Alhamdulillah Allah tetapkan kita dengan kemampuan kita, Allah uji kita dengan kemampuan kita, Allah beri pengalaman agar kita menjadi lebih matang untuk meneruslan kehidupan dihadapan sana.
semua ini UJIAN..Ujian yang kita hadapi sesuai dengan kesanggupan kita menghadapinya-dalam surah Al-Baqarah Allah ada berfirman maksdnya: tidak aku bebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya..jd, berpositiflah dengan segala ketentuan Allah untuk kita..
lama sudah tak menulis di blog ini
rindunya..
tak mengapa..maklumla semua orang ada kerja yang perlu diselesaikan dahulu..Bak kata Sakinah Hasnun: Utama kan yang utama!
em, banyak perkara yang ingin dishare di blog ini..
buat tatapan semua..
tak sangka REZKI Allah sangat luas..mana pernah dalam diri saya berangan akan ke UIA ini..sedar tak sedar dah hampir 5 bulan saya berada disini..em,ALHAMDULILLAH.
=>pertama
kisah rehlah di Ulu Yam,ye sudah tentu anjuran Ma'aruf Club..Kelab yang paling famous sekali di UIA..yeke??~tak dengar =)
ye memang seronok pergi rehlah ni..pagi berkumpul di tangga besar depan UIA..ta'aruf dan sarapan pagi..menunggu kenderaan yang akan mengambil kami..huh! kata pukul 7.30..pukul 8 lebih baru gerak,aduh,ape la saya ni..sangka baik..mereka ada hal la tu..em. manusia perlu tepati masa,kalau pukul 8 pukul 8 la kena ada..
sebab tu Allah ada berfirman dalam surah Al-Asr;_ demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran,nasihat untuk diri sendiri juga.
pergh laju giler bro ni bw kereta,memg terbaik la,samapi masuk line kereta sebelah..huh,jgn tiru aksi begini..
sesudah sampai kami dibawa masuk ke kawasan air terjun..Subhanallah.indahnya ciptaan Allah..bertemu dengan kakak-kakak yang sampai lebih awal dari kami..
Solat dhuha dan bahagi kumpulan..
baru saya tahu kami ada explorace lepas ni..huh ini first time saya masuk explorace kat UIA..sebelum ni biasanya saya yang buat explorace untuk adik-adik..kali ini saya pula yang diEXPLORACE kan..hahah
terbaik la, memang betul-betul mengexplorace kami..ada 7 check point..semuanya bertanyakan soalan dari apa yang telah kami ikuti @ yang kami belajar dari USRAH..
redah air terjun, masuk hutan, naik bukit, dan lalu jambatan gantung..semua itu mentarbiahkan diri ini,untuk terus bersemangat..kerana mula-mula dah kena redah air terjun tu saya dah jatuh atas batu besar..terduduk terus atas tu! Alhamdulillah selamat..tapi sakit la!(cover2)
Maryam Jamilah kata: kita perlu cepat tetapi berhati-hati.huh, terasa la jugak..nasihat yang berguna! ambil!
=> cerita kedua
first time jadi komiti untuk program Ma'aruf Club
masa perlantikan tu hntr msj je..tak sangka pula Kak Had letak diri saya jadi S/U untuk AGM. Agm ni ringkasan dari Annual General Meeting..em, kalau kat Khairiah panggil Muktamar Sanawi..
huh, malunya semua senior-senior yang jadi komiti ni..rasanya saya sorang je yang berumur
19 tahun..perasan muda..-tak dengar! =)
belajar menaip surat dalam BI(biasa BM) belajar buat minit mesyuarat dan komunikasi yang berkesan itu datang dari pengalaman yang lalu.masa postmortem tu la rasa paling best..kita tak boleh nak semua perfect..pasti ada masalah. jangan risau dengan masalah yang datang tapi kita perlu tangani dengan baik..
biasalah segala yang berlaku pasti ada hikmahnya,kita manusia pasti tak lepas dari kesalahan.
kita tak sempurana, kita tak pernah sempurna dan kita takkan sempurna tapi kita mesti cuba ke arah kesempurnaan..belajar lah dari kesalahan..kalau nak tahu macamana berprogram kena lah cari pengalaman..pengalaman tak datang begitu sahaja,sebab pengalaman tak boleh di jual beli..rebutlah peluang yang ada untuk bentuk pengalaman baru!
=> cerita ketiga
kali ini Ma'aruf Club UIA ni buat lagi program iaitu
Camp@Taqwa. beberapa perkara yang berjaya saya kutip dari kem ni:
- dalam banyak2 slot.sesi bersama Ust Huzaifah adalah yang paling berkesan dalam diri saya-tanggungjawab sebagai seorang DAIE.em, ape pulak DAIE ni? em, DAIE ni mksdnya Pendakwah atau dengan kata ringkas ialah mereka yang mengajak orang lain ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ada rukunnya?? em apa ye?? sape tahu sila angkat tangan..ye itu dia..ada 4,
- 1) Daie(pendakwah)
- 2) Mad'u(orang yang didakwah)
- 3) Maudu' (perkara yang didakwah)
- 4) Uslub(cara berdakwah)
- Daie perlu seorang yang komited barulah orang yang didakwah tertarik dengan ISLAM yang dibawa, Maudu' perlulah betul,kita perlu sampai ilmu yang ada..dan pastikan betul dan sahih jangan menipu kalau tak tahu cakap tak tahu.Uslub perlulah Efektif..sebab orang tak nak beli produk kita kalau kita tak terang kan kelebihan produk kita tu dengan efektif.
- Tarbiyah ISLAM itu datang dari Allah. ikutlah Islam,ada lagi ke agama lain yang boleh kita pilih untuk ikut selain ISLAM yang syumul ini??pikirlah sendiri..
- Sungguh, benar! beruntung kita sebenarnya dipilih oleh Allah dengan nikmat ISLAM.bersyukurlah
- Jangan lupa solat tahajud, baca Quran pagi-pagi sebelum tengok makhluk,tengoklah ayat Allah dulu, solat Dhuha rezki yang luas dan dipermudahkan segala urusan,dan jangan lupa buatlah sedikit amlan itu tapi berterusan.Insya allah ada berkahnya disitu!
- Belajar lah untuk bercakap.jadilah orang yang proaktif.kata Ust Suhaimi Saad: bekas Ketua pemuda PAS Pahang, beliau ada berpesan,jika kamu ke majlis ilmu atau kem atau sebagainya, jangan lupa bertanya atau bercakap atau menjadi orang yang menjawab soalan yang ditanya, kerana katanya kamu akan menjadi orang yang berani pada tempatnya!insya allah..bila lagi nak berlatih dan praktik??nak tunggu sampai bila??em jom buat perubahan jadilah orang yang PROAKTIF! Berani kerana benar takut kerana salah.
- saya juga berkesempatan bercakap dengan Cina yang kami jumpa semasa explorace..memang menguji kelancaran bahasa Cina ku yang kian dilupakan(sejak belajar Bahasa Arab) =)...seronoknya mereka dapat berspeaking dengan saya..(alamak kuat perasan)..ye lah kami ditugaskan untuk mencari MAD"U seramai 10 orang..kebetulan terjumpa nya cina ..belasah je la.em, kemahiran komunikasi penting!
=> cerita keempat
Solat hajat untuk Final exam anjuran Ma'aruf Club.saya terima mesej tentang ini dari kakak Naqibah.em katanya ni perjumpaan kali terakhir.aduh! sedihnya,rasa sekejap sangat masa berlalu..sem depan jumpa lagi..=) tiba je!
dimulakan dengan tayangan kemudian pengisian oleh Akhi Firdaus..macam kenal je! antara point penting dalam tzkirah yang baik itu ialah 10 MUWASOFAT TARBIYYAH
1-Aqidah yang sejahtera
2-Ibadah yang sohih
3-Akhlak yang baik
4-Luas pengetahuan
5-Sihat tubuh badan
6-Mampu berdikari
7-Melawan nafsu
8-Menjaga masa
9-Tersusun kerjanya
10-Memberi manfaat pada orang lain
huh, itulah insan yang lahir selepas ditarbiahkan..memang susah nak mujahadah ni..tapi kita sendiri yang untung bila kita dapat 10 perkara ni..jom, UBAH DIRI,jadi yang lebih baik dengan sentiasa melihat 10 perkara ini ada ke tidak dalam diri kita.
em lepas solat Isyak dan hajat kami diberi masa untuk masuk ke dalam group Usrah masing-masing.
masa makan-makan tu akak minta kami bagi komen tentang firt empression kami pada kawan-kawan yang seusrah kami yang lain..hahah..jawapan dan komen yang saya dah agak,agak memalukan pada yang tak kenal diri ini..kata mereka saya ceria,peramah dan happy go lucky! terutama kak Jie ku yang tak habis2 gelak dengan telatah anak buahnya yang sorang ni(alamak, perasan lagi)..astaghfirallahalazim..
Allah ciptakan manusia pelbagai ragam dan perangai..banyak udang bangay garam. banyak orang banyak ragam..-berpantunlah pulak,tibe je!
=> cerita kelima
hari ini kami(usrahku) ke FEMALE SPORT COMPLEX,katanya nak beriadhah main basikal sama-sama.nasib tak menyebelahi kami,basikal dah habis..semua orang nak jugak ikut kami berbasikal..em bagilah, dah tak ada rezki tak dapatla kami menyewa basikal...
plan kedua kami ke gym..huh, mana pernah dalam hidupku pergi ke gym..inilah kali pertama..em nak cerita malu pulak..-faham-faham la=)
diringkaskan cerita kami pun dah habis riadhah, makan-makan dan bergambar..plan nak pergi rehlah la..insya allah dalam perancangan..
seronoknya dapat beriadhah..em sihat tubuh badan adalah termasuk dalam 10 MUWASAFAT TARBIYAH tu,penting ni,penting sangat..
itulah luahan hati saya pada blog saya yang lama tak diupdate ini..salah satu sebab menulis disini adalah kerana tak balik minggu ni(tak dapat luah pada ibu dan ayah) =) heheh, luah kat blog je la..-manja!
siapala diri ini,jika dibandingkan dengan mereka yang lebih hebat menulis..disini saya belajar dan saya mahu orang lain juga belajar dari apa yang saya sampaikan..saya masih ingat kata Hassan Al-Banna menulislah kamu,menulislah sehingga kamu mati..mungkin sekarang tak nampak kesannya, tapi insya allah pada generasi akan datang..selepas kematian ku..jadi saya ada blog saya menulis diblog dan secara tak langsung saya nak gunakan blog ini untuk ISLAM..
moga sedikit pengalaman saya di UIA ini dapat diambil ibrahnya*nilai murni*=)..semoga sedikit pengalaman ini mampu menjadi titik tolak pada diri kita untuk lebih berpengalaman dan belajar dari pengalaman..wallahua'lam
p/s: jom menulis,sebarkan ilmu dengan menulis kerana menulis juga ibadah bila diniatkan kepada Allah dan ikut syariat!