p/s: sesiapa yg terlepas PART lain klik link di bawah =)
moga ada manfaat!
"Dik, tolong bawakkan makanan ni ke depan untuk tetamu yang datang tu "
Zinnirah meminta adikknya membawa juadah untuk tetamu itu kerana dia teramat malu. Selepas beberapa ketika, mak cik yang datang itu mula bertanya.
"Mana Zinnirah, kenapa tak keluar" Lantas ibu Zinnirah memanggil berkali-kali. Maka Zinnirah keluar dengan segan dan malu, bersalam dan Zinnirah menerima duit raya yang istimewa.
Kemudian dia mahu ke dapur kembali menyambung kerja-kerja yang berbaki. Ketika langkah mula di atur, tangannya dipegang oleh ibunya, Zinnirah duduk kembali di sofa empuk bertentangan dengan tetamu yang datang. Malu yang hinggap di hati kian bertambah-tambah. Apatah lagi sekarang dia berhadap betul-betul di hadapan lelaki yang asing turut hadir dalam singgah ziarah di pagi raya itu.
Hati mula berkata-kata. " emak dia datang sekali?" "jap, apa yang sebenarnya berlaku?"
Tika dia termenung beberapa saat, dia dibisikkan oleh adik perempuannya: 'kakak tadi Hidayah dengar, makcik tu datang nak merisik kakak!!'
Allahurabbi! terkejut dengan bisikan itu, matanya terpandang kelibat di hadapannya. Sosok tubuh yang berdiri di sebelah mak cik itu. Seribu tanda tanya kembali bermain di minda Zinnirah. "Macam ku kenal lelaki ini" luah Zinnirah sendirian. "tapi dimana ya"
allahummasolli ala muhammad..tak ingat..
_________________________________________
Srettttttttt.. bunyi pintu bilik di buka. Ibu Zinnirah masuk ke dalam biliknya. Zinnirah meletakkan Al-Quran setelah membaca Al-Mulk. Waktu sekarang hampir ke 12 malam.
"Ibu rasa kakak kena fikirkan banyak benda ni, anak sulong tanggungjawab berat.."
"Ibu, kakak bukan tak mahu fikir, tapi kakak masih menunggu jawapan dari orang yang dah lama kakak suka, ibu sendiri tahukan, kakak pernah cerita pada ibu siapa orang yang kakak pendamkan rasa tu"
" Kalau kakak rasa macam itu, eloklah istiharoh, sekarang ada dua pilihan, buatlah pilihan sebaiknya"
"insyaallah bu, dalam masa 3 hari ni kakak akan buat solat istiharah, mohon doanya dari ibu ayah sendiri "
"insyallah, moga Allah tetapkan yang terbaik buatmu nak, selamat malam,"
Sampul duit raya yang diterima dibuka, ada duit dan surat yang terselit sekali. 'Memang istimewa' monolog Zinnirah sendiri. Surat itu di baca. Zinnirah mula tersentuh dengan bait-bait yang disusun dengan catik sekali, manis dan indah ibarat ayat orang yang sangat berharap. Dialog panjang malam itu bersama ibu membuatkan dia memikirkan banyak perkara sebelum terlelap. Besar harapan ibu Zinnirah mahu dia kahwin awal, ayah yang tak berbelah bahagi malah berfikiran terbuka membuatkan dia jadi tak keruan tidur pada malam itu.
___________
Zinnirah melangkah ke dapur, air dijerang, tingkap dibuka. Dapur yang suram kini kembali terang. Pagi yang indah membuatkan dirinya berasa segar untuk turun ke dapur menolong ibunya. Adik-adik yang lain sedang membaca Al-Kahfi beramai-ramai. Sejuk hati melihat mereka begitu setiap pagi Jumaat.
Zinnirah menyiapkan sarapan pagi kemudian menghidangkannya di meja makan yang berbentuk bujur serta bersusun 10 kerusi di sekelilingnya. Lalu dia memanggil adik-adiknya yang sudah menghabiskan bacaan Al-Kahfi mereka.
"ok semua dah ada, Mujahid silakan baca doa makan" arah ayah Zinnirah kepada adik kedua Zinnirah. Semua menadah tangan membaca doa makan. Alhamdulillah Zinnirah merasai nikmat makan bersama pada hari ini. Semoga sarapan ini membuatkan kalian semakin kuat beribadah bukan bertambah malas, doa Zinnirah sebelum menyuapkan makanan ke mulut.
________________________
Teringat Zinnirah kisah ibu dan ayahnya berkahwin lewat selepas belajar. Ibu dan ayah Zinnirah dari kampus yang sama. " Universiti Malaya itulah tempat ibu dan ayah bertemu jodoh" Terngiang-ngiang kata-kata ayah kepada Zinnirah pada suatu ketika dahulu. Ibu dan ayah tidak menyesal walaupun berkahwin agak lewat mereka mengatakan semuanya ada hikmah. Kini Zinnirah pula disaran untuk berkahwin awal.
"Haish kakak, termenung sorang-sorang kat bilik bacaan ni kenapa?" sapa Mukminah adik keempat Zinnirah. "emm, biasalah banyak benda kakak pikir" Mukminah seperti berminat mahu tahu. Dia duduk bersimpuh sambil menghadapkan muka ke arah Zinnirah.
" Kakak, kenapa ibu dan ayah nak kakak kahwin awal ye" Soalan itu yang ditanya.
" eh adik kakak yang baru tingkatan 5 ni dah pandai bab-bab ni ye?"
"ala kakak, Mukminah tak suka soalan ditanya tapi bila dijawab dengan soalan balik"
Perbualan mereka didengari oleh ibu. Ibu datang duduk sekali di bilik yang bersaiz sederhana besar itu. Rancak perbincangan mereka. Mukminah ini selalu banyak tanya, mungkin perasaan ingin tahu dia dikategorikan sangat tinggi!
_____________________________________________
Selang beberapa hari, Zinnirah mula melangkah masuk ke Sem baru. Setiap kali selepas Subuh pasti mak 'si dia' akan membuat panggilan, bertanya khabar dan memasukkan unsur gurauan mahukan jawapan, akhirnya Zinnirah membuat keputusan untuk menyatakan apa keputusan hatinya!
Bagaimana agamanya? Apa fikrahnya? Seribu persoalan yang menjengah membuatkan dia sendiri terbayang-bayang wajah ayah dan ibu yang sangat mengharapkan menantu yang berjuang membawa Islam.
"Ibu, kakak baru ingat sapa yang datang dengan mak cik tu tempoh hari..."