~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Friday, September 6, 2013

menanti hari~

|Bismillah...|
 Alhamdulillah, 
Wassola ala Rasulillah.

Beberapa hari lagi kami akan melangkah ke semester 1 sesi 2012/2013. Tidak sabar menjejakkan kaki menempuh fasa baru dalam alam kampus. Sudah semestinya diri ini terjentik dengan gelora mahu ke kelas.

Terfikir sebentar, apa tujuan sem baru ini untuk kamus hidupku seterusnya? Pernah berangan-angan menjadikan diari hari-hari ditulis dalam bahasa Arab sepenuhnya, tetapi masih tidak mampu. Aku mesti usahakan!

Terus usaha memperbaiki diri, kerana kita tak lari dari membuat kesilapan. Kadang-kadang kita tersilap memilih jalan hidup, tidak mengapa masih ada masa yang panjang untuk beraksi sebagai hamba abdi buat Ilahi. 

Menanti hari-hari seterusnya membuat aku sendiri jadi seperti pungguk yang rindukan bulan, manakan tidak kerana aku rindukan suasana kelas yang tekun, guru yang dedikasi dan pelajar-pelajarnya yang bersungguh-sungguh.

Sungguh! Izinkan kami menuntut ilmu Ya Allah! Semangat ini diharap hingga ke akhir hayat, bukan sahaja kencang di alam kampus.

Masa adalah masalah kebiasaan orang, terutama pada mereka yang susah membiasakan diri dengan kerja yang banyak. Hal ini terbukti dengan kehadiran beberapa adik-adik junior ke bilik ini, yang mana mereka terkapai-kapai mengurus diri dan masa. 


Meneliti maksud surah Al-Asr yang bermaksud : “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Al-Asr : 1 – 3).
 
Sekiranya diperhatikan, terjemahan surah di atas memberi penekanan terhadap beberapa perkara iaitu :
 
1. Allah SWT bersumpah dengan masa
2. Allah SWT menyatakan sesungguhnya manusia itu berada dalam keadaan rugi. Sebagai perbandingan, Allah SWT meletakkan keadaan negatif (rugi) kepada manusia dengan bersumpahkan masa.
3. Allah SWT memberi pengecualian rugi kepada golongan yang berikut :
i. Orang yang beriman
ii. Orang yang beramal soleh
iii. Orang yang berpesan-pesan
iv. Orang yang sabar

Maka sungguh-sungguhlah kita menyusun waktu. 


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

web rujukan : http://www.islam.gov.my/en/surah-al-asr-prevent-oneself-loss-mohsen-amdan-jakim-external-writer

No comments:

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...