~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Thursday, December 26, 2013

muHasaBah

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.



"Jika Allah ingin menghinakan seseorang hamba, maka Dia akan menyibukkannya dalam urusan lahir dengan melayani makhluk, dan dalam urusan batin dengan mencintainya

Dia akan sentiasa seperti itu, sehingga terhapus cahaya hatinya (lantaran kelalaian mengingati Allah).

Setelah itu, cahaya mata zahir menguasai mata hatinya, sehingga dia tidak boleh melihat selain segala yang inderawi.Kemudian, dia bersungguh-sungguh mencari rezeki yang telah diberikan dan dijaminkan untuknya. Sedangkan dia lalai daripada menunaikan kewajiban yang dituntut daripadanya (beribadah)

Jika puncak kesungguhan ialah ketekunan,maka puncak kelalaian ialah meninggalkan, maka puncak keterhapusan mata hati adalah kebutaan, iaitu kekufuran.

Sungguh dunia ini seperti Sg Thalut, tidak akan ada yang selamat darinya selain orang yang tidak meminum airnya atau yang mengambil hanya segenggam tangannya bukan minum untuk memuaskan dahagannya."

(Syeikh Zaruq r.a)

:: Selamatkan diri dari kelalaian ::

Salam Muhasabah 
cnp


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

DIA DAN DERITA

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah. 


DIA DAN DERITA
Dia pembawa roti jualan jalanan
Dia penjaja demi sesuap nasi anak-anak
Dia pendodoi jiwa haus minuman
Dia pengayun gerabak sebakul makanan

Membawa ke hulur dan ke hilir
Merasai kenaikan harga barang
Menjiwai erti sebuah kepahitan
Realiti itu
Siapa yang ambil tahu?

Apakah maksud GST?
Dia sendiri tidak mengerti
Masih berdiri di situ
Di suatu sudut dalam kehimpitan hidup
Memakai selipar jepun
Jauh sekali kasut-kasut berjenama

Dengan kenaikan tol,
Apa yang dia rasa?
Engkau!  Membesar dalam kesenangan
Duit berjuta pada sang kaya
Terus-terusan bermewahan

Yang di bawah menanggung
Kerisauan dengan ketirisan wang negara
Api yang dia guna hanya lilin dan pelita
Untung sekali merasai elektrik mahal berganda

Dia hanya seorang rakyat Malaysia!
Ya, masih ada harapan pada sebuah perjuangan,
Masih ada!
Nukilan,
Mar’atul Husna Roslan

26 Disember 2013

Wednesday, December 18, 2013

FAKTA ANAK SULUNG!

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

1) ANAK MANJA MAK - Dia mesti utamakan ibunya.
2) DEGIL - keras kepala, kemahuan yg tinggi, kalau buat sesuatu bersungguh2, klau xnak tu, xnak la jawabnya, xboleh dipaksa2, senang dipujuk tp kadang2 xberape jalan.
3) TAK PANDAI MEMUJUK - memang xpandai pujuk orang. 
4) CINTA - Sangat setia 
5) Hitam/Putih - apa yg dikatakan semua dipegang. 
6) HATI - nampk je garang tapi hati die lembut. perangai tidak boleh ditegur
7) ARAHAN - lebih suka buat kerja/hal sendiri
8)PEMAAF/CARING - Sangat pemaaf dan caring. tp jngn bg die marah, klau dia marah faham2 jela hangin dia.
9) MUDAH BERGAUL - Prinsip ank no 1 selagi org tu xtegur dia smpai bila2, selagi tu dia xkan tegur org tu, nampak sombong tp peramah sebenarnya, bila dia dah ngam dgn org tu jgn tanya knp die boleh jadi Bestfriend 4ever

Siapa disini anak sulung?  samelo kiter yek!


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Mid Term GL

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Air mata mula keluar bila ustzh kata siapa dpt markah bawah 10 sila jmp ustzh,risau! Sbb x stdy mne pon.....nak2 subjek killer....Lalu,kertas exam mid term General Linguistic di edar.

Alhamdulillah! 23 markah yg ditulis bermakna 23/25markah full.... Ustzh kate paling tinggi...Sbnrnye doa ibuayah buat diri ini ..yg lemah..........kuasa Allah.kun fa yakun!

#InspirasiSurahMuhdAyat7
 — with Roslan Ahmad and 4 others.

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Aku anak pejuang!

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Ibu ayah teruskan berkhidmat dan berbakti bersama masyarakat, mungkin dengan sumbangan ibu ayah pada masyarakat, Allah permudahkan urusan kami dalam pelajaran.

Benar, masyarakat lebih memerlukan kalian. Kami tidak pernah rasa terpinggir walaupun kalian jarang bersama kami. Sungguh! kami memahami tugas kalian.

♥♡ Sayang ibu ayah ♥♡

"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu.."-Surah Hud:44
 — with Roslan Ahmad and 7 others.

Aku anak pejuang!
 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

kelas POLI

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

FIKIR~
Dalam kelas ganti subjek Political Science kelmarin,
Lecturer: Siapa tahu kenapa PAS dan UMNO masih bertahan hingga sekarang?
A: PAS bertahan kerana sayap-sayapnya yang hebat. Ada Dewan Pemuda, Dewan Ulama', Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS
B: Manakala, UMNO bertahan sebab ada Sabah dan Sarawak. Kalau tak ada, dah lama UMNO terkubur, huh!
Lecturer: betol3!

#krik3 

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

::KISAH DENDA::

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Dulu masa kecik-kecik ayah selalu denda kami adik-beradik dengan MENGAJI..kesalahan BESAR kami adalah kalau kami curi-curi tengok TV kat rumah jiran sebelah, bila ayah balik dari buat kerja-kerja dakwah, siap la ayat yang keluar:

"kakak, Amin, Kia, ambil wudu' ngaji sekarang"

Ataupun kesalahan-kesalahan lain yang menyebabkan kami di DENDA, bergaduh sesama adik-beradik, menjerit tak tentu pasal, malas belajar, turun lambat STUDY, banyak gelak dan pelbagai lagi watak-watak yang kelakar dan lucu bila di ingat kembali!

Series, saya rindu nak kena denda dengan ayah lagi, terasa aura POSITIF bila didenda dengan hikmah. Bila dah besar teringat zaman kanak-kanak yang nakal,haha..  Terima kasih ayah! 

p/s: Kepada bakal ibu dan ayah jadilah pendidik bukan penghukum 

#TakdeTVSampaiSekarangWehh
 — with Roslan Ahmad 

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

KISAH BAHASA

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Masa umur saya tujuh tahun, saya punya adik-adik yang rapat-rapat, selang setahun, bawah saya 6 tahun, 5 tahun, 4 tahun, dan sambung sendiri.. 7 beradik yang aktif siang dan malam. Buat cerita dan lembaran novel pasti tidak habis. Dengan kenakalan dan kedegilan yang sering menguji kesabaran ibu dan ayah.

Setiap hari kami akan ditinggalkan ibu dan ayah pergi mengajar, saya waktu itu masuk sekolah rendah Cina, masih merangkak-rangkak dalam belajar. Pernah satu malam saya meraung dan menangis kerana susahnya belajar bahasa ini. Adik saya menuruti jejak langkah ke alam sekolah Cina, pernah dia skor A. Maka saya mula tercabar. Kami bertekak kadang-kadang dalam bahasa Cina..haha.. Wo ai ni men liang ke 

Kini semua itu tinggal kenangan. Saya dalam kos bahasa Arab di Versiti ini. Pernah pensyarah kami meminta semua pelajar membentangkan sajak dalam 3 bahasa (Melayu, Inggeris dan Arab) maka saya ambil kesempatan ini untuk mempersembahkan sajak itu dalam bahasa keempat saya, BAHASA CINA!

"Markah bonus saya tambah kepada Mar'atul Husna Roslan kerana telah mempersembahkan sajak dalam bahasa lain." : kata Lecturer saya tika itu.

Disini saya sering muhasabah kembali, tanggung jawab pada non-muslim juga ada, kerana saya ada alat untuk berkomunikasi dengan mereka. Bahasa Cina ini akan saya perkukuhkan kembali, doakan saya. Daie ila Allah to be, insyallah 

#4Bahasa
 — with Muna Hajar Roslan and Abdul Hadi Roslan.

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Saturday, December 14, 2013

status Fb

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah. 

Assalamualaikum.. hari ni suka saya berkongsi 
status Fb yang saya simpan 
dan ingin diadaptasi dalam blog ini
___________________

Doa mendapat suami soleh =)
اللهم ارقنا زوجا صالحا و فاقيه و عاليما عندك

________________________
Serangkap dari Syair Arab:
"Jika kau temui cinta, burulah hingga ke hujung dunia! "

#KelasAdabArabi
________________

Manusia akhir zaman makin terlena.
Lupa tujuan asal hadirnya ke dunia.
Syariat tak peka,tambah ibadah ikut suka.
Kuman seberang laut nampak di mata..
Gajah depan mata,tiba-tiba je mata buta..
Semua perkara,belah kanan kau utama..!!!
Selak helaian Al-Quran,tangan kiri pula kau guna.??
Ciss,tak guna...!!
Kajilah,mesti ada yang tak kena...


_____________________________


Us Zulkifli al-Bakri menyebut tentang tahap taubat: 1.Taubat kerana dosa 2.Taubat kerana kekurangan pada amalan 3.Taubat kerana alpa dalam mengingati Allah Tahap yang pertama adalah tahap orang awam. Tahap yang kedua pula dia merasa bersalah kerana kecuaian dia dalam menyempurnakan amalan sehabis baik. Tahap yang ke-3 adalah yang paling tinggi. Dia merasa bersalah kerana terdapat kealpaan dalam mengingati Allah dalam setiap inci kehidupannya. Nabi saw bersabda: "Orang yang bertaubat daripada dosa seumpama orang yang tiada dosa."

____________________________

Sebelum dan Selepas PRU 13

a. Menafikan kenaikan harga minyak dan barangan-barang selepas PRU jika BN menang. Semua adalah dakyah pembangkang. 
* Akhirnya minyak naik 20 sen serta gula naik 34 sen. Dan tunggu kenaikan seterusnya.

b. Janji turun harga kereta jika diberi mandat. Siap buat "aku janji". Tuduh pembangkang tak mampu turunkan harga kereta. Hanya BN sahaja yg mampu laksana. 
* Akhirnya BN mengumumkan tiada penurunan harga kereta dan semua itu mustahil utk laksana

c. Janji RM 1,000 BR1M tahun 2014 jika rakyat beri kepercayaan pada BN.
* Akhirnya Bajet 2014 umum BR1M hanya RM 650. 

Ada lain lain maklumat... tolong tambah..
______________________________


Alangkah indahnya hari ini, kalau dimulai tidak dicemari dengan dosa.. tidak dicelahi di tengahnya dengan dosa dan tidak pula ditutupi dengan dosa. Itulah hari Kemerdekaan yang sebenar...

_____________________________________
Pesanan daripada seorang murobbi ummah~

‘sekaranglah masa untuk kamu bermunajat banyak2 pada Allah..nanti bla kamu dah berkeluarga nanti,masa kamu untuk bermunajat padaNya mungkin tak sebanyak masa yang kamu ada sekarang‘

______________________________________


" if nk pilih teman hidup,bukan semata-mata teman hidup,tp TEMAN SEPERJUANGAN"

[Ust Imran, 2013]



------------------------------
'Di mana ada hutan dan semak di situ ada duri, di mana ada wang dan minyak di situ ada pencuri '- Yb Datuk Raja Kamarul



 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Cerita Dia, Kamu dan Aku

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah. 

Ceritanya dia pengayun gerabak Dakwah
Ceritanya dia pendodoi jiwa haus Tarbiyah
Ceritanya dia perjuangkan hak Pemilik dirinya

Hari-hari dia bermatian menjaga iman
Sosok itu selalu cuba menutup hatinya daripada liar
Cuba teguh menjadi qudwah
Tidak putus asa mengajar dirinya mengejar kasih abadi Tuhan

Jiwa-jiwa lain sentiasa dekat walau bukan sekaki jaraknya
Kerana cintanya kepada Ukhuwwah ini tak pernah dirasa mereka jauh
Bersatu dalam balasan bedilan doa
Rasa-rasa dia selalu tenang
Berjemaah ini bagai bangunan kokoh
Jitu selalu mahu dilihat
Maka dia pun sentiasa mengukir senyuman Pembina ruh kepada semua

Segala masalah muncul
Dia panah kembali dengan keyakinan kepada Yang Maha Merancang
Sakit, perih yang menyergah dia cuba benteng dengan rasa kehambaan
Muncul ujian sebesar mana
Makin kuat pergantungannya kepada Tempat Kembalinya

Ya, sore- sore mengata yang indah-indah
Dia jatuh juga ada masanya
Rasa lumpuh kerana kecewa
Rasa tidak mahu lagi mengangkat muka
Kerana semua jari menuding keaibannya

Pernah juga hatinya menjerit perit dikhianati
Pernah juga dia ingin memilih putus asa
Sampai satu ketikanya dia mahu berhenti

Satu dua tiga
Buka mata semula
Buka dengan makna
Sedar kembali perjuangan ini bukan untuk dunia
Kerna Allah tidak buta

Maka dia bangkit dari rebah lama
Sohabiah semua wujud untuk hadir memberi erti hati kepada hati
Nafsu jangan didik
Lama-lama tinggalkan perjuangan seorang Khalifah

Kerna perjuangan daie itu benar-benar bukan mainan
Dia bangun terus untuk menusuk tajam tohor Jahiliyyah
Dia susun kembali rentak tarian Mutaba’ah Amal
Kembali mujahadah yang lain di ajak sama merasai
Hati-hati kusam karat
Disua vitamin Kitab Allah
Terus-terusan menjalin cinta dengan Yang Mencintai tanpa cuba mengalah

Dia kini masih istiqamah kerana restu Dia
Harapan untuk tanpa cantas di jalan ini tak pernah berkubur
Kerana pengakhirannya kelam atau tidak itu
Mencabar dia untuk kuat dalam payah

Cuba dan cuba
Lari dan lari
Moga-moga Allah tidak mahu lepaskannya
Pergi dari kasih sayang-Nya

Dan moga-moga dakapan hangat Tuhan itu
Selalu menjaga setiap langkahnya
Bersama-sama kepimpinan lainnya juga
Setiap butir bicara
Dan setiap titipan jari mencoret murni

Selalu ada kemudahan
Selalu ada!

Nukilan,
 Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Saturday, December 7, 2013

U @ Me

|Bismillah...| 
Alhamdulillah, 
Wassola ala Rasulillah.

Kisah hidup insani
diselubungi dalam misteri
sekian kali itu mungkin rahmat dari ilahi
buat hambanya supaya insafi diri
ada hikmah dalam setiap saat ujian musibah Allah beri

Bermula sebuah langkah
dengan tekad yang baru
menjejak kaki ke kampus ini
Aku dan dia tidak kenal mengenali
asing dalam dunia asing
Bila namanya disebut aku seakan mahu tahu
siapakah pemilik nama itu
'menjaga pandangan' itu yang ku dengar 
dari si kawan-kawan senegeriku
mahu tahu, sungguh!
kenapa? 
aku jua tidak pasti


Maka hari berganti hari
tempat dan destinasi kami tujui
menjadi saksi aku semakin mengenali dirimu
kenal lebih dekat
bukan bermakna kenal segalanya
mungkin bagai melihat air dari gelas kaca
lihat diluar sahaja
aku tidak berani
kerana pernah kecewa
aku bukan pengecut
tetapi pernah dah ku bertanya
ibarat menjauhi diri dari sampan yang binasa

Aku bukan sehebat Khadijah melamar nabi kita
aku menjadi trauma dengan kisah lalu
kisah sedih lagi pilu
orang yang kurasai 
bakal menjadi tiang seri hidupku!

Allahurabbi,
engkau mungkin tidak sedar semua ini
kerana aku mungkin bertepuk sebelah tangan sahaja
tak pernah kau bertanya?
oh mungkin berjiwa besar, 
kau punya azam yang banyak
mahu itu mahu ini
semangat yang ada ku hargai

Aku tak pasti di mana semua ini akan berakhir
namun ku tahu
Allah yang merancang
Allah memberi dengan adil
aku sedia berkorban 
andai ada yang terbaik 
Allah beri buatmu dan aku!

Biarlah Allah sahaja menjadi saksi
atas segala apa yang aku rasai
aku tak mengharap
tapi aku menghormati rasa dalam jiwa ku ini
Allah kau campakkan semua ini 
aku nak lari dari rasa ini
tapi,jauh sekali
semakin jauh, semakin ku diuji
semakin lari semakin dekat
bagai mengejar bayang-bayang sendiri

Ujian buat ku
kau kuatkan aku ya Allah
supaya aku tak lalai dan leka
aku mahu jadi sesoleh dia
aku mahu menjadi mukminah
ibu buat anak-anakku nanti

Namun,tiba-tiba rasa dalam diri ini
aku pasti kau juga merasai apa yang ku rasa
kau sudah ada pendirian
katanya selepas bergelar graduan
saat ku bertanya hari itu
maka berbahagialah mereka yang sudah berbahagia
yang belum itu pasti bahagia juga
walaupun bukan dengan orang yang dia pernah cintai

Setiap masa yang sampai bukan kebetulan
aku hari-hari berdoa
mohon Allah tetapkan yang terbaik
mungkin kau sudah dimiliki
kerana agama yang ada dalam dirimu
aku setia  di sini, dalam istiharoh ini
masih di sini mengharap kau tidak pergi
menjadi penggerak sama-sama di bumi tarbiah ini.


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan
(5.28am M. Safiyah)

Thursday, December 5, 2013

Ujian

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Jatuh bangun dalam hidup
tak semudah mendengar kalimat sabar
Bila ujian itu kena pada diri
Nilailah imanmu

Kemana kamu mengadu
Kemana kamu mohon pertolongan

terus positif dan yakin seyakinnya
kau di uji tanda Allah sayang

Adu, cerita, menangislah di hadapan DIA
ya Dia, Allah tuhan kita!

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Sunday, November 24, 2013

lAri!

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah

Berlari aku,
Dalam setiap gerak langkah
Mencari erti sebuah mujahadah

Masih berlalri
Sedang yang lain sudah tamat dalam pelarian
aku masih berlari, masih!

Aku berlari bersama sebuah kekentalan
Mendalami erti kehidupan
Yang berwarna kadang-kadang misteri

Masih berlari
Tika yang lain sudah putus asa
Aku mesti lari, lari!

Berlari mencari Redha Allah
Biar ujian yang datang mendekatkan lagi
Aku dengan tuhanku

Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Friday, November 15, 2013

lEmAh

|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

 Sabda Rasulullah: "Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu."Riwayat Bukhari

Aku terlupa, dalam kesibukan kononnya, terhenti kerana demam melanda.
Ujian yang Allah beri, buat aku sedar kembali.

Sihat VS Sakit
Dua term yang sangat berbeza,
Dua nikmat yang  Allah nak uji iman kita.

Di pagi yang hening itu,
Anak usrahku datang melawatku,
Alhamdulillah ku ambil semangat dari situ!

Aku memang lemah,
Allah maha gagah.

Moga dosa-dosa diampuni,
Moga mereka-mereka dirahmati.

Hidup perlu diteruskan,
Cakna dengan ujian,
Perlu faham hakikat dugaan!

Kuat, semangat, boleh!
Insyaallah, La hau la wala quwwata illa billah~

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Monday, November 11, 2013

Isi Hati INI

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Khas untuk 'dia'

Bila kau berbicara pasti mengaitkan dengan sirah
Bila bertanya, pasti dia pemula,
Bila dikatakan siapa mahu?
Pasti dia dulu!

Kau yang ku kenal,
Harapnya bukan di kampus sekencang itu,
Tapi berpanjangan hingga ke kampung dan hulu,
Punya tekad mahu membantu,
anak-anak senegeri yang perlukanmu.

Aku yang kau kenal,
Pasti hanya anak pimpinan,
Yang aku tak pasti,
Belum tentu kau rasai apalah sangat nilai ini.

Aku yang kau kenal,
Mungkin hanya pada nama,
tidak pada dalamannya,
siapalah aku disisi matamu dan jiwa.

Kau yang ku kenal,
Setakat ini,
Hanya dalam perjumpaan dan pertemuan,
Hanya sekali terpaksa mengambil barang katanya 'hantaran'
haish

Aku masih panjang perjalanan dibumi ilmu ini,
Kau bakal menjejak alam lain,
Aku masih belajar erti berlari dengan lelah,
Kau bakal mendaki bumi kerjaya sudah.

Aku yang mengenalimu,
Dari lensa kaca,
Dari dua bingkai cermin mata,
Tidak nampak kelemahan-kelemahanmu,
Yang membuat aku tawar hati,
Istiharohku masih di sini, insyaallah.

Sedar diri ini,
Aku bukan layak dari mendekatimu
Aku bukan mereka-mereka yang punya aura populariti
Aku bukan itu!
Aku adalah aku!

Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan
hanya DIA yang memahami puisi ini =)

Thursday, October 31, 2013

serikandi~

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Serikandiku Serikandiku Pabila lamaran perjuangan telah kau terima 
Kau tahu Tak kan sedikit pegorbanan yang didamba 
Tak kan sedikit masamu yang dicaras 
Tak sedikit air matamu yang yang di bakal tumpah 

Serikandiku 
Apabila seruan jihad dilaungkan Lalu kau sahut 
Kau tahu ia tak mudah Kau tahu ia bakal membuatmu derita 

Namun serikandiku 
Kau juga yakin Janji Tuhamu itu benar 
Kata Tuhanmu itu pasti tertunai 
Lalu kau menyerah takdirmu pada Tuhan 
Kau hayati ayat-ayat indah dariNya
 Kau fahami bait-bait hadis kekasihNya 
Menangislah serikandiku

Kerana Allah menciptakan ia terlalu berharga 
Apatah lagi jika ianya lahir dari tulusnya hatimu 
Jika ia keluar dek lelahnya perjuangan
 Kerana perjuangan itu terbukti tidak mudah
 Kau tahu bagaimana kekasih Allah itu diuji 

Kau mengerti umat terdahulu bagaimana ujiannya 
Bahkan kau tahu apa terjadi pada pejuang-pejuang zaman ini 

Serikandiku
Aku tahu kau lelah 
Aku mengerti kau penat 
Aku juga faham kau tak punya masa rehat 

Serikandiku sayang 
Allah itu menilaimu 
Allah itu melihat bagaimana dirimu
Allah itu mahu mendekatkanmu padaNya 
Allah itu mahu meninggikan darjatmu
Allah itu Maha Penyayang 
Allah itu Maha Mengetahui

Dia tahu kau seperti apa Serikandiku 
Sahabat sahabatmu sentiasa bersamamu 
Teman teman seperjuanganmu jua sepertimu
Jangan kau bimbang kerana kau tidak keseorangan
Kau punya Allah yang sentiasa bersamamu 
Kau punya Rasul yang merinduimu
Kau punya sahabat yang sentiasa mendoakanmu

Serikandiku Berbahagialah kau kerana bergelar... Serikandi Islam

 Oleh : Hamba Allah
'terima kasih awak' =)

Wednesday, October 30, 2013

Tunang

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.


Tunang,namun belum halal. 

Teringat pesanan ustazah semasa mengambil kursus kahwin 2 tahun yang lepas, “Kalau kamu inginkan kebahagiaan dalam rumah tangga; jangan kamu kumpul kemurkaan Allah sebelum pernikahan!.”

Mudah, tegas dan padat pesanannya. Katanya, walaupun ibu bapa selesa dengan tunang masing-masing, pastikan kamu tak berdua ke sana ke mari. Syaitan itu licik. Dia sudah berputus asa menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar maka di bisikkan perlahan-lahan supaya kamu lakukan maksiat yang dianggap kecil. 

Ustazah Fatimah Syarhah dalam ceramahnya ada mengingatkan, “Jauhi perkara-perkara maksiat dalam pergaulan tanpa ikatan yang sah kerana perkara maksiat itu akan menghantui kamu selepas pernikahan dan sepanjang usia kamu.” "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26).

Semoga kita tergolong dalam kalangan hambanya yang sabar dan dilindungi. Semoga pasangan halal yang Allah kurniakan kepada kita adalah nikmat dunia dan akhirat buat kita…wallahu alam.

copypaste~

sabar ye awak?  biar manis itu ada bila sampai waktunya.


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Wednesday, October 23, 2013

Semangat Waja!

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Syukur Alhamdulillah buat semua mahasiwa dan mahasiswi yang masih berkesempatan untuk menuntut ilmu di bumi Allah ini. Ingin dikongsikan di sini tentang tips cemerlang yang saya dapat dari buku-buku motivasi dan juga yang saya dengar dari radio.Semoga anda semua dan juga saya mengambil ihtimam akan kepentingan ilmu dan sentiasa bersemangat untuk ke kelas pada setiap hari.

FOKUS
Belajar itu kena fokus, kalau kita jarang tidur tanda cergas. Kalau tidak tidur juga cergas. Makan vitamin dan ubat minda. Banyak tips yang saya dapat dari senior-senior. Kalau tertidur didalam kelas, harapnya Qada' balik apa yang tertinggal. Kalau datang kelas bawa gula-gula dan air masak, rasa-rasa nak terlelap habiskan air sebotol, pasti segar kembali. Kadang-kadang bila renung balik, macam satu ujian juga mengantuk di dalam kelas.  Hal ini kerana, apabila sudah tamat kelas dan pulang ke bilik, mata yang tadi kuyu dan tidak bermaya kembali segar dan bugar. Allahurabbi!

TIDAK BUAT DOSA
Lawan tetap lawan. Kurangkan buat dosa mata, melihat maksiat dan aurat. Kerana hati yang kotor tidak dimasuki cahaya ilmu. Hati yang bersih mudah masuk ilmu dan senang untuk menghafal. Bersihkan hati, fokus pada ilmu yang ingin disampaikan oleh guru.

CATIT
Banyak ilmu yang kadang-kadang terlepas pandang, sekecil-kecil maklumat yang disampaikan perlulah dicatit dan di tulis dengan baik sama ada di atas kertas atau di dalam buku nota. Kadang-kadang itulah jawapan kepada soalan-soalan yang di tanya dalam peperiksaan.

PENGURUSAN MASA
Urus masa dan susun dengan baik, utamakan yang utama. Usah menangguh, buat terus selepas dapat sesuatu tugas atau kerja berkumpulan. Masa sangat cepat berjalan, sepatutnya kita banyak menghabiskan masa dengan membaca. Dalam 3 jam boleh habis 6 buku. Itu satu cabaran, kita berlumba dengan masa. Letak target untuk habiskan sesuatu perkara dalam masa sekian-sekian. Nak siapkan kerja-kerja ini dalam masa dua jam contohnya.

BERUSAHA
Kita hendaklah berusaha sehabis baik. Buat dengan bersungguh-sungguh. Jangan kerana terpaksa. Usaha mengulang kaji selepas kelas dan mengingat kembali apa yang telah di ajar. Hempas pulas dengan peluh yang mengalir itu akan dinilai oleh Allah, insyaallah!


BERTAWAKKAL DAN BERDOA
Berserah kepada Allah dan berdoa setiap kali ingin menghadapi peperiksaan. Berserah kepada Allah untuk menetukan yang terbaik buat kita. Solat hajat dan doa yang tak henti, mungkin memberi motivasi yang hebat pada diri mahasiwa itu sendiri.

Semoga semua berjaya di dunia dan akhirat. Kejayaan kalian aset buat ummah. Pakarkanlah diri dalam bidang masing-masing.

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Tuesday, October 22, 2013

Aku, kau dan kamu

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.


Dakwah itu
Siapa yang mahu?

Dakwah itu
Apa khabar mereka di sana?

Dakwah itu
Sampai bila memberi alasan?

Kau,
Kau tahu punya ilmu
Kau tahu kau mampu
Kau tahu ramai di luar sana
Sangat memerlukanmu

Kau,
Beri seribu helah
Beri sejuta kisah
Dan terlupa adanya Qiamah
Sedia!

Amanah
Taklifan
Tanggungjawab
Aku, kau dan kamu, jawablah nanti!


 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Jalan Liku~

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Mendepani laluan
Allah lapangkan jalan
Allah mudahkan urusan
Kerana DIA sangat tahu hambanya ini penuh kelemahan

Berlari-lari mengejar mimpi
Mahu skor A sepuas hati
Penuh onak luka berduri
Ujian hati dan emosi

Susah dahulu senang selepasnya
Sukar dahulu mudah kemudian
Payah berliku manis seterusnya
Mehnah yang lalu lazat di akhirnya

Allah, engkau maha tahu
Tahu yang terbaik buat diriku
Tak tercapai semua itu
Tanpa izin darimu Rabb-Ku

Ilmu digali memang payah
Peluh mengalir dari dahi
Mencari-cari bilik pensyarah
Oh, semoga lelah itu diredhai Ilahi

Aku mahu,
Mahu fasih Bahasa Arab.
Ya! Aku mahu!
Sungguh!!

insyaallah~Doakan ana =)

 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Monday, October 21, 2013

Positif

|Bismillah...| Alhamdulillah, Wassola ala Rasulillah.

Menangis ku menangis
Bila terpaksa mencari erti sebuah ILMU
Belajar dan belajar
Bukan meniru dan menipu

Terus melangkah
Walau susah
Walau lelah
Hanya pada DIA ku berserah

Pilihlah aku
Menjadi kalangan mereka yang fasih Arabnya
Lancar lidahnya
Aku mahu!

Insyaallah~
 Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan

Sunday, October 20, 2013

Seloka: Musafir Senja

|Bismillah...|
Alhamdulillah,
Wassola ala Rasulillah.

Sebuah daerah penuh dengan kesibukan
Telah datang sebuah kenderaan
Singgah mengambil kunci tempat kediaman
Menginap di sebuah rumah singgahan

Malam yang dihidang dengan makanan
Tomyam dan nasi goreng sedap dimakan
Kenal lebih dekat kawan-kawan
Pengikat hati dengan hidangan =)

Pagi yang cerah
Melangkah menuju ke Banglo Hijau yang indah
Janjinya pukul 8.00 pagi sudah
Masih menanti dengan tabah

Jenayah yang biasa dilakukan oleh mereka
'Pembawa amanah' Islam katanya
Adalah jenayah pada masa
Masa berjalan dengan segera!

Jam 8.35pagi bermula kisah
Setiap 'aksi' mula menjengah
Senior-senior lama sudah lelah
Hilai tawa yang tak sudah

Saat jam menunjukkan pukul 10.15pagi
Junior-junior baru tiba lagi
Dihidang dengan senyuman nampak gigi
Ukhwah itu bermula dengan taaruf lah, apa lagi?

Sesi taaruf selesai pula
Maka yang di ingat hanya nama
Maklumat lain entah ke mana
Apa nak jadi la~

Perjalanan 'slot' yang mencabar
Mendedahkan satu persatu watak-watak sebenar
Perwatakan biasa jadi tersebar
Perwatakan luar biasa jadi sukar

Maghrib menjelang saatnya tiba
Para muslimat melangkah mula
Berehat mengecas bateri semula
Berborak santai sambil bersila

Semangat dan nasihat di malam yang hening
Bola terpancar di mata yang bening
Apa tidaknya, hari yang kering
Ada pertandingan bola kesukaan sering.

Habis sudah sesi 'itu'
Doa Wehdah tanda sekufu
Laungan Allahuakbar Allah yang satu
Semoga kalian dalam Rahmat-MU

Kek dihidang penutup acara
Tak terkata sedapnya rasa
Buat ke beli apa resepinya?
Lain kali nak lagi lah ya =)

Insyaallah lafaz utama
Setiap kali hendak ke mana
Sabar dan cekal tahap maksima
Perlu dipupuk supaya menjelma

Mutiara dikutip pada hari itu
Harapnya bukan haru-biru
Ambillah ibrah dengan sifu
Supaya kelak tidak melulu

Allah melihat hati kita
Ikhlaskan segalanya
Perjuangan perlu setia
Agar semua dalam Redha-Nya

Siiru a'la barakatillah.
Allahummar zuqna istiqaamah.

Oleh : Khalifah Allah Mar'atul Husna bt Roslan
UIA Gombak-Tanjung Lumpur-TSK-Genting Sempah-UNI KL-UIA Gombak
9.18malam
15 Zulhijjah
20.10.13

Friday, September 27, 2013

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu-Part 9


p/s: sesiapa yg terlepas PART lain klik link di bawah =)

moga ada manfaat!











 "Dik, tolong bawakkan makanan ni ke depan untuk tetamu yang datang tu "
Zinnirah meminta adikknya membawa juadah untuk tetamu itu kerana dia teramat malu. Selepas beberapa ketika, mak cik yang datang itu mula bertanya.

"Mana Zinnirah, kenapa tak keluar" Lantas ibu Zinnirah memanggil berkali-kali. Maka Zinnirah keluar dengan segan dan malu, bersalam dan Zinnirah menerima duit raya yang istimewa. 

Kemudian dia mahu ke dapur kembali menyambung kerja-kerja yang berbaki. Ketika langkah mula di atur, tangannya dipegang oleh ibunya, Zinnirah duduk kembali di sofa empuk bertentangan dengan tetamu yang datang. Malu yang hinggap di hati kian bertambah-tambah. Apatah lagi sekarang dia berhadap betul-betul di hadapan lelaki yang asing turut hadir dalam singgah ziarah di pagi raya itu. 

Hati mula berkata-kata. " emak dia datang sekali?" "jap, apa yang sebenarnya berlaku?"
Tika dia termenung beberapa saat, dia dibisikkan oleh adik perempuannya: 'kakak tadi Hidayah dengar, makcik tu datang nak merisik kakak!!'

Allahurabbi! terkejut dengan bisikan itu, matanya terpandang kelibat di hadapannya. Sosok tubuh yang berdiri di sebelah mak cik itu. Seribu tanda tanya kembali bermain di minda Zinnirah. "Macam ku kenal lelaki ini" luah Zinnirah sendirian. "tapi dimana ya"
allahummasolli ala muhammad..tak ingat..
_________________________________________

Srettttttttt.. bunyi pintu bilik di buka. Ibu Zinnirah masuk ke dalam biliknya. Zinnirah meletakkan Al-Quran setelah membaca Al-Mulk. Waktu sekarang hampir ke 12 malam. 

"Ibu rasa kakak kena fikirkan banyak benda ni, anak sulong tanggungjawab berat.."

"Ibu, kakak bukan tak mahu fikir, tapi kakak masih menunggu jawapan dari orang yang dah lama kakak suka, ibu sendiri tahukan, kakak pernah cerita pada ibu siapa orang yang kakak pendamkan rasa tu"

" Kalau kakak rasa macam itu, eloklah istiharoh, sekarang ada dua pilihan, buatlah pilihan sebaiknya"

"insyaallah bu, dalam masa 3 hari ni kakak akan buat solat istiharah, mohon doanya dari ibu ayah sendiri "

"insyallah, moga Allah tetapkan yang terbaik buatmu nak, selamat malam," 

Sampul duit raya yang diterima dibuka, ada duit dan surat yang terselit sekali. 'Memang istimewa' monolog Zinnirah sendiri. Surat itu di baca. Zinnirah mula tersentuh dengan bait-bait yang disusun dengan catik sekali, manis dan indah ibarat ayat orang yang sangat berharap. Dialog panjang malam itu bersama ibu membuatkan dia memikirkan banyak perkara sebelum terlelap. Besar harapan ibu Zinnirah mahu dia kahwin awal, ayah yang tak berbelah bahagi malah berfikiran terbuka membuatkan dia jadi tak keruan tidur pada malam itu.

___________
Zinnirah melangkah ke dapur, air dijerang, tingkap dibuka. Dapur yang suram kini kembali terang. Pagi yang indah membuatkan dirinya berasa segar untuk turun ke dapur menolong ibunya. Adik-adik yang lain sedang membaca Al-Kahfi beramai-ramai. Sejuk  hati melihat mereka begitu setiap pagi Jumaat.

Zinnirah menyiapkan sarapan pagi kemudian menghidangkannya di meja makan yang berbentuk bujur serta bersusun 10 kerusi di sekelilingnya. Lalu dia memanggil adik-adiknya yang sudah menghabiskan bacaan Al-Kahfi mereka.

"ok semua dah ada, Mujahid silakan baca doa makan" arah ayah Zinnirah kepada adik kedua Zinnirah. Semua menadah tangan membaca doa makan. Alhamdulillah Zinnirah merasai nikmat makan bersama pada hari ini. Semoga sarapan ini membuatkan kalian semakin kuat beribadah bukan bertambah malas, doa Zinnirah sebelum menyuapkan makanan ke mulut.
________________________
Teringat Zinnirah kisah ibu dan ayahnya berkahwin lewat selepas belajar. Ibu dan ayah Zinnirah dari kampus yang sama. " Universiti Malaya itulah tempat ibu dan ayah bertemu jodoh" Terngiang-ngiang kata-kata ayah kepada Zinnirah pada suatu ketika dahulu. Ibu dan ayah tidak menyesal walaupun berkahwin agak lewat mereka mengatakan semuanya ada hikmah. Kini Zinnirah pula disaran untuk berkahwin awal.

"Haish kakak, termenung sorang-sorang kat bilik bacaan ni kenapa?" sapa Mukminah adik keempat Zinnirah. "emm, biasalah banyak benda kakak pikir" Mukminah seperti berminat mahu tahu. Dia duduk bersimpuh sambil menghadapkan muka ke arah Zinnirah. 

" Kakak, kenapa ibu dan ayah nak kakak kahwin awal ye" Soalan itu yang ditanya. 

" eh adik kakak yang baru tingkatan 5 ni dah pandai bab-bab ni ye?" 

"ala kakak, Mukminah tak suka soalan ditanya tapi bila dijawab dengan soalan balik"

Perbualan mereka didengari oleh ibu. Ibu datang duduk sekali di bilik yang bersaiz sederhana besar itu. Rancak perbincangan mereka. Mukminah ini selalu banyak tanya, mungkin perasaan ingin tahu dia dikategorikan sangat tinggi!

_____________________________________________

Selang beberapa hari, Zinnirah mula melangkah masuk ke Sem baru. Setiap kali selepas Subuh pasti mak 'si dia' akan membuat panggilan, bertanya khabar dan memasukkan unsur gurauan mahukan jawapan, akhirnya Zinnirah membuat keputusan untuk menyatakan apa keputusan hatinya!


Bagaimana agamanya? Apa fikrahnya? Seribu persoalan yang menjengah membuatkan dia sendiri terbayang-bayang wajah ayah dan ibu yang sangat mengharapkan menantu yang berjuang membawa Islam.


"Ibu, kakak baru ingat sapa yang datang dengan mak cik tu tempoh hari..."

..bakal bersambung =) insyaallah..

Saturday, September 21, 2013

Pahit Manis Sang Pencari Ilmu-Part 8

p/s: sesiapa yg terlepas PART lain klik link di bawah =)

moga ada mnfaat!








Selamat sudah Zinnirah menghantar sahabatnya ke stesen bas itu, dia pulang seorang diri ke kampus tercinta. Matanya terlihat kepada tanda aras di cermin hadapan stereng. Petanda minyak keretanya sudah habis kelihatan kerana ia menyalakan lampu merah. Dia sudah tak keruan, jauh lagi nak isi minyak nih. Dimanakah stesen minyak? Saat itu tawakkal kepada Allah. Doa sahaja yang keluar dari mulutnya. "Mana pula stesen minyak terdekat ni" monolog Zinnirah sendirian. Tiba-tiba, panggggg! Sebuah kereta dari tepi melanggar pintu sebelah kanan tempat Zinnirah memandu. Dia mulai kalut dan terkejut!

Zinnirah segera memberhentikan keretanya di tepi jalan yang sesak itu. Kereta merah yang melanggar itu terus berjalan tanpa memberhentikan keretanya. 'Kenapa dia tidak berhenti?'  rungut Zinnirah sendiri. Dia tidak dihiraukan oleh pengguna jalanraya di situ, lalu Zinnirah bertekad mahu mencari stesen minyak dahulu. 

Saat kaki melangkah ke tanah melihat apa yang terjadi di hadapan kereta, amat teruk, kemik dan pecah di lampu hadapan. "Innalillahiwainna ilaihiraajiuun". Zinnirah cuba untuk menghidupkan kembali kereta yang dipadam enjinnya tadi. "sttttt", bunyi berkali-kali. Kereta tak boleh dihidupkan, "Allah ini mesti minyak dah habis". 

Kereta hijau Waja berhenti di hadapan keretanya, turun pemuda kacak memakai baju kemeja bertanya kepada Zinnirah: " Apa yang terjadi?"
Zinnirah menjawab dengan selamba, "dua dalam satu, saya mencari stesen minyak, minyak kehabisan, kemudian kereta saya di langgar lari" 

Allahuakbar! ucap pemuda itu. Mana adil, siapa yang melanggar kemudian tidak bertanggungjawab! Lantas pemuda itu menelefon kawannya! Selesai konflik luaran, Alhamdulilah, syukur Zinnirah luahkan dalam sujud syukurnya, mana sangka ada yang nak datang membantu menyelesaikan segala kekusutan melanda. 

Zinnirah senyum sendirian, teringat dia pada pemuda itu meminta nombor telefon ibunya, mahu menelefon ibunya untuk memaklumkan dia sedang membantu Zinnirah dalam kesusahan.

Selesai satu, masih ada satu yang sedang berlega-legar dalam fikirannya, Lamaran yang datang sewaktu pagi raya hari itu, masih menunggu jawapan. Zinnirah terpikir berkali-kali adakah 'dia' bakal menjadi Imamku.

Masih teringat saat genting itu, telefon berbunyi selepas khutbah raya di surau hadapan rumahnya.
 "Assalamualaikum nak Zinnirah, kamu berada dimana?, makcik sudah ada di hadapan rumah kamu, mahu beraya"
"waalaikumussalam, oh ye ke? saya akan pulang sekarang"

Kuih di hidang, air di jamu, beberapa seloroh keluar dari tetamu rumah yang hadir. Zinnirah tidak keluar kerana rasa malu yang amat tika dia bersalam pada saat kaki tetamu itu datang.

Datang bersama seorang yang berwajah segar teruna. Tidak berkelip mata dia memandang, lantas Zinnirah segera ke dapur, membancuh air dan menghidangkan kuih. "dik, tolong bawakkan ke depan untuk tetamu yang datang tu "Zinnirah meminta adikknya membawa juadah untuk tetamu itu.

Selepas beberapa ketika, mak cik yang mulia itu mula bertanya, "mana Zinnirah, kenapa tak keluar" Lantas ibu Zinnirah memanggil berkali-kali. Keluar dengan segan dan malu, bersalam dan Zinnirah menerima duit raya yang istimewa. 

Kemudian....bakal bersambung =) insyaallah..


::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...