~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Saturday, September 21, 2013

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu-Part 8

p/s: sesiapa yg terlepas PART lain klik link di bawah =)

moga ada mnfaat!








Selamat sudah Zinnirah menghantar sahabatnya ke stesen bas itu, dia pulang seorang diri ke kampus tercinta. Matanya terlihat kepada tanda aras di cermin hadapan stereng. Petanda minyak keretanya sudah habis kelihatan kerana ia menyalakan lampu merah. Dia sudah tak keruan, jauh lagi nak isi minyak nih. Dimanakah stesen minyak? Saat itu tawakkal kepada Allah. Doa sahaja yang keluar dari mulutnya. "Mana pula stesen minyak terdekat ni" monolog Zinnirah sendirian. Tiba-tiba, panggggg! Sebuah kereta dari tepi melanggar pintu sebelah kanan tempat Zinnirah memandu. Dia mulai kalut dan terkejut!

Zinnirah segera memberhentikan keretanya di tepi jalan yang sesak itu. Kereta merah yang melanggar itu terus berjalan tanpa memberhentikan keretanya. 'Kenapa dia tidak berhenti?'  rungut Zinnirah sendiri. Dia tidak dihiraukan oleh pengguna jalanraya di situ, lalu Zinnirah bertekad mahu mencari stesen minyak dahulu. 

Saat kaki melangkah ke tanah melihat apa yang terjadi di hadapan kereta, amat teruk, kemik dan pecah di lampu hadapan. "Innalillahiwainna ilaihiraajiuun". Zinnirah cuba untuk menghidupkan kembali kereta yang dipadam enjinnya tadi. "sttttt", bunyi berkali-kali. Kereta tak boleh dihidupkan, "Allah ini mesti minyak dah habis". 

Kereta hijau Waja berhenti di hadapan keretanya, turun pemuda kacak memakai baju kemeja bertanya kepada Zinnirah: " Apa yang terjadi?"
Zinnirah menjawab dengan selamba, "dua dalam satu, saya mencari stesen minyak, minyak kehabisan, kemudian kereta saya di langgar lari" 

Allahuakbar! ucap pemuda itu. Mana adil, siapa yang melanggar kemudian tidak bertanggungjawab! Lantas pemuda itu menelefon kawannya! Selesai konflik luaran, Alhamdulilah, syukur Zinnirah luahkan dalam sujud syukurnya, mana sangka ada yang nak datang membantu menyelesaikan segala kekusutan melanda. 

Zinnirah senyum sendirian, teringat dia pada pemuda itu meminta nombor telefon ibunya, mahu menelefon ibunya untuk memaklumkan dia sedang membantu Zinnirah dalam kesusahan.

Selesai satu, masih ada satu yang sedang berlega-legar dalam fikirannya, Lamaran yang datang sewaktu pagi raya hari itu, masih menunggu jawapan. Zinnirah terpikir berkali-kali adakah 'dia' bakal menjadi Imamku.

Masih teringat saat genting itu, telefon berbunyi selepas khutbah raya di surau hadapan rumahnya.
 "Assalamualaikum nak Zinnirah, kamu berada dimana?, makcik sudah ada di hadapan rumah kamu, mahu beraya"
"waalaikumussalam, oh ye ke? saya akan pulang sekarang"

Kuih di hidang, air di jamu, beberapa seloroh keluar dari tetamu rumah yang hadir. Zinnirah tidak keluar kerana rasa malu yang amat tika dia bersalam pada saat kaki tetamu itu datang.

Datang bersama seorang yang berwajah segar teruna. Tidak berkelip mata dia memandang, lantas Zinnirah segera ke dapur, membancuh air dan menghidangkan kuih. "dik, tolong bawakkan ke depan untuk tetamu yang datang tu "Zinnirah meminta adikknya membawa juadah untuk tetamu itu.

Selepas beberapa ketika, mak cik yang mulia itu mula bertanya, "mana Zinnirah, kenapa tak keluar" Lantas ibu Zinnirah memanggil berkali-kali. Keluar dengan segan dan malu, bersalam dan Zinnirah menerima duit raya yang istimewa. 

Kemudian....bakal bersambung =) insyaallah..


3 comments:

Ainnafz said...

Kita ini sentiasa diuji dan diduga oleh Allah dalam pelbagai bentuk.

Bila Allah sayangkan kita,
Allah akan buat sesuatu yang mendekatkan kita pada-Nya.

Kadang2 kerana kehebatan itu akan mendekatkan diri kita dengan-Nya, maka Dia jadikan kita hebat dimata manusia..

Kadang2 kerana kemasyuran itu mendekatkan diri kita pada-Nya, maka Dia jadikan kita popular dan dikenali oleh manusia..

Kadang2 kerana kekayaan itu kita mendekatkan diri kita pada-Nya, maka Dia jadikan kita berada di dalam kesenangan dunia..

Namun, Allah lebih tahu,
Kerna kadang2 bila kita miskin, tidak terkenal, tidak hebat dimata manusia itu yang lebih mendekatkan diri kita pada-Nya, maka Dia melakukan sesuatu itu mengikut kehendak-Nya..

Bersyukur lah ,Alhamdulillah.
Kerana Dia ingin kita dekat pada-Nya, maka pelbagai mehnah dan tribulasi di hamparkan pada kita..

Kerana itu, setiap yang berlaku dalam hidup kita, cari dan selongkar hikmahnya.. Allah Maha mengetahui sedangkan hamba-Nya tidak mengetahui satu pon.

^^, Moga terus kuat Zinnirah..

zinnirah said...

terima kasih atas sokongan anda sahabatku dunia akhirat insyaallah =)

oakleyses said...

red bottom shoes, michael kors outlet online, true religion, tiffany and co jewelry, nike air max, oakley sunglasses, ray ban outlet, tory burch outlet online, tiffany jewelry, michael kors outlet, louis vuitton, nike outlet, oakley vault, kate spade outlet online, prada handbags, nike free, longchamp outlet, ray ban sunglasses, nike air max, coach outlet store online, burberry outlet online, christian louboutin, coach outlet, christian louboutin shoes, christian louboutin outlet, louis vuitton handbags, michael kors outlet store, michael kors outlet online, polo ralph lauren, cheap oakley sunglasses, chanel handbags, coach purses, coach outlet, prada outlet, kate spade outlet, polo ralph lauren outlet, burberry outlet online, longchamp handbags, true religion outlet, louis vuitton outlet online, gucci handbags, jordan shoes, longchamp outlet online, michael kors handbags, louis vuitton outlet, michael kors outlet online, louis vuitton outlet

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...