~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Monday, August 29, 2011

gula+madu=pahit ke?

seseungguhnya perjuangan itu pahit...tiada kapet merah..Ada duri bahaya..tiada selesa dan mewah...ada perit dan susah..madu itu manis...gula itu pun manis...perjuangan juga ada manisnya...jadilah manis dan pahit sebuah perjalanan...pahit macam gula?tidak??jawapannya??

tetapi ingatlah tawaran Allah pada mereka yang berjuang.."wahai orang-orang yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab api neraka?" kamu beriman kepada Allah dan rasulnya serta berjihad di jalan NYA dengan harta dan diri kamu ...sesungguhnya itu lebih baik kamu,jika kamu mengetahui..."surah soff
satu kata-kata dari sahabat fb..

hayati bersama:-
~Jangan kecundang dek emosi apabila dikritik bahkan dihina kerana perkara ini akan berlaku berulang-ulang kali sehingga anda memutuskan untuk berhenti melangkah di medan juang ini. Manusia tidak akan pernah peduli segala susah payah yang anda lalui, mereka cuma akan menilai hasil yang mereka perolehi.
Jika kita mengharapkan segala kebaikan kita dihargai dan dipuji, kita telah tersilap planet. Makhlu...k di bumi ini akan senantiasa mengkritik setiap tindakan anda sampai hari kiamat, tiada pejuang atau pendakwah yang pernah terkecuali daripada ketetapan ini. Hal ini perlu dimuhasabahkan dari awal oleh kita semua, agar dengan itu kita mampu bersiap sedia dan tidak gugur apabila diacah sindiran dan kritikan~

ada ketika,iman kita down dan jatuh...kita kena ingat semua itu ujian Allah..
lidi yang satu tak dapat nak menyapu sampah yang banyak...tetapi lidi yang banyak dan diikat kemas akan mudah untuk menyapu sampah...seperti yang kita selalu lihat pada hari ini..kita tak mampu nak kuat kalau tak berjamaah..berkumpulan..

begitu juga kalau kita berdakwah,kita tak kuat dan tak mampu seorang diri...cuba bayangkan kalau kita berjamaah kita mampu menarik ramai mad'u(orang yang didakwah)...dengan mengatur strategi dan gerak tindak..

ujian dan nikmat..semuanya adalah tarbiyah dari ALLAh kepada kita..ape dia ciri2 tarbiyah...jom ambil tahu!

p/s: doa pada ALLAH,agar kita ditetapkan hati pada jalan nya..

Saturday, August 27, 2011

selamat hari Lahir Mona

dah besar dah kawan aku

yang sorang ni..



satu nama yang ringkas

seringkas empunya diri
selama persahabatan aku dan dia
aku rasa dia memang selalu menyelesaikan
banyak masalah


sangat baik hati..
selalu membantu sahabat-sahabat

alhamdulillah Allah pertemukan kami
di SMA al-Khairiah

aku mengenalinya
semasa di kelas 2 Bukhari lagi

terus mekar Ukhwah kami walau kadang
ada air mata yang mengalir..

semoga sahabatku ini terus istiqamah
dan tabah mengahdapi cabaran hidup


Mona Solehah + mukminah
insya allah..

p/s: jom ramai-ramai wish selamat hari lahir kpd Mona di fb dy...





Saturday, August 20, 2011

~perjalanan yang penuh pengalaman~


assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah
selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w


sedikit catatan hati dari diri ini..
semoga kita sama-sama mengambil manfaatnya..
alhamdulillah
sebelum ni
aku ada menulis sedikit post tentang sahabat-sahabatku
kini sahabatku
yang dari bumi anbiya' pulang ke tanah air sendiri...
kerana dia bercuti...cuti musim panas..

aku dan dia pun memulakan sebuah perjalanan..


Jumaat
Cerita ke Kulliah,Pekan


bertolak dengan bas Transnasional dari Bandar Ikan Patin ke Ibu negeri Pahang(Kuantan) jam 2.30petang bersama sahabatku yang baru pulang dari bumi anbiya' -Khairun Nisya Shaharum..

sampai di Kuantan..diambil oleh Kakak Nisya(kak Mardiah)
berbuka di IKIP..
meneruskan perjalanan ke Pekan..


sampai di Kulliah jam 9.45malam..
terus bersiap untuk bertemu mereka..


berjumpa dengan adik-adik MPP (majlis Perwakilan Pelajar) tahun ini
terharu dapat jumpa diaorang...

cuba bayangkan anda berjumpa dengan pimpinan yang mantap lagi bagus
pasti anda suatu ZUPP...
huh,bukan senang nak buat program secara spontan untuk MPP kali ni..

insya allah
moga-moga kalian bakal juga menjadi pimpinan di masa hadapan...

malam itu,tentatif diberikan..
aku dan Nisya plan dalam bus sepanjang perjalanan ke Kuantan petang tu..
huu..adik-adik ni muka serius je,gaya program ni dirancang lama..
padahal aku pun baru plan dalam bus tu..


Sabtu
berprogram bersama mereka
taklifan(amanah)---mesti hafal surah SOFF
surah yang amat berkait rapat dengan pemimpin,apa yang dipimpin dan kepimpinan...

sungguh bersemangat mereka berprogram walaupun di bulan puasa..
ke hulur ke hilir
aktif sungguh...beginilah sikap pemimpin yang perlu ada!

berbuka puasa bersama kak Ayu dan Izzah Zakaria...alhmdlh..


Ahad
tasmi' quran-surah soff
bagus..
walau pun ada segelintir yang tak berapa lancar..
biasalah kita tak boleh nak yang perfect je..
alhamdulillah dia orang berusaha untuk hafal...14 ayat tu...bagus
harapnya...menghayati...


dan berakhir dengan resolusi..ha nak tahu ape resolusinya??

jom kita kaji..
ni dia....

surah soff-amanah pemimpin
qiamullail-wajibkan
solat dhuha-ajak yang lain
tazkirah 5 minit(TAZLIM)-saling ingat mengingatkan sentiasa
ice breaking-sapa yang jadi pemimpin kena pandai bercakap...
ta'aruf-kenapa tak boleh settlekan ukhwah dalam tempoh 8 bulan??
isu semasa 'couple'-sensitif dan bertanggungjawab
SWOT-gerak kerja bersistematik
siapa aku??(perdebatan)sangat hangat-aku adalah khalifah Allah,semua orang wajib berdakwah
resolusi-terbaik!

pemimpin terbaik lelaki_mohd Nasrul Arif...merangkap YDP MPp'11
pemimpin terbaik perempuan_Sakinah Arifin merangkap NYDP MPP'11
memang selayaknya untuk diaorang..aku dan Nisya menilai dari awal program lagi...kedua-duanya..pandai meminpin dan sangat kreatif..moga2 kalian menjadi pemimpin yang..... bertaqwa..amiin
semoga kalian tidak mensia-siakan kedatangan kami
menangis ku membaca surat-surat dan corat-coret kalian yang terakhir, begitu mengharapkan kedatangan alumni untuk membantu dan menguatkan kalian serta meyakinkan kalian untuk berucap..
selesai sudah yang itu...yang ini pula menunggu..

3.00 petang pulang..selamat tinggal semua,jumpa lagi..sayang korang semua..
dan menumpang di rumah Ainul Mardiyah..
untuk perjalanan hari esok pula..



cerita ke SMA IBAM,Muadzam
Isnin
bertolak dari ruamh Ainul Mardiyah
ke rumah abangnya di IRSYAD..
aku memandu kereta kancil milik abangnya
Ainul dan Nisya menjadi pengubat dan penyegar aku dari tertidur..
ye la perjalanan sungguh jauh...

walau pun mereka juga tidur lena dalam kereta kancil itu,walaupun aku beberapa kali 'semputkan' kereta itu..walaupun di ganggu telefon oleh 'si dia'..aku sebenarnya baru dapat lesen..tu yang macam kekok lagi nak bawa kereta...nak nak kereta manual macam kerata kancil ni..huhu tapi,alhamdulillah kami selamat sampai ke SMA IBAM lebih kurang jam 12 tengahari...

bertemu Ust Hasbullah
Ust ku di SMA al-Khairiah dulu..
kini berkhidmat di sini
beliau menyatakan kami perlu berjumpa dengan jawatankuasa Badan Dakwah selepas pukul 1petang

jadi kami memutuskan meneruskan hasrat kami yang sebelum ini ingin melihat 'kawasan' itu dan 'kawasan' ini..


cerita tasik biru,Ibam

subahanallah...
cantik sungguh ciptaan Allah
puas kami mencari tasik ini..
alhamdulillah berjumpa..
terima kasih Angah(syarifah0 kerana membantu ...menjadi pemandu jalan..

cerita tasik ini,katanya bekas lombong
asalnya tempat pengeluaran bijih tmah,batu jet, emas dll.
memang tenang melihatnya...subhanallah...siapa sangka air yang tenang tiada buaya...(tibe je)
ok..sambung,

semua kereta jentolak atau manusia yang jatuh ke dalam tasik ini
tak kan jumpa dah
sebab katanya tasik biru ini tiada dasar
pernah dikatakan penyelam-penyelam dari luar negara datng untuk mencari barang-barag yang pernah terjatuh dahulu...memang tidak dijumpai kerana...tasik iti tiada dasar,sungguh dalam..
wallahu'alam..

SUBHANALLAH........
selepas menuanaikan solat zohor
kami bergerak semuala ke kawsan sekolah IBAM..

bertemu dengan adik-adik itu

memberi sedikit nasihat
setelah adik-adik meluahkan segalanya..

alhamdulillah selesai sudah..

cerita ke Yayasan Pahang
Selasa
kami bergerak ke Kulliah dahulu bagi mendapatkan tanda tangan salian pengesahan,macam-macam..kalau prosedur...huh memenatkan.


em...pergi ke Yayasan Pahang..

aduh yang ni aku tak daya nak cerita balik..
cuba bayangkan dah semangat gi ke kaunter nak serah semua dokumen dan borang..


tibe cik kat kaunter tu kate gamabar mane?
gambar pasport pula tertinggal dalam kereta Kancil tu..
emmm.
aku pun segera ke kereta kancil tu dan digelakkan oleh pak cik jaga Yayasan Pahang tu...nape cik doktor tertinggal ape??itu dia soalannya kepada ku...sakitnya dengar...tapi takpe la sabor je la..
em,dah semangat nak ambil duit nak masuk U..kawan-kawan kata terus dapat RM500 time tu jugak..em aku melangkahkan kaki yang ke'puasa'an ni...tiba je kat kaunter tu...dia check la borang aku ni...tiba pulak dia kata ' salah sign ni,sepatutnya bukan ketua kampung yag sign kat sini,sebenarnya penghulu mukim.."

aku ni dah la 'orang kampung' mana la tahu bezakan penghulu kampung dengan ketua kampung...apa lagi aku pun buat la muka seposen...emmm


dia pun kata adik gi kat ma'had Tahfiz sebelah jmpa pengurus dy...and then mintk tanda tangan dia .....suruh dia tanda tangan kat sebelah tempat ketua kampung yang salah ni..''
aduh dugaan betul nak dapat duit ni..
aku pun keluar nak dapatkan tanda tangan pengurus ma'had tahfiz tu...jumpa lagi pak guard yang tak perasan aku...nasib baik la...kalau tak "petir" lagi la...
U turn punya lah jauh...rupanya ada jalan short cut..mana la aku tahu...habis duit minyak rakyat...


alhamdlh...selesai...RM500 dalam tangan...yes!


cerita ziarah Ust. Nazari
jam 4.30petang kami bergerak pula ke Hospital tengku Ampuan Afzan HTAA...menziarahi
ziarah Ust Nazari...

Ust Nazari ni adalah Ust aku,Nisya dan Ainul..
kami bertiga sempat belajar Hadis dengan Ust ni..semasa di KUlliah,Pekan..tahun 2010..
semoga Ust cepat sembuh..

dan dan je, masa kami datang tu...nurse datang kepada isteri ustaz dan mintak buku biru...dia kata boleh balik..dan 2 minggu lagi ada rawatan lagi...oh ye upa nak bagitahu,ust menghidap penyakit buah pinggang...
huh
apa lagi
ceria la muka mereka berdua(ust dan isterunya)
Saiz fon
kami menolong mengemas barang-barang yang hendak di bawa pulang..

tepat jam 6.15 petang kami bergerak ke IRSYAD untuk memulangkan 'kereta tuan' nya..huhu


Cerita konvensyen..
Rabu
hari ini aku pulang ke Temerloh..

menyertai satu program...
penimaban ilmu yang aku tak tahu selam ini..
alhmdlh
sempena cuti nuzul Quran
ni aku pun bercuti lah jugak...aku dah la tak mengajar Isnin dan Selasa baru ni...sibuk ke Ibam dan Yayasan Pahang..kononnya....rindu la pulak kat anak-anak didik ku..


Khamis
aku mengajar semula dan berkhidmat lagi...
seronok tidak terkata..bahasa arab bahasa syurga...

cerita ke Kuantan(ASPA)
Jumaat
aku terpaksa minta cuti lagi...
minggu ni aku mengjar sehari je..iaitu hari khamis semalam...malu la...apa la cikgu ni...asyik ponteng je..
aihsk..kamu apa tahu...cikgu nak gi aspa ni(amanah saham pahang)nak minta duit rakyat ni..=)

aku bertolak dengan sahabtku...faridah, khairani dan ct safiyyah..

alhmdlh selesai..
sebulan lg prosesnya, doakan lah...insya allah duit rakyat kepada rakyat...itu lah yang sepatutnya
emmmm

itulah perjalanan ku dan sahabat2ku..


kenangan...
masih segar dalam ingatan..



moga pengalaman yang dapat...menjadikan diriku lebih matang,mengahdapi sebarng masalah..dan cabaran..insya allah...


ya allah lindungilah diri ini dari sifat sombong dan bangga diri..aku menceritakan ini sebagai sebuah memori dalam hidup ku...aku tahu siapa diriku.manusia biasa..yang banyak menolongku adalah Allah...yang membantu ku ketika kesusahan adalah Allah...semuanya allah yang tetapkan...allah ingin menuji ku...
terima kasih kepada sahabat baikku...Khairun Nisya...dan Ainul Mardiyah...moga kalian di baas oleh Allah dengan hikmah yang tersebunyi..amiin.
p/s:pengalaman tak boleh di jual beli..



..

Tuesday, August 9, 2011

medical check up

hari ini aku minta cuti..
tak mengajar aku hari ni..
minta mak budak yang menggantikan aku..

sebab nak pergi klinik mentakab ..buat medical check up..
sebelum masuk U...

pihak U memang nak kita buat medical check up untuk melihat tahap kesihatan kita...

em....
UIA kos semua sekali RM 160.00 untuk medical check up ni...
mana taknya nak check darah nya,HIV,dadah dan asas check ialah X-RAY ngn URINE..


bila tnye SS dy pergi klinik tu
dan bayaran yang dikenakan hanya RM25
dan ada yang kena bayar RM 80
emmm

entahlah kenapa UIA ni banyak sangat kena bayar...

redho je la..



...............................................................................................................................................

sebenarnya
aku nak kaitkan medical check up ni
dengan IMAN dan bulan Ramadhan ni..

ialah bulan
rahmat
bulan
mulia
kita kena selalu muhasabah diri..check balik diri..
lihat balik tahap mana IMAN kita
dah hampir 10 hari kita berpuasa..hari ni hari kesembilan...
dapatkah kita Rahmah-NYA??


masya allah..
masih ada yang tak mampu istiqamah dengan solat-solat sunat..
tadarus...
zikir-zikir..

yang wanitanya..
aurat tu bukan ditutup masa puasa je
bila malam tak puasa..mulalah buka kembali
lagilah dahsyat bila yang katanya' puasa' tapi tak tutup aurat langsung apatah lagi menjaganya...

itulah segelintir manusia...

ada yang puasa tak solat

ada yang solat tapi tak puasa

ada yang tak solat dan tak puasa..


bila lagi lah kita ni nak berubah ea...
itulah HIDAYAH ALLAh tak sampai lagi..


bak kata seorang rois tu...sihat dalam itu lebih penting..
kalau tak tak guna sihat fizikal sahaja...hatinya rosak...
sihat dalaman-rohani
perlu kepada pembersihan hati

sabda nabi
"dalam diri kamu ada seketul daging,
jika baik daging itu..maka baiklah keseluruhannya
jika rosak daging itu..rosak lah keseluruhannya..
maka ketahuilah olehmu seketul daging itu ialah hati kamu"


.....

HATI

tempat letaknya niat kita..
jagalah hati..insya allah yang lain turut terjaga..
hati tempat turunnya pandangan Allah..

cakap memang senang...tapi tindakan yang perlu dibuat amatlah berat..=)

ya.sama-samalah kita..menghadapi cabaran hati ini..


bertemu dengan
NYDP MPP kulliah2011 baru-baru ini...
nampak ketenangan jiwa..itu penilaian pada diriku

mungkin padanya kekuatan hati yang bersih
mampu menghadapi
segala tribulasi
di bumi waqafan itu..
moga dikau terus kuat dan tabah menghadapi apa yan dialami oleh ku sebelum ini

apa kaitan nya???
huh


semua manusia tak sempurna..
kita tak sempurna
kita pernah sempurna
dan kita tak akan sempurna

tapi kita mesti cuba kearah KESEMPUNAAn itu..

emmm.
pesanan+ingatan untuk diri sendiri juga..
ialah manusia ni hidupnya saling ingat mengingatkan..


jadi sempena di bulan Ramadhan aku ingin memohon maaf dari semua yang mengenali diri ini..
koreksi dri...sedar diri..baiki diri..dan ajak yang lain juga..


jom kita pastikan hati kita sihat..

kata Imam Hassan Al-Banna

ISLAH NAFSAK
WAD"U GHOIRAk

baiki diri dan serulah orang lain
juga

p/s: kadang-kadang ALLAH uji pada apa yang kita cakapkan..


Sunday, August 7, 2011

menara gading

Assalamualaikum w.b.t



hari nak coretkan sedikit luahan hatiku sebelum melangkah ke Universiti..Aku melangkah ke UIA...alhamdulillah..bahang nya semakin terasa..




dua tiga hari yang lepas ayah menyuruhku melihat peta ke UIA secara dekat dengan menggunakan google earth..

aku rasa ayah dah tak sabar nak menghantar ku ke sana..tapi aku bersedia ke???

gambar UIA..




universiti-menara gading-gerbang ilmu....

emmmmm
ape pun gelaran yang diberi pada Universiti

dia tetap tempat menuntut ilmu...

ada pensyarah yang berkaliber..

ada pelajar-pelajar yang tekun..
.........................................................................................................................................

rasa takut pun ada bila bukak laman fb IIUM intake 2011/2012

ialah semua hebat-hebat belaka..

siapalah aku...

yang buat pinjaman ptptn lagilah sibuk nya...(konon)



ALHAMDULILLAH ...aku tak buat pinjaman ni

mulanya nak mohon juga
tapi ayah kata tak payah

em

ayah mampu nak tampung kot insya allah....


so, aku tak banyak benda sangat nak fikir...

yang tak settle lagi...

-permohonan biasiswa JPA (hantar salinan)

-medical check up

-bayaran pendahuluan kat bank muamalat


yang lain insya allah

dah diuruskan bersama ibu tercinta dan ayah yang tersayang..



tapi hatiku
rasa sangat berdebar

bila ayah kata

kat U
kene ikut USRAH

kena 'pegang'
kalau tak kita hanyut
kita keluar nanti ntah 'kemana'

pegang dan ikatlah dalam hati 'usrah' itu...


huh
ayah memang peka dengan perasaan ku ini...

aku sebenarnya kehilangan kawan baikku dari kecil lagi...pergi nun jauh di rantau orang..

dan aku juga kehilangan kawan rapatku di Khairiah...berada di bumi anbiya'
insya allah balik...dan beraya di MALAYSIA dia tahun ni
pagi esok sampai di KLIA..insya allah...


aku dapat tahu sebenarnya ramai yang lepasan KULLIAH tahun ni yang dapat UIA..hampir 20 oran...namun yang tinggal nak belajar di tanah air sendiri hanya tiga orang...yang lain mahu menuntut ilmu di bumi anbiya'...


aku keseorangan

sahabat2 ku yang lain major dapat USIM

tapi aku kena redho dan bersabar...ada hikmahnya..

kenapa kita peru bergantung pada manusia??
kalau tak dia orang tak de pun aku tetap aku..

tak perlulah aku kecewa dan sedih dengan apa yang ALLAH takdirkan...insya allah pasti ada hikmahnya...


ya allah ya qowwi..kuatkanlah hati kami...

menghadapi suasana asing di bumi asing itu nanti...

-------------------------------------------------------------------------------------
dekat U nanti ayah kate kena naik motor
ayah nak belikan
entahlah aku ikut je..
sebab aku dah ada dua dua lesen
lesen kereta dan motor...


macamanalah kehidupan U ea?
bila tanya kakak senior diaorang kata kena tempuh jugak bila kita tak nak pun...
aku dapat banyak maklumat dari kakak-kakak yang UIA nu banyak USRAH dan JAMAAH..

kena susun jadual sendiri...jadual kuliyah dengan jadual tutorial dan apa lagi...
entahlah...aku masih tidak memahami...bab bab jadual ni...insya allah taa'ruf week nanti aku akan faham 100%...

kata-abang senior
bila kita ni kata kita pejuang ISLAM...
dua fitnah je kat U ni
satu fitnah HATI
dua fitnah akademik


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
4 hb Sept ni insya allah..aku akan melangkah ke UIA Gombak...meninggalkan rumah dan duniaku sebelum ini..dunia pendidik...

12hb 9 2011 selepas taa'aruf week..aku akan memulakan sesi pembelajaran di sebuah Universiti itu.......


saat itu semakin hampir....


pesan ibu' kunci' kena ada...
" ingat 10 rukun baiah dan hayatinya....."

ya allah aku rindu pada kem...........di tempat itu....
ikut lah dengan baik pembelajaran di sana dan tempuhi dengan sabar dan matang..

insya allah jangan tinggalkan kunci taqwa iaitu iklas dan redho....



insya alah..langkahku
sebagai pejuang menuntut ilmu dunia dan akhirat...

jihad bil ilmi..
bawa amanah pejuang ini dengan baik..
takbir!!



emmmm.
ya haadi...berilah petunjuk kepada kami...


dimana bumi di pijak disitu ISLAM dijunjung..
persiapan dari semua segi itu perlu!

p/s: dengar cakap ibu dan ayah pasti ada hikmahnya...INSYA ALLAH..







Wednesday, August 3, 2011

bulan yang di tunggu..





bulan Ramadhan menjelma lg..



ada yang gembira

ada yang di uji

ada yang derita



apa yang penting kita manfaat kan bulan ini dengan sebaiknya


lipat gandakan amalan..


kun rabbaniyun

wala takun ramadhoniyun

jadilah hamba tuhan

jangan jadi hamba Ramadhan


mksdnya,

kita hendaklah menjadi hamba ALLAH..dengan penuh ketaatan kepadanya setiap masa.

bukan hamba kepada bulan RAMADHAN..

yang mana amalan dilakukan hanya pada bulan ramadhan sahaja...sedangkan kita dituntut untuk terus istiqamah...


moga ramadhan kali ini penuh makna..


tingkatkan usaha kita dalam mencari REDHONYA..

YA allah tetapkan hati kami di jalan MU...amiin..


ahlan wa sahlan ya ramadhan kareem...

p/s: buat yg terbaik dalam bulan mulia ini,
mgkinkah ini Ramadhan terakhir kita??

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...