~semoga mereka dirahmati Allah~

Dimulakan dengan....

Photobucket

Friday, January 13, 2012

~kisah saya di sekolah Cina~

Sedikit komen tentang soalan yang saya terima sebelum ini.

Jika ditanya kepada saya, bagaimana kamu menulis? 
Jawabnya, saya menulis berdasarkan pengalaman dan ilmu yang saya ada. 

Mungkin orang lain lebih gemar menulis untuk penulisan berbentuk fakta dan ilmiah 
atau berbentuk dakwah serta nasihat..
Namun bagi saya menulis itu seni, seni itu berbagai rupa...
dan bukan semua orang punya cita rasa yang sama, saya lebih gemar menulis dengan rasa dari hati dan juga dari pengalaman saya sendiri.

Saya bebas memberi idea tanpa melanggar hukum syariat, tak perlu sampai saya nak hipokrit ketika menulis..Biarlah tulisan ini memberi pahala kepada yang menulis dan yang membaca.. insya allah.

oh, kenapa pengalaman? Kerana bagi saya pengalaman itulah yang membentuk manusia menjadi lebih baik. Dari sudut pandang sisi lain, mungkin pengalaman saya boleh dijadikan iktibar dan diambil ibrahnya oleh orang yang membaca dari penulisan saya.

saya kod kan kata-kata Imam yang terkenal ini!
“Apapun alasan yang ada, saya memang suka menulis dan saya akan tetap memenuhi keinginan saya untuk tetap menulis. Jika apa yang saya tulis adalah sesuatu yang benar, Alhamdulillah. Namun jika tidak, maka Astaghfirullah. Tetapi, saya yakin bahawa kalaupun tulisan ini tidak bermanfaat, insya Allah tetap tidak mendatangkan mudharat. Namun, kebaikanlah yang saya inginkan, dan Allah sajalah yang dapat memberi taufiq,” -(Imam As-Syahid Hassan Al Banna)

___________________________________________________

Hari ini saya terkenang sekolah lama saya.
.
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Mentakab 2
Sebelum ini hampir semua tak percaya saya dari sekolah Rendah Cina...Mungkin perkara ini jarang didengari. tapi benarlah kata ibu satu kelebihan buat saya untuk orang lain dapat sesuatu yang berharga..


Ya , hampir sahaja saya tergelak bila seorang kakak menegur saya mengatakan bahawa makanan di sekolah Cina macamana? Dalam situasi lain,saya disapa oleh seorang kakak yang bernama Izati Hamzah... mahu bertanya topik sekolah Cina..Sebelum ini,sebenarnya ada juga kawan-kawan ayah dan ibu yang bercadang mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah Cina...bertanya dari PENGALAMAN saya sendiri.
Bertanya, bertanya, bertanya dan bertanya..
Ada belajar Agama ke? macamana sesi pembelajarannya? Guru-gurunya bagaimana? Ada tak surau? Apa lagi yang kita dapat selain belajar bahasa di sana? Boleh pakai tudung tak? Ada diskriminasi?dan... banyak lagi soalan yang akan di jawab disini.

Sebelum itu, saya lahir dari keluarga yang bukan keturunan cina..tapi ayah saya dari keturunan Baba Nyonya di Melaka..Mungkin atas sedikit faktor ini saya dan adik-adik cenderung untuk dihantar kesekolah Cina...dan juga faktor "dakwah"!
 

 DARJAH 1
  • Agama
Pertama saya ingin menegaskan bahawa menghantar anak-anak ke sekolah Cina tidak seperti menghantar anak-anak ke sekolah Melayu. Hal ini kerana, pertama kali saya masuk ke sekolah Cina itu, sayalah orang pertama yang memakai tudung ke sekolah, sedangkan anak-anak Melayu lain tidak memakainya atas alasan sebelum ini belum ada yang memakainya..
Alhamdulillah, berkat kesabaran ibu dan ayah serta tolak ansur guru-guru Cina saya diterima baik untuk belajar dengan memakai tudung berbaju kurung lengkap....kebiasaannya anak-anak Melayu yang bersekolah disini hanya memakai baju kurung sekolah tanpa tudung..malah ada juga yang memakai skirt seperti anak perempuan Cina lain..

Ya, tak sama dengan sekolah Melayu! kerana apa? Kerana mereka bukan sama agama dengan kita.. =) ok,jawapan ini perlu kepada huraian, suatu hari, saya dipaksa menanggalkan tudung kerana kata guru kelas saya..saya asing dan saya sorang saje yang pelik (dalam bahasa Cina la).. ketika ibu menjemput saya pulang...saya mengadu kepada ibu...saya tak mahu ke sekolah Cina lagi....saya didesak beberapa kali oleh guru kelas dan beberapa orang guru Cina lain untuk menanggalkan HIJAB saya ini...
Sejak dari peristiwa itu, saya trauma kerana saya seperti 'diserang mental' oleh 'mereka-mereka' yang memusuhi HIJAB saya ini.....lalu, suatu hari ibu dipanggil oleh guru kelas saya yang 'garang' itu!

Saya disuruh menanggalkan tudung di hadapan ibu dan guru itu! Ya Allah, dalam hati saya yang baru darjah satu itu hanya rasa geram sahaja!(eee, geramnya).Namun mungkin kekuatan ibu dari solat hajatnya yang tak henti-henti  kerana jangkaan ibu bahawa akan ada ujian di sekolah CINA ini nanti..... ibu mengatakan : "Ini perintah AGAMA, Agama Islam suruh penganutnya memakai pakaian seperti ini" Jelas sekali penerangan ibu kepada guru-guru yang menyerang saya itu..


Mereka terdiam, mungkin terkelu, mungkin juga sudah patah hujah!
Ya, pada mereka yang ada rasa untuk menghantar anak-anak ke sekolah Cina, anda perlu ada kekuatan.. perlu tahu cabaran-cabaran yang bakal ditempuh.

Akhirnya, mereka diam kerana mereka takut bila disebut pasal Agama..
Tips:Barulah saya tahu mereka 'kecut' bila disebut tentang AGAMA! Saya meneruskan pembelajaran saya seperti biasa....Selepas itu, bermulalah generasi seterusnya ~~ yang memakai tudung ke sekolah~~dimulakan dengan saya..heheh
  • Makanan
Setiap pagi ibu lah yang membekalkan saya dengan roti atau nasi lemak atau sarapan pagi yang dibuat dari rumah. Saya tidak dibenarkan ibu untuk pergi ke gerai di kantin sekolah Cina untuk membeli makanan di sana. Sejak dari darjah satu hingga enam saya makan bekal yang dibawakan ibu untuk saya.

Peringatan: Di kantin sekolah Cina itu ada jual macam-macam, termasuk B... saya jamin kalau anda ibu bapa yang bertanggungjawab dengan anak-anak anda, anda pasti mengharamkan mereka dari menyentuh makanan seperti itu.......................Tips: sayang anak anda seperti anda sayang diri anda juga!-tibe je =)


 DARJAH 2
  • Suasana
Suasana dikutuk itu perkara biasa..Saya dihantar oleh ibu ke sekolah...sekolah ibu dekat dengan sekolah saya...kerana ibu mengajar di sekolah Menengah yang juga sekolah Cina. Ibu dikutuk dan diumpat kerana memakai tudung labuh dan berjubah, lalu ibu tekad menghantar saya dan adik-adik ke sekolah Cina untuk memahami dan menegur balik apa yang dibuat oleh mereka-mereka itu..

Alhamdulillah, hasil saya belajar dari sekolah Cina itu selama enam tahun, ibu pula belajar dengan saya dan boleh bertutur dengan baik untuk berbual dengan anak-anak Cina itu..Mereka jadi baik pula dengan ibu =)
Mereka ini kalau kita faham apa yang mereka cakap mereka akan respect dan hormat gila kat kita, sebab kita faham bahasa mereka, sejak itu, ibu tidak lagi dihina dan dikeji..

Suasana dalam kelas disini sangat seronok, saya hanya menganga dan mendengar sahaja dari darjah satu hingga darjah dua kerana saya tak tahu apa-apa tentang bahasa Cina, dan saya juga bukan bertadika di sekolah Cina, saya anak didik PASTI! ...tibe je =)

Disebabkan saya tak faham sangat,saya ikut je orang ..Orang hantar buku saya hantar buku..orang berehat saya berehat.. orang menyanyi saya menyanyi..orang mengeja saya mengeja... orang bertepuk saya bertepuk..orang membaca saya membaca... sampaikan orang kena rotan nasib baik saya tak kena rotan. Sebab saya siapkan kerja =)

Suasana kepala Mate. Saya jadi minat dengan matematik sejak dari sekolah Cina, kerana kami diWAJIBKAN mengulang sifir 1 hingga 12 sebelum guru tiba ke kelas, jadi kepala kami dah ada sifir! Mate itu subjek senang je bagi mereka (BANGSA CINA) tapi subjek killer bagi kita(BANGSA MELAYU) aduh, macamna ni? em, sampaikan kawan sebelah saya ini masa darjah enam, dia asyik dapat 99% atau 100% je markah Mate dia! Memang teror ar!


Suasana diskriminasi ada, tetapi jarang.bergantung kepada guru.Tetapi jangan risau mereka tetap ada hati dan perasaan, mereka takut juga akan didakwa! oleh itu, saya cadangkan anak-anak yang dihantar ke sekolah Cina perlu bergaul dengan semua anak-anak Cina yang lain agar kita ada backup bila kita tak tahu nak buat ape kalau kita salah =)

Suasana persaingan sangatlah sengit, saya selalu mendapat tempat yang corot didalam kelas seperti nombor 25 dari 35 orang pelajar..kerana bahasa Cina saya sangatlah lemah. Mesti dapat D sekali sekala dapat C. Tetapi saya bersyukur kerana saya masih boleh belajar dalam subjek lain seperti Sains dan MAte yang juga dalam bahasa Cina.
DARJAH 3

  • Ujian
Ibu ayah saya diuji lagi, kata guru kelas saya darjah 3 ni saya tidak boleh meneruskan belajar disekolah ini kerana bahasa Cina saya lemah!

Aduh, ibu menangis (saya dapat rasakan, walaupun saya tak nampak air mata ibu)bagaimana ni? Lalu ibu berhujjah mengatakan bahawa " saya mahu anak saya pandai bercakap Cina pun jadilah dari tak pandai menulis" Guru kelas saya pun bersetuju dengan syarat saya mesti berusaha untuk tingkatkan prestasi Bahasa Cina saya.

Memang makbul doa ibu ini, sekarang 2012 saya hanya boleh bercakap sahaja...menulis saya banyak lupa..kalau baca tu boleh la sikit2...tak mengapa dakwah dengan bercakap..doa ibu itu makbul!

Sejak dari peristiwa itu saya dihantar setiap malam ke rumah Pakcik Halim. Pak cik ini pandai dalam bahasa Cina, kawan ayah juga.
Pukul 1 pagi saya baru pulang kerumah dengan ayah. setelah lama menyiapkan kerja sekolah bersama-sama pakcik itu.

Keputusan Ujian pertengahan tahun menunjukkan saya lebih meningkat dalam Bahasa Cina saya! naik jadi C dan saya dapat nombor 10 dalam kelas yang ada 29 orang tu!Alhamdulillah.
 

DARJAH 4

  • Kerja Sekolah
Wahai mereka yang nak menghantar anak-anak ke sekolah Cina. Ini lagi satu perkara yang perlu diingatkan, bahawa bersekolah disekolah Cina punya homework yang banyak..berbeza dengan sekolah Melayu-kadang-kadang tak ada kerja sekolah pun sebab tu jadi pemalas. 

Setiap hari, saya dan kawan-kawan mesti menyiapkan kerja sekolah lebih dari 20. Bayangkan beg dah la berat, kerja bertambun-tambun, petang ada tuesyen sekolah, malam saya pergi rumah Pakcik Halim, balik tidur dengan tak cukup, esoknya kena hantar kerja semua tu pada ketua kumpulan kami!

Pada mulanya, setiap malam saya menangis, setiap malam saya tidur dengan air mata kerana saya tak tahu nak siapkan macamana! Ialah ibu dengan ayah mana ada basic CINA! Saya hanya buat apa yang saya tahu macam Mate atau BM..tetapi yang bahasa Cina saya tak tahu! saya menangis......Dengan menangis inilah membentuk diri saya dan menjadikan saya lebih tekun,teratur dan berdisiplin ketika buat kerja sekolah..kononnya la =)

Hasil tindakan proaktif ayah saya diperkenalkan dengan Pakcik Halim itu. Alhamdulillah saya belajar membuka kamus, saya belajar buat ayat,  saya diajar mengira cara Cina, saya dididik dengan grammar-grammar bahasa Cina....banyak ilmu baru saya dapat dari pakcik yang baik itu...terima kasih pakcik Halim..

satu lagi subjek yang cukup berat ialah, subjek CHONGKAI: subjek khat la kita dalam subjek bahasa Arab.....menulis tu kena tulis dengan dakwat yang hitam lihat gambar tepi tu, nampak cantikkan, sebab usaha nya cukup susah...=(


Berkat kesabaran semua saya masih boleh meneruskan pelajaran disini..Sedangkan biasanya guru kelas akan memanggil murid-murid yang lemah dalam bahasa Cina(biasanya murid Melayu) untuk ditukarkan ke sekolah Melayu pula, kalau boleh mereka tidak mahu kita menguasai bahasa mereka...kata-kata yang masih saya ingat...orang-orang Cina ramai yang menghantar anak-anak mereka masuk ke sekolah Melayu untuk berbahasa MELAYU,dapat menguasai BISNES, namun yang belajar di sekolah Cina ramai orang Melayu..kalau boleh mereka mahu anak-anak Melayu tidak mendapat tempat dalam Bahasa Cina..


satu lagi, cikgu-cikgu di sekolah cina akan menggalakkan kita buat dulu buku latihan tu di rumah, kalau boleh esok datang sekolah bincang je.. sebab tu la, mereka lebih ke hadapan ...bersiap sedia dalam semua perkara. ...kawan saya tu, ada yang sangat rajin, kami baru muka surat 9 dia dah siapkan latihan menulis tu sampai muka surat 24 ...huuh,memang cara kerja yang baik..Tips: siapkan dulu kerja yang boleh buat sendiri, tak perlu tunggu cikgu suruh, itu tip orang berjaya!
DARJAH  5

  • Iqra' dn Fardhu Ain
Ya, saya masih belajar agama. kami ada waktu belajar agama iaitu waktu pendidikan moral, mereka yang beragama Islam akan masuk ke suarau sekolah dan murid yang lain akan belajar pendidikan moral. Begitulah jawapan dari soalan mereka yang takut anak-anak mereka diracuni dengan ideologi CINA! Jangan risau anak-anak anda dapat menguasai dengan baik Iqra' dan bacaan Quran serta ilmu Fardhu ain  kerana ada ustazah yang mengajar...kami diajar dengan baik oleh ustzah Maisarah dari darjah 1 hingga 6!

Bukan semua guru disekolah Cina itu Cina...ada je, cikgu Melayu yang mengajar bahasa Melayu dan ada juga cikgu-cikgu India.. berbilang bangsa!

Alhamdulillah, Allah itu maha adil, segala kesusahan Allah balas dengan kesenangan saya lulus 7 subjek dalam peperiksaan akhir tahun darjah 5. Saya mendapat tempat ke 7 dari 33 orang pelajar. Satu-satunya anak Melayu yang dapat top 10! (Ya allah,jauhiku dari riak, sekadar berkongsi).


DARJAH 6

  • Berguna
Sedar tak sedar saya sudah darjah enam, punya beberapa  bulan lagi untuk habiskan pelajaran disini. Suatu hari, saya pergi ke kedai dengan ibu serta adik-adik. Kami mahu beli jam loceng,saya lah tu bangun lambat!

Kedai Cina kami singgah, harga jam tu RM 20.00 setelah ibu tawar menawar dengan tauke Cina itu... dia tetap tidak mahu menurunkan harga. Saya pun mencuba bercakap dalam bahasa Cina agar harga diberi kurang sedikit, tauke tue terkejut beruk!(terkejut sangat) dia tanpa banyak cakap mengurangkan harga RM 15.00, saya hanya tersenyum pada ibu, tauke Cina itu mula berborak dengan saya... dia mengatakan jarang orang Melayu yang menguasai bahasa Cina dengan baik, memang la, bahasa Melayu pun diaorang tak dapat kuasai!Akirnya harga yang diberi kepada kami hanya RM 5.00 setelah dia menguji saya supaya memberi satu pepatah dalam Bahasa Cina.Saya lulus!Tips: cakap Cina dapat murah!

Sangat berguna ilmu bahasa Cina ini, setiap kali kekedai saya bercakap dalam bahasa Cina.Pasti saya mendapat harga lebih murah..seperti satu kelebihan pula..jimat duit =).
Exam akhir tahun saya dapat no. 1 dalam kelas bahasa Cina saya dapat A,semua cikgu terkejut, mana taknya mereka yang dulu mengumpat dah mula memuji saya kerana kejayaan saya,huh itulah manusia..macam-macam perangainya!

Rahsia: saya dah dapat buktikan bahawa anak orang ISLAM juga boleh berjaya seperti mereka. No. 1 dalam kelas sangat lah menggembirakan ibu dan ayah saya, tak kurang juga ada yang mula cemburu dengan saya(terutama mereka yang top dulu2 dalam kelas tu). sebenarnya Allah nak tunjukkan bahawa kejayaan itu milik mereka yang berusaha bersunguh-sungguh.

Bila dah akhir tahun ni saya dah rasa sedih nak habiskan darjah enam disini, saya rindu kenangan di sekolah Cina..banyak pahit manis yang saya tempuh.. banyak pengalaman yang mematangkan saya.

subjek-subjek UPSR dalam sekolah Cina
1. Bahasa Melayu Pemahaman
2. Bahasa Melayu Penulisan
3. Bahasa Cina Pemahaman
4. Bahasa Cina Penulisan
5. Sains- dalam Bahasa Cina
6. Matematik-dalam Bahasa Cina
7. Bahasa Inggeris

Kesimpulan:
 pengalaman lalu 1
 Saya menaiki LRT dari KL central ke UKM ada bengkel Add Mate disana. Dalam perjalanan itu, kami ditemani orang-orang Cina...mereka mengumpat kami kerana tidak dapat duduk..merek berdiri..saya hanya tergelak, ialah diorang ingat diaorang tak tahu ke yang kami ni ada spy bahasa la! sedap-sedap je mulut tu nak mengumpat...
 
Pengalaman lalu 2

Saya menaiki teksi dengan maksu ke Cheras sewa pergi balik -harga- maksu kata biasanya RM 70 hingga RM 80 namun disebabkan kesyokkan saya berbual guna bahasa Cina dengan driver Cina itu dia memberi kami hanya RM 40 sahaja..separuh harga tu, untung2! =)


Pengalaman lalu 3
Saya pergi ke sebuah kedai Cina, membeli alat-alat tulis, tauke Cina apa lagi, saya bedal la cakap Cina, habis ternganga semua orang Melayu yang menjadi pembantu dalam kedai tu, tauke tu kate: kalau pandai cakap je pun kita dah dapat jadi orang tengah untuk syarikat Cina dan syarikat Melayu. tak pun jadi orang penting dalam syarikat Cina...em, kepala bisnes ni.....insya allah, ada juga azam dalam diri untuk terjun dalam dunia bisnes sambil berdakwah kepada CINA2!
 

Pengalaman lalu 4

Saya dan team mengedar risalah disekitar daerah Temerloh..

Berborak dan berbual bersama tauke2 Cina.

Semua mengadu mahukan perubahan dalam pilihanraya akan datang,mereka sangat peka dengan isu semasa sekarang..sepertinya saya menjadi wartawan...mendengar luahan hati mereka! terkejut saya, nampaknya orang Melayu kena ubah pemikiran seperti orang Cina, minda mereka sangat matang dalam membaca masalah-masalah negara.....dakwah-dakwah-dakwah...

Itulah kelebihan yang saya dapat dari sekolah Cina, bukan tidak untung ke sekolah Melayu. tapi untung lagi ke sekolah Cina..saya belajar banyak benda dari sekolah ini!
 -belajar budaya menjaga masa.
-belajar jadi kepala Mate
-belajar jadi lebih cepat buat kerja
-belajar suasana berdisiplin
-belajar teknik mengajar orang Cina
-saya guna handphone language Chinese
-mendengar radio Cina atau lagu2 Cina
-Saya boleh membaca majalah atau surat khabar Cina(bukan semua)
-saya masih boleh berhubung dengan kawan-kawan lama dengan bahasa Cina

ALHAMDULILLAH..


nasihat saya:
1. Ibu bapa kena kuat dan ada pendirian, jangan cepat putus asa.
2. Cari guru Melayu diluar yang faham bahasa Cina.
3. kutip ilmu orang-orang Cina yang sepatutnya ada dalam diri setiap MUSLIM


Semoga perkongsian ini bermanfaat,yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan...Banyak benda kita dapat dari belajar di sekolah Cina, 

Saya sebenarnya mahu menunaikan hasrat ibu supaya dapat berdakwah dengan mereka-mereka yang masih lagi bukan Islam terutama orang-orang Cina..doakan saya berjaya menunaikan harapan ibu ini..dengan Bahasa juga kita boleh berdakwah..insya allah.... jom belajar bahasa cina (klik disini) dan sini juga.

-pengalaman sebenar hamba Allah, Mar'atul Husna Roslan..

52 comments:

atiqah said...

terharu baca cerita ni :)

hana luvlyness said...

entry yg menarik ! like it very much..

Rahman Ejad said...

salam kwnku...salute ku kdpmu...mmg btl..org cina akn pndg tggi pd kte klu kte dpt ckp bhs cina..smge Allah merahmati kmu..ak ley pham dp ckp skit2 r sbb slalu tgk cter cne..anyway..biar dri dihina...dr agama d hina...:)

zinnirah said...

salam atiqah dan hana: terima kasih, mg Allah merahmati kalian..

Rahman Ejad: kita kan sekelas dengan Zaid, kenapa tak ambil kesempatan belajar dengan dia.. apa2 pun tahniah la dah mula belajar..
terima kasih, moga kamu terus menulis..

Anonymous said...

terbaek

zinnirah said...

anonymous: terima kasih..

Datin BERSERI said...

dulu db blajar bahasa german mmg susah wooooo

feeza macho said...

woww .nak belaja dgn husna bolehh takkk ? :p

zinnirah said...

si macho..boleh je

Anonymous said...

wah wah wah,femes dah belog dy..hehee. =) seronok kan berblogging?

syoknya belajar cina,jeles jeles jeles :majuk :hihi

Syaiful said...

peh...mang trerbaekk la....aku blaja bahasa jepun basic kat skola 5 tahun still x dapat master it -..-''

Aretikz said...

Menguasai bahasa lain juga ilmu ^_^

Anonymous said...

Thanks for sharing.. Very interesting.. :)

Anonymous said...

Lupa kot, "Itulah kelebihan yang saya dapat dari sekolah Cina, bukan tidak untung ke sekolah Melayu. tapi untung lagi ke sekolah Cina..saya belajar banyak benda dari sekolah ini!"
Untung lagi dan lagi sekolah agama/pondok :) boleh belajar bahasa arab..

Darra said...

saya ingin sekali menghantar bakal aulad sy ke sekolah sjkc suatu masa nanti dalam membuat tinjauan mengenai isu ini, awak telah membuka mata saya bahawa hantar anak ke sekolah cina bukan setakat kepuasan dunia semata tapi ada sesuatu yg lebih besar iaitu DAKWAH :).TQ

Anonymous said...

http://www.darrisya.blogspot.com/ tq sgt2 :d

Bainun said...

Assalamualaikum...

Saya juga bersekolah Di SJKC dulu ;)

Anonymous said...

Baru daftar ank ke sekolah cina...xtaula boleh hadapi cabarannye atau tidak...tapi lepas bce blog u...rase kebih confident...tqvm

Anonymous said...

MasyaAllah...alhamdulillah terbaca artikel ni...sy tgh cari cara nak pindahkan anak sy ke skolah kebangsaan. sebab result exam dia agak down....bila baca artikel ni tak jadi la nk pindahkan...moralnya,sy sepatutnya lebih berusaha dan cari jalan penyelesaian bkn give up... InshaAllah sy takan berputus asa bantu anak sy.... thankssss
-Cik Puan Ael-

Unknown said...

Hen hao ni!! wo ye she du zai SRJK C Chuen Min.. Tapi da lame x praktiskan untk bercakap. dan x lancr sgt tp paham bile ade cina yg ngumpat.dan saya dapat keje kat company sekarang pun sebb dorg tau sya ade bckground dari skolah cina.. Dorongan dri mak n abh saya juga :-)

Unknown said...

Hen hao ni!! wo ye she du zai SRJK C Chuen Min.. Tapi da lame x praktiskan untk bercakap. dan x lancr sgt tp paham bile ade cina yg ngumpat.dan saya dapat keje kat company sekarang pun sebb dorg tau sya ade bckground dari skolah cina.. Dorongan dri mak n abh saya juga :-)

momma adam.alif.n.aaron said...

Tq atas post ni.s3mangat nak continue anak akk ke sjkc.da 2thn die tadika cine n alhamdulilah byk yg +ve value.eg buku math satu hari suda abes buat ulangkaji. Jazakallah!

zinnirah said...

selamt menghantar anak2 ke dunia sekolah Cina .

cabaran itu yang mendekatkan kita dgn Allah.

semoga ape jua gerak tindak kita dalam redhanya=)

Anonymous said...

I was suggested this blog by my cousin. I'm not sure whether this post
is written by him as no one else know such detailed about
my trouble. You are incredible! Thanks!

My webpage: Tips Isteri Idaman

zai zatul intan payung said...

Alhamdulillah....lepas baca blog nie rasa lebih confidence nak hantar ank ke sek cina. Actually dah hantar pon. First interview dah lepas..bila turn nak daftar masukkan kelas mulalah byk songeh. Sampai budak pon give up. This monday appointment balik. Hope averything ok. Will fight for malay student. Wish me luck.

kontahadif said...

maimaimai...
muge hati ini setabah hati ibu mu dear...

dan muge hati anakanda ku sekuat mu..

suke entry nih!

rintzpalil said...

Saya pun berhajat nak sekolahkan anak sekolah cina. Mudah2an mudah segala urusan.

faisal a.k.a. pejal said...

Assalamualaikum.Mengikut pengalaman saudari,berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk orang yang langsung tiada basic bhasa mandarin untuk fasih berbahasa mandarin??

Tengku Hazmin Hanum said...

Assalamualaikum..
seronok saya membaca entry ini. Actually situasi saya adalah seperti ibu saudari..cuma anak2 saya kurang kesedaran untuk maju di sekolah cina krn segala2nya mereka harapkan ibunya yg tak reti bahasa cina ini huhu..
Anak sulung saya, perempuan sudah darjah 3 tetapi masih tidak mahir bahasa cina. Nak buat homework tak reti. Kalau matematik boleh jugak saya bantu (saya byk refer google translate). Setiap kali exam dia pasti dpt nombor last, cikgu dia ckp dia sgt lemah..pengetahuan bahasa cina almost zero!
Saya byk kali gesa suami agar tukar anak ke sekolah melayu kerana saya stress tak dpt bantu anak buat homework tp suami selalu suruh sabar.
Skrg si adik lelakinya masuk darjah satu. Situasi sama jgk tp si adik lebih alert dan suka berusaha. Tak tahu sampai bila dia mampu bertahan kena marah dgn guru bahasa cina.
Skrg kami cuba upah home tutor utk bahasa cina, 2 jam seminggu dgn bayaran rm30 sejam. Memang susah lah skrg nak carik org mcm 'Pakcik Halim'..skrg semua nak kena pakai duit..time is money..
Saya hampir putus asa..sgt2 stress..tapi setelah membaca entry ini buat saya sedar. Saya perlu lebih usaha demi anak2..
Saya berharap ada group yg boleh saya refer dan berkongsi hal sekolah cina mcm ni..
terima kasih

Anonymous said...

As salam zinnirah, Anak saya pun sekolah cina sekarang, darjah 6 dan darjah 2 sekarang. Moga dapat inspirasi untuk anak saya. Terima kasih banyak2, very nice article.

Unknown said...

Slm.. blh tak kalau saya nk tahu harga kamus comprehensive tu?

Anonymous said...

Baguslah. Seronok baca pengalaman ni, syabas sy ucapkan.
Utk pengetahuan, sy pun nk kongsi sikit pengalaman sy pasal kuasai bhs asing ni.
Alhamdulillah, sy juga dpt kuasai bahasa asing iaitu bahasa jepun, dulu blaja di universiti di jepun. Dgn persaingan brsama2 org jepun, tahun pertama tu mmg byk menganga juga..tahun kedua dh ok skit, tahun ke 3 lagilah lancar alhamdulillah dan begitulah thn2 seterusnya.
Blaja bhs asing ni perlukan kesabaran dan disiplin diri yg tinggi. Jgn cpt putus asa. Thn pertama tu byk menganga bukan apa, umpama baby umur 1 ke 2 thn, byk diam sbb kita dlm proses penerimaan bhs dan kita simpan dlm otak...cuba perhatikan baby..dh masuk umur 2 ata 3 thn, dia dh bkh ckp sikit2..akhirnya jadi petah.
Byk kelebihan blaja b.asing ni. Mmg bagus kalau diniatkan utk dakwah. Sy kdg2 tokey kedai photostat mintak bantuan translatekan arahan di mesin buatan jepun, translatekan arahan pd video player kete2 import dan mcm2 lg kelebihan jika kuasai bhs asing.
Bljar b.asing ni bkn setakat bhs tapi budaya sekali. Hidup sy dah terbiasa dgn budaya jepun..punctual, hargai masa, kebersihan, disiplin etc..ni smua baik utk diri kita dan bina kuarga.
Anak2 sy pun sy bakal sek kan di sek cina. Sbg persediaan, 2 org tgh blaja di tadika cina..mmg100% guna b.cina..secara x langsung, sy pun blaja sekali di rmah sbb masa buat hw, byk benda juga yg sy tahu sbb b.jepun dan cina ada persamaan tulisan kanji. Bunyi kanji je yg lain, tapi cara tulis, maksud smua sama.
Dan, anak2 sy nanti akan sy sek kan agama juga waktu ptg balik dr sek cina. Nak juga dia ambil exam kafa masa drjah 6 nanti.

Tujuan sy nk hantar sek cina,
1.sbb nak anak2 kuasai b.cina dan ada persamaan b.jpn
2.setelah kuasai b.cina, sy akan ajar b.jpn
3.bina disiplin diri, btk diri lbh bertanggungjawab dgn tugasan hw dan lain2
4.sy cintakan cabaran, nak anak rasai cabaran dan persaingan
5.utk masa depan anak2..akan jd senjata utama dlm persaingan kerjaya
6.dlm masa yg sama akan jd medium dakwah

Impian sy, lepas habis sek sprendah, akan hantar pula ke sek aliran agama utk kuasai b.arab pula...inshaAllah

Kpd ibu bapa yg bercita2 hantar anak2 ke sek cina, ayuh...kuatkan semangat. Jgn layan kata2 org yg kutuk itu ini atau pertikaikan makanan etc..bg sy tu smua sbg nyamuk yg ganggu kita nak tidur.

Nak pandai kuasai sesuatu bahasa, paling terbaik ialah campur dgn bangsa tu. Dan inshaAllah org2 melayu ke india ke yg nak belajar bhs asing sbg bhs ke 2 ni takkan jd masalah kalau rajin dan sarjana linguistik Corder pun ada ckp, menguasai bhs ibunda adalah sebahagian drpd proses kematangan. Bagi individu yg sudah capai kematangan itu, tak jadi masalah utk kuasai bhs sasaran iaitu bhs kedua. So, kalau anak kita dh ok dan blh baca dlm b.melayu, english ok juga, chinese pun mudah...kalau masih lemah sekali pun, beri masa dan motivasi utk dia capai target pemerolehan bahasa tu sprt mana yg dikatakan dlm teori behaviorisme, latihan yg banyak blh bantu individu utk kuasai bhs sasaran..wallahua'lam.

Konklusinya, apa pun yg berlaku...anak kita adalah acuan kita.

Niat kita krn agama, bangsa dan negara !

sz

Anonymous said...

Tambahan utk kelebihan blaja b.asing td, cth b.jepun..
1.kalau dipanggil ajar tuisyen b.jepun, byaran dlm 1 jam paling minimum rm100. Tu blm bantu buat translation.
2.syrkt2 tour agent mmg akan byr mahal lantik sbg interpreter bw trip ke jepun.
3.org2 cina mmg akan bangga dan terkejut kalau org2 melayu blh ckp cina. Tambah lagi kalau org melayu blh ckp jepun, 2 kali terkejut hehe sbb mutakhir ini, org2 cina mmg ramai mula blaja b.jepun utk kuasai bhs tu sbb ada nilai bisnes.
4.selamatkan diri kita drpd makan makanan yg tdk halal atau syubhah..kalau sy pg mana2 shopping mall..g aeon ke, nk beli brg2 yg dtg dr japan, mudah utk sy rujuk tulisan jepun yg tertulis.

ayuh kita kuasai bhs cina (mandarin) dan b.asng lain.

Unknown said...

Info yg bermanfaat

Unknown said...

Info yg bermanfaat

Ibu siti said...

Assalamualaikum..
Sekadar luahan hati..

Situasi sy sekarang hampir sama dgn tengku hazmin hanum... bezanya ank sulung sy di darjah satu sekarang dan adiknya 5thn..

Peperiksaan pertengahan tahun yg lepas, keputusan ank sy agk teruk..kami terkejut jugak walaupun dah jangka sbb tau kemampuan dia.. dia gagal dalam bahasa cina... lebih sedih bila guru kelas dia langsung xde menyokong utk terus terus berada di sjkc itu..pada hal dia baru stgh tahun berada di skolah tu..kami masih nk ikhtiar utk ank terus berada di situ, at least sampai darjah 3..sbb kami perhati dr segi komunikasi dlm mandarin dia ok, byk peningkatan mgkin sbb dia jenis ramah dan suka berkawan..cikgu dia cadangkan hantar tuisyen kalau nk terus di sjkc..tapi kami mmg xmampu..kami just hantar ke homework guidance class utk bantu ank dgn kerja sekolah dia.. stakat tu je kami mampu..

Kami bersungguh nk ank terus berada di situ tp dlm ms yg sama xnk bg tekanan pd ank..kesian jugak pd dia..yg sy kecewa cikgu dia lgsg xsupport dan mcm acuh xacuh..mcm pandang kami sebelah mata je masa ambik report card..tu yg buat sy berkobar nk buktikan pd dia yg ank sy mampu lulus wpun dia mgkin xboleh dpat keputusan yg cemerlang..

Anak kedua pun kamindah daftarkan kat skolah tu utk sesi 2017.. tawakkal jela..cuba yg termampu..

Cikgu Hayati said...

👍 memang menuntut pengorban yg besar bila menghantar anak ke sek cina. Di pantai timur (terengganu) sudah ramai org melayu kita yg hantaq anak ke sjkc sehingga mengalami kebanjiran anak melayu. malah sekelas jumlah pelajar melayu n cina sama banyak. namun seperti pengalaman2 👆

Papa Vir said...

Memang bagus...pada saya gurunya lebih ikhlas mendidik anak murid...sebagaimana permulaan mereka(guru) memilih untuk menjadi guru adalah kemahuan mereka sendiri...jika teringat waktu saya selepas SPM rakan-rakan yg kurang cemerlang untuk ke IPT terpaksa memilih untuk ke Maktab perguruan sebagai pilihan terakhir....tak tau la berapa ramai yang menjadi guru-guru yang pada awalnya memohon at as sebab pilihan terakhir?

zimie said...

seronok baca tulisan sis husna. sama pula dgn nama anak sy husna. sedang berkira2 nak hantar anak ke tadika/sekolah cina. dulu ayah sy pun sekolah cina di kelantan. cuma sy je x berpeluang ke sekolah cina. sy ingin anak ke sekolah cina dgn matlamat nak menjadi org tgh dlm perniagaan yg sy ceburi ni. doakan ya. terima kasih sis atas input yg sgt berguna!

irfaniy said...

Mengapa tak ada sekolah melayu yg ajar bahasa cina sehingga kita terpaksa berdagangdi bumi sendiri

Anonymous said...

Ada kelas bahasa cina di SK juga. Tapi hanya mampu mengajar bahasa. Di sekolah ada suasana dan budaya,yang tidak mampu diajar dalam 2 jam seminggu.

chenlina said...

chenlina20160525
pandora outlet
louis vuitton outlet
ray ban sunglasses
michael kors handbags
louboutin
louis vuitton outlet
air force 1
fitflop sandals
mont blanc pens
toms outlet
coach factory outlet online
michael kors outlet
louis vuitton outlet
christian louboutin shoes
adidas uk
toms shoes
coach outlet store online
insanity workout
kate spade
lebron 11
toms shoes outlet online
rolex watches
christian louboutin outlet
louis vuitton handbags
louis vuitton handbags
michael kors outlet
coach outlet
louis vuitton outlet
ray ban sunglasses
jordan 13
true religion
oakley sunglasses cheap
jordan retro 11
coach factory outlet online
michael kors outlet
kevin durant shoes 7
coach factory outlet
coach factory outlet
michael kors handbags
louis vuitton
as

Unknown said...

Saya mengalami masalah yg sama dgn ank saya saya dh putus harapan dan ingin tukarkan dia ke sekolah kebangsaan kerana takut,tapi di dh boleh bercakap dan menulis dlm bahasa cina tapi dia lemahla dr segi karangan bahasa cina....

Unknown said...

Saya mengalami masalah yg sama dgn ank saya saya dh putus harapan dan ingin tukarkan dia ke sekolah kebangsaan kerana takut,tapi di dh boleh bercakap dan menulis dlm bahasa cina tapi dia lemahla dr segi karangan bahasa cina....

Aneez Jaafar said...

good info..

alaa said...

Everything is very open with a very clear explanation of the challenges

Anonymous said...

Saya pun dulu sekolah rendah cina jugak...saya memang tak ada basic bahasa cina masa mula masuk sebab dulu tabika perpaduan..masuk time darjah satu,tapi pindah sekolah masa setengah tahun sebab pindah rumah but still pindah ke sekolah cina..at first memang tak paham bahasa cina,but then kita belajar dengar kawan2 cakap.diorang pun selalu guna body language so kita boleh la paham sikit2.oh ya saya memang pakai tudung dari darjah satu lagi,but cikgu saya tak pernah pulak suruh saya bukak tudung.masa darjah satu mmg result teruk,but improve dari tahun ke tahun..then masa darjah tiga dgn darjah empat kelas saya byk budak melayu.tapi yang rajin dan sentiasa siap homework hanya saya sorang.bukan nak ckp apalah tapi budak melayu kelas saya selalu x siap homework,so cikgu saya x berapa suka la kat diorang,tapi sebenarnya cikgu memang x suka budak malas,diorang x bias pun sbb budak cina yg malas pun kena marah sama ja mcm budak melayu.alhamdulillah,darjah 4 saya dapat no 3 dalam kelas dan masa tu memang rasa bangga dapat naik pentas sebab saya ada rasa sense untuk buktikan budak melayu pun boleh.actually masa tu mcm sedih sebab dalam report card tulis sy dpt no 4,masa majlis penyampaian tu cikgu mmg suruh budak no 1,2,3 duduk depan.saya sbb sedih ,saya duduk belakang sekali,then terkejut tetiba nama kena panggil,lama baru sy naik pentas,(almaklumlah kelas saya masu tu 40 lebih org,bayangkanlah berapa lama nak jalan ke depan tu).masa tu mmg feel proud sbb orang mmg tahu saya melayu(obviously sbb pakai tudung)..then darjah empat masa cikgu tanya siapa nak masuk kelas tuisyen saya angkat tangan sbb mak pernah suruh masuk.then darjah 5 saya tukar ke kelas yang ada tuisyen.masa mula2 mmg rasa x biasa sebab x kenal lagi kawan.cuma saya ada kawan melayu sorg je dalam kelas tu.mula2 dalam otak pikir diorang ne ok ke x eh nak kawan dengan kita.tapi lama2 tu dah rapat ok ja.senanya saya siap ada satu grup yang kitorang mcm always together la,surprisingly diorang semua cina.masa tu x berapa sgt dengan kawan sy yg melayu tu,maybe sbb tempat duduk kitorang jauh.saya teringat masa tu ada project grup sivik,kawan sy sorang ne (dia ketua kelas,famous la dalam kelas)siap invite saya masuk dalam grup dia.ingat lagi masa tu rumah saya xde komputer,saya buat kerja tu pakai tangan je,lukis2 baju kebangsaan setiap bangsa,siap colour lagi..hehe..then alhamdulillah akhir tahun saya berjaya dapat no 3..darjah 6 pulak dapat no 1 dalam kelas..diorang selalu tanya soalan dgn sy,tak kisah la subjek matematik,bahasa melayu ke..then sampailah ke harine sya still boleh ckp cina cuma tersekat2 sikit sbb dah berkarat..hehe..but still haritu pergi pesta buku then pergi section bahasa cina saja belek2,then ada uncle yang jaga kat situ tegur tanya nak belajar bahasa cina ke then sy terus sembang dgn dia dalam bahasa cina..dia pun mcm impress and ckp baguslah u boleh ckp cina n ckp byk kelebihan boleh ckp bhasa cina ne..

Unknown said...

sedang mencari ide / motivasi menghantar seorang anak ke sekolah Cina..terima kasih atas entri ni

(anak sy bernama Zinnirah juga):-

alkhotimi said...

Terima kasih di atas perkongsian yang sangat menarik dan berguna terutamanya untuk persediaan saya untuk anak saya yang akan bersekolah SJKC tahun hadapan.

Anonymous said...

sungguh terkesan sy baca entry sis.. sy hampir tukar fikiran nak hantar anak ke sekolah biase sbb xtau mane nak refer.. colleages semua hantar anak ke sekolah kebangsaan.. sy sendiri penah bertanya pd principal (a chinese) pre-school anak sy skarang bagaimana cara sy nak hantar anak sy ke SJKC bile dia masuk drjah 1 nnt.. anak sy tahun ini 5tahun, skarang private pre-school n dah boleh baca n speaking english.. start from 9 juga.. tp jwpn yg sy terima semua ke arah negatif.. dia x galakkan sbb katenye sy akan stress kan anak, anak sy 0 in mandarin.. dia jgk ckp if anak nak buat homework dia x tau nak refer siapa sbb kite as parents pon xtau bahasa cina.. then dia ckp nak hantar tuisyen kos tinggi, anak pon penat sbb kena blaja extra hours.. then problem makanan, kat kantin SJKC ade non-halal food, so as a working mom, a bit hard for me to spend time everyday to cook for my son n susah jgk nak pantau anak dr beli makanan kat sane, unless sy spend mase setiap hari teman dia mkn masa rehat.. sy btul2 down, then call ofis SJKC berdekatan rumah sy, yg pickup call tu lelaki chinese.. sy tanya dia baik2, mcm mane a malay/indian yg 0 in mandarin nak masuk SJKC.. dia pon bg jwpn negatif, dia ckp sekarang hantar anak tadika cina dulu, kalau x, mmg susah dia nak blaja nnt sbb teacher akan guna bahasa cina bile mengajar, nnt anak xboleh faham n x boleh blaja langsung.. sy sedih lg.. ade terfikir juga, kesian kat anak nanti.. sy jugak pernah bertanya sorg colleague sy, melayu yg fasih mandarin.. dia ckp, dia pon x hantar anak dia skolah cina sbb dia dah rase semua stress n uneasy feeling ms dia blaja skolah cina dulu.. dia ckp lg, skolah mane2 pkn boleh je berjaya,xsemestinye skolah cina je.. sy setuju ape dia ckp, tp sy nak anak sy blaja bhs cina sbb sy tau dia akan ade byk kelebihan di masa depan dia klu dia boleh kuasai bhs cina.. naseb la husband bg kata2 semangat, kenapa ramai anak melayu yg boleh lulus n cemerlang bila skolah cina..? katenye as parents,kite sendiri kena kuat, baru anak akan kuat.. org sekeliling akn bg kata2 negatif sbb xnak anak kite maju & harap kita akan ubah fikiran supaya hantar anak ke skolah kebangsaan.. husband sy ckp lg, if kite sentiase sabar & support anak2, kite akan turn semua yg negatif tu jd positif.. sy jadi bersemangat blk.. betul, xde ape yg mustahil dlm dunia ni kalau kite rajin berusaha.. n bile sy gugel dan terbaca entry sis ni,sy tambah bersemangat & akan cuba sehabis baik utk ms depan anak2.. thanx a million for the sharing.. secara x langsung sis dah bantu ramai parents kat luar ni yg dah hampir putus asa.. thanx.. thanx..

Senyuman Hamzah Darwisy said...

Sy tgh bfikir nak hantar anak ke sek cina..tapi bila fikirkan masalah homework..sy agak kelu jg..suma tu kos..

Mierawawa said...

Waw kuatnya enti ni

::Halwa Telinga::

Bloggers Chat Room

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...