak tanya, tau x apa lagu selawat yg vvip kua msk dewan? masa convo uia ritu. xjumpalah google sume tmpt. kindly reply to nadiasyazana@gmail.com.. tq!
Post a Comment